Anda di halaman 1dari 9

Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Sekapur Sireh.

Saya bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinya saya telah diamanahkan
untuk membuat tugasan bertaip Kajian Geografi Malaysia

Oleh yang demikian saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada …………………..selaku pensyarah bagi tugasan ini kerana terlalu banyak tunjuk
ajar yang diberikan, nasihat untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti sejajar dengan
kehendak tugasan. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana tanpa
kehadiran dan pertolongan beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini, dan
sudah tentu saya tidak akan berpeluang mempelajari sesuatu yang baru dalam kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu saya iaitu
Pn Hjh Zaleha Bt Edar dan ahli keluarga yang telah banyak membantu saya dari segi
keewangan dan tidak jemu-jemu memberi nasihat agar saya belajar dengan tekun dan
bertindak sebagai tulang belakang saya. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya
yang banyak membantu dalan usaha mengumpulkan bahan-bahan untuk tugasan ini,.
Jasa kalian tidak terbalas oleh saya hanya Allah s.w.t sahaja yang membalasnya kelak.

Sekalung penghargaan saya tujukan kepada Perpustakaan UPSI di atas segala


bantuan yang telah dihulurkan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Kepada semua
jasa kalian akan tetap dikenang. Tanpa kalian, mungkin kajian ini tidak sesempurna ini.
Hanya tuhan yang membalasnya. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

……………………
( ……………………………………..)

1
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Ojektif Kajian.

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kepentingan negara


Malaysia terhadap pendatang tanpa izin. Selain itu mencari keistimewaan Malaysia
sehingga negara Malaysia di anggap lombong emas.

Kaedah kajian.

Kajian ini merupakan tugasan individu dan tajuk adalah berbeza-beza setiap
pelajar. . Oleh yang demikian kaedah yang dijalankan lebih secara individual. Kaedah
yang saya jalankan adalah melalui rujukan buku dan pembacaan buku yang berkaitan.
Perpustakaan adalah sumber rujukan utama saya.

Walaubagaimana pun kaedah pertukaran atau perkongsian maklumat yang


berkaitan antara saya dan rakan-rakan juga banyak meringankan beban saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu perbincangan dan pertukaran pendapat memberi kita
lebih sumber pengetahuan dan secara tidak langsung dapat membuat perbandingan.

2
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Soalan :Mengapa Malaysia dibanjiri oleh pendatang asing terutama dari negara
jiran ?

Pengenalan.

Malaysia sebuah negara membangun yang sedang dalam proses menuju negara
maju semakin menjadi perhatian dunia masa kini. Tidak hairanlah jika dulu dunia tidak
memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu berkembang dengan begitu
pesat sekali. Hasil kesungguhan serta kewibawaan para pemimpin negara, nama
Malaysia mula meniti di bibir setiap warga asing di serata dunia. Dengan kestabilan
ekonomi serta keadaan negara yang aman serta makmur menjadi faktor kepada pendatang
asing datang membanjiri Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Pelbagai kemungkinan yang menyebabkan pendatang asing membanjiri Malaysia


terutama dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Myammar, Bangladesh serta
negara-negara di Asia Barat. Pada tahun 1992 pula, dianggarkan terdapat 1.2 juta buruh
asing yang bekerja di Malaysia. Ramai daripada mereka adalah pendatang yang tidak sah
(haram) kerena mereka tidak memiliki dokumen perjalanan rasmi. Di bawah di
senaraikan sumber anggaran penadatang asing yang membanjiri Malaysia.

3
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

JUMLAH PEKERJA ASING BERDAFTAR MENGIKUT NEGERI


(Tidak termasuk pendatang haram)

NEGERI JUMLAH PEKERJA ASING (ORANG)


Johor 120,000
Sabah 102,873
Sarawak 88,000
Selangor 49,475
Pulau Pinang 23,708
Perak 20,000
Pahang 19,995
Kedah 15,118
Melaka 13,614
Negeri Sembilan 8,329
Perlis 6,100
Terengganu 4,323
Kelantan 707
Kuala Lumpur / Labuan (tidak diperolehi)
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, 2000/2001

Jumlah pekerja pendatang asing yang membanjiri negara Malaysia di seleruh negeri di
Malaysia. Ini menunjukkan bahawa terlalu ramai pendatang asing di Malaysia.
Dianggarkan hampir 1,000,000 pendatang asing yang berdaftar yang belum berdaftar
tidak di ketahui.

