Anda di halaman 1dari 22

HUBUNGAN

ETNIK

KONSEP ETNIK
MASYARAKAT
Roucek dan Warren (1979)
“ Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia
yang berhubung secara tetap dan tersusun
dalam menjalankan aktiviti secara klektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama”
CIRI UTAMA MASYARAKAT

• Berkelompok
• Berbudaya
• Mengalami perubahan
• Berinteraksi
• Mempunyai susun lapis
KONSEP ETNIK
“ETNIK” berasal dari perkataan Yunani ‘Ethnos’ yang
bermaksud ‘orang’

Etnik :
Kelompok manusia yang ditentukan melalui
perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya
• Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi
keempat etnik adalah berkaitan dengan
bangsa atau kaum manusia yang hidup
dalam sebuah sistem politik yang sama
dengan amalan kepercayaan dan unsur
berbeza.
• Shamsul (2007), dalam buku Modul
Hubungan Etnik - didefinisikan sebagai
sekelompok manusia yang mengamalkan
budaya yang hampir seragam meliputi
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan
ekonomi.
• Konsep etnik mempunyai erti yang rapat
dengan ras dan bangsa.
• Konsep etnik lebih mementingkan amalan
budaya yang diamalkan oleh sekelompok
budaya berbanding dengan ras dan bangsa
yang lebih mementingkan perbezaan fizikal
dan sifat-sifat biologi.
• Terdapat dua pengertian konsep etnik yang
dikemukakan iaitu dimensi subjektif dan
dimensi objektif.
Dimensi subjektif – berkaitan dengan kesedaran
tentang kewujudan satu identiti etnik,
perasaan kekitaan dan kesedaran tentang
kepentingan bersama
• Dimensi objektif – persamaan ciri-ciri
kebudayaan seperti bahasa, kesenian, pakaian
dan adat istiadat yang dikongsi bersama.
• Orang melayu merasakan mereka hidup
dalam satu kelompok etnik atau kaum kerana
memiliki identiti, perasaan kekitaan dan
kesedaran tentang kepentingan bersama.
• Agama islam menjadi meneguh kepada
identiti etnik melayu. Jadi ini bermakna
sesorang itu bukan lagi melayu jika dia keluar
dari agama islam.
• Namun, orang cina dan india yang memeluk
islam, walaupun mereka menukarkan nama
berbau pengaruh islam, namun dari segi etnik
atau kaum mereka masih dikekalkan sebagai
Cina.
HUBUNGAN ETNIK

• Hubungan etnik merujuk kepada hubungan


antara individu atau kelompok yang
menganggap diri mereka dan dianggap oleh
kelompok lain atas ukuran tret-tret budaya
• Hubungan etnik wujud apabila wujudnya
kesedaran antara individu dan kelompok yang
berinteraksi dan berhubung tentang
perbezaan tret-tret budaya tersebut.
• Untuk mewujudkan kestabilan dan
keharmonian dalam masyarakat, usaha-usaha
ke arah pembentukan integrasi adalah perlu
dilakukan oleh semua pihak terutama tampuk
pemerintahan.
SEKIAN TERIMA KASIH

Disediakan oleh:
Muhammad Syamim bin Md Mohsin
Muhammad Zaki bin Ismail
TAHAP HUBUNGAN ETNIK

Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
Asimilasi
Amalgasi
Pluraliti budaya
SEGREGASI
Hubungan yang bersifat pemisahan di
antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.
Berlaku atas dasar agama, ras,
kebudayaan, dan ciri etnik lain
Pemisahan berlaku dalam beberapa
keadaan seperti tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam
AKOMODASI
Satu proses di mana etnik menyedari norma
dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing
Satu keadaan atau proses apabila kelompok-
kelompok yg berkonflik bersetuju untuk
menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai
AKULTURASI
Satu proses penerimaan unsur
kebudayaan di kalangan individu atau
kelompok dari sesuatu kebudayaan lain
yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses


akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat yang menerima.
ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan di
antara etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama.
Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:
 Etnik yang berbeza budaya.
 Individu di dalam atau di antara etnik sering
berinteraksi.
 Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.
AMALGAMASI
Ia menjangka semua kebudayaan boleh
dicairdan dijadikan satu keseluruhan
bersama.
Ia merupakan satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis budaya dan ras
yang baru.
Biasanya terjadi melalui perkahwinan
campur antara etnik.
PLURALITI BUDAYA

Menerapkan pencapaian keseragaman


dalam hal-hal yang penting kepada negara
seluruhnya tetapi dalam masa yang sama
setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-
ciri kebudayaannya tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai