Anda di halaman 1dari 1

JUDUL dipilih cukup mengusik hati untuk mengetahui lebih mendalam kisah dipapark

an. Melihat posternya menampilkan orang lidi dengan latar belakang hitam pekat s
erta jalinan ceritanya, ternyata filem pendek itu mempunyai tarikan dan kekuatan
tersendiri.

Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah garapan wartawan Online New Straits Times (N
ST), Siti Nurbaiyah Nadzmi dan Sheridan Mahavera Shakir, iaitu wartawan NST dan
kini memilih menjadi penulis bebas, menyelongkar kisah sebenar di sebalik protes
cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam yang menjadi
pertikaian dan perpecahan dalam masyarakat.

Meninjau kemelut yang melanda, Nurbaiyah dan Sheridan bertemu banyak pihak untuk
mendapatkan penjelasan. Antara yang ditemubual ialah bekas Menteri Besar Selang
or, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; pendudu
k Seksyen 23 dan Seksyen 19, Shah Alam; persatuan kuil dan penganut Hindu di kui
l terbabit.

Menurut Nurbaiyah, menulis berita dan membikin filem pada asasnya adalah sama ia
itu menghasilkan satu cerita, cuma medium berbeza.

Biarpun memiliki latar belakang dalam penulisan teater, cereka, televisyen dan r
adio, Nurbaiyah yang sebelum ini pernah menulis skrip telemovie dan drama TV tid
ak pernah mengarah filem. Kisah Tauke Mancis dan Minyak Tumpah dengan durasi 28 mi
nit itu adalah karya sulungnya.

Katanya, filem itu menerangkan situasi dihadapi penduduk Seksyen 19 yang terpaks
a berdepan masalah selama 20 tahun tetapi masih mampu bersabar. Kuil yang dibina
100 tahun lalu dicadang dialihkan ke tempat lain kerana ia tidak lagi sesuai di
situ berikutan timbul masalah parkir, manakala acara keagamaan di kuil itu berl
arutan hingga malam.

Dalam tempoh 20 tahun, penganut dan persatuan kuil itu setuju jika rumah ibadat d
ipindahkan kerana ia tidak lagi sesuai di situ

Anda mungkin juga menyukai