Anda di halaman 1dari 35

KANDUNGAN

Pendahuluan …………………………………………………………… v
1. Pengenalan ………………………………………………………… 1
2. Botani ……………………………………………………………… 3
3. Keperluan Asas…………………………………………………….. 8
4. Amalan Kultura…………………………………………………….. 8
4.1 Penyediaan Bahan Tanaman…………………………………... 8
4.2 Pilihan Pokok Induk………………………………………….... 10
4.3 Penyediaan Kawasan Penanaman……………………………... 10
4.4 Jenis Junjung/tiang…………………………………………….. 11
4.5 Penanaman di ladang…………………………………………... 11
4.6 Cantasan……………………………………………………….. 12
4.7 Pembajaan……………………………………………………… 14
4.8 Pengurusan Air……………………………………………….... 15
4.9 Pengurusan Perosak………………………………………….... 15
4.10 Kawalan Rumpai………………………………………………. 17
5. Kematangan Dan Pengutipan Hasil………………………………..... 18
6. Pengendalian Lepas Tuai…………………………………………..... 19
7. Ekonomi Pengeluaran Dan Pemasaran…………………………….... 20
Rujukan………………………………………………………………….. 23
Lampiran 1 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (Isi Merah)……….. 24
Lampiran 11 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada harga
RM2.40/kg) …………………………………………... 25
Lampiran 111 : Aliran Kewangan Tanaman Pitaya (pada hasil
Kurang 25% setiap tahun) ………………………….....26
Penghargaan
v

PENDAHULUAN

Buku ini mengandungi teknologi tanaman secara pakej yang


disyorkan oleh Jabatan Pertanian terutamanya dari segi botani,
keperluan asas tanaman, amalan kultura, pengurusan perosak
tanaman, pengendalian hasil dan ekonomi pengeluaran bagi
tanaman pitaya.

Ia diterbitkan sebagai bahan rujukan utama kepada pegawai-


pegawai yang terlibat di dalam aktiviti khidmat nasihat dan
perundingan. Teknologi tanaman yang terdapat dalam buku ini
juga boleh diamalkan oleh pengusaha-pengusaha tanaman pitaya
dalam usaha untuk memajukan tanaman ini.
1. PENGENALAN

1.1 Pitaya, pitahaya, ‘dragon fruit’, atau buah naga adalah sejenis pokok kaktus yang
dikenali sebagai ‘nightblooming cactus’. Berasal dari Amerika Selatan, tanaman
ini semakin hari semakin popular dibeberapa negara di Asia termasuk Malaysia.
Terdapat pelbagai jenis/varieti, diantaranya yang buah berkulit merah dan isi
berwarna putih, buah berkulit merah dan isi berwarna merah dan buah berkulit
kuning dan isi berwarna putih.

1.2 Jenis yang mula popular di negara kita dibawa dari Kemboja dan isinya berwarna
putih. Kini jenis isi berwarna merah telah menarik minat pengusaha untuk
menanam kerana rasanya lebih manis dari jenis isi berwarna putih. Jenis ini
dikatakan hibrid dari Taiwan. Varieti yang kulitnya berwarna kuning masih belum
ditanam secara komersial.

1.3 Anggaran keluasan tanaman pitaya sehingga kini adalah seperti di Jadual 1.
Mengikut data dari Bahagian Perangkaan Jabatan Pertanian bagi tahun 2002,
jumlah keluasan ialah 47.3 hektar dan negeri utama yang ditanam dengan pitaya
ialah Johor dan Perak. Keluasan tanaman ini didapati semakin meningkat
terutama dikalangan pengusaha swasta dan individu. Sehingga tahun 2005
keluasan telah meningkat ke 435.8 hektar. Negeri pengeluar utama masih Johor
diikuti oleh Melaka, Perak dan Pahang. Keluasan ini dijangkakan terus meningkat
dengan bertambahnya minat pihak swasta dan individu untuk menanam, kerana
tanaman ini didapati mudah diurus dan dikatakan mempunyai nilai pemakanan
dan perubatan yang baik dan boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai jenis
produk.

1.4. Buah pitaya boleh dimakan segar dan diproses. Selain dari buah, bunga serta
tunas muda boleh juga dimakan dan mempunyai khasiat dan kegunaannya
tersendiri. Buah pitaya boleh diproses kepada jus, tepung, teh dan sebagainya.
Pati buah boleh digunakan sebagai asas pengeluaran produk perubatan, makanan
dan minuman. Bijinya juga boleh dijadikan bahan campuran kepada biskut.
Kandungan zat makanan bagi pitaya merah adalah seperti di Jadual 2.

