Anda di halaman 1dari 7

Sheikh Abdul Azhim al-Manduri mursyid Tarekat Naqsyabandiyah

APABILA membicarakan sejarah perkembangan Islam, kita tidak dapat menafikan


bahawa tasauf dan berbagai-bagai jenis tarekatnya turut dibicarakan. Tarekat-tarekat itu
menurut jumhur ulama ada yang mu'tabarah, iaitu tarekat yang dianggap benar-benar
menurut ajaran Islam yang boleh diamalkan. Namun ada pula beberapa tarekat yang
dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
Tarekat-tarekat mu'tabarah di dunia Melayu telah diajarkan serentak dengan kemasukan
Islam itu sendiri di rantau ini. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penulisan-penulisan
ulama-ulama kita sejak abad ke 16-17 Masihi, baik ulama-ulama yang muncul di Aceh
mahu pun di Patani dan termasuk ulama-ulama yang berasal dari Arab.
Penyebaran tarekat-tarekat tasauf itu sangat rancak sejak dulu hingga ke penghujung abad
ke-19 Masihi atau awal abad ke 20 Masihi telah mulai terjadi pembaharuan. Sehingga ada
segelintir para intelektual Islam di dunia Melayu sering memandang sesat yang
membidaahkan ajaran tarekat dan berbagai-bagai disiplin ilmu Islami yang tidak mereka
setujui.
Ulama-ulama tasauf telah membela tarekat-tarekat itu dengan hujah-hujah mereka yang
tak akan terkalahkan baik di forum debat mahu pun dengan polemik berupa risalah atau
kitab. Intelektual tarekat akan muncul setiap waktu mempertahankannya apabila diserang
oleh orang-orang yang anti terhadap ajaran mereka.
Di antara kitab yang pernah menyenaraikan nama-nama tarekat dalam bahasa Melayu
yang agak awal ialah Asrar al-Suluk ila Malail Muluk karangan Sheikh Faqih Jalaluddin
bin Kamaluddin al-Asyi (Aceh) disebutkan bahawa asal tarekah tasauf Islami dalam
dunia ada empat belas, ialah:
1. Tarekat Thaifuriyah pengetuanya Abu Yazid al-Bisthami.
2. Tarekat Jistiyah pengetuanya Abu Ahmad Badruddin
3. Tarekat Qadiriyah pengetuanya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani
4. Tarekat Syahruriyah pengetuanya Sheikh Syihabuddin
5. Tarekat Kubrawiyah pengetuanya Sheikh Najmuddin Kubra
6. Tarekat 'Asyiqiyah dan Syathariyah pengetuanya Sheikh Abdullah asy-Syathari.
Makna syathariyah ialah sangat pantas perjalanan dan dahulu sampai kepada
Allah.
7. Tarekat Madariyah pengetuanya Sheikh Madar
8. Tarekat Jahariyah pengetuanya Sheikh Hujjah Ahmad Syawi
9. Tarekat Naqsyabandiyah pengetuanya Sheikh Abdul Khaliq Ajruni, kemudian
maka Sheikh Bahauddin Naqsyabandi
10. Tarekat Khalwatiyah pengetuanya Sheikh Muhammad Khalwati
11. Tarekat Ni'matiyah pengetuanya Sheikh Syah Ni'matullah
12. Tarekat Jaidariyah pengetuanya Sheikh Syah Jaidar anak Juj Saiyidina Ali
13. Tarekat Jalaliyah pengetuanya Saiyid Jalal an-Najjari
14. Tarekat Qalandariyah pengetuanya Sheikh Syarfuddin Qalandar

