Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Terdapat banyak kepentingan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelajar
terutamanya bakal guru dalam menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah dapat
memudahkan diri dalam mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
Selain itu, kemahiran belajar dapat memupuk minat dan amalan suka belajar dan
sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat. Tambahan pula,
kemahiran tersebut dapat membantu dalam mengaplikasikan kemahiran belajar dalam
pelbagai situasi.
Dan yang terakhir, kemahiran belajar penting agar dapat melatih seseorang iaitu
untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan pengajaran di sekolah kelak serta melatih
individu agar dapat mengurus masa dengan baik.
2.0 Kemahiran Memperoleh Maklumat
Mendengar merupakan salah satu aktiviti terpenting dalam hidup manusia. Hal ini
kerana, dengan mendengar kita mendapat berbagai-bagai maklumat, pengetahuan,
hiburan serta dapat berinteraksi. Kemahiran mendengar adalah penting dalam proses
pembelajaran para pelajar.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan para pelajar tidak dapat menumpukan
perhatian untuk mendengar apa yang disampaikan oleh guru semasa proses pembelajaran.
Antaranya ialah faktor fizikal di mana tumpuan seseorang pelajar itu akan terjejas
sekiranya individu tersebut mengalami masalah pendengaran yakni pekak, faktor
gangguan di mana pelajar menerima gangguan daripada luaran iaitu persekitaran yang
mungkin agak bising semasa proses pengajaran sedang berlangsung serta pelajar
menerima gangguan dalaman iaitu pelajar berasa letih semasa belajar dan menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mendengar apa yang
disampaikan oleh guru.
Faktor kebosanan sering berlaku dalam kalangan pelajar apabila mereka terpaksa
memberi perhatian terhadap perkara yang mereka tidak minat. Misalnya, pelajar yang
mengalami sindrom disleksia iaitu masalah pembelajaran akan cepat berasa bosan ketika
guru sedang mengajar subjek matematik di hadapan dan mereka tidak menumpukan
dengan subjek tersebut. Bagi pelajar-pelajar ini, peranan guru-guru adalah amat penting
untuk menarik perhatian mereka untuk bersama-sama mengikuti perkembangan pelajaran
yang disampaikan.
Tambahan pula, faktor lupa turut mendorong kepada gangguan semasa belajar.
Terdapat segelintir pelajar yang lupa tentang apa yang telah didengar walaupun telah
dapat menolak gangguan persekitaran dan mendengar secara kritis. Hal ini dapat diatasi
dengan mengamalkan teknik motivasi diri dan sentiasa tumpukan pada kata kunci.
Jelaslah bahawa mendengar adalah satu aktiviti mental yang aktif dimana
perhatian adalah terkawal dan menjamin kefahaman serta kejelasan terhadap maklumat
yang diterima.
Selain itu, menggunakan sinestesia iaitu gabungan deria-deria lain secara aktif turut
merupakan panduan mendengar yang berkesan. Menggunakan keupayaan mental untuk
menyusun idea, merumus, meringkas, membanding beza, mentafsir serta mendengar
yang tersirat turut termasuk dalam panduan tersebut.