Anda di halaman 1dari 16

1

HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Definisi Menggambar

Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melalui
aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual yang dihasilkan
dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik.

Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid
perlulah diutamakan. Bidang ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas
dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur,
imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yang
dijalankan dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,
resis, percikan dan mozek.

Teknik Resis

Resis dalam perkataan inggeris “resist” didefinisikan sebagai suatu aktiviti menggambar yang
dihasilkan daripada warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis
menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin
dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
Teknik tindihan lilin ke atas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. Teknik resis
juga membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam
kegiatan menggambar apatah lagi teknik resis adalah suatu hasil kerja yang unik kerana ia
menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna
air dan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan
lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Resis dari kertas lilinialah satu perpindahan
lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan
garisan. Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah
bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur
2
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002
putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. Resis dengan menggunakan kain dan canting
untuk membuat garisan lilin pada corak batik.Resis boleh dilakukan dengan cara menggunakan
tindihan lilin dan sapuan warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik
resis membuatkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak meresap atau menyerap warna
dalam keadaan warna asal.

Terdapat pelbagai jenis resis antaranya ialah:

 Krayon resis dengan warna air


 Krayon resis dengan warna poster
 Krayon resis dengan warna tempera
 Krayon resis dengan dakwat basah
 Krayon resis
 Kertas lilin resis
 Resis dengan kain
 Krayon resis batik
 Resis dengan warna air dan perekat getah (campuran)
 Resis dari warna air dan lilin biasa
 Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
 Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)
3
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Contoh 1

Jenis Resis : Krayon resis dengan warna poster

Tema/tajuk : Pembalut hadiah

Alat dan bahan : Karyon resis, kertas lukisan berus,warna poster, bekas air,pensel

Cara- cara:

1. Lukis atau lakar gambar bunga-bunga kecil menggunakan pensel.


2. Warnakan lakaran menggunakan krayon. Sapukan lakaran tadi menggunakan warna
poster.
3. Teknik ini boleh juga menggunakan warna air atau dakwat basah.
4. Setelah itu keringkan dan boleh dijadikan pembalut hadiah yang menarik.

Contoh 2

Jenis Resis : Krayon resis dengan dakwat basah

Tema/tajuk : Lukisan Geometri

Alat dan bahan : kertas lukisan,krayon, berus,dakwat basah, pensel dan bekas air.

Cara- cara :

1. Lakarkan bentuk geometri yang dikehendaki.


2. Warnakan lakaran tadi menggunakan krayon.
3. Sapukan lakaran dengan menggunakan dakwat basah ke atas permukaan lukisan.
4. Keringkan.
4
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Contoh 3

Jenis resis: Krayon resis batik

Tema/ tajuk: Corak bunga

Alat dan bahan: Krayon, kertas lukisan yang tebal,warna air, berus,kertas tisu

Car-cara:

1. Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas lukisan yang tebal.
2. Gunakan garisan pensel sebagai panduan, lukis garisan dan bentuk dengan krayon
membenarkan kawasan kertas masih kelihatan.
3. Rendam kertas dalam air dan renyuk menjadi bola.
4. Luruskan kertas lukisan tadi, ratakan dan buang lebihan air yang terdapat pada kertas
lukisan menggunakan tisu.
5. Warnakan keseluruhan permukaan dengan warna air atau warna tempera. Warna akan
diserap oleh bahagian kertas yang tidak berwarna dan diresiskan oleh krayon lilin
menjadikan seolah-olah seperti jaring sarang labah-labah atau corak batik.

Contoh 4

Jenis resis : Resis dari warna air dengan lilin biasa.

Tema/tajuk : Seekor rama-rama

Alat dan bahan : kertas lukisan, berus, warna poster, bekas air dan lilin
5
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Cara-cara:

1. Lakarkan gambar seekor rama-rama dengan menggunakan lilin biasa


2. Warnakan lakaran dengan menggunakan warna poster.
3. Keringkan dan dibingkaikan

Sejarah Perkembangan Batik

Pada abad ke -15 Masihi, batik merupakan suatu bidang kraftangan yang paling unggul. Kaedah
pembuatan batik dilakukan secara tradisional . Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap. Akan tetapi, pada masa kini batik diusahakan
atau dihasilkan menggunakan peralatan moden. Batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak
tahun 1910. Perkataan “Batik” berasal dari Indonesia iaitu dari perkataan Jawa “tik” yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Perkataan Ambatik pula bermaksud melukis, menulis,
mewarna atau menitik. Batik Pelangi telah diperkenalkan pada tahun 1770-an lagi. Kelantan dan
Terengganu kebanyakannya perusahaan batik.