Maksud 'pengetua' bagi setiap tarekat tersebut adalah orang pertama sebagai tokoh yang
terkenal dalam sesuatu tarekat, bukan bererti sebagai 'pengasas'.
Di antara tarekat-tarekat yang tersebut di atas, antara yang tersebar secara meluas di
dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang adalah Syathariyah, Qadiriyah, Rifa'iyah,
Naqsyabandiyah, Sammaniyah, Khalwatiyah, Ahmadiyah dan lain-lain.
Semua ulama dunia Melayu yang dipercayai benar ilmunya mengajarkan tarekat, di
antaranya adalah Sheikh Nuruddin ar-Raniri, Sheikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri,
Sheikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi, Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh
Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, Sheikh
Wan Ali Kutan al-Kalantani dan ramai lagi.
Perkembangan tarekat-tarekat serta ulama tersebut telah penulis bicarakan sebelum ini,
namun terdapat seorang ulama Tarekat Naqsyabandiyah yang belum dibicarakan lagi,
iaitu
Sheikh Abdul Azhim al-Manduri.
Sheikh Abdul Azhim Al-Manduri (Madura)
Ulama yang dibicarakan ini merupakan salah seorang murid Saiyid Muhammad Shalih
az-Zawawi yang sangat terkenal berasal dari Madura dan pernah mengajar di Mekah
(wafat tahun 1335 H/1916 M). Salasilah beliau dalam Tarekat Naqsyabandiyah adalah
berikut:
Sheikh Abdul Azhim al-Manduri (Madura) belajar kepada dua Mursyid, iaitu:
Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308 H/1890 M) dan Sheikh
Abdul Hamid ad-Daghitstani al-Muzhhari, belajar kepada
Sheikh Muhammad Muzhhar al-Ahmadi (wafat 1301 H/1883 M di Madinah), beliau
inilah yang dianggap sebagai Mujaddid Tarekat Naqsyabandiyah pada aliran ini, belajar
kepada
Sheikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1277 H/1860 M di Madinah) belajar kepada
Sheikh Abu Ahmad Sa'id al-Ahmadi (wafat 1250 H/1835 M di Madinah) belajar kepada
Sheikh Abdullah ad-Dihlawi (1158 H/1735 M12 Safar 1240 H/1824 M). Mulai dari sini
hingga ke penghujung salasilah adalah sama dengan Salasilah Tarekat Naqsyabandiyah
Khalidiyah Syeikh Ismail Minangkabau.
Selain belajar kepada Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi (1246 H/1830 M-1308
H/1890 M), beliau juga belajar kepada Saiyid Abdul Karim Daghitstani (wafat akhir
Syaaban 1338 H/1909 M), Saiyid Umar asy-Syami (1245 H/1829 M-Syawal 1313
H/1895 M).
Sheikh Abdul Azhim al-Manduri mempunyai murid yang sangat ramai, kebanyakannya
menyebarkan Tarekat Naqsyabandiyah itu. Salah seorang di antara mereka ialah Kiai
Haji Zainal Abidin Kwanyar, Bangkalan, Madura (wafat 1358 H/1939 M), yang berbiras
dengan Sheikh Abdul Azhim al-Manduri. Murid Sheikh Abdul Azhim al-Manduri yang
sangat terkenal pula ialah Kiai Khalil al-Bankalani (wafat 1344 H/1925 M).
Salah seorang keturunan muridnya ialah Kiai Fathul Bari, berasal dari Sampang dan
wafat di Peniraman, Kalimantan Barat tahun 1960 M. Murid beliau ini sangat ramai di
Madura, Jawa Timur dan Kalimantan Barat. Setelah beliau wafat, muncul pula murid
beliau Saiyid Muhsin al-Hinduan, ulama yang mempunyai murid yang sangat ramai di
Kalimantan Barat, Jawa dan Sulawesi. Beliau meninggal dunia di Pontianak, pada 1980
M, jenazahnya diterbangkan ke Sumenep, Madura.
Karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut yang telah diketemukan hanya sebuah,
iaitu Kaifiyat Berzikir Atas Thariqat Naqsyabandiyah, cetakan pertama Matba'ah al-
Miriyah al-Kainah, Makkah, 1308 H/1890 M. Walaupun risalah tersebut kecil, namun
mendapat pengaruh yang besar di kalangan pengamal-pengamal Tarekat Naqsyabandiyah
di dunia Melayu.
Petikan kata-kata Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan
Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, seorang Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah, pernah
datang ke rumah Al-Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud, membicarakan persoalan pada
tahun itu akan diadakan Haul Imam Rabbani di Masjid Jami' Al-Falah, Sungai Jawi
Dalam, Pontianak.
Ustaz Haji Abdur Rani Mahmud menjelaskan bahawa pedoman beliau untuk memberikan
ceramah tentang haul dan lain-lain, yang beliau diberikan kepercayaan oleh Al-Ustaz
Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan, yang paling penting sebagai pedoman beliau ialah karya
Sheikh Abdul Azhim al-Manduri tersebut.
Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan pernah merakamkan peristiwa yang diceritakan oleh
