Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TAHAP TEKANAN DI KALANGAN WARGA TUA : SATU KAJIAN DI RUMAH

SERI KENANGAN BEDONG

NURHIDAYATI BINTI BADARULZAMAN

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tahap tekanan yang dialami warga tua yang tinggal di
Rumah Seri Kenangan Bedong (RSKB). Tujuan kajian ini adalah untuk megetahui
sejauh mana tahap tekanan warga tua di RSKB, faktor-faktor penyebab tekanan
serta mengenal pasti cara-cara mengatasi tekanan yang digunakan oleh warga tua
di institusi tersebut. Tekanan yang dialami adalah disebabkan beberapa faktor
seperti sokongan sosial, kemurungan, kesunyian, kematian, penghargaan kendiri
dan kesihatan. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti tahap tekanan
emosi warga tua terhadap kematian. Tahap tekanan emosi tersebut dibahagi
kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Data dikumpulkan
dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Seramai 23 orang
penghuni telah dijadikan subjek kajian. Mereka terdiri daripada 9 orang lelaki dan
14 orang perempuan. Subjek kajian dipilih secara rawak dan set soal selidik
dikendalikan oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah temubual. Seterusnya,
soal selidik tersebut dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains
Sosial (SPSS). Kajian ini menggunakan kaedah analisis statistik diskriptif. Analisis
mendapati tekanan yang dialami oleh warga tua di RSKB tidak begitu ketara kerana
penghargaan kendiri di kalangan mereka adalah tinggi. Selain itu, kajian
mendapati tahap tekanan emosi terhadap kematian juga adalah di tahap rendah
dan sederhana. Antara faktor yang menyebabkan setengah daripada mereka berasa
tertekan adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dan kehidupan yang
membosankan. Sokongan sosial yang diperolehi juga adalah tinggi. Walaupun
begitu, sokongan sosial yang diperolehi adalah daripada kawan baik dan bukan
daripada penghuni-penghuni lain. Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa
saranan agar lebih banyak kajian mengenai warga tua dilakukan dan
mempelbagaikan konsep kajiannya.
Posted by Jamiah Hj. Manap at 6:34 PM 0 comments
Labels: Latihan Ilmiah Pelajar

T U E S D A Y, O C T O B E R 0 2 , 2 0 0 7