Anda di halaman 1dari 5

Nini (Nani) menulis warkah kepada keluarga di

kampung melalui alamat Abang Norman di Johor


Bahru. Nordin akan menyerahkan warkah itu kepada
Pak Long dan Mak Long di Kampung Merpati.
Zuraini, Zurina dan Zahir boleh membacakan
mereka warkah rindu itu. Dalam warkah itu, Nani
menceritakan dunia kehidupan baharu di banglo itu.
Nani berjanji akan pulang pada suatu ketika nanti.

Nini (Nani) meminta izin keluar ke Plaza Cahaya. Di


situlah lokasi Institut Lingua Franca, yakni tempat
Nani akan mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris
dan bahasa Jepun. Abang Mazran menghulurkan
dua keping RM50.00 untuk perbelanjaan Nini (Nani)
walaupun Nani agak keberatan menerimanya.
Selepas memberikan ciuman kepada Datin Maziah,
Nini (Nani) pun bertolak ke SM Taman Sari untuk
urusan projek Hari Sumbangsih. Sempat juga dia
bertanyakan Hari Sumbangsih kepada Kak Finaz. Di
dalam diari Murni, turut tercatat bahawa Murni ingin
bertanding merebut jawatan setiausaha. Elliana,
pegawai promosi kempennya. Laili pula yang
menjadi saingannya telah kecundang dalam
perebutan itu.
Ekran tampil berucap mengenai acara-acara yang
akan diadakan pada Hari Sumbangsih. Antara lain,
aktiviti pasar ria, sukan terbuka dan pemeran untuk
mengumpulkan dana sejumlah RM16,000.00. Ekran
pemimpin murid yang berkarismatik. Hasil
perbincangan, kelas Nini (Nani) bercadang untuk
menguruskan gerai burger, kejohanan bola sepak
tujuh sebelah dan pameran alam sekitar dan reka
cipta.

Laili meluahkan bantahan. Kononnya, berlaku


ketidakadilan dalam pengagihan slot. Tuduhan Laili
telah dijawab oleh Ekran. Menurut Ekran, agihan
dibuat melalui undian. Selepas perjumpaan, Ellina
menghampiri Nini (Nani). Ellina meluahkan
perasaan tentang Laili kepada Nini (Nani). Rupa-
rupanya, Ellina selalu berselisih faham dengan
gadis-gadis glamor seperti yang tercatat dalam diari
Murni.

Adriani memberikan panduan kepada Nini (Nani)


untuk ke Plaza Cahaya dengan menaiki bas mini
yang bernombor 19. Terlintas akan kata-kata Kak
Finaz, yakni ibu mentuanya, Datin Maziah, sering
mengarahkan Murni menaiki teksi kalau mahu pergi
ke mana-mana. Nini (Nani) sampai di Plaza Cahaya
pada pukul 11.20 pagi. Dia bergegas ke Pasar Raya
Buku untuk memperoleh buku-buku yang diingini
sebelum ke pondok perhentian bas. Nini (Nani)
terkejut ketika bertentangan mata dengan penjual
burger untuk bertanyakan teksi!

Kosa Kata / Makna:


1. Kerenah – ragam, tingkah laku, kemahuan
2. Anjung – bahagian rumah yang ditinggikan (di sisi
atau di tengah rumah)
3. Sejenak – sebentar, sejurus
4. Menepati – berpegang teguh pada (janji, kata,
dll), tidak memungkiri, menunaikan
5. Kantuk – rasa hendak tidur
6. Melewati – lalu (di), melalui, melintasi, melebihi
had (batas), melampaui, melangkaui, melebihi
7. Sumbangsih – sesuatu (tenaga, wang, dll) yang
diberikan sebagai bantuan, sokongan
8. Pekerangan – halaman rumah, tanah kampung
9. Mengendalikan – mengekang, menahan (hawa
nafsu, kenaikan harga barang), mengurus(kan),
mentadbir(kan), mengawal perjalanan
10. Terpahat – telah diukir dgn. Pahat, terukir,
terlekat, tercatat atau terakam
11. Keruan – ketahuan, tentu
12. Mengendahkan – memberikan perhatian
kepada, memandang penting (mustahak, berharga,
dll), mempedulikan, mengacuhkan
13. Janggal – tidak sedap dilihat (didengar),
canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras
14. Lingua franca – bahasa perantaraan atau
bahasa perhubungan antara masyarakat atau
orang-orang yang berlainan bahasa
15. Terserempak – diserang (diserbu, dll) dgn tiba-
tiba, bertemu (bersua) dgn tidak disangka-sangka
16. Mendongak – terangkat sedikit ke atas (bkn
kepala, muka dll), tercongak, memandang (menoleh,
menengok) ke atas

Anda mungkin juga menyukai