Anda di halaman 1dari 7

Matapelajaran Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

Interaksi Antara Tamadun

4.1. Nilai-nilai Universal Antara Tamadun


BAB 4
4.2. Perbezaan dan Persamaan
4.3. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian
dan kesusasteraan)
a. Diakhir sesi pengajaran, pelajar akan dapat memahami dan
mengklasifikasikan jenis-jenis perbezaan dan persamaan
yang terdapat di dalam tamadun dunia dari aspek teologi,
Objektif Unit
etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian.
b. Dapat menjelaskan faktor-faktor utama wujudnya perbezaan
dan persamaan di antara tamadun.

4.1 Nilai-nilai Universal Antara Tamaddun


Tamaddun mempunnyai dua bentuk iaitu tamaddun matearil dan tamaddun spiritual.
Tamaddun-tamaddun utama dunia di dunia mempunai persamaan dan perbezaan baik
dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan perbezaan ini boleh dilihat
dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek
a. teologi,
b. etika,
c. pemikiran,
d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya.

Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu


a. Alam sekitar
b. Keluarga
c. Komuniti
d. Kegiatan ekonomi
e. Pendidikan
f. Kesihatan

4.2. Persamaan dan Perbezaan


4.2.1. Teologi
Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam,
Kristian, Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama Islam,
Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi konsep
monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza dengan Islam.
Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang
mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah
agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.
Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam
al-Quran dan penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai
ahlu-Kitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi
sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik, tetapi ia


lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada moral dan etika.
Dalam ajaran Buhhdisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan
sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh
manusia-manusia demi melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan

Unit 4-TITAS/ AmaniD 1


diri ataupun nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka
sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan daripada
beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari persamaan
dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun ialah:
a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali
Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral dan
etika.
b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam
agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi orang
Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat,
menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam yang wajib dituruti. Rutin
agama yang tertentu sebagaimana agama Hindu, sembahyang di gereja
bagi penganut Krisitan dan sebagainya. Itu adalah satu doktrin ajaran
yang mengandungi amalan-amalan yang membezakan aspek teologi
spiritual.
c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara
mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian dan
Yahudi ).
d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan Buddhisme
terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti konsep kelahiran
semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan dengan pembalasan yang
setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamaddun besar dalam aspek teologi pulak
ialah:
a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya
monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monotisme dalam
agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian konsep triniti adalah
berbeza dengan konsep ketunggalan Tuhan dalam Islam.Begitu juga
dengan konsep asosiasi dalam agama Yahudi dan Kristian adalah
berbeza dengan konsep monotisme agama Islam. Manakala konsep
monotisme dalam agama Hindu membenarkan Tuhan mereka
digambarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan
Islam. Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat
dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan bahasa
konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme.
b. Konsep Reinkarnasi atau pun penjelamaan semula yang terdapat dalam
ajaran Hindu dan Buddha juga terdapat perbezaan. Penjelamaan semula
bermkasud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya
tetapi dalam bentuk-bentuk yang berbeza dan tidak semestetinya dalam
bentuk manusia. Konsep ini asalnya digunakan hanya untuk penjelmaan
semua dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini
memperlihatkan bahawa konsep ini seringkali dikaitkan dengan seseorang
manusia.

4.2.2. Etika
a. Pendidikan
Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam setiap
tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building ) seseorang

Unit 4-TITAS/ AmaniD 2


individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan kepada matlamat
penting ini, tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah menjadi
satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran mengembangkan ilmu
pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam,
Kristian, Hindunisme dan lain-lain agama. Apa yang membezakan
kepentingan ini ialah bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu
dilakukan dan apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam
konsep Tauhid – tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran
ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindunisme,
tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat dapat dicapai melaui
proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi
Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal berlangsung
dalam kontek “ moral semesta “ – universe moral . Kemunculan konsep
hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam ajaran Buddha sebegaimana
yang tercatat dalam salah satu ajaran jalan lapan lapis ( eight fold path ).
Dalam ajaran Islam prinsip ini berkaitan dengan hal halal dan haram yang
berkait rapat dengan soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan
bahasa usaha-usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia.
Penipuan, riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat
ditegah oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi
penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman
Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana
golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti berunsurkan
penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk dalam ajaran
Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di dalam tamadun Eropah,
ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi.
Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba, penipuan adalah amat
dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga
Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun China
memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan. Hubungan kasih
sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama manusia amat diberi
penekanan dalam ajaran Konfusianisme. Unsur “ li “ iaitu penekanan
kepada lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu
a. Hubungan maharaja dengan rakyat
b. Hubungan bapa dengan anak
c. Hubungan abang dengan adik
d. Hubungan suami dengan isteri
e. Hubungan kawan dengan kawan
Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan di
dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan
abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan anak
kepada bapaknya adalah sama kesetiannya seorang rakyat kepada
maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat China mengadakan upacara
mengingati nenek moyang, yang bertujuan untuk mengucapkan rasa
terima kasih serta menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang serta ibu
bapa yang telah meninggal dunia.

