Anda di halaman 1dari 4

Konsep Manusia Menurut Al-Quran :

 
 
Pengenalan
 
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-
Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang
telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia
adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara.
Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan
bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah
Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh
saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta
sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.
 
 
Manusia Menurut al-Quran
 
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah
sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal
tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun
begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal
menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua
manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu,
kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat
proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah
di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah
berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia
menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji
antropologi.
 
 
Fungsi Manusia Menurut al-Quran
 
 
Beribadat kepada Allah
 
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia
dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa
jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah.
Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang
telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah
ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain
tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan
sebagainya.
 
 
Memelihara Alam
 
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah
telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan
ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu
menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut
hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh
melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk
lain termasuklah binatang.
 
 
Mengenali di Antara Satu Sama Lain
 
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu
sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah
sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga
tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya
memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba
membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara
mereka.
 
 
Memakmurkan Muka Bumi
 
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini
supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan
kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan
yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan
akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar
lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang
menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga
dapat memberi faedah kepada orang lain.
 
 
Mentauhidkan Allah
 
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya
melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah.
Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang
bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia
boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
 
 
Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
 
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini.
Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah
sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan
tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal
ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
 
 
Kesimpulan
 
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab
yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka
mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka
kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.
 

Takrif Pra Sejarah

Mengikut Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam
manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan secara bertulis lebih
kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra
sejarah ini boleh dikesan melalui bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan,
tembikar dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui di Palestin,
Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan orang Cro-Magnon merupakan
dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.
 
Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun dahulu. Orang Neanderthal ini lebih
tinggi daripada manusia Peking dan manusia Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu,
mereka juga tahu menggunakan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang.
 
Orang Cro-Magnon pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap
intelektualisme yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris bagi
orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika Utara.
 
 Tamadun Dunia : ( Bahagian A )

 
 
1.         Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada kebudayaan
Neolitik dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
 
2.         Huraikan sistem pemerintahan yang berbentuk republik di Eropah Barat pada Zaman
Pertengahan Tinggi ( kurun ke-11 hingga ke-13 mesehi ) dan kesan-kesannya terhadap
masyarakat Eropah.
 
3.         Tahun-tahun 1450 hingga 1550 merupakan Zaman Pembaharuan yang melahirkan fahaman
humanisme. Apakah yang dimaksudkan dengan fahaman humanisme dan tunjukkan
bagaimana aliran ini berkembang di Eropah.
 
4.         Jelaskan kemunculan sistem tulisan dengan merujuk kepada contoh-contoh yang terdapat di
Mesopotamia, Mesir dan China.
 
5.         Bincangkan bagaimana unsur-unsur kebudayaan Hindu-Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan
dapat memberikan sumbangan kepada kelahiran negeri-negeri tua di rantau tersebut.
 
6.         “Proses penyebaran agama Islam ke Nusantara ditentukan oleh faktor-faktor perdagangan dan
asas-asas budaya zaman pra-Islam.” Bincangkan pernyataan ini.
 
7.         Bandingkan asas agama dalam memperkukuh asas kekuatan pemerintahan Islam antara zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan Zaman Khalifah al-Rasyidin.
 
8.         Peperangan Salib telah banyak meninggalkan kesan positif dan negatif terhadap masyarakat
Kristian Di Eropah dan masyarakat Islam di Asia Barat. Bincangkan kesan-kesan peperangan
itu terhadap kedua-dua masyarakat tersebut. 
 
 
Tamadun Islam : ( Bahagian B )
 
 
9.         Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
 
10.       “Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan.”
Bincangkan pernyataa ini.
 
11.       “Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Ma’mun adalah antara khalifah kerajaan Abasiyah
yang sangat terkenal dalam bidang pembangunan negara dan perkembangan ilmu
pengetahuan.” Bincangkan pernyataan ini.
 
12.       Bincangkan sejarah dan peranan Baitulmal dalam perkembangan ekonomi umat Islam.
 
13.      Huraikan sistem halaqah, madrasah, dan pondok dalam sejarah pendidikan Islam
 
14.      “Acheh pernah digelar Serambi Mekah atas kepesatan dan kejayaannya dalam kegiatan keilmuan
dan menjadi pusat penyebaran Islam yang utama pada abad ke-16 hingga ke-18.” Bincangkan
pernyataan ini.
 
15.       Huraikan konsep seni menurut pandangan Islam dan Barat  serta nyatakan perbezaan antara
keduanya.
 
16.       Bincangkan faktor-faktor yang menggalakkan pengembaraan dan penerokaan pengembara-
pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14 Masehi dan ahli-ahli pelayaran Barat
pada abad ke-15 hingga abad ke-16.

Anda mungkin juga menyukai