Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

PRA MERDEKA

1939 - Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai

Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41


untuk
mengadakan langkah–langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.
1951 - The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang–
undang
dalam sistem keselamatan Tanah Melayu.
1952 - Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi
melaksanakan
peruntukan Ordinan.

PASCA MERDEKA

1957 - The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951
(Akta 221)
berikutan kemerdekaan Negara.
1958 - Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan
Negara
mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
1964 - Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan
konfrontasi
Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 )
1965 - Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37
cawangan
selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.
1970 - Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta
Perkhidmatan
Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.
1972 - Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan
semasa aman
dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi
peperangan.
1993 - Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi
Pertahanan
Awam di Malaysia.

ERA PEMBANGUNAN

1994 - Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh
negara untuk
membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.
1995 - Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen
Jabatan Pertahanan
Awam memberi kan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam.
1996 - Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi
memperlengkapkan
sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana dalam gerakan kerja menyelamat.
2000 - Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah
melaksanakan
perkhidmatan talian 991.
2000 - Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek
Pusat Pertahanan
Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 termasuk dua projek pusat latihan yang
baru.
2001 - Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah
diluluskan untuk
dilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi semua ibu negeri di seluruh
Semenanjung
bakal memiliki komplek pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.
2004 - Motto ’ Selangkah Ke Hadapan ’ diperkenalkan sebagai komitmen warga
Jabatan Pertahanan
Awam memberikan ’ Delivery Service ’ yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan

pertambahan perjawatan dalam Jabatan.


2006 - Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin
menjadikan
Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul.
2008 - Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh
Ketua
Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac semasa Hari Sambutan
Pertahanan
Awam yang diadakan di Ipoh Perak.
2008 - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah memperkenalkan ’ Satu
Negara Satu
Nombor ’ sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kecemasan
yang membabitkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan
Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
KEMENTERIAN YANG MENGAWAL

1952 - Setiausaha Pertahanan


1955 - Kemeterian Dalam Negeri
1959 - Kemeterian Pertahanan
1964 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
1965 - Kemeterian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
1967 - Kementerian Pertahanan
1968 - Kementerian Keadilan
1970 - Kementerian Dalam Negeri
1971 - Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
1975 - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
1978 - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
1982 - Kementerian Dalam Negeri
2004 - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
2008 - Kementerian Dalam Negeri

Sumber: www.civildefense.gov.my

Anda mungkin juga menyukai