PENGENALAN
• Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama
iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan
peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.
Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan
rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan
berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam
yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai
dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat
ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk
membimbing mereka ke jalan yang benar supaya
mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat.
• Penganut Islam wajib beriman kepada
Allah Yang Maha Esa selaku pencipta
alam semesta dan mematuhi segala
suruhan dan menjauhi laranganNya.
Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia
akan sesat kerana akal fikiran dan
pengalaman manusia amat terbatas.
• Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
memahami masalah ketuhanan, kehidupan
selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti
malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal
dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T
mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi
dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s
dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-
nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan
adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi
syariat dan hukum di antara mereka selaras
dengan keadaan dan zaman masing-masing.
• Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang
panjang, ramai manusia yang terus-menerus menentang
serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T
yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih
sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah
menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca,
memahami dan melaksanakan segala arahanNya.
Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid
(kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa),
menghindarkan mereka dari syirik kepada Allah S.W.T,
terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar
mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T
dan menjauhkan diri dari laranganNya.
• Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan
yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk
satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat
manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa
kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran
kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang
menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya
Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan
menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia
sehinggalah ke hari ini.
Rangkuman sejarah tamadun islam
dari mula hingga berakhir khilafah
Jahiliyyah Ibrahim
Ishaq Ismail
Kan’an
Yaaqub
Yusuf
Mesir
Musa & Harun
Daud
MEKAH
Sulaiman
Palestin Zakaria
Yahya
Isa
610
tahun
Jahiliah
Muhammad SAW
Era Mekah (610 – 623M = 13
Tahun)
-300 masuk Islam dari 10,000
penduduk Mekah
- era dakwah dan tarbiayah.
ERA MADINAH (623-633m = 10 tahun)
- Tertubuh Daulah Islam Pertama
-Nabi Muhammad ketua Negara
- Kesatuan Muslim & Non-Muslim di bawah
Perlembagaan Pertama Madinah
-124,000 orang masuk Islam
-Rasulullah wafat
Era Khulafa’ al-Rasyidin (633-661m)
-Abu Bakar:Hantar tentera Usamah memerangi golongan
murtad, negara kembali stabil
- Umar: Membuka Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan,
Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia,
mewujudkan kementerian & jabatan.
-, Uthman: sebarkan dakwah Islam sampai ke India &
China, salin semula al-Quran dan perbanyakkan salinan.
- Ali: dakwah sampai ke Afrika dan berhadapan dgn isu
dalaman
Era Umawiyyah (661-750m)
-mengamalkan monarki
-Meneruskan usaha dakwah & peluasan
-berjaya menguasai utara Afrika, Sepanyol
(Andalus), dan Khurasan.
-Mencuba untuk membuka kota
Constantinople (Ibu negeri Bayzantine)
- Paling cemerlang zaman Umar bin Abdul
Aziz: berjaya basmi kemiskinan.
Bani Umayyah: Senarai Khulafa’
Umaiyah Qusayy
Abdul Mutalib
Harb Abu al-’As Abdul Manaf
1) Muawiyah Uthman
2) Yazid
3) Muawiyah II 4) Marwan
Pemerintahan oleh Khalifah Pemerintahan oleh kerajaan kecil Pemerintahan oleh khalifah
PENJAJAHAN
Uthmaniah
(699H – 1343H / 1301M – 1924M)
ERA PENJAJAHAN
1. Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi
jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang
berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan
Sepanyol di kampung-kampung.
2. Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung
kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah
memaksa penduduk di situ menjadi warganegara
Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ
juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang
berkebuluran dan manusia-manusia jahat.
3. Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
4. Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk
dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara
kebangsaan mereka.
5. Syria di bawah jajahan Perancis.
6. Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.
1. Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang
sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap
kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak
laku dari Eropah.
2. Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangka-
rangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan
di setiap tempat dan masa.
3. Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang
tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amir-
amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris.
Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari
meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala
hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan
janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab;
Malik Husin dengan syarat menolong mereka
menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah.
4. Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang
sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka.
5. India menjadi jajahan Inggeris.
6. Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang
ditekan dengan dahsyatnya.
Negara-negara di nusantara?
• Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan
Islam Melayu Melaka[1] ke tangan Portugis pada tahun 1511.
• Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis,
Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun
1641 dengan bantun kesultanan Johor.
• Pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau
Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda
(disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai
pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i) Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan
Inggeris.
ii) Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda
• Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :
i) Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)
ii) Perancis – Kemboja, Vietnam
iii) Sepanyol – Filipina
•
[1] Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan kerajaan yang bernaung
di bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam
dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak terhad.
FAKTOR PEROSAK DLM STRUKTUR NEGARA
ISLAM
1. Percakaran politik & sikap fanatik selain perebutan kuasa
& pangkat.
2. Perselisihan dlm soal furu agama & mazhab dan suka
berdebat
3. Tenggelam dlm pelbagai bentuk kemewahan dan hanyut
dlm keseronokan & syahwat khususnya di klgn
pemimpin.
