Anda di halaman 1dari 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MELAYU

1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan


dan sukatannya.
2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk
penggunaan BBB.
3. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab.
4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan
pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam
folio/buku rekod mengajar.
5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah
dijalankan.
6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio pelajar dan memberi komen yang
akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata
pelajarannya.
7. Menghantar buku latihan kepada Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan
apabila dikehendaki berbuat demikian.
8. Memeriksa kertas ujian selaras dan peperiksaan serta menyerahkan markah
pelajar kepada penyelaras tingkatan dan pihak UPPM pada masa yang
ditetapkan.
9. Membuat analisis keputusan ujian selaras dan peperiksaan bagi kelas-kelas
yang diajarkan.
10. Mengambil berat kemajuan akademik pelajar melalui intervensi serta
berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan
pelajarnya.
11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan
dan pemulihan apabila diperlukan atau mengikut jadual program PGG..
12. Membantu Penyelaras Tingkatan dan Guru Kanan Subjek mengendalikan
program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit
sepanjang tahun.
13. Mengendalikan persatuan yang berkenaan dengan mata pelajarannya apabila
dilantik menjalankan tugas tersebut.
14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan
dan Latihan (Menengah) MARA, Jabatan Pelajaran Negeri atau pelbagai pihak.
15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh Guru
Kanan Subjek atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang
diajarkannya.
16. Mengawasi pelajar ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah
ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.
17. Menilai pencapaian pelajar serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka
bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.
18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku/folio Rekod Mengajar
dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah
ditentukan.
19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa daripada
Penyelaras Tingkatan, Guru Kanan Subjek, Ketua Jabatan atau yang diarahkan
oleh Pengetua.

Beri Nilai