Anda di halaman 1dari 7

MODEL BEHAVIORAL

 Pembelajaran Penguasaan / Masteri (Mastery Learning)

Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti


seperti kehandalan, kepandaian @ menguasai kemahiran dengan cekap dan lengkap.
Idea pembelajaran ini telah dicadangkan oleh B. S. Bloom, 1968, seorang pakar
pendidikan di Amerika Syarikat pada hujung tahun 1960. Idea ini berasal daripada Jihn
Bisell Caroll yang telah menjalankan kajian tentang model pembelajaran di peringkat
sekolah. Oleh itu, pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai kehandalan
penguasaan pembelajaran seperti meguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
dengan cekap dan lengkap. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapat maklum balas
terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan
keberkesanannya.

 Strategi Pengajaran-Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri

1. Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara


eksplisit berdasarkan hasil perlakuan para pelajar setelah didedahkan kepada
proses pengajaran-pembelajaran.
2. Ajarkan pelajar dengan kaedah dan teknik mengajar yang berkesan, termasuk
penggunaan baha-bahan pelajaran yang sesuai.
3. Nilaikan hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostik) dan ujian sumatif
berdasarkan objektif pelajaran dengan tujuan menentukan tahap penguasaan
dan pencapaian pelajar selepas aktiviti pengajaran-pembelajaran.
4. Laksanakan aktiviti pemulihan untuk pelajar-pelajar yang belum menguasai
kemahiran sepenuhnya dan berikan aktiviti pengayaan untuk mereka yang telah
mencapai objektif pelajaran yang memuaskan.
 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Masteri

1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.

2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun


daripada mudah kepada slukar supaya mudah difahami oleh murd.

3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dab fleksibel untuk semua murid
mencapai objektif/ hasil pembelajaran.

4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-
apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu
perkara yang diajar.

5. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan


mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.

6. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan


pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa
yang paling singkat.

 Kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran masteri:

1. Mendiagnosis ,urid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.

2. Mengetahui perbezaan antara murid.

3. Menggunakan pelbagai kadedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

4. Amenguruskan pelbagai bahan bantu mengajar.

5. .menyimpan rekod kemajuan murid.

6. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.

7. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.


 Pengajaran-Pembelajaran Terancang (Model Panduan Bercetak)

Salah satu jenis modul pelajaran berprogram dengan menggunakan panduan


bercetak yang menekankan pembelajaran secara individu berdasarkan kebolehan
masing-masing. di bawah program ini, bahan-bahan pelajaran adalah dirancang dan
disediakan dalam bentuk buku dan risalah atau dalam bentuk pakej yang biasanya
mengandungi kad-kad aktiviti. Namun, sekiranya pengajaran-pembelajaran terancang
dibantu komputer, bahan-bahan pelajaran akan diprogramkan dalam disket @
perisiandan kemudian ditayangkan dalam monitor komputer semasa proses interaksi
pelajar dengan komputer diadakan.

Bahan-bahan yang digunakan kebiasaannya disediakan dalam bentuk rangka-


rangka @ langkah-langkah kecil yang mengandungi satu siri soalan berpanduan dan
jawapannya. Para pelajar mengikut arahan dan panduan yang diberikan , menjawab
soalan demi soalan, menyemak jawapan demi jawapan yang disertakan. Program
pengajaran terancang juga dikenali sebagai Program Belajar Sendiri (Programed Self-
Instruction) @ Program Pembelajaran (Programed Learning).

 Proses Pengajaran-Pembelajaran Terancang

1. Penghuraian bahan pelajaran : Memperkenalkan dan memberi keterangan


ringkas bahan pelajaran kepada pelajar.

2. Aktiviti pembelajaran pelajar : Pelajar mengikut panduan dan arahan, membaca


bahan pelajaran, menjawab soalan demi soalan (biasanya berbentuk objektif)
dalam pakej terancang.

3. Menyemak jawapan : Selepas menjawab setiap soalan, pelajar hendaklah


menyemak jawapannya sama ada betul atau salah. Kebiasaannya, contoh
jawapan adalah diberikan sebelum soalan berikutnya, pelajar boleh
menggunakan contoh jawapan yang diberi untuk menyemak jawapannya.
 Persediaan Bahan Pelajaran untuk Pengajaran-Pembelajaran
Terancang

Mengikut B. F. Skinner, dalam bukunya Methodology of Teaching, langkah-


langkah menyediakan bahan pelajaran dalam pengajaran-pembelajaran
terancang ialah:

1. Menentukan sukatan pelajaran untuk program pengajaran terancang.

2. Mengumpul istilah, fakta, prinsip dan teori yang berkaitan.

3. Menyusun pakej bahan pelajaran mngikut sekuen yang sesuai.

4. Menyebarkan item demi item dengan isi kandungannya yang hampir sama
banyak.

5. Merancang dan menyusun item-item daripada mudah kepada kompleks.

6. Memasukkan istilah dan factor yang dipelajari daripada item-item awal kepada
item-item berikutnya.

 Ciri-Ciri Pengajaran-Pembelajaran Terancang

1. Item-item disediakan mengikut kebolehan pelajar dan disusun daripada mudah


kepada kompleks.

