Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BAHASA MELAYU


LEMBAH PANTAI. 59200 KUALA LUMPUR,
WP KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK


ANTARA KELAS
KELAB BOLA SEPAK

TEMPAT:
PADANG INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU

TARIKH:
17-18 OKTOBER 2009

ANJURAN:
KELAB BOLA SEPAK
INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA
MELAYU
MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS
ANJURAN KELAB BOLA SEPAK
INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA
MELAYU

1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh kelab bola
sepak, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Institut Perguruan Guru
Malaysia Kampus Bahasa Melayu. Setiap kelas semester satu wajib menghantar
dua buah wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadaka di padang bola sepak
di Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu.aktiviti ini diadakan
selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin
mewujudkan mdal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan


dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap bakal guru. Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam
setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran
yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang
strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


menyertai sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam esebuah pasukan..
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan
strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 17-18 Oktober 2008 iaitu pada hari Sabtu
sehingga hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang Institut Bahasa


Antarabangsa;
5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan tempat penginapan.
5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.
5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh Pn. Soriah bt


Abdullah, penbgarah Institut perguruan Bahasa Melayu. Ia akan berlangsung di
padang institut. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana
Pn. Soriah bt Abdullah akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus
merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta :140 orang


7.2 Jumlah ajk pertandingan :20 orang
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : :Pn. Soriah bt Abdullah


Penasihat Kelab : En Rohimi Jamel

Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : Mohamd Fahmi Bin Mohamad Noh


Naib pengerusi : Ahmad Fikri bin Hashim
Setiausaha : Mohamad Idris Bin Syakawi
Bendahari : Megat Razman bin Ismail

AHLI JAWATANKUASA

AJK Makanan : Huzaini B. Amir


AJK Hadiah dan Sijil : Shah Amir bin Shah Putra
AJK Pertandingan : Ridwan bin Khamis

9.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 7 sebelah dimana setiap


pasukan perlu mendaftarkan 10 pemain yakni tujuh pemain akan bermain dan
tiga lagi akan menjadi pemain simpanan. Setiap kelas perlu menghantar dua
pasukan iaitu pasukan lelaki dan permpuan. Andai sesebuah kelas itu tidak
mencukupi, mereka barulah dibenarkan meminjam pemain dari kelas lain. Masa
dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format pertandingan adalah
setiap kelas akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib
juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Piala akan diberikan kepada
juara kategori perempuan dan lelaki.
10.0 SYARAT PERMAINAN

10.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan.


Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.
10.2 Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.
10.3 Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.
10.4 Amalah jual permainan akan menyebabkan pasukan akan disingkirkan
terus dari pertandingan.
10.5 Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan
bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

11.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Baju Ajk 20 orang X RM20 400.00
2 Cenderamata 35 orang X RM3 105.00
3 Hadiah 5 buah X RM15 75.00
4 MInuman 2 bekas besar 50.00
5 Makanan 160 X RM 0.60 96.00

6 Rencam (belanja tak terduga) - 150.00


Jumlah 876.00

• Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap pasukan untuk


program ini ialah sebanyak RM15.00.
• Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet
yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan
dalam melaksanakan Pertandingn Bola Sepak ini.

12.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(Mohamad Idris Bin Syakawi) (Pn. Soriah Bt Abdullah)
Stiausaha, , Pengarah,
Persatuan Bola Sepak, Institut Perguruan Guru Malaysia,
Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu,
Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai 59990,
Lembah Pantai 59990, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
SENARAI NAMA PESERTA AHLI KELAB BOLA SEPAK INSTITUT
PERGURUAN MALAYSAI KAMPUS BAHASA MELAYU
1. Abd Muhaimin b Zulkefli
2. Al Hafiz b Sapuan
3. Ameerul Aswad b Abd Aziz
4. Mohamad Azhan b Desa
5. Muhammad Muhaimin b Md Zaki
6. Mohd Syahrul Zaim b Zahari
7. Mohd Hanif b Zainaldin
8. Mohd Safuan b Abu Bakar Samad
9. Mohamd Fahmi Bin Mohamad Noh
10. Muhamad b Che Ros
11. Muhamad Irzham b Zakaria
12. Muhammad Adhaa b Lamry
13. Ahmad Fikri bin Hashim
14. Huzaini b Amir
15. Mohamad Idris Bin Syakawi
16. Megat Razman bin Ismail
17. Mohamad Zulhelmi b Mat Rahim
18. Huzaini B. Amir
19. Shah Amir bin Shah Putra
20. Ridwan bin Khamis
LAMPIRAN 1

JADUAL PERTANDINGAN BOLA SEPAK


ANJURAN KELAB BOLA SEPAK
INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU
LEMBAH PANTAI. 59200 KUALA LUMPUR

Hari/masa 9am-9.30am 9.45am-12pm 12pm-3pm 3pm-6pm 6pm-6.40pm


sabtu Perasmian Perlawanan Rehat Perlawanan Perlawanan
kategori kategori persembahan
perempuan lelaki wakil institut
dengan
pilihan
semester
satu

Hari/masa 9am-9.30am 9.35am-10am 10am-11am 11am-12pm 12pm


Ahad Perlawanan Perlawanan Penyampaian Jamuan bersurai
akhir akhir kategori hadiah dan
kategori lelaki perasmian
lelaki penutup

Rujukan
• Kertas Cadangan Kunjungan Muhibbah JPP IPBMM ke Institut Perguruan
Sultan Mizan, Besut
• Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan IPBMM 2007
• Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani
Akademik PPISMP 3A dan 3B

Anda mungkin juga menyukai