Anda di halaman 1dari 6

PROJEK “HIDUP POSITIF TANPA DADAH”

1.0 PENGENALAN

Program “ HIDUP POSITIF TANPA DADAH ” ini merupakan satu aktiviti yang
dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya SAMER . Program ini merupakan
satu program yang dirancang, bertujuan untuk membantu para pelajar yang berisiko untuk
terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk hidup secara sihat dan positif.

Permasalahan dadah ini bukanlah satu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Ramai
yang terjebak dalam kancah penagihan ini tetapi ramai juga yang mampu memikirkan apa yang
elok dan baik untuk diri mereka dengan menghindari penyalahgunaan dadah. Ramai juga
generasi pelapis negara diluar sana yang mula berjinak-jinak dengan perkara ini dan seharusnya
kita sama-sama membantu satu sama lain dengan ingat mengingati dan bekerjasama dengan
agensi yang sepatutnya untuk mengurangkan permasalahan ini daripada terus menjadi kanser
dalam kehidupan masyarakat kita. Sekali kita terjebak amat susah untuk melangkah kaki keluar
daripada lembah penagihan ini. Memetik kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri
Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menutup Kolokium ke 2 Wanita Persatuan Pencegahan
Dadah Malaysia ( PEMADAM) beliau menyarankan supaya ibubapa memikul tanggungjawab
yang lebih serius ke arah membendung masalah sosial di kalangan remaja di samping
menyemaikan pengetahuan mengenai dadah agar terbina satu ketahanan dalam diri anak-anak
untuk menjauhi dadah di kemudian hari. Jelas bahawa cadangan ini perlu diambil secara serius
kerana kaitan di antara kepekaan serta keprihatinan keluarga dengan masalah yang dihadapi
oleh anak-anak banyak dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan. Namun begitu sebagai
unit yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pelajar di sekolah, unit
bimbingan dan kaunseling SAM RAWANG telah terpanggil untuk mendedahkan pelajar yang
dirasakan berisiko dengan masalah penyalahgunaan dadah bersama-sama kaunselor tentang
maklumat berkaitan melalui program dan aktiviti selain daripada ceramah. Pentingnya program
ini untuk dilaksanakan adalah kerana jika kita lihat pada hari ini guru memainkan peranan
penting dalam mendidik anak bangsa. Sehubungan dengan itu, peranan guru dalam masyarakat
juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
2.0 MATLAMAT
Memberikan maklumat berguna kepada para pelajar berisiko untuk mereka faham akan kesan
dan akibat penyalahgunaan dadah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memenuhi kehendak Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Kebangsaan supaya
mewujudkan lorong/sudut PPDa khas di setiap sekolah.
3.2 Memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai kepentingan langkah pencegahan
dadah oleh individu itu sendiri, institusi keluarga, sekolah dan komuniti masyarakat bagi
melahirkan generasi bebas dadah.
3.3 Melibatkan pelajar berisiko dalam usaha untuk membantu mereka menyedari bahawa
masalah penyalahgunaan dadah semakin meruncing

4.0 RASIONAL
Program “HIDUP POSITIF TANPA DADAH” ini dirangka khas bertujuan untuk memupuk
rasa tanggungjawab di kalangan pelajar tentang kepentingan menjaga diri daripada terlibat
dengan dadah serta menjauhi diri daripada terus melakukan aktiviti tidak bermoral itu..
Walaupun sumbangan yang diberikan mungkin tidak sebesar mana, sekurang- kurangnya ia
membantu merealisasikan hasrat kerajaan supaya kita menghindari najis dadah

Dengan itu, satu projek khas dicadangkan untuk dilaksanakan dalam usaha untuk memberi
pendedahan awal serta memberikan gambaran mengenai isu penagihan dadah ini kepada
masyarakat. Kami akan cuba untuk mendapatkan input- input baru berkaitan isu penagihan
dadah ini dan seterusnya diharapkan dengan adanya input- input ini boleh disalurkan kepada
para ibu bapa dan remaja pada masa sekarang dan akan datang. Mereka adalah insan yang
menjadi tunjang kepimpinan negara kita pada masa akan datang. Diharapkan mereka dapat
menjauhkan diri dan tidak terbabit dengan gejala penagihan dadah ini.
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya SAMER
5.2 PRS dan Ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya

6.0 TEMPAT PROGRAM DAN TARIKH CADANGAN


6.1 Tempat: Sekitar dinding sekolah yang belum berlukis dan belum bertulis
6.2 Tarikh: Febuari sehingga Julai 2011

7.0 AKTIVITI

Dalam menjalankan program “HIDUP POSITIF TANPA DADAH ” ini, kami telah mengambil
beberapa pendekatan dalam menjayakannya.

