Anda di halaman 1dari 3

http://www.kujie2.com/artikel/dah-akil-baligh.

html
Dah akil baligh
Oleh : Kujie | Artikel, Pengetahuan Am
11 Jun 2008
Korang jangan mengamuk sebab tajuk ini pula ye.. he he he.

Saya pernah menulis peristiwa pengalaman haid pertama anak saudara saya dan artikel
persediaan diri ketika haid . Saya dapati banyak keywords mengenainya membawa
pengunjung ke blog ini. Saya harap apa yang dicari ditemui. Saya cuma berkongsi
sebagai seorang ibu kepada anak² yang baru meningkat remaja.

Sejak 2 minggu ini saya semakin sukar memahami percakapan Angah. Sengau semacam.
Puas saya suruh dia ulang berkali² apa yang hendak dicakapkan.

” itulah… dulu gelakkan Along , sekarang kena kat diri sendiri”

Ha ha ha … kami berdua gelak kerana saya pasti Angah faham apa yang saya
maksudkan. Masa Along baru pecah suara, Angah ada merungut kerana dia tak faham
apa yang Along cuba cakapkan. Sekarang dah kena pada diri sendiri…ha ha ha.

Anak saya dah akil baligh. Saya sedar beberapa perubahan fizikal dan emosi dia. Dalam 2
minggu ini asyik bergaduh dengan Intan. Saya suruh suami bercakap ‘hal lelaki’ dengan
Angah. Rasanya di zaman saya dulu ibubapa dan anak remaja tidak berbincang secara
terbuka hal ini, apa lagi dengan ibu. Tetapi saya sering berbincang secara terbuka dengan
anak lelaki saya tentang semua hal .

Terukkan saya… hal anak pecah suara pun nak kecoh.

Saya mengikuti setiap detik proses pembesaran dan proses peralihan anak² saya. Kalau
korang nak anggap saya mama yang terlebih ‘sudu’ saya tak kisah. Saya gembira
berkongsi detik perubahan hidup anak² saya. ( tulis ayat mcm ni pun dah meleleh airmata… entah,
bercakap ttg anak² rasa menyentuh jauh ke lubuk hati ).

Kadang² perkara yang remah pada anggapan orang tetapi tetap memberi satu impak yang
besar bagi saya. Kesan emosi dan rasa semakin dekat dengan mereka. Contoh seperti pagi
tadi, saya masak bekal char kuew teow untuk Intan( Intan bawa bekal setiap pagi dan saya
hantar bekal sekali lagi setiap tengahari – dia balik 3.30 ptg ) dan suami bertanya, sedap ke? Saya
jawap… entah…selagi Intan cakap sedap , saya tak kisah apa yang orang nak kata .

Mudah, kan?

Lelaki akan memasuki tempoh akil baligh lebih lewat berbanding perempuan iaitu
antara usia 13 hingga 15 tahun. Memandangkan lelaki tidak menunjukkan petanda
ketara seperti kedatangan haid apabila mereka mencecah peringkat akil baligh, satu
kombinasi karakteristik boleh menyedarkan anda tentang bermulanya peringkat akil
baligh anak anda.

Yang dramatiknya ialah pertumbuhan mendadak dalam kebanyakan lelaki. Mereka akan
menjadi lebih tinggi manakala bahu bertambah luas. Inilah masa yang sesuai untuk
anda membeli pakaian baru bagi anak lelaki anda dengan lebih kerap.

Suara seseorang anak remaja lelaki mulai bertukar menjadi garau. Bahagian zakar,
skrotum dan testis akan berkembang sekali gus mengubah penampilan mereka biarpun
pada peringkat ini, kebanyakan remaja lelaki sudah tidak selesa untuk membiarkan ibu
bapa mereka melihat perubahan tersebut.

Akil baligh adalah masa di mana lelaki dan anak gadis menjadi lebih rimas terhadap
penampilan mereka khasnya pada bahagian-bahagian sulit.

Remaja lelaki akan mulai mengalami ‘mimpi basah’ dan ini adalah perkara biasa yang
tidak perlu dibangkitkan oleh ibu bapa di hadapan adik-beradik yang lain.

Seboleh-bolehnya, ibu bapa perlu menyakinkan anak bahawa ini adalah sebahagian
daripada proses menjadi matang.

Sebaik sahaja anak lelaki mencapai peringkat akil baligh, mereka perlu menyedari
‘keupayaan’ mereka untuk menyebabkan seseorang gadis mengandung. Jadi, ini adalah
masanya untuk mengingatkan anak tentang erti bertanggungjawab dalam segala tingkah
lakunya.

Perubahan emosi sewaktu mencecah peringkat akil baligh adalah sama di antara remaja
lelaki dan perempuan. Keengganan mendengar nasihat, merungut atau menangis tanpa
sebab adalah antara kerenah anak remaja anda pada peringkat kehidupan awal akil
baligh ini.

Perubahan hormon yang dihasilkan oleh tubuh anak gadis mencetuskan emosi yang
tidak stabil dan anda hanya boleh bersabar dengan perangainya.

Meskipun ia satu proses semula jadi dan tidak dapat dielakkan, anda sebenarnya mampu
mendidik anak remaja tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan mereka.

Ketidakstabilan mood mungkin sebahagian daripada proses akil baligh tetapi ini tidak
bermakna anak gadis anda boleh melawan kata-kata anda. Begitu juga dengan anak
lelaki anda. Apabila dia mulai merasakan diri telah dewasa dan lebih daripada sekadar
lelaki, kemungkinan nasihat anda sudah tidak diendahkan lagi.

Buatlah keputusan terhadap apa yang dibenarkan dan dianggap munasabah untuk diri
anda dan anak. Pastikan keputusan yang dibuat adalah konsisten.
Sekiranya anda membiarkan anak remaja ‘memijak kepala’ anda, tentulah sukar untuk
mendidiknya kelak. Lebih-lebih lagi selepas mereka melangkah ke alam persekolahan di
peringkat menengah.

Peringkat akil baligh mungkin sesuatu yang baru untuk anak anda tetapi ia sudah
tentunya bukan satu pengalaman unik. Anda sendiri telah pun melaluinya dan sekarang
masanya anda mengharunginya bersama anak remaja anda pula.

Petikan laman web www.parentingteens.com.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau


kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman
ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya,
perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar
bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Kujie
View all posts by Kujie
Kujies website

Anda mungkin juga menyukai