Tanaman ini mempunyai kadar nutrisi yang tinggi dan dipercayai mempunyai
nilai perubatan tertentu. Rupa buah yang seolah-olah bersisik dan warnanya yang
merah membuatkan kaum Cina menganggap ia seperti naga dan ia diguna sebagai
buah untuk acara sembahan dan perayaan.

Setakat ini tanaman ini didapati tidak mempunyai masalah perosak utama dan
boleh diuruskan mengikut kaedah organik. Ini memberi peluang kepada pelabur
untuk penanaman secara organik bagi memenuhi permintaan terhadap produk
organik yang semakin meningkat.

1
Jadual 1 : Jumlah keluasan (ha) tanaman pitaya sehingga tahun 2005

Negeri Keluasan (ha)


Th. Th. Th. Th.
2002 2003 2004 2005

Johor 33.9 42.1 109.5 196.0


Pahang 2.8 13.3 24.4 39.1
Selangor - - 6.5 18.0
Melaka - - 41.5 59.9
Negeri Sembilan - 2.8 15.7 19.1
Perak 10.6 11.4 11.4 46.5
Pulau Pinang - - 1.0 22.1
Kedah - - - 17.8
Perlis - - - 0.3
Kelantan - - - 7.8
Terengganu - - - 9.2
Sabah - - -
Sarawak - - -

Jumlah 47.3 69.6 210.0 435.8

Sumber: Jabatan Pertanian, 2006

Secara amnya pitaya ialah sejenis tanaman yang mudah diurus dan kos
pengurusannya tidak tinggi. Ini sesuai bagi petani separuh masa. Bagaimanapun
kos awal iaitu kos benih, tiang dan para adalah tinggi.

2
Jadual 2: Kandungan zat makanan bagi buah pitaya merah
(setiap 100g bahagian yang boleh dimakan)

Zat makanan Pitaya merah


(unit/100g)

Air (g) 82.5-83.0


Protin (g) 0.159-0.229
Lemak (g) 0.21-0.61
Gentian (g) 0.7-0.9
Karotin (mg) 0.005-0.012
Kalsium (mg) 6.3-8.8
Fosporus (mg) 30.2-36.1
Besi (mg) 0.55-0.65
Vitamin B1 (mg) 0.028-0.043
Vitamin B2 (mg) 0.043-0.045
Vitamin B3 (mg) 0.297-0.43
Vitamin C (mg) 8.0-9.0
Thiamine (mg) 0.28-0.30
Riboflavin (mg) 0.043-0.044
Niacin (mg) 1.297-1.300
Abu (g) 0.28
Lain-lain (g) 0.54-0.68

Sumber : Taiwan Food Industry Development & Research Authorities


Report code ’85-2537”

2. BOTANI

Nama saintifik : Hylocereus undatus (Haw.) Brit. & Rose

Nama biasa : Pitaya, pitahaya, ‘dragon fruit’, buah naga

Keluarga : Cactaceae

2.1 Pokok

Pitaya ialah sejenis tumbuhan kaktus yang memanjat. Pokoknya sukulen, berduri
dan tidak berdaun (daun menyusut). Ia berpaut pada benda-benda yang
berdekatan sebagai penyokong untuk memanjat.

3
2.2 Batang

Pada batang kaktus terdapat duri-duri yang dianggap sebagai daun yang telah
diubahsuai. Batang pokok terdiri dari teras yang berwarna perang muda dan
dibaluti bahagian kulit yang sukulen dan berwarna hijau. Keratan rentas batang
bersegi tiga. Panjang ruas batang bergantung kepada kesuburan pokok dimana
ruas batang pokok yang subur adalah lebih panjang.

2.3 Akar

Akar jenis ‘adventitius’ tumbuh dari batang pokok dan melekap kepada bahan
sokongan seperti kayu dan konkrit simen supaya pokok tumbuh tegak. Akar juga
berperanan sebagai akar sokong dimana ia tumbuh dari pangkal keratan dan
menembusi tanah untuk sokongan mekanikal.

2.4 Bunga

Kudup bunga keluar dari segi batang pada bahagian atas duri. Bunga besar,
berbentuk seperti loceng dan berukuran 35cm panjang dan 22.5cm lebar ketika
kembang. Bunga dwiseks dan sendirian. Bilangan sepal dan ranggi tidak tetap dan
tidak nyata dapat dibezakan antaranya dengan jelas. Warna dibahagian pangkal
bunga hijau, bahagian tengah kuning kehijauan dan bahagian hujung putih.

