Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A: Penguasaan Nilai

Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Encik Ong tidak mengamalkan rasuah. Dia juga tidak berbohong. Ini kerana kedua-dua
kelakuan itu dilarang oleh agamanya. Encik Ong mengamalkan nilai
_________________________________.

2. Bendahari Persatuan Sejarah Sekolah Alam Putri menyerahkan kesemua wang baki
persatuan kepada guru penasihat pada akhir tahun sebelum tamat sesi persekolahan.
Bendahari itu mengamalkan nilai _________________________________.

3. Anak-anak Puan Alina sering kali menyertai aktiviti-aktiviti sukan demi kebaikan diri. Mereka
mengamalkan nilai _________________________________.

4. Azman mengemaskan bilik tidurnya mengikut arahan ibunya. Azman seorang yang
_________________________________.

5. Remaja kini patut ada nilai _________________________________ dan tidak melibatkan diri
dengan kegiatan maksiat.

6. Ali yang disuruh oleh gurunya agar menyapu lantai bilik darjah telah berbuat demikian
sebelum tamat waktu persekolahan. Dia seorang pelajar yang
_________________________________.

7. Orang lain akan yakin dengan diri kita jika kita mengamalkan nilai
_________________________________.

8. Masyarakat A percaya segala kebahagiaan mereka ialah kurniaan Tuhan. Mereka


mempunyai nilai _________________________________.

9. Mei Ling menjaga adiknya dengan baik seperti mana disuruh oleh ibunya yang sedang
menjaga neneknya di hospital. Mei Ling seorang anak yang
_________________________________.

10. Joseph telah meminta maaf kepada Jun Hwa setelkah memecahkan cermin matanya dengan
tidak sengaja. Joseph seorang yang mengamalkan nilai
_________________________________.

11. Keluarga Ong bersembahyang setiap hari untuk berterima kasih kepada Tuhan atas
kesihatan yang baik yang dikurniakan kepada mereka. Mereka mengamalkan nilai
_________________________________.

12. Pelajar-pelajar diingatkan sentiasa beratur semasa membeli makanan di kantin supaya nilai
_________________________________ dapat dipupuk dalam kalangan mereka.
Nyatakan nilai yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah.

13. Demi memperoleh markah yang tinggi dalam mata pelajaran Matematik, Nazir membuat
latihan hingga larut malam pada setiap hari.
Nilai: _________________________________

14. Khatijah membalut luka seekor arnab yang telah dicederakan oleh pemburu.
Nilai: _________________________________

15. Azimah sentiasa cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan pada dirinya agar menjadi
insane yang lebih mulia.
Nilai: _________________________________

16. Puan Nina membahagikan pensel-pensel yang dibelinya secara sama banyak kepada empat
orang anaknya.
Nilai: _________________________________

17. Ai Leen sentiasa memastikan pakaiannya tidak menjolok mata supaya tidak dipandang
rendah oleh orang yang ditemuinya.
Nilai: _________________________________

18. Tidak membalas dendam, sebaliknya memaafkan seseorang yang telah insaf atas sebab
ajaran agama yang dianuti.
Nilai: _________________________________

19. Fuad membelikan makanan untuk seorang rakannya yang kelaparan.


Nilai: _________________________________

20. Puan Ong tidak memihak kepada anaknya semasa menyelesaikan masalah antara anaknya
dan anak jirannya.
Nilai: _________________________________

21. Menderma darah untuk menyelesaikan nyawa seseorang yang tidak dikenali.
Nilai: _________________________________

22. Sentiasa memikirkan kepentingan semua orang dan bukan sekadar kepentingan diri sendiri.
Nilai: _________________________________

23. Membantu orang tetapi pada masa yang sama memastikan kepentingan diri dijaga.
Nilai: _________________________________
Tandakan untuk perlakuan yang betul dan untuk perlakuan yang salah.

24. Seorang pelajar yang mempunyai nilai kasih saying hanya akan membantu
rakan-rakan yang rapat dengannya.

25. Seseorang yang rasional akan sentiasa waras.

26. Sikap amanah akan menghilangkan perasaan prasangka.

27. Bersyukur atas segala nikmat daripada Tuhan merupakan amalan orang yang
percaya kepada Tuhan.

28. Kita boleh melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan dan tidak
memerlukan pertimbangan.

29. Pertimbangan yang wajar sebelum sesuatu tindakan akan menyelamatkan diri
kita daripada sebarang bentuk kecelakaan.

30. Tetap bertutur dengan lembut dan bersopan walau dalam keadaan marah dan
dituduh tanpa sebab yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai