Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan : Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan

Mendidik Anak

Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa
sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah
semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini,
ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu
mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara
dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.

Ada pula beranggapan cara didikan ibu bapa dulu adalah betul, lalu terus
menggunakan semua, sedangkan mungkin ada antaranya tidak sesuai dengan
keadaan sekarang. Manakala, ada pula disebabkan ingin mencari cara
kontemporari, lalu dengan mudah mengguna pakai cadangan dikemukakan buku
atau penceramah, tanpa melakukan penelitian, tapisan atau kefahaman yang
mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya
dengan anak yang berada pada usia remaja. Sesetengah remaja menunjukkan
perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada
ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti
keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu
bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa
diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut
pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil
memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa
anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan
untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya
sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih
sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya.

Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya
keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat,
remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja
dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik.
Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya,
misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh
atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak
dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu
dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu.Pendek
kata, ibu bapa haruslah mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga.

Selain perlu mengenali dan memahami anak remajanya, ibu bapa harus mengenali
dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. Umumnya, ahli psikologi merumuskan
ada dua komponen utama dalam gaya keibubapaan. Yang pertama ialah ‘responsif’,
iaitu sebanyak mana kebebasan diberikan, manakala kedua ialah ‘permintaan’, iaitu
sebanyak mana disiplin atau hala tuju akan ditentukan. Dengan kata lain, ibu bapa
berdepan dengan paradoks: antara kasih sayang dan kepemimpinan. Kasih sayang
ialah responsifnya terhadap kehendak anak remajanya, manakala kepemimpinan
pula ialah permintaannya terhadap keperluan masa depan anak remajanya.
Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat
menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya
keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan
tidak terbabit. Ibu bapa yang autoritarian rendah responsifnya, tetapi amat tinggi
permintaannya. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak
merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang
didengar. Sebaliknya, disiplin amat ketat, malahan cita-cita anak remaja ditentukan
ibu bapa.

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar


berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang
kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu
bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan
permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara.
Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan
dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa
memberikan panduan dan bimbingan.

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan


sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana
autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin,
berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi
permintaan amat rendah.  Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan
dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula
hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan
kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan.

Namun begitu,  gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah,


sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu
tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting
iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh
menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor
profesional atau pra kaunselor dalam setiap keluarga,  program Satu Keluarga Satu
Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu,
berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan
kepemimpinan.

Anda mungkin juga menyukai