Anda di halaman 1dari 11

BAB 1 : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) membantu kerajaan


Britain
I.meluaskan tanah jajahan
II. menawan Perancis
III. menjalankan perdagangan
IV. menjalankan penyelidikan
A.I dan IV
B.II dan III
C.I dan III
D.III dan IV
2. Pulau Pinang di bawah naungan kerajaan…
A. Siam
B. Melaka
C. Johor
D. Kedah
3. Pulau Pinang berpotensi dijadikan sebagai…
I.pusat perlombongan bijih timah
II. pelabuhan persinggahan
III. pengkalan tentera
IV.pusat pengumpulan barang
A.I dan II
B.I dan III
C.I, II dan IV
D.II, III dan IV
4. Kerajaan Kedah merupakan sebuah kerajaan…
A. Maritim
B. Agraria
C. Melayu Lama
D. Timur
5. Kerajaan Kedah menghadapi masalah perebutan takhta berikutan
A.pergaduhan antara pembesar
B.Sultan Muhammad Jiwa tidak mempunyai pewaris
C.pelantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda
D. hasutan British
6. Apakah maksud anak gahara?
A.anak angkat yang paling disayangi sultan
B.anak yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja
C.menantu sultan yang paling sulung
D.anak yang bukan dilahirkan oleh isteri sultan yang
berketurunan diraja

7. Para pembesar yang memberontak berikutan pelantikan Raja


Abdullah mendapatkan bantuan
ketenteraan dari…
A.Bugis pimpinan Raja Haji
B.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
C.Firma Jourdain Sullivan and de Souza
D.Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB)
8. Tentera Bugis telah menyerang dan menawan
I. Kuala Kedah
II. Kota Langkawi
III. Alor Setar
IV. Kangar
A.I dan II
B.I dan IV
C.I dan III
D.II dan IV
9. Setelah diserang Bugis,Sultan Muhammad Jiwa berundur
ke………….dan cuba mendapatkan
bantuan……
Berundur Ke
Bantuan Dari
A
Kangar
Firma Jourdain Sullivan and de Souza
B
Perlis
Raja Siam iaitu Rama III
C
Johor
Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB)
D
Kalimantan
Tentera Minangkabau
10. Siapakah yang dihantar Firma untuk berunding dengan Sultan
Muhammad Jiwa?
A. Stamford Raffles
B. Andrew Clarke
C. William Farquhar
D.Kapten Francis Light
11. Antara syarat-syarat perjanjian antara Sultan Muhammad Jiwa
dan Francis Light ialah
I.Firma akan membantu Kedah
II.Firma akan membayar 30 000 dolar Sepanyol kepada Sultan
Kedah
III.Firma tidak akan melindungi musuh Kedah
IV.Sultan membenarkan Firma berdagang di Kuala Kedah
A. Stamford Raffles
B. Andrew Clarke
C. Firma
D.Kapten Francis Light
12. Sultan Muhammad Jiwa membatalkan perjanjian setelah
A.Baginda ditawan Bugis
B.Siam menyerang Kedah
C.Firma tidak menghantar bantuan
D.mendapat persetujuan Firma

13. Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam


kerana
A. Perang Siam-Burma
B.Mendapat perlindungan dari kerajaan China
C.Siam ditawan Perancis
D.Kedah ditewaskan Patani
14. Setelah perang tamat,Siam mendesak Kedah meneruskan
penghantaran bunga emas. Demi
kedaulatan Kedah,apakah yang ditawarkan Sultan Abdullah
kepada pihak yang sudi membantu ?
A. Perjanjian perdagangan
B. Pulau Pinang
C. Seberang Perai
D. Bunga emas
15. Apakah nama perjanjian yang ditandatangani antara Sultan
Abdullah dan Francis Light
A.Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1791
B. Perjanjian Burney
C.Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
D.Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1800
16. Berapakah bayaran yang perlu SHTI bayar kepada Sultan
Kedah untuk mendapatkan Pulau
Pinang
A.30 000 dolar Sepanyol sepurnama
B.30 000 dolar Sepanyol setahun
C.6 000 dolar Sepanyol sepurnama
D.10 000 dolar Sepanyol setahun
17. Apakah alasan SHTI untuk tidak membantu Sultan Kedah
A.Francis Light menandatangani perjanjian itu secara peribadi
tanpa keizinan SHTI
B.SHTI hanya akan menyelesaikan masalah dalam negeri Kedah
C.Kedah tidak mematuhi syarat perjanjian
D.Francis Light telah dipecat SHTI
18. Negeri manakah yang membantu Sultan Abdullah mengumpul
kekuatan ketenteraan untuk
menghalau British dari Pulau Pinang?
I. Johor-Riau
II. Siak
III. Riau
IV. Selangor
A.I dan III
B.I, II dan III
C.II, III dan IV
D.I, II, III dan IV
19. Setelah Sultan Kedah ditewaskan,SHTI memaksa baginda
menandatangani perjanjian…
A.Perjanjian Persahabatan Kedah - Inggeris
B.Perjanjian Kedah Lama
C.Persetiaan Seberang Perai
D.Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah

20. Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris


– Kedah ?
A.Kedah mengiktiraf ketuanan British
B.Kedah mengaku di bawah naungan SHTI
C.SHTI bebas memerintah Kedah
D.SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
21. Sultan manakah yang sanggup menyerahkan Seberang Perai
untuk mendapatkan bantuan
ketenteraan
A. Sultan Dziauddin
B.Sultan Muhammad Jiwa
C. Sultan Abdullah
D.Sultan Ahmad Tajuddin II
22. Apakah kepentingan Seberang Perai kepada SHTI?
I.Pusat pentadbiran kerajaan
II.Tempat bercucuk tanam
III.Tapak pembinaan ibu pejabat SHTI
IV. Benteng pertahanan
A.I dan III
B.II dan IV
C.I, II dan III
D.I, III dan IV
23. Perjanjian manakah yang membenarkan British bertapak di
Seberang Perai ?
A.Perjanjian Persahabatan Kedah – Inggeris 1786
B.Persetiaan Seberang Perai 1800
C.Perjanjjian Persahabatan dan Perikatan Inggeris – Kedah 1800
D.Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah
1791
24. Berapakah bayaran yang perlu British bayar bagi Pulau Pinang
dan Seberang Perai ?
A.9 000 dolar Sepanyol setahun
B.10 000 dolar Sepanyol setahun
C.6 000 dolar Sepanyol setahun
D.30 000 dolar Sepanyol setahun
25. Apakah kesan Surat – Surat Kew yang ditandatangani semasa
Perang Napoleon
A.British diberi hak mengendalikan seluruh tanah jajahan Belanda
di Timur
B.Belanda ingin mengadakan gencatan senjata dengan British
C.British bersetuju mengisytiharkan Belanda sebagai negeri
naungan kerajaan Britain
D.Belanda menjadi orang tengah antara British dan Perancis
26. Apakah negeri yang diserahkan Belanda kepada British
mengikut Surat – Surat Kew ?
I. Kedah
II.Riau - Lingga
III. Betawi
IV. Melaka
A.I dan II
C. II dan III
B.I dan III
D. III dan IV

