Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

a) Sejauh manakah alat bantu mengajar berkesan membantu guru


memudahkan proses pengajaran ?

Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada


media pengajaran yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan
yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu
pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan definisi di atas, jelas
menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan,
penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan
mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang
kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah
komunikasi guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah
berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan
gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada pemahaman para
pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah
menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada
gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep
“besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-
mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak
dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas
kepada para pelajar.
Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan
komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para
pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media
pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif
dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk
belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap
pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula
persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru mengalami sedikit
kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.

Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama
serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar.
Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan Alat Bantu Mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan
menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat
memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi
pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi
kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Apakah ciri-ciri Alat Bantu Mengajar yang baik dan bermutu ?

Alat Bantu Mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual
yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan
pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka.
Selain daripada itu juga, Alat Bantu Mengajar yang baik mempunyai ciri-ciri
yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini
adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau
bertulis. Ini bermakna fungsi utama Alat Bantu Mengajar adalah untuk
meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun fungsi ini hanya dapat
memainkan peranannya, jika sesuatu visual itu mempunyai ciri-ciri berikut:-
I. Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar semasa proses
penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang
bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

II. Mesej yang dapat ditafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah
memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu
senang pula, pelajar mungkin tidak akan meneliti visual dengan
terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,
pelajar akan rasa kecewa dan bosan.

III. Menolong interaksi yang aktif antara pelajar ,guru dan maksud
yang tersirat terdapat dalam Alat Bantu Mengajar yang digunakan.

IV. Membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat


dalam Alat Bantu Mengajar.

V. Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam


menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan
membantu pergerakan mata dan fikiran pelajar mengikuti
perkembangan keseluruhan visual.

c) Apakah faktor yang perlu di ambil kira sebelum menghasilkan


sesuatu alat bantu mengajar?

Kunci kualiti sesuatu Alat Bantu Mengajar terletak pada perancangan yang
rapi. Jika diteliti, proses penyediaan Alat Bantu Mengajar (ABM) ini hampir
sama bagi semua jenis Alat Bantu Mengajar. Oleh itu, proses penyediaan
ABM haruslah mengambil kira faktor-faktor seperti :-
I. Pecetus idea.
Idea yang tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian
dan sebagainya. Paling penting, idea yang dihasilkan adalah salah
satu usaha membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran
mereka.

II. Objektif Pengajaran


ABM yang dihasilkan haruslah dapat membantu pelajar mencapai
objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru di akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.

III. Kebolehan pelajar


Analisis kebolehan pelajar juga diperlukan sebelum menyediakan ABM
seperti :-
 Latar belakang
 Pengetahuan sedia ada
 Kadar pembelajaran
 Kemahiran asas
 Kebolehan bertutur
 Sikap dan gaya pembelajaran.
Analisis pelajar ini akan mempengaruhi penggunaan ABM dimana ia
akan dapat memperlihatkan perkembangan pengajaran, kepantasan
pengajaran, cara dan tahap penglibatan pelajar.

IV. Kumpul dan susun bahan


Guru harus mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan ABM. Guru juga perlu mengumpul maklumat secara
menyeluruh kandungan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
V. Tukarkan idea ke dalam bentuk visual
Setelah mengumpul semua maklumat, sumber dan bahan yang
diperlukan dalam pembinaan sesuatu ABM. Idea ini akan ditukarkan
dalam bentuk visual yang mengandungi elemen-elemen grafik yang
menunjukkan garisan, ruang, bentuk tiga dimensi (3D), bentuk dua
dimensi (2D) atau permukaan. Selain itu prinsip-prisip asas rekaan
ABM juga diambilkira seperti simplisiti, dominan, pola , seimbang,
variasai dan harmoni.

VI. Penglibatan pelajar


Penghasilan ABM perlulah melibatkan faktor penglibatan pelajar
secara aktif. Ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
penggunaan ABM secara maksimum. ABM yang akan dihasilkan juga
perlu mempunyai kesesuaian dengan kaedah pengajaran yang dipilih
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan
kepada pelajar itu sendiri.

VII. Semak perancangan


Sebelum sesuatu ABM dihasilkan, peringkat semakan perancangan
perlu dilakukan. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan
iaitu:-
 Adakah ia membantu pencapaian objektif ?
 Adakah ia menunjukkan kesinambungan ?
 Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan
dikalangan pelajar ?
 Adakah ia berfokus kepada idea utama ?
 Adakah ideanya jelas ?
 Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan
berkesan ?
VIII. Penerbitan
Proses penerbitan atau penghasilan ABM juga perlu mengambil kira
faktor praktikal seperti :-
 Adakah sumber dan bahan mudah diperolehi ?
 Adakah ABM yang akan dihasilkan mudah digunakan ?

d) Kesimpulan dan refleksi berdasarkan pengalaman menjalankan


kajian ini.

Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu


menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan
sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan
media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang
minda kanak-kanak selain membantu guru memudahkan proses
penyampaian. Melalui kajian ini, ia dapat menyediakan pengalaman kepada
saya untuk menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang kreatif dan berkualiti.
Kajian yang dijalankan ini juga meningkatkan keyakinan diri saya dalam
berkerja untuk mewujudkan suasana kerja yang berdisiplin, sistematik serta
menyuburkan sifat sabar dan berdikari bagi membantu dalam menghasilkan
kerja yang lebih kreatif dan bermakna. Selain itu, kajian ini memberi peluang
kepada saya untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara teori
mengenai elemen-elemen reka bentuk ABM, prinsip-prinsip rekaan dan
unsur-unsur seni semasa penghasilan ABM yang menarik, baik dan
berkualiti. Kajian ini juga memberikan manafat kepada saya terutamanya
semasa proses mengumpul maklumat dan bahan. Ia juga dapat memberi
pendedahan dan pengetahuan tentang alam seni tampak dan warisan kraf
tangan batik. Justeru itu, ia membantu menambahkan kefahaman mengenai
seni kraftangan batik serta mempertingkatkan kompentasi dalam bidang kraf
tangan.
Sumber Rujukan Buku Pendidikan seni Oum