Bilangan stamen juga tidak tetap dan tumbuh secara berlingkar atau dalam
beberapa kumpulan daripada hipantium. Filamen dan anther berwarna kuning.

Ovarinya inferior, mempunyai banyak karpel, satu lokul, dengan ovul yang sangat
banyak pada plasenta parietal, satu benang sari dan bilangan stigma sama banyak
dengan karpel. Stigma berwarna kuning.

2.5 Pendebungaan

Stigma mula keluar dari kelopak bunga pukul 9.00 malam dan bunga kembang
pukul 12.00 malam. Ia mengeluarkan aroma yang kuat dan mengeluarkan nektar.
Bunga layu keesokannya. Pendebungaan berlaku secara silang ‘cross-pollination’
dibantu oleh haiwan/serangga seperti kelawar, kelulut dan lebah.

4
2.6 Pembentukan Buah

Dua hari selepas antesis kelopak bunga menjadi layu dan mula kering dan boleh
dipotong. Ovari akan mula membesar dan buah matang 50-53 hari dari
pengeluaran kudup bunga atau 31-34 hari selepas bunga kembang. Jika
persenyawaan tidak berlaku keseluruhan bunga akan menjadi kuning, layu dan
kering.

2.7 Buah

Buah seperti berri dan berbentuk bulat lonjong dengan sari salut dikulit buah
membentuk seperti ‘sisik naga’. Kulit mudah dikupas serta mengeluarkan cecair
yang warnanya melekat pada tangan. Isi berwarna putih atau merah, berair dan
rasanya sedikit manis, manis atau manis sedikit masam. Kebiasaannya berat buat
antara 250 – 600 g bergantung kepada jenis dan juga tahap pengurusan tanaman.
Peratus gula dalam buah antara 17-21 % brix bagi buah yang masak.

2.8 Biji

Biji jenis dicot, berwarna hitam, leper dan halus. Terdapat banyak biji di dalam isi
buah. Biji boleh digunakan untuk pembiakan tetapi pokok lambat matang dan
tidak ‘true to type’. Endosperma sedikit atau tidak ada langsung.

5
Gambarajah 1: Bahagian-bahagian tanaman pitaya- batang, pokok,
akar, bunga, buah, isi dan biji.

a. Batang
b. Pokok c. Akar

f. Bunga mekar
d. Kudup bunga e. Kudup bunga terbuka

g. Putik buah i. Isi dan biji berwarna hitam


h. Buah matang

6
2.9 Ciri-Ciri Varieti Komersial

Terdapat dua varieti pitaya yang ditanam secara komersial iaitu jenis isi putih dan
jenis isi merah. Ciri-ciri varieti berkenaan adalah seperti di Jadual 3 dan
Gambarajah 2.

Jadual 3 : Ciri varieti komersial

Ciri-ciri Varieti isi putih Varieti isi merah

Gerigi batang Berwarna perang Berwarna hijau atau hijau


sedikit perang

Warna sari salut Bahagian tepi sari salut Bahagian tepi sari salut
pada kudup berwarna hijau berwarna merah keungguan
bunga

Warna isi Putih Merah

Sari salut/’Sisik Susunan jarang. Susunan lebih rapat.


buah’ pada buah Bentuk tirus dan Bentuk lebar dan pendik
matang panjang

Saiz buah Besar (500-800 gm) Sederhana (300-500 gm)

Gambarajah 2 :Varieti pitaya yang ditanam secara komersial

Varieti kulit dan isi merah Varieti kulit merah dan isi putih

7
3. KEPERLUAN ASAS

3.1 Faktor Iklim

Berasal dari Amerika Selatan tanaman ini sesuai di iklim sederhana panas ke
panas. Iklim tropika dengan purata suhu antara 25 – 30oC adalah sangat sesuai.
Hujan antara 500 – 1500 mm dengan musim kering dan basah adalah diperlukan.
Hujan yang berlebihan akan menyebabkan pokok kurang mengeluarkan bunga
atau bunga yang keluar gugur atau menjadi busuk. Secara amnya tanaman ini
boleh tahan kepada cuaca sederhana panas dan sederhana sejuk serta tanah yang
kurang subur.

Walaupun tanaman pitaya memerlukan banyak cahaya matahari, pendedahan


kepada cahaya yang terik boleh memudaratkan tanaman dimana dahan pokok
dibahagian atas kanopi akan menjadi kuning. Ini mungkin kerana tanaman ini
berasal dari hutan belantara yang teduh.

3.2 Faktor Tanah

Tanah yang mengandungi 10 – 30% pasir sangat sesuai. Tanah gembur pada
cerun kurang dari 6o dan bersaliran baik adalah sesuai.

Pitaya boleh ditanam di tanah tinggi jika langkah-langkah pemuliharaan tanah


diambil kira. Ia boleh juga ditanam di tanah rendah, kecuali kawasan yang dilanda
banjir/ dinaikki air atau bertakung air pada masa-masa tertentu. Tanaman ini
boleh juga ditanam di kawasan sawah jika ianya ditanam di atas batas yang cukup
tinggi dan akarnya tidak digenangi air. Sistem ‘furrow’ boleh digunakan di tanah
sawah.

Ia juga boleh ditanam di tanah bris. Bagaimanapun penanaman di tanah pasir


memerlukan lebih baja organik untuk membaikpulih tanah.

3.3 Kawasan Penanaman

Berasaskan peta agroiklim, kawasan yang sesuai untuk penanaman pitaya ialah
sama seperti kebanyakan buah-buahan lain kecuali tanah terendam air dan tanah
yang cerunnya melebihi 12o.

8
4. AMALAN KULTURA

4.1 Penyediaan Bahan Tanaman

Bahan tanaman dari keratan dahan pokok digunakan untuk pembiakkan kerana ia
lebih cepat matang dan berbuah serta mengekalkan ciri pokok yang dipilih jika
dibandingkan dengan bijibenih. Keratan dahan dipotong dengan setiap keratan
sepanjang 15–22 cm. Dahan yang cukup matang dan telah mengeluarkan buah
dan terasnya bersaiz lebih kurang sebesar batang pensel digunakan untuk
pembiakan.

Keratan diletak ditempat kering selama seminggu untuk membolehkan hujung


keratan kering dan pulih dan untuk menggalakkan pengeluaran akar. Pengeringan
hujung keratan juga dapat mengurangkan risiko dari jangkitan dan pereputan.

Keratan boleh disemai ke dalam semaian pasir atau ke dalam polibeg bersaiz
12.5cm x 17.5cm yang mempunyai saliran yang baik dan diletak di bawah
lindungan. Media yang digunakan dalam polibeg ialah satu bahagian pasir dan
satu bahagian tanah.

Keratan disiram sedikit sahaja untuk menggalakkan pengeluaran akar. Apabila


akar telah terbentuk keratan boleh didedah kepada cahaya yang lebih dan diberi
sedikit baja foliar supaya tunas keluar. Keratan yang telah berakar boleh dialih ke
polibeg atau ditanam terus ke ladang. Bagi keratan yang disemai ke dalam polibeg
ia boleh dialih ke ladang apabila mempunyai tunas sepanjang 10cm (dalam masa
4-6 minggu).

Keratan yang baik boleh mengeluarkan buah seawal 7-8 bulan dan kebanyakan
keratan boleh mengeluarkan buah dalam tempoh 1 tahun.

Gambarajah 3 : Persediaan bahan tanaman

a. Pokok induk c. Semaian

d. Anak benih
b. Keratan

9
4.2 Pilihan Pokok Induk

Pokok induk yang sihat, produktif, mengeluarkan buah yang sederhana besar dan
buah yang sedap biasanya dipilih untuk tujuan pembiakan.

4.3 Penyediaan Kawasan Penanaman

Asas penyediaan kawasan untuk penanaman pitaya adalah sama seperti


penyediaan kawasan untuk penanaman pokok buah-buahan yang lain. Kawasan
yang semak perlu dibersihkan dan dibajak bagi tanah mineral. Jika tanaman
hendak ditanam di atas batas, batas tanaman disediakan menggunakan jentera
pembajak dengan jarak antara batas sejauh 2.3m bagi pengurusan cara biasa dan
3.0m jika mekanisasi ladang hendak digunakan antara barisan tanaman.
Penanaman di atas batas sesuai untuk kawasan yang rata dan agak rendah supaya
air dapat disalir ke luar kawasan dengan cepat.

Tanah perlu dikapur untuk mengurangkan kemasamannya. Kadar yang biasa


digunakan untuk tanah mineral ialah 2-3 tan/ha. Baja organik sebanyak 1.25
kg/pokok dan baja CIRP sebanyak 50g/pokok, digaul ke lubang tanaman sebelum
kerja-kerja menanam dilakukan.

Tiang junjung dicacak ke dalam tanah sedalam 50-60cm dan tanah sekelilingnya
dipadatkan supaya tidak tumbang. Jarak antara tiang ialah 2.5 m dalam baris dan
3.0 m antara baris bagi penanaman biasa (tanpa batas). Bagi penanaman di atas
batas jarak antara tiang di atas batas ialah 2.0-2.5 m.

