Anda di halaman 1dari 2

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj. Kami : PPDMT.PT.100-7/4 Jld 2 ()


Tarikh : 26 Januari 2011

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Melaka Tengah.

Tuan,

MAKLUMAN TENTANG TATACARA PEMILIHAN MURID YANG LAYAK


MENERIMA BANTUAN KWAPM MENGIKUT SMM 2011

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk tujuan tersebut:
a) Gunakan CD yang dibekalkan.Didalamnya mengandungi senarai nama murid dari
sekolah masing-masing. Dari senarai tersebut, murid yang perlu disenaraikan adalah
murid yang terdiri daripada murid yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan
Nasional berdasarkan Borang Maklumat Murid. Pilih murid lain yang layak mengikut
kuota yang dibekalkan. Rujuk pekeliling bil. 6 Tahun 2010 – Bantuan Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Murid yang tersenarai dalam CD perlu
dikemaskini oleh pihak sekolah masing-masing.
b) Borang yang perlu diisi oleh murid setelah dikenalpasti ialah Lampiran B (dalam
CD):
i) pastikan dibahagian atas di kanan m/s, tandakan samada murid tersebut
membuat permohonan baru atau pun sambung semula dari tahun sebelumnya.
ii) Bagi maklumat perakuan, pastikan ibubapa penjaga memahami butiran yang
terkandung sebelum menandatangani akuan tersebut
iii) Kemukakan kepada pihak sekolah dokumen sokongan seperti:
a. salinan sijil lahir/ kad pengenalan yang disahkan,
b. salinan kad pengenalan ibubapa penjaga yang telah disahkan
c) Pastikan pihak sekolah membuat pemilihan dan saringan murid yang layak
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah
d) Pihak sekolah menyediakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) (dalam
CD)dan dikemukakan ke PPDMT dalam bentuk hard copy dan soft copy.Pihak sekolah
dikehendaki menyediakan:
i) BRP bagi murid Tahun satu
ii) BRP bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6
Sila tandakan dalam borang diruang sek/PPD/JPN samada permohonan baru atau
sambung
CD dan Panduan Penyediaan Maklumat Borang Rumusan Permohonan (BRP) dibekalkan
melalui helaian bercetak.
e) Bagi tiap-tiap helaian borang BRP, mestilah terdiri dari:
i) satu keping bersaiz A4
ii) 3 keping bersaiz A3
f) Kesemua borang yang terdapat dalam CD perlulah diisi dan soft copy dan disket perlu
diserahkan ke PPD Melaka Tengah selewat-lewatnya pada 10 Februari 2011 (Khamis)

Kerjasama dan keperihatinan tuan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL MUTALIB BIN OSMAN)


Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah

Sk : 1. Pengarah Pelajaran
2. Fail Penyelaras

Anda mungkin juga menyukai