Anda di halaman 1dari 20

Cabaran masyarakat pluralistik

di Malaysia
KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia negara yang mempunyai pelbagai etnik atau
masyarakat majmuk.
Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus
tahun dahulu.
Berdepan dengan u persoalan hubungan etnik dan
cabarannya.
Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh
menyebabkan berlaku ketegangan.
Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan
cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun
latarbelakang sejarah yang membawa kepada
pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu
di fahami.
Masyarakat Majmuk di
Malaysia
 Kemasukan orang Cina dan India telah
melahirkan satu masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
 Setiap kaum mengamalkan dan
mengekalkan identiti, kebudayaan dan
adat resam masing-masing.
Pemisahan penempatan
Melalui dasar-dasar British yang bersifat ”pecah
dan Perintah” (divide and rule)
 orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek
moyang mereka dalam bidang pertanian dan
tinggal di kawasan luar bandar.
 Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.
 Orang India bekerja di estet-estet dan mereka
juga menetap di situ.
Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan
ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan
mempunyai hubungan yang agak minimum.
Politik
 kelahiran pelbagai parti politik untuk
menjaga kepentingan kaum masing-masing.
 Malahan pada peringkat awal kemasukan
orang-orang Cina dan India menumpukan
taat setia kepada negara asal mereka.
 Kepelbagaian politik di Malaysia
digambarkan dengan kewujudan parti-parti
politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS
(mewakili orang Melayu), MCA, DAP,
Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC
(mewakili kaum India).
Pendidikan
 setiap kaum di peringkat awalnya
mempunyai sekolah aliran tersendiri
sukatan pelajaran yang masih lagi
berdasarkan kepada sukatan yang
diamalkan di negara asal mereka.
Kesan daripada dasar British dalam bidang
ekonomi, sosial dan politik
 melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.
 Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan
secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara
satu kaum dengan kaum yang lain.
 konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara
berikut:
i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa,
agama dan adat resam.
ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana
kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang
pekerjaan yang berbeza.
iii.prasangka dan prejudis yang menebal.
iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia
sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk
mengekalkan identiti masing-masing.
v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti
politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu
kaum sahaja.
PEMBINAAN JATI DIRI
 Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil
kira semua elemen asas yang telah pun
wujud dan bertapak di Malaysia
i. kedudukan agama Islam
ii. pluraliti masyarakat
iii.kekuatan ekonomi kaum Cina
iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang
lain.
Kedudukan Agama Islam
 Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1).
 Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi mestilah
dihormati kerasmiannya.
 Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan diamalkan.
 Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta
orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang
mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah
wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.
 Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah
diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-
perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai
Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat
juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam
beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling
kenal mengenali antara satu sama lain.
Ketuanan Melayu

 Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak


istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153.
 Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi
undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk
mengundi dalam pilihanraya.
 pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor
ketuanan Melayu ini.
 kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina
dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina
perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia.
 Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun,
Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam
membentuk jatidiri rakyat Malaysia.
Ekonomi

 Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding


dengan kaum yang lain.
 Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan
kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan
ekonominya.
 Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu
memerlukan antara satu sama lain.
 Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain
kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan
mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan.
 Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga
sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju
malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya
ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.
 Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini
supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum
sahaja.
Kedudukan Bahasa Melayu

 bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan


seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
Malaysia
 Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai
dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia
keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat
yang amat penting untuk memupuk perpaduan.
 Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada
rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar
bahasa ibunda mereka.
 Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira
perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan
dan rasa tidak puashati antara etnik.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
Pemisahan penempatan
 Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh
Kerajaan British.
 orang Melayu tinggal di luar bandar.
 kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam
perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong
dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.
 Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan
menjalankan aktiviti perladangan.
 pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan
hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat
sahaja.
 melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara
kaum.
 Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk
berlaku.
 Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja
Sistem pendidikan yang berasingan

 Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai


dasar pendidikan yang jelas.
 British membiarkan sistem pendidikan wujud empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina,
India dan Inggeris.
 Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan
yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan
pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru.
 Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan.
 Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar.
 Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak
berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar
dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya
akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan
dan persefahaman di kalangan pelajar.
Politik
 Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang
berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik
dan syak wasangka.
 Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan
kumpulan etnik yang diwakilinya.
 Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen
yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi
berasaskan perkauman.
 Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-
isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain
akan digunakan sebagai senjata masing-masing.
 Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang
bersatu padu dalam segenap bidang.
EKONOMI
 Perbezaan pekerjaan
 Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan
kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu
mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan.
 Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan
perasaan perkauman terus menebal.
 Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan
persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik
tertentu.
 Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang
lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan
 orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang
berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-
estet.
 Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka
wujud jurang pendapatan antara setiap etnik
 setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi
yang lebih
 mewujudkan ketidak seimbangan dan
persaingan yang berlaku melahirkan
ketidakstabilan dalam masyarakat.
 Untuk mengeratkan perpaduan maka
penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan.
 Aspek yang perlu diberi perhatian
-keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi
tingkat pendapatan, corak guna tenaga,
pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum
dalam semua bidang
 Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan
berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik.
 Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana
kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka
yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.
 Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat
tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh
kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan
tersebut ialah;

 i kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi
kaum lain.
 ii iii orang Melayu miskin kerana
malas.
 iv Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu
sahaja.

 vi kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam


perniagaan.
 vii orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu
 viii setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah
disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina.
 ix orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak mempunyai
taat setia kepada negara ini.

Anda mungkin juga menyukai