Tanah sekeliling pangkal tiang dinaikkan menjadi busut kecil bagi kaedah
penanaman tanpa batas. Ini supaya pangkal pokok tidak terlalu lembab bagi
mengelak dari serangan penyakit reput busuk.

Gambarajah 4 : Penyediaan kawasan penanaman

a. Tiang ditanam dan tanah dipangkal b. Para konkrit diletak di


tiang dinaikkan menjadi busut kecil. atas tiang.
Baja organik digaul dengan tanah
di atas busut.

10
4.4 Jenis Junjung/Tiang

Tiang simen konkrit berukuran 7.5cm x 7.5cm x 2.0m lebih sesuai digunakan
berbanding dengan tiang kayu kerana ia tahan lama. Bancuhan konkrit ialah 1:3:4,
1:2:4 atau 1:3:3 (bahagian simen : bahagian pasir : bahagian batu). Saiz tetulang
besi di dalam tiang ialah antara 5-7mm dan panjangnya lebih sedikit dari panjang
tiang supaya para boleh disangkut ke atas tiang. Jika hendak dipasang dengan
para konkrit, memadai dilebihkan sepanjang 10cm dari panjang tiang.

Para boleh dibuat dari simen konkrit yang mengandungi tetulang besi dan saiz
para ialah 0.5m x 0.5m. Ia juga boleh dibuat dari batang besi yang dibalut dengan
tiub plastik dan juga dari kayu keras.

Pokok pitaya boleh juga memanjat pokok kayu lain jika dahan pokok kayu
dicantas dari masa ke semasa supaya pokok pitaya mendapat cukup cahaya dan
udara. Sistem para secara trellis menggunakan dawai kasar/ ‘polypipe’ dan tiang
besi/ kayu/ konkrit boleh juga digunakan. Pilihan yang sesuai ialah yang murah
kosnya, tahan lama dan memudahkan tanaman diurus.

Gambarajah 5 : Jenis tiang dan para

a. Tiang konkrit b. Para konkrit

c. Para besi bersalut d. Para ‘polypipe’


dengan tiub getah

11
4.5 Penanaman Di Ladang

Bagi keratan/keratan berakar, lubang tanaman sedalam 5cm digali dan keratan
ditanam. Bagi anak pokok didalam polibeg, lubang sebesar polibeg digali dan
pokok ditanam ke dalam lubang dan tanah dipadatkan. Tiga/ empat keratan/ anak
benih ditanam keliling setiap tiang junjung.

Keratan/ tunas pokok diikat ke tiang supaya ia memanjat tiang tersebut dan
tumbuh menegak dan memasuki ke dalam para yang disediakan. Dahan yang
keluar dari bahagian atas para dibiarkan melempai di atas para tersebut.

Sungkupan dari jerami padi, sabut kelapa sawit dan sebagainya diletakkan
disekeliling pokok supaya pertumbuhan rumpai dipangkal pokok dapat dikawal.
Pemberian sungkupan juga dapat mengawal kelembapan disekeliling pangkal
pokok.

Gambarajah 6 : Peringkat pertumbuhan pokok pitaya

a. Keratan ditanam b. Tunas diikat ke tiang c. Tunas diasuh


tumbuh menegak
hingga keparas
para

d. Dahan pokok
melempai di atas para

12
4.6 Cantasan

Tunas sisi yang keluar dari batang utama di bawah paras para dikutil/ dicantas
supaya batang pokok cepat memanjang ke atas. Pembuangan tunas sisi ini
diteruskan supaya batang utama tidak mempunyai sebarang tunas di bawah paras
para.

Cantasan seterusnya ialah pemilihan dahan-dahan yang keluar di atas para


tanaman. Sebagai panduan dalam tahun pertama dipilih empat dahan, tahun kedua
dipilih lapan dahan dan untuk tahun ketiga dan seterus dikekalkan 10-12 dahan
sepokok. Dahan-dahan yang sihat, subur dan kedudukannya seimbang di atas para
dipilih.

Bagi pokok dewasa, dahan lama/ tua dicantas kerana ia tidak produktif lagi. Jika
dibiarkan ia akan menggunakan bahan makanan dan bersaing dengan dahan-
dahan muda. Ini akan menjejaskan pengeluaran hasil. Sebagai panduan am, cantas
dahan-dahan tua yang tidak produktif, dahan-dahan kecil yang tidak subur dan
tinggalkan lebih kurang 50 dahan pada satu tiang.

Kerja mencantas ini dibuat berterusan secara berjadual dan hanya sedikit dahan
dibuang bagi satu-satu masa supaya hasil tidak terjejas.

Cantasan juga dibuat mengikut keperluan semasa bagi membuang bahagian-


bahagian yang diserang perosak/ penyakit supaya serangan tidak merebak.

Gambarajah 7 : Cantasan pokok pitaya

b. Cantasan dahan yang


tidak diperlukan

c. Cantasan dahan tua


a. Cantasan tunas di yang tidak produktif
batang pokok

d. Tunas baru keluar selepas


dicantas

13
4.7 Pembajaan

Baja dan air perlu mencukupi supaya pokok tumbuh dengan subur dan
mengeluarkan banyak bunga dan buah. Pelbagai jenis baja digunakan oleh
pengusaha tanaman pitaya dengan kadar, kekerapan dan kaedah membaja yang
tertentu. Ada yang menggunakan baja organik, ada yang menggunakan baja
organik dan butiran secara bergilir-gilir dan ada yang menggunakan baja cecair
tertentu secara fertigasi. Namun tidak dipastikan kadar dan jenis baja yang paling
sesuai untuk tanaman ini.

Memandangkan kepada sifat tanaman pitaya yang berbuah sepanjang tahun, baja
yang mudah terurai dan mudah diserap oleh tanaman adalah yang paling sesuai
digunakan. Baja perlu diberi pada kekerapan yang kerap dan tidak terlalu banyak
pada satu-satu masa. Pemberian baja foliar tertentu juga didapati dapat membantu
memberi kesan segera kepada pertumbuhan tanaman.

Pemberian baja juga bergantung kepada keadaan atau jenis tanah, dimana tanah
yang mempunyai lebih kandungan pasir memerlukan lebih baja organik. Tanah
yang rendah pHnya memerlukan lebih kapur dan sebaliknya.

Sebagai panduan am, berikut ialah jadual pembajaan yang telah digunakan dan
didapati boleh memberikan pertumbuhan pokok dan hasil yang baik.

Jadual 4 : Pembajaan pokok pitaya

Umur pk Jenis baja Kadar Kekerapan


(bln) /rumpun
Pokok muda:
1-6 bln NPK 15:15:15 100g 2 bln sekali
Atau NPK 16:16:16
Organan 500g 2 bln sekali, berselang
seli dengan baja kimia

7 bln dan NPK 15:15:15 200g 2 bln sekali


seterusnya Atau NPK 16:16:16
Organan 500g 2 bln sekali, berselang
seli dengan baja kimia
Pokok berbuah:

Masa berbuah NPK 13:13:21 300g Biasanya selang


Organan 500g sebulan antara baja
untuk pembesaran dan
Selepas berbuah NPK 15:15:15 300g baja untuk berbuah
Organan 500g

14
Untuk meningkatkan mutu buah, baja tambahan seperti baja foliar yang tinggi
kandungan kalium boleh digunakan.

Baja boleh diberi secara menabur sekeliling pangkal pokok dan ditutup dengan
sungkupan. Baja boleh juga diberi melalui sistem pengairan atau secara fertigasi.
Untuk kaedah ini jenis baja yang sesuai dan mudah larut digunakan pada
bancuhan tertentu mengikut perkembangan tanaman.

4.8 Pengurusan Air

Walaupun pokok pitaya adalah sejenis pokok kaktus, dari pengalaman pengusaha
didapati pokok perlu disiram diperingkat awal penanaman supaya tunas yang
keluar mempunyai ruas yang panjang dan cepat meninggi dan seterusnya cepat
membentuk kanopi pokok. Bagaimanapun ada juga pengusaha yang hanya
bergantung kepada air hujan. Untuk kaedah ini penanaman perlu dibuat sebelum
musim hujan.

Air juga diperlukan untuk pembesaran buah, bagaimanapun air yang berlebihan di
musim hujan mengakibatkan pokok kurang mengeluarkan bunga dan buah.
Pemberian air yang berlebihan juga boleh menyebabkan pangkal pokok menjadi
lembut dan busuk.

Sistem pengairan yang biasa digunakan oleh pengusaha ialah sistem renjis mini
yang menggunakan kadar siraman air yang rendah atau sistem titis.

Pada peringkat awal penanaman pokok disiram 2-3 hari sekali. Apabila akar
kelihatan tumbuh pokok disiram 1-2 kali/minggu mengikut keadaan cuaca.
Bagaimanapun pokok pitaya boleh juga bergantung kepada air embun dan air
hujan untuk pertumbuhan.

Perparitan yang sempurna sangat perlu di kawasan yang mendatar dan di kawasan
yang agak rendah supaya air tidak bertakung dan cepat mengalir keluar ladang.

4.9 Pengurusan Perosak

Kebanyakan pengusaha tanaman pitaya mendapati tanaman ini tidak mempunyai


masalah perosak atau penyakit yang utama. Serangan jika terdapat dikatakan
hanya sedikit dan memadai dikawal secara manual seperti dengan mencantas
bahagian yang diserang. Dari tinjauan yang dijalankan oleh pihak Jabatan
Pertanian didapati terdapat beberapa jenis serangga perosak, serta kulat dan
bakteria yang menyerang tanaman ini dan peratus serangan adalah rendah.

15
Diperingkat awal penanaman, siput adalah perosak yang akan memakan tunas-
tunas yang baru keluar. Semut api juga akan merosakkan tunas-tunas pokok.
Terdapat juga perosak seperti Dacus spp., Haptoncus spp., Planococcus spp. dan
Hypomeces squamosus. Perosak lain ialah mamalia seperti burung dan tikus yang
memakan buah pitaya.

Gambarajah 8 : Kerosakan pada tanaman pitaya

a. Kesan cahaya terik :

b. Penyakit pitaya :

Reput lembut Keruping Pestalotia

c. Kesan seranggan serangga :

16
Keadaan cuaca yang mempunyai kelembapan yang tinggi menyebabkan tanaman
pitaya di Malaysia diserang beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh kulat
dan bakteria. Seranggan penyakit yang dapat dikesan seperti keruping yang
disebabkan oleh kulat Pestalotia, reput kering oleh kulat Phyllosticta concave dan
Mycosphaerella spp., antraknos oleh kulat Colletotrichum spp., reput lembut oleh
bakteria Erwinia caratovora dan reput batang oleh bakteria Helminthosporium
cactivorum.

Langkah kawalan penting yang boleh diambil oleh pengusaha sekiranya berlaku
serangan penyakit adalah memusnahkan bahagian tanaman yang diserang.
Penananam pitaya seeloknya dijalankan di kawasan yang tidak mempunyai kadar
kelembapan yang tinggi kerana serangan kurang berlaku di kawasan yang
mempunyai cuaca kering.

Serangan dari mamalia dikawal dengan cara membalut buah. Bahan pembalut
adalah dari beg plastik dan dari jaring plastik. Bagi memudahkan kerja memetik
hasil, beg plastik yang berbeza warna digunakan mengikut tarikh membalut yang
berbeza.

Gambarajah 9 : Pembalut buah

Buah dibalut dengan beg Buah dibalut dengan


plastik jaring plastik

4.10 Kawalan Rumpai

Sistem akar pitaya adalah cetek. Dengan itu penggunaan racun rumpai dipangkal
pokok tidak digalakkan. Rumpai disekeliling pokok disyurkan dipotong/ dicabut.
Amalan meletakkan bahan sungkupan/ kompos disekeliling pangkal tanaman juga
dapat mengawal pertumbuhan rumpai disekeliling pokok.

Bagi kawasan diantara barisan tanaman, disyorkan rumpai dipotong setiap 1-2
bulan sekali mengikut keadaan cuaca. Bagi kawasan yang luas, racun rumpai
seperti glufosinate ammonium boleh digunakan dengan berhati-hati supaya
semburan tidak terkena pada pokok pitaya.

17
5 KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL

5.1 Penghasilan Buah

Pokok pitaya boleh mengeluarkan bunga seawal umur 7-8 bulan selepas ditanam.
Bagaimanapun kebanyakan pokok berbuah pada umur satu tahun. Anggaran hasil
dikeluarkan adalah seperti di Jadual 5.

Jadual 5 : Anggaran hasil buah pitaya

Umur pokok Hasil


(thn) (mt./ha)

1 0
2 8
3 16
4 dan seterusnya 25

5.2 Musim Buah

Pokok boleh berbuah sepanjang tahun kecuali di musim hujan dimana


pengeluaran buah akan merosot. Pengeluaran hasil didapati diikuti oleh peringkat
vegetatif selama dua minggu.

5.3 Kematangan Buah

Buah pitaya adalah sejenis buah yang bukan klimatrik iaitu tidak akan bertambah
manis selepas dipetik. Dengan itu untuk mempastikan buah yang dipetik manis
dan sedap dimakan ia perlu dituai pada masa yang sesuai.

Jangka masa dari pengeluaran kudup bunga ke buah boleh dipetik diantara 50-53
hari dan dari bunga mekar ke buah boleh dipetik diantara 31-34 hari. Buah cukup
matang apabila semua kulit buah berwarna merah, kecuali sari salut/ sisik
dibahagian hujung buah masih hijau sedikit.

