Emas Lambang Kejayaan Di Akhirat
Emas Lambang Kejayaan Di Akhirat
Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan
kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:
Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-
gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)
Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang
pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada
hamba-hambanya yang berjaya.
Kesimpulan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!
4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas
atas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).
Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.