gurunya yang beliau tulis dalam risalah kecil berjudul Rantai Mas. Di sini penulis
menyalin semula yang termaktub pada halaman 72, menurut beliau adalah berikut:
"K. H. Zainal Abidin Kwanyar Bangkalan Madura adalah seorang Alim Besar, soleh
serta warak. Beliau ini adalah saudara misanan daripada Sheikh Abdul Azhim (meninggal
di Bangkalan tahun 1335 H/1916 M) pembawa Tarekat Naqsyabandiyah Muzhariyah ke
daerah Madura, dan sejak kecilnya memanglah dalam asuhannya. Beliau dibawa ke
Mekah oleh saudaranya itu dan lama tinggal di sana menuntut berbagai-bagai ilmu
kepada alim ulama Mekah.
Pernah beliau menceritakan kepada beberapa orang muridnya, bagaimana asal mulanya
beliau menganut Tarekat Naqsyabandiyah, katanya:
"Lama benar saya tinggal di Mekah dalam asuhan kakandaku Sheikh Abdul Azhim,
seorang Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah yang tak ada bandingannya di masa itu. Beliau
tersohor sebagai Wali Allah yang istimewa, yang tidak sedikit murid-muridnya.
Di sana saya menuntut berbagai-bagai ilmu kepada alim ulama yang besar-besar, seperti
Tuan Sheikh Umar Bajunaid, Tuan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau dan lain-
lainnya. Dalam hatiku memang sudah terkandung hasrat yang besar untuk mempelajari
Tarekat Naqsyabandiyah, namun setiap kali saya memberitahu akan hal itu kepada sang
Guru Besar Tuan Sheikh Ahmad Khathib, sentiasa beliau mencegah dan melarang saya
seraya katanya, "Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah berasal daripada agama sedikit pun
juga, melainkan hanya buatan manusia. Pokoknya Tarekat Naqsyabandiyah itu tidak
lebih daripada bidaah dhalalah.
Akan tetapi dengan kehendak Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ketika pada
suatu hari saya sedang mentelaah kitab yang saya kaji, sekonyong-konyong datanglah
kakandaku Sheikh Abdul Azhim ke tempatku seraya katanya: "Hai Zainal Abidin,
mengapakah tidak engkau segera mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah, padahal aku
sendiri di sini sebagai seorang Mursyid dan Guru dari tarekat tersebut? Ketahuilah bahasa
yang dikatakan orang yang kamil itu, bukanlah hanya orang yang pandai membaca kitab
yang beraneka warna akan tetapi orang yang sebenar-benarnya kamil ialah orang yang
tidak kunjung, putus perhubungan batinnya dengan Allah sedikitpun juga, walaupun
orang itu hanya berilmu sekadar cukup dipakai saja".
Dan katanya pula: "Sekalipun sampai di mana ilmu pengetahuan mu dan ibadah zahir
yang engkau kerjakan itu, namun tetaplah tak akan diterima Allah bila tidak disertakan
hati yang bersih, tulus ikhlas serta senantiasa ingat akan Allah. Kerana kehodohan hati
kepada Allah itulah yang disebut Ruhul Ibadah. Ada pun setiap amal ibadah apa pun juga
yang tidak disertakan perhubungan batin maka yang demikian itu adalah ibarat bangkai
yang tak bernyawa lagi atau kata lebih tegas, "Bangkai ibadah namanya".
Perkataan kandaku serasa menusuk jantungku, sehingga menyebabkan saya berani
menghadap sang Guru Sheikh Ahmad Khathib meminta izin sekali lagi daripadanya
untuk mempelajari Tarekat Naqsyabandiyah kepada kekanda Sheikh Abdul Azhim.
"Telah berulang-ulang saya terangkan kepadamu bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu
adalah bidaah dhalalah," katanya dengan muka marah. "Saya ingin tahu yang
sebenarnya," kataku. "Kerana penentangan yang tidak disertakan dengan penyelidikan
yang saksama salahlah hukumnya."
Lalu katanya: "Baiklah, boleh engkau masuk Tarekat Naqsyabandiyah itu dengan maksud
dan niat yang demikian namun engkau harus berhati-hatilah, jangan sampai tertipu atau
terpengaruh oleh ajaran-ajarannya. Kerana tidaklah sedikit orang orang yang telah
terjebak dalam perangkap mereka padahal mereka itu adalah dari alim ulama yang
ternama." "Tidak khuatir. Insya-Allah," jawabku.
Pada malam hari itu juga saya datang menemui kekanda Sheikh Abdul Azhim di
majlisnya dan kebetulan beliau sedang dikerumuni oleh murid-muridnya yang ramai.
Mereka sama duduk menghadap beliau dengan penuh hormat, khidmat dan takzim
kepada beliau.
Saya terus duduk di samping beliau dan menyampaikan keinginan yang telah lama
terkandung dalam hatiku, iaitu minta ditalqinkan zikir Tarekat Naqsyabandiyah. Dengan
pandangan yang tajam beliau menatap muka saya seraya katanya: "Engkau akan berbai'at
dalam Tarekat Naqsyabandiyah?" "Ya", jawabku.

