Anda di halaman 1dari 2

KETINTING

Permainan ini memerlukan pemainnya mengimbang badan dari padan (yakni


permulaan gelanggang) ke paduk (yakni sejenis peralatan sebagai buah bagi
permainan ini).

Gelanggang ketinting mengandungi sembilan petak segi empat yang sama


setiap satu berukuran 40 cm, diwujudkan pada permukaan yang rata. Petak-petak ini
disusunatur mengikut bilangan yang telah ditetapkan bagi setiap barisan.

Setiap pasukan mengandungi tiga orang pemain. Sambil membawa gundu,


setiap pemain dikehendaki merentasi petak-petak ini pergi balik sebanyak tiga kali
mengikut langkah-langkah dan imbangan badan yang telah ditetapkan. Matlamat
pemain ialah menghabiskan langkah-langkah ini dan memastikan buah gundu tidak
terjatuh sera imbangan badan adalah kekal semasa bermain.

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecergasan kerana pemain


perlu melompat dari petak ke petak dengan menggunakan kedua-dua kaki atau
sebelah sahaja mengikut kedudukan petak. Justeru, pemain perlu mempunyai
disiplin diri yang tinggi dalam mengseimbangkan kedudukan badan dan gundu.

Falsafah Di Sebalik Permainan

Permainan tradisi ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu mempunyai


disiplin diri serta daya tumpuan yang tinggi dalam apa sahaja pekerjaan yang
dilakukan. Di samping itu, gundu dalam permainan ini adalah simbolik kepada
amanah yang dipertanggungjawab seiring dengan tugas yang dipikul.
LOMPAT UNTAI GELANG GETAH

Kanak-kanak perempuan biasanya menggemari permainan ini yang


dimainkan di atas permukaan yang rata. Permainan ini melibatkan tiga orang pemain
menjalin beberapa gelung getah berwarna-warni menjadi satu untaian yang panjang,
kemudian menjadikan untaian tersebut sebagai tali untuk dihayun serta dilompat
oleh peserta.

Setelah diberi aba-aba (yakni isyarat untuk bermula), pemain dikehendaki ke


watas (yakni tempat gelung getah diletakkan) untuk menjalin gelung-gelung tersebut
sehingga habis. Jalinan dibuat dari satu taja dengan jalinan pulih dan diakhiri
dengan jalinan mati. Kemudianny, dua orang pemain masing-masing memegang
setiap hujung untaian tersebut dan menghayunkannya, sementara seorang pemain
lagi membuat seberapa banyak lompatan di dalam hayunan untaian tersebut.

Pasukan yang berjaya membuat lompatan terbanyak dikira pemenang.


Bagaimanapun, setiap jalinan gelung getah akan diperiksa oleh pengadil terlebih
dahulu untuk memastikan peserta telah membuat jalinan mengikut cara yang telah
ditetapkan. Markah akan dipotong bagi setiap jalinan yang tidak mematuhi cara
berkenaan.

Permainan ini memerlukan kecekapan dalam membuat jalinan gelung getah


dan kemahiran menghayun untaian gelung tersebut agar rakannya dapat membuat
lompatan yang baik di samping mempunyai kecerdasan fizikal untuk melakukan
lompatan berkenaan.

Falsafah Di Sebalik Permainan

Permainan ini mendidik kita agar bersifat sabar, teliti, cekap serta mematuhi
peraturan dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Selain itu, perlunya amalan
bekerjasama, bersatu hati serta faham memahami dan toleransi antara rakan untuk
mempastikan kejayaan sesuatu tugasan itu.

Anda mungkin juga menyukai