4
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Faktor-faktor Malaysia dibanjiri oleh pendatang asing dari negara-negara jiran.

Terdapar pelbagai kemungkinan atau pendorong utama mengapa Malaysia


destinasi utama bagi warga pendatang asing datang membanjiri Malaysia. Antara faktor
utama ialah faktor politik negara Malaysia itu sendiri. Keadaan politik yang stabil dan
aman damai memberi gambaran jelas kepada pendatang asing Malaysia selamat untuk
mereka tinggal. Jika politik berada dalam keadaan yang tidak selamat tentunya
pendatang asing tidak membanjiri Malaysia. Walaupun Malaysia mempunyai
kepelbagaian fahaman politik yang terdiri dari pada anggota kerajaan sendiri iaitu
UMNO dan bukan kerajaan seperti PAS. KEADILAN , DAP dan sebagainya
kepentingan negara dijadikan asas dalam kerajaan yang aman dan damai walaupun
perbezaan fahaman politik.. Contoh di Indonesia dan Thailand faktor kekacauwan politik
menyebabkan negara tersebut mundur dan menyebabkan banyaknya rakyat keluar dan
menjadi pendatang asing kepada negara lain seperti Malaysia

Faktor yang lain ialah faktor peluang pekerjaan di Malaysia. Peluang pekerjaan
yang terlalu banyak memungkinkan kenapa pendatang asing tersebut datang membanjiri
Malaysia. Keperluan yang tinggi dalam pelbagai sektor menyebabkan permintaan
pekerja meningkat dan ini semestinya memerlukan ramai pekerja. Kekurangan buruh
tempatan menyebabkan tenaga buruh asing diperlukan. Contohnya dalam bidang
pembinaan dan perkilangan tenaga tempatan amat kurang dan memerlukan tenaga
pendatang asing. Seperti kilang Sony di Prai, Pulau Pinang tenaga asing sama banyak
dengan tenaga buruh tempatan begitu juga dalam sektor pembinaan. Jadual 1 di bawah
menerangkan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh pendatang asing di bumi Malaysia.

5
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Jadual 1 Pendatang Tanpa Izin Berdasarkan Negara Asal dan Jenis Pekerjaan di Malaysia
Jenis Pekerjaan Jumlah
Bil Negara Asal P.Rumah Pertanian Pembinaan Bilangan Peratus
1 ASIA TENGGARA 342,226 91.93
1. INDONESIA 39,087 88,681 182,137 309.905 83.24
2. NEGARA THAI 3,563 14,029 4,926 22,518 6.05
3. MYANMAR 99 500 8,790 9,389 2.52
4. FILIPINA 117 5 289 411
5. SINGAPURA - - 2 2

Sumber : Jabatan Imigrasi Malaysia, 1 Julai 1992.

Negara Indonesia paling banyak bilangan penadatang asing yang berkerja di Malaysia.
Ini mungkin disebabkan kekacuan di negara sendiri dan sebab tertentu.

Faktor yang seterusnya ialah faktor ekonomi. Keadaan ekonomi negara


Malaysia yang semakin berkembang pesat menjadi faktor utama kemasukan pendatang
asing ke Malaysia. Hal ini kerana tahap kekuatan ekonomi akan menjamin kehidupan
mereka selesa dan sempurna. Pendatang asing dapat bekerja dengan bersungguh-
sungguh kerana tidak perlu risau akan masalah gaji dan sebagainya. Ini amat penting
kerana jika ekomoni teruk pastinya urusan yang melibatkan wang akan tergendala dan
pastinya berlaku kegiatan yang tidak sihat akan seperti rusuhan dan sebagainya. Di
negara jiran kebanjiran pendatang asing kurang berlaku kerana keadaan ekonomi yang
tidak stabil seperti yang dialami di negara Filiphina, Kemboja, Indonesia dan sebilangan
negara di dunia.
.