Unit 4-TITAS/ AmaniD 3


Tamadun Islam berasaskan ajaran al-Quran turut memberi kepentingan
kepada elemen keluarga ini. Hubungan anak dengan ibu bapa
berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak
terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak itu berada
dalam kandungan lagi. Bermula daripada dalam kandungan inilah Islam
mengajar ibu bapa supaya sentiasa membuat kebajikan agar anaknya
nanti sentiasa cenderung untuk melakukan kebajikan, begitu juga dengan
tanggungjawab memberi dan melatakkan nama yang baik sebutannya,
seterusnya mempersiapkan anak-anak untuk menghadapi masa depan
yang lebih sempurna dengan memberikan mereka pendidikan yang
cemerlang. Ikatan kekeluargaan ini dijelaskan dengan terang dalam kitab
al-Quran.
Bukan ibu bapa sahaja yang perlu menunaikan tanggungjawab, malah
anak-anak juga wajib menunaikan tanggungjawab mereka dengan tidak
menderhaka kepada ibu bapa. Ikatan kekeluargaan ini tidak hanya diikat
dengan hak dan tanggungjawab malah ia juag diikat dengan perasaan
kasih dan sayang sesama ahli keluarga. Konsep keadilan menjadi asas
perjalanan sesebuah keluarga Islam.
Keluarga juga menjadi unit kecil dan mempunyai kepentingannya dalam
masyarakat India, sistem kekeluargaan menjadi objek penerus kepada
sistem keturunan yang menjadi satu sistem sokongan yang berbentuk
fizikal dan kerohanian. Pertalian darah di dalam sesebuah keluarga
ditambah pula dengan rasa hormat dan kasih sayang menjadi elemen
pembentukan keluarga di dalam masyarakat India.

d. Komuniti
Komuniti atau masyarakat merupakan unit penting dalam setiap tamadun.
Identiti individu mempunyai kaitan rapat dengan keomunitinya. Perkaitan
yang sangat rapat ini menyebabkan sebilangan besar pengkaji
berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada
komunitinya. Identiti ini dapat dilihat dalam pelbagai sudut, contohnya dari
segi pemikiran, pandangan semesta, sikap dan perilaku serta lain-lain.
Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadang
kala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara
idenditi individu dengan identiti komunitinya. Lazimnya identiti kedua-dua
pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, bilai-nilai moral yang
juga bersumberkan agama dan adat resam.

Komuniti atau masyarakat adalah unit penting dalam tamadun Islam.


Ikatan sesama komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan
kekeluargaan tetapi juga sesama agama ( ukhuwwah ) dan hubungan
sesama manusia merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang
bukan Islam. Tamadun Islam berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah
Rasulullah saw menggariskan dengan jelas hak dan tanggungjawab
seseorang individu terhadap jiran-jirannya dan peringkat-peringkat ikatan.
Ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan yang
ditunjangi oleh hak dan tanggungjawab yang ditentukan merupakan asas
hubungan individu dalam tamadun Islam. Semua asas ini adalah
berpaksikan kepada konsep egalitarian ( sama rata ).

Unit 4-TITAS/ AmaniD 4


Konsep eglitarian yang terdapat dalam Islam, tidak menerima kewujudan
kelas hamba dalam masayarakat. Hamba adalah satu institusi yang telah
lama berkembang dalam masyarakat dunia samada di Timur Tengah,
Eropah atau di Asia. Golongan hamba ini dinafikanhak mereka dan
kedudukan mereka kadangkala adalah secara turun temurun.

Pembentukan komuniti China banyak di pengaruhi oleh sistem


kekeluargaan China. Sistem kekeluargaan China yang berasaskan kuasa
lelaki dan bapa telah meresap dalam pembentukan komuniti China.
Sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darah memainkan
peranan penting dalam pembentukan komuniti China. Pemusatan kuasa
kepada kuasa bapa atau lelaki adalah amat kuat dalam sistem
kekerabatan komuniti China. Pembentukan komuniti China juga kuat
dipengaruhi oleh sistem clan. Hiraki kuasa memainkan peranan penting
dalam komuniti sama seperti peranannya dalam sistem kekeluargaan
China.

Dalam tamadun India, komuniti turut memainkan peranan penting,


berbeza dengan tamadun-tamadun lain, komuniti dalam tamadun India
mempunyai peraturan yang amat ketat. Sistem sosial dalam komuniti
India berasaskan kepada sistem kasta yang rigid. Penentuan kasta
seseorang individu adalah secara ascribed – iaitu keturunan, diwarisi
daripada nenek moyang. Sistem kasta juga turut menetukan jenis
pekerjaan seseorang individu yang boleh dilakukan serta layanan yang
patut diberikan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Sistem kasta
memepengaruhi semua aspek kehidupan dan aktiviti dalam sesebuah
komuniti samada dalam bidang perlapisan sosial dalam tamadun-tamadun
lain.