Kata beliau lagi, "Ketahuilah bahasa Tarekat Naqsyabandiyah yang kita amalkan ini
adalah satu-satunya tarekat yang memang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para
sahabatnya. Dan engkau harus yakin dalam hatimu akan yang demikian itu. Jangan masih
ada terselit dalam hatimu pendapat orang-orang yang sesat yang mengatakan bahasa
Tarekat Naqsyabandiyah itu tidaklah daripada ajaran Islam sedikit pun juga. Kerana
orang yang suka mengatakan demikian itu tidaklah lain, kecuali mereka yang hampa hati
sanubarinya dari 'Nur Ilahi', yakni hanya berisi hawa nafsu dan syaitan belaka. Mereka
tidaklah pernah merasakan 'isyq (rindu) kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya,
bahkan mereka tidak mengerti apa yang dikatakan rindu kepada Allah itu. Ibadah yang
mereka kerjakan itu tidaklah lebih daripada Tazyinuz Zahir (Perhiasan zahir) sedang isi
hatinya bertentangan dengan apa yang diperbuatnya".
Dan katanya pula: "Hai anakku Zainal Abidin, marilah engkau memasuki Tarekat
Naqsyabandiyah ini dengan niat yang suci murni, iaitu tidak lain hanya menuntut
keredaan Allah SWT. Bukan dengan niat menyelidiki atau hanya ingin mengetahuinya
saja. Dan kelak setelah engkau mengamalkannya, tentulah engkau tahu, apakah benar
orang-orang yang mengatakan bahasa Tarekat Naqsyabandiyah itu bidaah dan
sebagainya".
Kata K.H. Zainal Abidin lagi: "Setelah saya mendengar keterangan yang beliau terangkan
itu, gemetarlah hati dan tubuh saya, serta dilangsungkannya bai'at pada malam itu juga,
dan ditawajjuhlah batinku dengan zikrullah. Allahu Akbar! Pada tawajjuh yang pertama
kali itu dapatlah saya rasakan nikmat dan lazat zikrullah yang belum pernah saya rasakan
selama hidup, serta tersingkaplah tirai batin yang menyelubungi saya dan dibukakan-Nya
kepada saya beberapa pemandangan yang indah-indah yang sukar bagiku untuk
menceritakannya dengan lidah zahir ini.
Pada keesokan hari itu jua datanglah saya ke tempat Guru Besar Sheikh Ahmad Khathib,
kemudian dengan tegas saya nyatakan kepada beliau, bahasa Tarekat Naqsyabandiyah
adalah satu-satunya jalan yang baik bagi umat Islam, untuk mencapai tingkat tauhid yang
setinggi-tingginya. Mendengar yang demikian itu beliau terkejut dan hairan seraya
katanya dengan muka yang sangat merah: "Kalau sudah demikian pendapat engkau,
nyatalah bahasa racun Tarekat Naqsyabandiyah itu telah mengenai dirimu."
"Memang," kataku, "dan saya yakin dengan sepenuh-penuhnya bahasa Tarekat
Naqsyabandiyah itu adalah memang ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dan
keyakinan yang demikian itu, selain disebabkan Tarekat Naqsyabandiyah memang
berdasarkan al-Quran dan hadis Rasullullah SAW pun juga disebabkan pengalaman dan
zauq yang telah saya peroleh." Demikian menurut Saiyid Muhsin Ali al-Hinduan dalam
bukunya berjudul Rantai Mas.
Penutup
Sebagaimana telah disebutkan bahawa sebuah karya Sheikh Abdul Azhim al-Manduri
yang berpengaruh mengenai Tarekat Naqsyabandiyah di dunia Melayu/Asia Tenggara
ialah Kaifiyat Berzikir Atas Tariqat Naqsyabandiyah. Karya itu jika kita ringkaskan maka
natijahnya adalah sebagai yang berikut:
Sheikh Abdul Azhim al-Manduri sebelum memasuki perkara-perkara lainnya, beliau
menganjurkan supaya menjaga adab salasilah. Kata beliau, "Dan sayugia lagi baginya
bahawa tiada meninggalkan ia akan membaca salasilah sekurang-kurangnya setiap
delapan hari sekali atau dua kali. Dan jika dibaca sehari semalam satu kali, iaitu terlebih
bagus. Bermula jika dibaca pada malam dan lepas sembahyang tahajud, iaitu terlebih
afdal.
"Istimewa pula apabila ada barang yang dikehendaki daripada Allah SWT. Kerana
dengan berkat mereka itu tiada tertolak oleh hajat, Insya-Allah SWT, sama ada perkara
dunia atau perkara akhirat."

Thursday, April 15, 2010


SHAIKH 'ALI AL-RAMITANI (Silsilah Ke 13)

Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Ramitain terletak kira-kira 2 batu


berjauhan dari Bukhara. Beliau dibesarkan serta mendapat pendidikan agama di sana
sehingga beliau dikatakan mahir dalam bidang Pengajian Islam. Kemudiannya beliau
berguru dengan Shaikh Mahmud Injir Faghnawi sampai ke peringkat beliau mencapai
pelbagai tingkatan iman dan yakin yang dengannya dapat membimbing manusia ke jalan
reda Allah SWT.

Kecemerlangan yang dimiliki beliau tersebut menjadikannya masyhur dengan panggilan


al'Azizan. Antara nasihat beliau ialah; beramallah kamu semua, jangan hanya banyak
mengira-ngira (kebaikan) bahkan hendaklah kamu sentiasa mengiktiraf terhadap
kekurangan serta kecuaian kamu. Antaranya lagi beliau berkata; hendaklah kamu
bersungguh-sungguh mengekali hudur (mengingati Allah) terutamanya sewaktu makan
dan ketika bercakap. Beliau wafat pada hari Isnin 18hb Zulkaedah 721H ketika berumur
130 tahun.

Thursday, April 15, 2010


SHAIKH MAHMUD AL-INJIR FAGHNAWI (Silsilah Ke-12)

Shaikh Mahmud dilahirkan di sebuah kampung bernama Injir Faghna yang sekarang ini
dinamakan dengan Fergena, iaitu satu daerah di Uzbeskistan yang berhampiran dengan
Bukhara. Beliau adalah seorang pengganti selepas kewafatan gurunya Shaikh 'Arif untuk
meneruskan dakwah membimbing masyarakat ke jalan Allah.

