Anda di halaman 1dari 3

MASYARAKAT ISLAM DI CHINA

 
Pengenalan
Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari
negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap
agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap
agama bangsa lain.
 
Cara Kemasukan Islam ke China
Versi Pertama
 Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).
 Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San
Gan Foo.
 
Versi Kedua
 Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan
Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
 Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-
san.
 
Versi Ketiga
 Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
 630 M, beliau tiba di Canton.
 Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
 Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.
 
Hubungan Awal Arab-China
 Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu
Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera
Islam di Khurasan - tetapi gagal.
 Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu,
hubungan diplomatik diadakan.
 Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah
Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu.
 Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah
disebarkan secara meluas di China.
 
Perkembangan Islam di China
Peringkat Awal
 Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.
 Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan
masyarakat tempatan.
 Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow
(Canton).
 
Dinasti Tang (618 - 905 M)
 Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.
 878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab)
beragama Islam.
 Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang
China.
 
Dinasti Sung (960 - 1279 M)
 Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.
 Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan
menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam.
 Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.
 
Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)
 Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai
pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya.
 Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
 Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua
Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara.
 Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor
Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya).
 Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.
Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang
Meriam.
 Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
 Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di
Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini
terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di
pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana
Qawamuddin al-Sibti.
 
Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
 Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh
orang China beragama Islam.
 Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha
dan Taoism.
 Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
 Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh
orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
 Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan
keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
 Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
 Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti:
Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid.
 Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana
Cheng Ho dan sebagainya.
 Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil
ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui.
 Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.
 
Dinasti Ching (1644 - 1911 M)
 Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan
China.
 Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su,
Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.
 
http://www.geocities.com/cominglucky/myktcn.htm

Anda mungkin juga menyukai