Faktor yang seterusnya ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran boleh


juga dianggap penyebab utama kerana faktor ini dijadikan sumber rujukan oleh

6
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

pendatang asing yang datang ke Malaysia. Perkhabaran dari teman-teman yang pernah
tinggal di Malaysia mungkin menjadi faktor persekitaran utama. Keadaan sekeliling dan
masyarakat yang berbilang kaum serta keramahan rakyat Malaysia menjadikan Malaysia
sebuah negara yang sempurna untuk didiami disamping kemakmuran serta kemewahan
Malaysia. Perkhabaran rakyat asing yang mendapat pemaustatin tetap negara ini serta
keadaan persekitaran yang sempurna sememangnya menarik minat pendatang asing
datang membanjiri Malaysia dan tidak hairanlah mengapa Malaysia menjadi destinasi
utama bagi pendatang asing berhijrah.

Faktor yang seterusnya ialah faktor keselamatan . Kebanjiran pendatang asing


disebabkan faktor keselamatan kerana mereka mempunyai wakil negara iaitu Duta Besar
ke negara Malaysia serta Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia. Jika keselamatan di ancam
mereka boleh melaporkan kepada duta masing-masing. Ini menjadikan mereka boleh
berkerja tanpa penindasan oleh majikan. Kepentingan keselamatan yang dititik beratkan
oleh Kerajaan Malaysia menjadi faktor utama kebanjiran pendatang asing.

Undang-undang negara yang tidak memberi sebarang perlindungan kepada


pesalah meyakinkan lagi keselamatan pendatang asing terjamin di Malaysia. Kekuatan
keselamatan negara yang di terajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), serta anggota keselamatan yang lain. Contohnya keselamatan
pendatang asing yang berkerja di Malaysia akan dibela sewajarnya seperti mana majikan
menyeksa pekerja dari Indonesia iaitu Nirmala Bonat. Majikan Nirmala sedang dalam
proses dijatuhkan hukuman oleh makamah. Faktor inilah yang menjadikan pendatang
asing membanjiri Malaysia kerana kebajikan mereka akan terpelihara.

Faktor yang seterusnya ialah faktor migran warga asing itu sendiri. Dengan
mendapat pelbagai gambaran dari para pendatang sebelumnya di Malaysia ia terbukti
mampu mengangkat ekonomi keluarga mereka di kampung sendiri. Keadaan ini

7
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

sememangnya menarik minat pendudukIndonesia datang berhijrah ke bumi bertuah iaitu


Malaysia kerana peluang pekerjaan dan gaji yang lumayan. Selain itu gelombang
kebanjiran pendatang asing juga disebabkan ketidak-samarataan proses perindutrian di
negara-negara ASEAN yang menimbulkan mobilasi tenaga pekerja wilayah tenggara ini.
Dengan itu munculnya negara yang memerlukan tenaga pekerja bagi tujuan
pembangunan insfrastruktur sebagai syarat perindustrian. Kesanya penghijrahan
pendatang asing ke Malaysia.

Kesimpulanya

Secara kesimpulanya kebanjiran pendatang asing ke bumi Malaysia


sememangnya telah berjaya menaikkan tahap perindustrian. Walau bagaimanapun
kebanjiran pendatang asing telah banyak mendatangkan gejala yang tidak sihat
khususnya keamanaan Malaysia. Banyak kes-kes jenayah dilaporkan yang melibatkan
pendatang asing khususnya dalam kes-kes yang berat seperti membunuh, merompak dan
pengedaran dadah. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah berkerjasama agar dapat
menyekat kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Pihak yang terbabit perlulah
menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Ini bertujuan agar
keamanan Malaysia terus terpelihara walaupun dengan kebanjiran pendatang asing.

Bibliografi :

8
Kajian Geografi Malaysia LGM 2013

Rujukan Buku.

A. Samad Ismail. Ogos 1992. Dewan Budaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Cheng Ngai Weng 1993. Pengantar Geogarafi. Dewan Bahasa Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Nurashikin Abdullah dan Rusly Musa 2002. Geogarafi. Penerbit Pearson Malaysia Sdn
Bhd. Longman

Pramoedya Ananta Toer, Pengantar buku Greg Pougrain: The Genesis Of Malaysia
Konfrontasi Brunei and Indonesia 1945-1965.

Rujukan Internet:

http:// www.bkn.gov.my/buletin

http://www.brunet.bn/news/pelita/27mac/kanhal.htm.