Beliau merupakan tokoh yang mendapat natijah untuk berdhikir secara jahar (secara
lantang), yang pada kebiasaannya amalan dhikir itu dilakukan secara sirr (secara diam)
pada zaman gurunya. Perbuatannya itu telah diakui gurunya. Dilaporkan amalan
berdhikir secara jahar itu berterusan sehingga ke zaman Shaikh Amir Kulal.

Dilaporkan juga seorang lelaki yang pernah bertemu dengan Khidir a.s. bertanya
kepadanya siapakah pada zaman itu yang paling istiqamah dalam menghayati syariat
Allah SWT, Khidir menjawab dia ialah Shaikh Mahmud al-Injir Faghnawi. Hal tersebut
menjadi Shaikh 'Ali al-Ramitani berguru dengan beliau kemudiannya. Pada suatu hari
Shaikh Mahmud telah menziarahi seorang Khalifah akrab Shaikh Awliay' al-Khabir (iaitu
Khalifah akrab Shaikh 'Abdul Khaliq Ghujdawani), bernama Shaikh Dahqan, yang
sedang sakit tenat. 

Setelah kepulangan beliau daripada ziarah tersebut, Shaikh Dahqan berdoa memohon
daripada Allah mengurniakannya seorang wali berdoa untuknya ketika nazak. Tiba-tiba
sahaja didapati Shaikh Mahmud sekali lagi datang menziarahinya dan menemaninya
sehingga beliau wafat. Shaikh Mahmud wafat pada tahun 685H.

Ringkasan SHAIKH 'ABDUL AL-KHALIQ ALlGHUJDAWANI (Silsilah


Ke 10)

Beliau yang merupakan anak kepada Shaikh 'Abdul Jamil q.s., adalah seorang tokoh
ikutan dalam Tarekat Tasawwuf dan menjadi panduan bagi ahli haqiqat, di samping
memiliki ilmu ma'rifat serta kefahaman yang mendalam tentang kerohanian.

Beliau dilahirkan di Ghujdawan, iaitu satu kawasan beberapa batu jauhnya daripada
Bukhara. Beliau wafat pada tahun 575H di tempat kelahirannya. Bapa beliau adalah
seorang ulama' terkenal di zamannya dan nasab keturunan beliau bersambung kepada
Imam Malik r.a. Dilaporkan ayahanda beliau pernah bertemu dengan Khidir a.s. dan
berguru dengannya sehingga pada suatu ketika isteri beliau sedang hamil, Khidir
mengkhabarkan berita gembira bahawa beliau akan dikurniakan seorang anak soleh
bernama Abdul Khaliq. 

Setelah kelahiran Abdul Khaliq, beliau dibesarkan dalam didikan yang sempurna
sehingga dapat menguasai ilmu agama menerusi pembelajaran daripada beberapa ulama'
sezaman beliau. Shaikh Abdul Khaliq kemudiannya dikurniakan bertemu Khidir a.s., lalu
mengajarnya dhikr khafiy iaitu La Ilaha Illa Allah dalam hati dalam keadaan menahan
nafasnya sebagaimana maklum dalam Tarekat Naqshabandiyyah. Bermula dari situ,
beliau mula dididik oleh Khidir a.s. secara kerohanian dan dikurniakan ilmu ladduni
sehingga mencapai peringkat yang tinggi mulia.

Kemudian beliau diarah Khidir a.s. berguru serta berkhidmat dengan Shaikh tarekat yang
sezamannya iaitu Shaikh Yusuf al-Hamdani. Sewaktu berguru dengan Shaikh Yusuf,
beliau disuruh meneruskan dhikir yang telah diajar oleh Khidir a.s. kepadanya. Begitulah
beliau seterusnya melakukan khidmat sebaik-baiknya kepada gurunya hingga hari
kewafatan guru beliau dan setelah itu beliau menyambung kerja dakwah sebagai
menggantikan tugas gurunya.

Anda mungkin juga menyukai