Anda di halaman 1dari 2

UNIT REKABENTUK BANDAR DAN WARISAN

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR


TINGKAT 25, MENARA DBKL, BANDAR WAWASAN
JALAN RAJA ABDULLAH, 50300 KUALA LUMPUR
Tel : 03 26176546 / 47 Fax : 03 26946237 Email : urbw@dbkl.gov.my

SENARAI SEMAKAN SYARAT REKABENTUK


Bangunan Tinggi (melebihi 10 tingkat)

Keperluan Rekabentuk Patuhi

Rekabentuk Bangunan
Profail bangunan
Keseluruhan fasad dan prinsip senibina
Ritma melintang dan ritma menegak
Skim warna bangunan, bahan kemasan dan tekstur
Dinding berkaca tidak melebihi 40% untuk setiap permukaan bangunan
Rekabentuk berkonsepkan “tropical architecture”
Papantanda direkabentuk mengikut kesesuaian
Rekabentuk dan skim warna bangunan pencawang TNB hendaklah selaras dengan keseluruhan
skim pembangunan.

Keperluan Teknikal
Tangki air berada di dalam bumbung dan terlindung dari semua arah pandangan
Sila tandakan di dalam pelan, lokasi perletakan peralatan mekanikal dan servis seperti tangki air
dan penghawa dingin hendaklah lindungi dari semua arah pandangan atas dan sisi.
Menyediakan keperluan Kemudahan Orang Kurang Upaya yang bersesuaian dari aspek
rekabentuk – Rujuk senarai semak
Bumbung konkrit rata hendaklah dikemaskan dengan epoxy yang bewarna kelabu sahaja atau
jubin atau cat P.U (Polyurethene) atau floor hardener agar tidak kotor dan berlumut.
Sila patuhi garispanduan rekabentuk keselamatan bagi bangunan podium meletak kereta.
Sila gunakan grass screte pada ruang meletak kereta terbuka.
Laluan kenderaan hendaklah menggunakan bahan kemasan “interlocking pavers with sand
base”.
Cadangan pencahayaan pada fasad bangunan
Keperluan Perancangan
Mematuhi keperluan Perintah Pembangunan
Mematuhi Pelan Perintah Pembangunan

1
SEMAKAN KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA DARI ASPEK KESESUAIAN REKABENTUK

KEPERLUAN REKABENTUK PATUH


A. REKABENTUK TEMPAT LETAK KERETA
Lokasi tempat meletak kereta OKU yang berhampiran dengan laluan masuk seperti lobi lif, pintu masuk serta tidak
membahayakan OKU
Tempat meletak kereta OKU disediakan di atas permukaan yang rata
Tempat meletak kereta OKU disediakan berdekatan dengan kemudahan “ramp” dan laluan masuk serta tidak boleh
dihalang oleh apa – apa halangan seperti “bollard” serta TLK yang lain.
Perletakan papantanda Simbol Tempat Letak Kereta OKU yang jelas dan mudah dilihat serta tidak menghalang
perjalanan OKU yang berkerusi roda
Penyediaan laluan “tactile” dari perhentian bas/teksi dan anjung sehingga ke laluan masuk tanpa ada apa – apa
halangan seperti TNB Sub station, penutup longkang dan sebagainya
Jenis bahan kemasan lantai hendaklah tidak terlalu bertekstur , dan tidak terlalu licin dari jenis “non-slip” yang tidak
merbahaya
Rekabentuk TLK OKU yang mudah untuk keluar masuk bagi kegunaan OKU seperti TLK dari jenis “side parking”
B. REKABENTUK LALUAN MASUK DAN RAMP
Lokasi laluan ramp hendaklah mudah dilihat serta mudah sampai , tidak terlindung oleh apa – apa halangan seperti
pokok, papantanda dan dinding
Kecerunan arah ramp yang tidak merbahaya seperti menghala ke jalan raya, longkang dan sebagainya
Rekabentuk laluan masuk yang mempunyai perbezaan aras yang minima hendaklah menggunakan rekabentuk ramp
yang “seamless” serta tidak ketara
Jenis bahan kemasan lantai hendaklah tidak terlalu bertekstur , dan tidak terlalu licin dari jenis “non-slip” yang tidak
merbahaya
Rekabentuk ramp yang mudah digunakan seperti tidak terlalu banyak pusing serta tidak menyukarkan pergerakan
OKU ketika melaluinya
Susur tangan yang menggunakan bahan kemasan yang sesuai, kukuh serta rekabentuknya yang selamat untuk
pengguna
C. REKABENTUK LALUAN MASUK
Setiap laluan masuk utama perlu disediakan bersama kemudahan laluan berkerusi roda yang mudah dilalui dan
terancang.
Lokasi laluan masuk OKU perlulah di pintu masuk utama agar mudah dilalui serta menghala secara terus ke lif
bangunan
Laluan ”tactile” (guiding blocks) yang mengarah secara terus ke laluan masuk dan keluar bangunan perlu disediakan
tanpa ada apa – apa halangan
D.PERANCANGAN REKABENTUK PERLETAKAN KEMUDAHAN LIF
Lokasi perletakan lif yang paling mudah di “access” serta tidak terlindung oleh elemen – elemen lain
Rekabentuk ruang di mana butang lif disediakan hendaklah bebas dari apa – apa halangan seperti tong sampah serta
pokok - pokok hiasan
E. REKABENTUK TANDAS OKU
Rekabentuk laluan tandas serta rekabentuk pintu tandas OKU yang mudah sampai
Lokasi perletakan tandas OKU hendaklah berada di aras yang paling mudah sampai seperti aras tanah serta aras
yang mempunyai kemudahan asas dan ruang rekreasi pada setiap bangunan

Anda mungkin juga menyukai