Anda di halaman 1dari 3

Ê ‘

Amar Ma¶ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat
dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan
yang betul dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan
supaya dapat membimbing hati manusia.‘

Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan
dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama
yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup
manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan
para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma¶ruf nahi Mungkar adalah wajib yang
tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma¶ruf nahi mungkar.‘

¦
  Ê Ê  ‘

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: ³Sesungguhnya Allah
s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila
perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti
semuanya sudah layak menerima hukuman.´‘

¦an diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:‘

³Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang
yang derhaka.´ ‘

Nabi Yusya bertanya: ³Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-
baik itu?´ ‘

£awab Allah s.w.t.: ³Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan
minum bersama mereka yang derhaka itu.´‘

Abu Hurairah r.a. berkata:‘

³Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ³Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum
dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.´‘

Anas r.a. berkata:‘

³Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ³Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang
menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi
pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan
Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu
ditangannya.´

c
x x     ¦ÊÊÊ‘

c 

 ‘

Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan.
Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap
penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda
kurang sempurnanya iman.‘

ÿ   ‘

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur¶an dan AsSunnah yang mulia.
Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat
mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.‘

  Ê  

‘

uiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi
dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma¶ruf nahi mungkar ini.‘

ÊÊ¦Ê ¦‘

Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:-


1. membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam.
2. mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam.
3. mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah.
4. menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan.
5. mendapat Keredhaan Allah. ‘

 ¦ÊÊÊ‘

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-‘

³Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan
tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan
lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang
demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman´. (HR Muslim)‘

c ¦
  !

"‘

Demerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia
boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah
pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak.
£usteru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak
kepada yang ma¶ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya.‘

¦alam konteks kemsyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai
contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh

ÿ
melaksanakan sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat,
berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-
mana perlanggaran kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan.‘

ÿ ¦
! # ! ‘

Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah
dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah
yang boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;‘

a.)  !
 ± sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka,
mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia
itu tempuh di akhirat kelak. Dara diae diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih
dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu,
penerangan, dan juga secara peribadi (fardiyah)‘

b.)

 ± Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen
dan sebagainya‘

c.) 
  ± ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Dara daie perlu menguasai ilmu
penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang
dilakukan. Denulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum
dan sebagainya.‘

  ¦

$
# 

"‘

Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini
hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan
bahkan memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak
dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya
sedapat mungkin dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk
mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah
sedapat mungkin sambil berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar.‘

 Ê %ÊÊÊ ‘

Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat
serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan
melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah
kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat
yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat
yang baik.‘

Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma¶ruf nahi
mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan
mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai.‘