4. Perpindahan kuasa kpd bukan Arab (Parsi, Dailam,
Mamluk, Turki & sbg)
5. Abaikan ilmu berbentuk praktikal & dunia (sains &
teknologi), membazir masa dlm falsafah yg berbentuk
teori & fantasi
6. Para pemimpin leka dgn kuasa dan lupa melihat
perkembangan bangsa. Bangsa lain terkehadapan
potensi/kebolehan dan boleh serang Islam bila2.
7. Terpesona dgn helah musuh, cara hidup musuh dan
seterusnya meniru budaya hidup mereka.
PANDANGAN HIDUP ISLAM
• Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh
Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul
s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup
yang lengkap merangkumi semua aspek
hidup manusia. Islam merangkumi aspek
akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya
telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda
dan diikuti oleh para sahabat serta umat
Islam seluruhnya.
PENGERTIAN ISLAM
• Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi
tiga perkara utama iaitu:
2. Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan
batin
3. Damai, aman atau sejahtera
4. Taat dan menyerah
• Pengertian Islam dari segi syarak ialah
mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk
kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang
dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh
Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah
kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi
dan rasul yang terakhir.
• Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari
apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah
kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah
disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah
meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah S.W.T dalam
Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
”Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din
(agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan
mereka yang rugi di akhirat nanti"
• Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat
5 yang bermaksud :
”Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan
Aku reda Islam itu agama kamu”.
KANDUNGAN ISLAM
1) AKIDAH
• Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah
hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang
dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa
setiap Muslim.
• Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara
tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk.
Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah
juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan
seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan
pertolonganNya untuk terus hidup.
• Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari
tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam
bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia
sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat
pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T
semata-mata.
• Asas-asas akidah Islam ialah:
(ii) Beriman kepada Allah
(iii) Beriman kepada Malaikat
(iv) Beriman kepada Kitab-Kitab
(v) Beriman kepada Rasul-rasul
(vi) Beriman kepada Hari Akhirat
(vii)Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
• Akidah Islam membebaskan manusia daripada
kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat
kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing
manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu
keredhaan Allah S.W.T.
• Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam
yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan
menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan
seperti berikut:
2. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang
Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-
lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan
Allah S.W.T.
3. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan
terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk.
4. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri
sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa
mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di
akhirat.
5. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh
pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan
persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama
dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman
ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak
nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan
masyarakat.
6. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat
maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan
masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak
dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah
mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari
bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai
disiplin ilmu pengetahuan.
1. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan
kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan.
2. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau
hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar
biasa.
3. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan
Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah
sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan
keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup
mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan
Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di
dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
4. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu
mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan
sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu
mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif.
Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati
akidah Islam yang sebenar.
5. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan
kemungkaran.
SYARIAH
• syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk hukum atau
peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang
kuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah
S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-
Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya
terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang
berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal--hal yang
berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu
hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan
lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka
dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga
aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau
moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan
bernegara).
• Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan.
Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama
ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.
• Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula,
syariah
• Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan
kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang
hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan
lain-lain.
ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif
dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya
ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan
nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah
ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah
seperti hudud, qisas dan takzir.
AKHLAK
• Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika
yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam
ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah
laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T,
terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai
dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-
Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak
mazmumah.
• Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik
kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan
batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan
fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna
kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara
keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-
khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi
kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila
seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud
orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.
• Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak
sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan
darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila
keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji
menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik.
Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia
dinamakan akhlak yang buruk.
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
• Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat
Maha Sempurna, sunyi dari sebarang bentuk kekurangan dan
kelemahan. Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciri-
ciri keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya
dengan peraturan dan agama ciptaan manusia. Antara ciri-ciri
keistimewaannya ialah :
• Rabbani.
• Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syari’at
yang ada didalamnya adalah wahyu, bukan ciptaan manusia
bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini bermakna Islam
adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka
berada dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).
• Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
• Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T tidak
bertentangan dengan akal manusia, bahkan akal tersebut jika betul-betul
digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T.
Adapun yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia (kerana
keterbatasannya) tidak dapat memahami dan mentafsirkan apa yang
dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.W.T. Segala apa yang
disyari’atkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia,
kerana Allah S.W.T sajalah yang amat mengetahui hakikat dan kejadian
manusia (al-Rum:30,al-Baqarah:164).
• Tidak Membebankan
• Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan
manusia, disamping itu juga Allah S.W.T telah memberikan keringanan
(rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. Di dalam Islam tidak ada
sesuatu yang sulit difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam
jelas kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an, tidak ditokok-
tambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi pada
sebahagian agama. Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada
Allah S.W.T tanpa perlu adanya perantara, semua orang sama taraf
disisi Allah S.W.T.
• Menyeluruh
• Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang lengkap dan
mendalam tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya
dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu
juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan.
• Positif
• Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif
dalam kehidupan manusia, hubungannya dengan sesama manusia dan
hubungannya dengan Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat
dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih tenang dan
bahagia dibanding dengan orang tidak beragama atau yang beragama
lain. Seorang muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari
materialistik, ia selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah
S.W.T.
• Sesuai untuk sepanjang zaman.
• Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan
memberikan keringanan bila berhalangan. Oleh kerana itu tidak
boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana
fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab segala
masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama
pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid.