Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN

TAPAK SURAU AL-MUKMININ


JALAN RIMBA, BANDAR SERI ALAM

PADA 06 JUN 2010

MASA PERISTIWA BUTIRAN PEYAMPAIAN


9.00 Ketibaan muslimin dan
Pagi muslimat Jalan Rimba
9.30 Ketibaan YB Dato’ Seri Mengumumkan Ketibaan Yang Berhormat Dato’
Pagi Mohamed Khaled Nordin Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen
Pasir Gudang diiringi Yang Berusaha Encik
Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-
Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam
Selesai Tetamu Khas Duduk Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled


bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang

Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting,


Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba
Bandar Seri Alam

Ahli-ahli jawatankuasa Surau Al-Mukminin,


Muslimin dan muslimat yang dihormati dan
dirahmati Allah sekalian

9.45 Bacaan Doa Dimajlis yang permai ini, marilah kita


Pagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita
diberikan kelapangan masa untuk bersama-
sama menjayakan Majlis Perasmian Tapak
Surau Al-Mukminin.
Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis
menjemput Saudara......................................
untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Selepas Bacaan Doa Amin...Ya Rabbalalamin


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara
......................................................................
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
9.50 Persembahan Video/ Taklimat Muslimin dan muslimat sekalian, majlis kita
pagi pada pagi ini diteruskan lagi dengan sedikit
Taklimat dan Penerangan berkenaan dengan
Perkembangan Surau Al-Mukminin dari awal
hinggalah ke saat ini.
Marilah kita bersama-sama memberikan
tumpuan ke arah persembahan multimedia ini.
Selepas selesai taklimat Demikianlah persembahan/ taklimat
perkembangan Surau Al-Mukminin. Diharapkan
hadirin hadirat, khususnya Yang Berhormat
Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
mendapat info yang jelas berkenaan
perkembangan Surau Al-Mukminin ini
10.00 Ucapan aluan Pengerusi Surau Hadirin yang dihormati,
pagi Untuk tidak melengahkan masa marilah kita
sama-sama mendengar ucapan alu-aluan
daripada Yang Berusaha Encik Pajar bin
Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin, Jalan
Rimba Bandar Seri Alam

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Selesai Ucapan Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting
di atas ucapan itu tadi
10.15 Ucapan Dato Seri Bagi meneruskan acara, majlis dengan
pagi hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato’
Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen
Pasir Gudang untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Tapak Surau Al-
Mukiminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
Selesai Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat
Dato’ sebentar tadi.

Tandangan Plak Perasmian Seterusnya majlis menjemput, Yang Berhormat


Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin diiringi
Yang Berusaha, Encik Pajar bin Ranting untuk
menandatangani plak perasmian sebagai
Simbolik Perasmian Tapak Surau Al-Mukminin.

Selesai Tandatangan Dengan Bismilah Kita Mulai


Alhamdullillah Wassala Tannabi
Dengan Takdir Ilahi Rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berhormat Dato’.

Mohon Yang Berhormat Dato untuk terus


berada diatas pentas bagi majlis penyampaian
cenderahati.
10.30 Penyampaian Cenderahati Seterusnya majlis mempersilakan Yang
pagi Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi
Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri
Alam menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin
Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Majlis
mempersilakan
Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis perasmian tapak


Surau Al-Mukminin pada pagi ini. Semoga
kewujudan Surau Al-Mukminin dapat
direalisasikan dan menjadi tempat
meningkatkan ukkuwah di kalangan penduduk
muslim di Jalan Rimba ini

Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat


Dato’ Seri diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar,
para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke
sesi Jamuan Ringan.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang


telah menjayakan dan menghadiri Majlis
Perasmian ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Anda mungkin juga menyukai