27. Setelah perang tamat,British terpaksa menyerahkan semula


jajahan Belanda. Apakah yang
dilakukan pentadbiran Belanda terhadap British ?
A.Belanda menangkap dan membunuh konsulat British di Tanah
Melayu
B.Belanda memutuskan perjanjian perdagangan dengan British
C.Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk
terhadap pedagang British
di Pelabuhan Betawi
D.Belanda mengisytiharkan perang terhadap British
28. Siapakah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mencari
pelabuhan baru di Tanah Melayu ?
A. George Leith
B. Stamford Raffles
C. William Farquhar
D. John Crawfurd
29. Di manakah Raffles membuka pelabuhan sebelum
Singapura ?
I. Palembang
II. Riau
III. Acheh
IV. Melaka
A.I dan II
B.I dan III
C.I, II dan III
D.I, II, III dan IV
30. Mengapakah Raffles berpendapat Singapura sesuai dijadikan
pelabuhan ?
A.Kekayaan hasil bumi untuk dijadikan pusat pengeluaran bijih
B.Tanah yang subur untuk bercucuk tanam
C.Dapat dijadikan pangkalan tentera
D.Dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi
31. Singapura berada di bawah pemerintahan …
A.Temenggung Abdul Rahman
B. Tengku Hussein
C.Maharaja Abu Bakar
D.Sultan Mahmud Shah II
32. Perjanjian 12 Januari 1819 tidak sah kerana …
A.Tidak mendapat persetujuan Sultan Abdul Rahman iaitu
pemerintah sebenar Singapura
B.Menggunakan unsur paksaan dan ugutan
C.Tidak mempunyai bukti dan saksi yang boleh dipercayai
D.Mengandungi unsur berat sebelah dan tidak adil
33. Mengapakah Tengku Hussein selaku putera sulung tidak ditabal
menjadi sultan menggantikan
ayahandanya ?
A.Tengku Hussein bukan anak gahara
B.Tengku Hussein berada di Pahang semasa kemangkatan
ayahandanya
C.Tengku Hussein tidak berminat menjadi sultan
D.Tengku Hussein tidak disukai para pembesar ekoran
kesombongannya
34. Berapa banyakkah perjanjian yang ditandatangani sebelum
Raffles benar-benar berjaya
mendapatkan Singapura ? Pada tahun berapakah perjanjian-
perjanjian itu ditandatangani ?
A.5 perjanjian pada tahun !886, 1887, 1888, 1895 dan 1897
B.3 perjanjian pada tahun 1819, 1823 dan 1824
C.3 perjanjian pada 1903, 1914 dan 1921
D.5 perjanjian pada 1819, 1823, 1824, 1895 dan 1897
35. Belanda membantah tindakan British membuka penempatan di
Singapura kerana mendakwa
Singapura berada di bawah pengaruh Belanda.Bagaimanakah
kedua-dua buah kerajaan
mengatasi masalah ini ?
A.Dengan menandatangani Persetiaan London 1826
B.Dengan menandatangani Perjanjian Damai 1903
C.Dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824
D.Dengan mengadakan sekatan ekonomi
36. Gabungan negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
dinamakan …
A.Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
B.Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
C.Negeri – Negeri Selat (NNS)
D.Tanah – Tanah Jajahan British (TTJB)
37. Mengapakah Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan?
I.Untuk menjimatkan kos pentadbiran
II.Untuk meningkatkan keselamatan
III.Untuk menyeragamkan pentadbiran
IV.Untuk menjimatkan perbelanjaan
A.I dan II
C. II dan III
B.I dan III
D. III dan IV
38. Mengapakah pusat pentadbiran Negeri – Negeri Selat
dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Singapura pada 1832 ?
A. Keselamatan terjamin
B.Pemandangan yang indah
C.Penduduk yang akur dengan pentadbiran British
D. Kedudukan strategic
39. Mengapakah penduduk dan pedagang Negeri –Negeri Selat
(NNS) membantah tindakan kerajaan
British meletakkan NNS di bawah pentadbiran Gabenor Jeneral
British di India?
A.Kerana NNS umpama tanah jajahan India
B.Kerana NNS tidak bersetuju dengan corak pentadbiran India
C.Kerana NNS membenci pegawai India
D.Kerana NNS merasakan India berkomplot dengan Perancis
40. Pada 1 April 1867, Negeri –Negeri Selat (NNS)diletakkan di
bawah tanggungjawab …
A.Jabatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Negeri Taklukan
British di Greenwich
B.Pejabat Tanah Jajahan British di London
C.Lembaga Keselamatan Luar Negeri Britain di Los Angeles
D.Ibu Pejabat Gabenor Negeri – Negeri Selat di Singapura
1. B
2. D3. D4. A5. C6. B7. A8. C9. A10. D11. B12. C13. A14. D15.
C16. B17. A18. C19. D20. D
21. A
22. B
23. C
24. B
25. A
26. D
27. C
28. B
29. C
30. D
31. A
32. A
33. B
34. B
35. C
36. C
37. D
38. D
39. A
40. B

Anda mungkin juga menyukai