 “ Bingkisan Minda”

Dalam slot ini, kami menamakannya “ Bingkisan Minda” . Melalui slot ini, diharapkan kami
akan menyalurkan sebanyak mana input- input berkaitan gejala penagihan dadah ini. Ini kerana
slot ini akan dikendalikan sendiri oleh kaunselor sekolah. Antara aspek atau topik yang boleh
diketengahkan adalah bagaimana kehidupan seorang penagih, jenis dadah yang biasa digunakan
dan apakan kaedah pemulihan yang diambil. Kami menjangkakan slot ini akan berlangsung
selama mana perlaksanaan program ini.

 Ilhamku, Baktiku

Aktiviti ini memerlukan kesemua peserta yang terlibat untuk menyiapkan projek Mural
Pendidikan dan Pencegahan Dadah (PPDa).
8.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn Siti Romziah bt Madong
(Pengetua SAM Rawang)

Pengerusi : Pn Noraini bt Jasman


(GPK HEM SAM Rawang)

Naib Pengerusi 1 : En Naziri b Md Isa


(GPK Pentadbiran SAM Rawang)

Naib pengerusi 2 : Pn Harlina bt Kabol


(GPK ko-kurikulum SAM Rawang

Penyelaras : Puan Nurashikin bt Ishak


(Guru Bimbingan dan Kaunseling SAM Rawang)
AJK : Semua Guru PPDa dan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya

Pelaksana : Kaunselor dan Semua Pembimbing Rakan Sebaya

9.0 BELANJAWAN

Bil Perbelanjaan Kos Catatan


1. Cat Mural RM 400.00 Cat pelbagai warna
2. Dakwat pencetak RM100.00 Untuk mencetak
Hitam dan putih blok huruf
3. Berus dan peralatan untuk mengecat RM100.00
4. Cat Spray RM200.00 Untuk graffiti anti
dadah
5. Pengurusan RM100.00 Hal-hal lain
6. Alatan penjagaan berus dan peralatan RM100.00
mengecat
10.0 PENUTUP
Program pendidikan pencegahan dadah ini diadakan bertujuan untuk menjadikan

masyarakat terutamanya generasi muda membenci najis dadah serta melengkapkan diri

supaya cekal dalam menghadapi segala cabaran sepanjang kehidupan mereka. Hal ini

demikian kerana sekiranya langkah yang tegas tidak diambil, besar kemungkinan golongan

yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini akan terus berleluasa dan menimbulkan

banyak masalah kepada masyarakat dan negara.

Oleh itu, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SAMER berasa bertanggungjawab untuk

membantu negara dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah. Lantaran itu, kami

mengambil inisiatif untuk mengadakan program “Hidup Positif Tanpa Dadah” yang

berfokuskan kepada pelajar yang dirasakan berisiko dalam penyalahgunaan dadah. Kami

berharap agar permohonan ini diluluskan dan diberi serba sedikit bantuan tidak kiralah dari

segi input, bahan ataupun perkongsian ilmu bagi melaksanakan program ini dengan jayanya.

Di sini, kami mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala

kerjasama dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung sama ada berbentuk kewangan, fizikal, dan moral dalam menjayakan program ini.

Semoga dengan sumbangan dan kerjasama yang diberikan akan dapat menjayakan lagi

program yang bakal dijalankan nanti.

Disediakan oleh : Penyelaras Program


Hidup Positif Tanpa Dadah
Pn Nurashikin bt Ishak

Disemak oleh : Pengerusi Program


Hidup Positif Tanpa Dadah

Pn Noraini bt Jasman

Diluluskan oleh : Penasihat


Hidup Positif Tanpa Dadah

Pn Siti Romziah bt Madong

Anda mungkin juga menyukai