Konsep Dharma diberi penekanan penting dalam hubungan sesama


anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma masyarakat menggariskan
fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh
setiap anggota masyarakat, disamping itu individu sebagai annggota
masyakarat mempunyai dharma yang menetukan apa yang beliau harus
lakukan mengikut kelahiran dan fungsi kehidupannya. Dharma dalam
masyarakat yang menetukan fungsi anggota-anggota maysarakat.

e. Politik dan kerajaan


Akhlak dan nilai moraliti telah digunakan sebagai asas sesebuah kerajaan
oleh banyak tamadun-tamadun tradisional. Pembentukan tamadun
tradisional menjadikan dua elemen penting ( akhlak dan moral ) sebagai
tunjang kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Peranan dan
tanggungawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab
pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dalam
hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma lain yang digunakan
untuk menjelaskan kedudukan tersebut, antaranya ialah khalifah, sultan,
maharaja, ratu dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah
mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prinsip asas yang mesti dimiliki
oleh seseorang pemerintah. Pemikiran falsafah yang diasaskan oleh Kung
Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi dalam tamadun China serta
tokoh-tokoh lain memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada

Unit 4-TITAS/ AmaniD 5


pada seseorang raja atau pemerintah, begitu juga dengan tamadun India,
kautilya membincang aspek-aspek pemerintahan.
Penulis-penulis besar dalam tamadun Islam seperti al-Farabie, al-
Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan lainnya telah memberi tumpuan
yang penting terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin dan
kepimpinan. Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad-dien – ( cara
hidup ), ia tidak memisahkan antara politik dan agama seperti yang
diutarakan dalam konsep sekularisme. Al-Quran dan as-Sunnah telah
menggariskan prinsip-prinsip penting yang perlu ada dalam pentadbiran
dan perundangan. Prinsip berkenaan ialah:
a. Keadilan ( al-adalah ) – adalah prinsip utama yang diberi penekanan.
Rasulullah saw telah memberi penekanan pada prinsip ini semasa
membentuk kerajaan Islam di Madinah. Prinsip keadilan bukan sahaja
diamalkan oleh Rasulullah saw, tetapi juga kepada semua khalifah
Islam selepas baginda terutamanya Khalifah as-Rasyidin.
b. Al-Wasatiyyah ( kesederhaan ) – prinsip ini mempunyai pertalian yang
rapat dengan prinsip keadilan. Kesederhaan adalah dasar penting
yang dijalankan oleh rasulullah saw dalam pemerintahannya, ia turut
dilaksanakan pada zaman baginda dan juga sesudah baginda.
c. Syura adalah aspek penting dalam melaksanakan pentadbiran dan
pengurusan. Melalui konsep syura ini, elemen kediktatoran dapat
dibendung dan diatasi. Syura ialah proses untuk melahirkan sesuatu
keputusan yang lebih adil dan saksama.
Konsep kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja
kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Konsep ini amat kuat
dalam tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata “ takkan Melayu
menderhaka..” Penderhakaan merupakan jenanyah yang akan
mengundang hukuman bunuh, seperti dalam Kisah Hang Tuah, Hang
Jebat ( dalam versi Megat Seri Rama dalam Sejarah Melayu ), namun
dalam versi yang berbeza menyatakan Hang Kasturi. Namun demikian
penderhakaan dalam sejarah Tamadun Melayu berlaku apabila seseorang
raja telah melanggar lunas-lunas keadilan yang sepatutnya dipertahankan
oleh seorang pemerintah.

Dalam ajaran Confusius, telah memberikan satu garis panduan mengenai


hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilah
berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang
raja perlu mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi
pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang demikian mandat atau
kelayakan seseorang raja untuk memerintah sesebuah dinasti itu akan
terhapus. Confusius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang
tidak mempunyai moral yang baik, sebalinya beliau mengatakan bahawa
mandat itu akan ditarik balik oleh Tien ( Maha Agung ) melalui pelbagai
bala bencana seperti banjir,peperangan dan sebagainya. Meng Tse (
Mencius ) iaitu salah seorang pengikut Confusius mengatakan bahawa “
The people ara the most important element in the nation, the spirits of the
land dan garin are next, the prince is the last..” . Sementara Hsun-Tzu
seorang lagi pengikut Confucius mengatakan bahawa raja umpama
sebuah kapal dan rakyat itu umpama air. Air boleh menyokong kapal (
agar tidak tenggelam ) tetapi juga boleh menenggelamkan kapal. Beliau

Unit 4-TITAS/ AmaniD 6


berpendapat hanya apabila rakyat berpuas hati sahaja maka seseorang
raja itu akan selamat.

f. Institusi Keagamaan

4.2.3. Pemikiran
4.2.4. Kebudayaan dan keseniaan

4.3. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan


kesusasteraan)

Bahan Bacaan 1.
Aktiviti Kelas a. Kuliah
b. Sumbangsaran
c. Perbincangan
d. Pembentangan
Soalan Tutorial / Essei a. Apakah maknanya “tamadun” dan bagaimanakah dapat
/ Objektif kita mengenali sesuatu tamadun?
b. Mengapakah sesetengah tamadun dapat berkembang
dengan pesat, manakala tamadun yang lain runtuh dan
musnah?
c. Carikan makna tamaddun yang terdapat dalam
penulisan-penulisan lain sebagai bahan tambahan.

Unit 4-TITAS/ AmaniD 7

Anda mungkin juga menyukai