Motif

Motif ialah corak hiasan digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Terdapat 2 bentuk
utama motif batik iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik lebih berunsurkan
alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, awan larat, haiwan dan fauna.Bentuk Geometri
digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan menghasilkan corak yang menarik.
Antara motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga, empat, kon,dan lain-lain. Motif
benda ialah corak yang diolah daripada benda-benda seperti jaring ikan,wau,watak wayang kulit
dan sebagainya. Motif abstark pula diolah mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis, Walaupun
kadangkala sukar ditafsirkan tetapi hasilnya tetap menarik. Corak gabungan terhasil daripada
gabungan dua atau lebih motif yang telah diterangkan tadi.
6
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Contoh Motif Geometrik

 Motif Pucuk Rebung


 Motif Bunga Kotak Bercampur
 Motif Bunga Raya
 Motif Siput
 Motif Bunga Buluh Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung

Susunan Reka Corak Motif

Susunan dan reka corak motif disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukan pada kain.
Bahagian badam kain selalunya dihiasi dengan motif penuh seperti bunga tunggal yang
membentuk corak,pohonan bunga dan motif yang lebih bebas. Biasanya motif ini disatukan
bentuknya dengan bahagian lain badan kain dengan motif seperti keluk berbunga, keluk
7
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002
berlingkar, lengkungan separuh bulat dan motif pinggir awan. Selain itu, susunan menyerong
selalunya motif yang digunakan ialah parang rusak, banji dan pilin berganda.

Penjenisan Kain Batik

Dalam pembuatan batik penggunaan jenis kain putih untuk batik tidak terhad kepada kain kapas
sahaja. Terdapat beberapa jenis kain putih yang selalu digunakan:

 Broked
 Codroy
 Cotton cambric
 Cotton poplin
 Crepe china
 Crepe satin
 Jacquard
 Lawn Unitika
 Rayon/fuji
 Shirting
 Twill
 Kasa
 Sutera habotai

Jenis- Jenis Batik

Batik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

 Batik Canting
 Batik Blok
8
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Batik Canting

Batik Canting juga dikenali sebagai batik lukis batik canting atau batik tulis. Keistimweaan batik
Canting ialah ia menggunakan alat canting yang berisi dengan lilin cair untuk melakar corak
pada permukaan kain. Warna disapu di atas kain menggunakan berus. Teknik mewarna adalah
hampir sama dengan teknik basah atau basah catan cat air. Mutu hasil bergantung kepada
kemahiran melukis dan mewarna.

Peralatan Asas Membuat Batik Canting

Canting : mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sama ada mempunyai satu corong atau
banyak corong. Perbezaan saiz adalah bagi tujuan tertentu. Corong halus berfungsi untuk
melilinkan isen,manakala corong kasar pula untuk membentuk pola asas corak.

Pemidang Kayu : kayu yang digunakan untuk menegangkan kain

Berus Pelbagai Saiz : Digunakan untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin

Periuk atau Kuali : Digunakan untuk memasak lilin.

Dapur : untuk memasak


9
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002
Tempat mencelup kain dan tempat merebus kain, jemuran

Bahan campuran lilin : lilin putih (parafin) dan rosin. Minyak Kelapa atau lemak binatang
digunakan untuk melembutkan lilin supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah.

Pewarna Reaktif dan campuran : remazol atau primazin (pewarna reaktif)

Bahan pemati warna : warna sodium silikat

Bahan pencuci : soda asli, serbuk sabun atau soda asli

Kain : jenis kain yang sesuai ialah kain kapas , poplin, kambrik

Sutera, rayon, drill, lawan lima, cotton shirting, lawan

Unitika dan voile.