2. Pelajar memberi tindak balas berdasarkan kefahaman maklumat dalam item-item


yang disediakan.

3. Menekankan pembelajaran individu dan melatih pelajar kemahiran belajar


sendiri.

4. Pelajar dapat menyemak jawapannya serta merta dengan merujuk kepada


contoh jawapan.
5. Item-item yang diaturkan adalah berhubung rapat satu sama lain. Kemahiran dan
fakta yang didapati daripada item terlebih dahulu menjadi pengalaman asas
untuk item-item berikutnya.

 Kebaikan Pengajaran-Pembelajaran Terancang

1. Menggalakkan pelajar mengambil inisiatif untuk belajar sendiri.

2. Memberi perasaan kejayaan kepada muridkerana mudah mendapat jawapan


yang betul.

3. Membolehkan pelajar belajar mengikut masa sendiri.

4. Mempertingkat minat belajar dan keberkesanan pembelajaran kerana mudah


diikuti.

5. Mengurangkan rasa kkecewaan keran item-item disediakan adalah berdasarkan


keupayaan pelajar.

6. Program pengajaran terancang disediakan dengan tujuan mengatasi kelemahan-


kelemahan yang terdapat dalam pengajaran secara kelas.

7. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dapat dikesan dengan mudah
dan serta-merta.

8. Program pengajaran terancang dapat membaiki serta mempertingkat kualiti


dengan menyediakan bahan pelajaran yang lebih canggih.
 Pengajaran Terancang Dibantu Komputer (computer Assisted
Instruction)

Di Amerika Syarikat, terdapat pelbagai model pengajaran terancang dibantu oleh


komputer disediakan secara komersial. Di antara model-model yang sering digunakan
ialah Model Pressey, Model Zaman, Model Skinner dan Model D. Porter. Model-model
pengajaran ini mengandungi bahan-bahan pelajaran dalam bentuk latih-tubi, tutorial,
inkuiri-dialog, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, pengayaan, pemulihan dan
penilaian.

 Ciri-Ciri Pengajaran Terancang Dibantu Komputer

1. Sesuai dengan individu. Pelajar boleh menjalankan aktiviti pembelajaran


berdasarkan tahap kebolehannya keran atidak ada jadual masa ditetapkan.

2. Melatih pelajar kemahiran belajar sendiri.

3. Membekalkan pelbagai media pengajaran seperti program dihubungkaitkan


dengan projector (OHP), video dan televisyen.

4. Membekalkan simulasi yang sukar didapati dalam situasi yang sebenar.

5. Memberi peluang bagi pelajar untuk mengikuti pelajaran dalam masa dipilih
sendiri.
 Kebaikan dan Kelemahan Pengajaran Terancang dibantu
Komputer (Computer Assisted Instruction)

Mengikut Dr. Trollip, Pengajaran Terancang dibantu Komputer yang berkesan


haruslah mengandungi empat kriteria seperti:

1. Boleh melatih pelajar kemahiran berfikir dan bukan hanya membekalkan fakta
dan sumber pelajaran sahaja.

2. Ada soalan-soalan yang dikemukakan secara berturut-turut untuk mengukuhkan


konsep dan kemahiran.

3. Membekalkan tindak balas yang cukup dan membimbing pelajar mendapat


jawapan yang betul.

4. Memberi arahan dan bahan pelajaran dengan jelas dan tepat.

Kelemahan-kelemahan Pengajaran terancang dibantu Komputer (CAI):

1. Tidak mudah dilaksanakan memandangkan pelajar di sekolah telah dibiasakan


diri dengan kaedah pengajran secara kelas.

2. Perbelanjaan membeli CAI adalah sangat mahal dan bukan mudah ditanggung
oleh sekolah dan ibu bapa.

3. Penyediaan bahan pelajaran merupakan sesuatu kerja yang rumit serta


kompleks kerana pelajar-pelajar sering berhadapan monitor komputer tidak
dapat cukup peluang berinteraksi dengan guru atau rakan sedarjah, mereka
mungkin menghadapi masalah emosi sosial.

Anda mungkin juga menyukai