10
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Teknik Membuat Batik Canting

1. Kain yang bersih dan kering ditegangkan pada pemidang kayu.

2. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel di atas permukaan kain.
11
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

3. Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair.

4. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan membuat lakaran pada permukaan kain
mengikut bentuk corak sehingga semua garisan dan lakaran siap diconteng.
12
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

5. Bahan pewarna disapukan pada motif batik mengikut gubahan warna dan daya kreativiti
pelukis.

6. Setelah kering, kain direndam di dalam cecair sodium silikat selama 8 – 12 jam
13
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

7. Kain kemudian direbus di dalam air panas yang dicampur dengan sedikit bahan debu
soda.

8. Kain dicuci dan dibilas di dalam air biasa sebelum dijemur di tempat redup sehingga
kering.
14
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Kepentingan Teknik Resis Di Sekolah Rendah.

Antara kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah ialah yang pertama iaitu, murid
akan dapat membuat pemerhatian secara aktif terhadap sesuatu catan resis atau bahan kerja yang
mereka hasilkan. Ini bukan saja akan dapat meningkatkan ketajaman akal fikiran murid- murid
malah menggalakkan proses penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik
resis yang mereka aplikasikan ketika menghasilkan bahan. Pemerhatian secara aktif yang
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan , berfokus dan terperinci dapat menajamkan
persepsi murid ketika menghasilkan resis.

Selain itu murid juga dapat memperkembangkan deria penglihatan kerana kemahiran
menghasilkan resis juga melibatkan pancaindera lain melalui kaedah perbandingan penelitian
warna daerah ketika menghasilkan resis yang baik. Melalui teknik resis juga dapat membantu
dalam perkembangan emosi dan imaginasi murid. Seperti contoh, untuk menghasilkan sesuatu
resis murid sebenarnya melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk
gambaran. Pemahaman murid tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui
kegiatan penghasilan teknik resis di sekolah. Melalui teknik resis juga, murid akan dilatih dalam
membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini kerana ketika
menghasilkan resis perkara utama yang perlu diambil kira ialah pemilihan tema. Tema bertujuan
agar murid tahu bagaimana resis yang perlu mereka tonjolkan. Melalui aktiviti resis secara tidak
langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya
kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Melalui teknik resis juga murid akan
dapat mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan khususnya
ketika penghasilan resis dilakukan. Peringkat ini menggalakkkan murid membuat penerokaan
dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
Seperti contoh teknik krayon dan warna air memerlukan murid supaya dapat mengimbangi
pemilihan warna yang sesuai bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki. Proses ini bukan
saja akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung
15
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah seperti teknik yang terdapat dalam
kegiatan menghasilkan resis. Ini kerana semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid
membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia member peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan analisis tentang hasil kerja yang
mereka hasilkan. Selain itu, murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan
dalam penghasilan seni di masa akan dating setelah proses menghasilkan resis yang pertama.

Antara kepentingan lain mempelajari teknik resis di sekolah ialah dapat membina apresiasi seni
visual secara mudah kepada murid. Apresiasi seni visual member pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan
dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa
yang dilihat dari aspek seni melalui penghasilan resis mereka. Selain itu, dalam mempelajari
kemahiran resis ini murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan seperti kesedaran dalam menjaga alam sekitar mahupun keprihatinan terhadap
makhluk Tuhan yang lain seperti binatang. Selain diberi pengalaman membuat aspresiasi seni
visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti menyayangi dan
menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Secara
umum murid dapat membuat pertimbangan ang sewajarnya bila berdepan dengan semua
keadaan.Pendidikan Seni dalam peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan warganegara
yang berbudaya khususnya lebih berimaginatif, kreatif. Berpengetahuan dan peka terhadap ciri-
ciri estetik. Impak daripada kepentingan teknik resis dapat dinilai dari segi perkembangan
sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang kepada individu bagi mendapat dan memperkukuhkan
penyataan diri melalui pernyataan tampak.
16
HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Bibilografi

Anda mungkin juga menyukai