5.4 Pengutipan Hasil

18
Pengutipan hasil perlu dilakukan dalam tempoh lima hari supaya buah tidak
merekah di pokok. Buah dipotong tangkainya dengan menggunakan pisau/
gunting tanpa merosakkan kulit buah dan diisi ke dalam bakul plastik

6 PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah pitaya boleh disimpan selama 4-5 hari pada suhu bilik. Selepas tempoh ini
buah mula kecut dan isinya menjadi lembik. Jika disimpan di dalam peti sejuk ia
boleh tahan sehingga 10 hari.

6.2 Pemilihan/Mengred Buah

Buah pitaya digred mengikut berat buah seperti panduan berikut.

Jadual 6 : Gred buah pitaya mengikut timbangan berat buah

Gred Berat buah (g)


A >450
B 300-450
C <300

Selain dari mengred buah mengikut berat buah, rupa buah juga penting. Kulit
buah perlu bersih, licin, tiada kesan serangan oleh perosak dan sebarang
kecederaan mekanikal.

6.3 Pembungkusan

Setakat ini pengeluaran buah adalah untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran
sedemikian buah hanya disusun di dalam kotak kertas mengikut gred dan juga di
dalam bakul plastik.

Untuk pasaran jauh buah perlu dibalut dengan ‘styrofoam’ lembut dan disusun di
dalam kotak beralas dengan carikan kertas. Buah disusun dalam keadaan
berbaring dan carikan kertas juga diletak antara buah-buah supaya ia tidak cedera
semasa pengangkutan. Bilangan buah sekotak ialah antara 12-14 biji dengan berat
4kg/kotak.

19
Gambarajah 10 : Aktiviti pembungkusan buah pitaya

Buah disusun mengikut gred

6.4 Pengangkutan Dan Pasaran

Oleh kerana pengeluaran buah masih sedikit kebanyakkan pengusaha mengangkut


buah ke tempat pemasaran menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau lori kecil.
Produk biasa dihantar ke tempat jualan seperti di bandar-bandar besar dimana
pembeli mempunyai daya beli yang tinggi. Harga runcit adalah antara RM6.00-
10.00/kg bergantung kepada gred buah bagi buah jenis isi warna merah dan antara
RM 4.00-8.00/kg bagi buah jenis isi warna putih.

Kini usaha sedang dibuat oleh pengeksport tertentu untuk memasarkan produk ini
ke luar Negara. Jika produk ini berjaya dipasarkan dengan harga yang kompetitif,
masa hadapan tanaman ini dijangka semakin cerah. Buah pitaya juga telah
diproses kepada produk hiliran seperti jus sebagai usaha untuk mengembangkan
pasarannya.

7 EKONOMI PENGELUARAN DAN PEMASARAN

7.1 Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran bagi satu hektar tanaman pitaya adalah seperti yang ditunjukkan
dalam aliran wang tunai tanaman pitaya di Lampiran 1. Jumlah kos pengeluaran
bagi tanaman pitaya boleh diasingkan kepada kos pembangunan, kos bahan input
dan kos tenaga kerja. Bagi kos pembangunan, tanaman pitaya seluas satu hektar
memerlukan sebanyak RM33,950.00 untuk tahun pertama dan 59% atau sebanyak
RM19,950.00 dari kos tersebut adalah untuk pembelian tiang dan para tanaman.

Bagi kos bahan input, sebanyak RM190,492.75 adalah diperlukan bagi tempoh
projek 20 tahun dan sebanyak RM23,408.00 dari kos tersebut adalah untuk
pembelian bahan tanaman dalam tahun pertama.

20
Bagi kos tenaga kerja, sebanyak RM278,960.00 adalah diperlukan bagi tempoh
projek 20 tahun berasaskan perkiraan upah seorang pekerja sebanyak RM625.00
sebulan dan kerja-kerja menanam tiang junjung, menanam pokok pitaya,
membalut dan memetik buah dijalankan secara kontrak dan mengikut keperluan
semasa.

Jumlah kos pengeluaran projek pitaya bagi sehektar ialah RM569,143.03 dan ini
termasuk sebanyak 10% sebagai kos luar jangka.

7.2 Analisis Kewangan

Satu analisis kewangan tanaman pitaya seluas satu hektar bagi tempoh projek
selama 20 tahun dijalankan dan keputusan analisis kewangan adalah seperti
ditunjukkan dalam Lampiran 1. Analisis dibuat berasaskan anggaran jumlah
pengeluaran 75% daripada jumlah pengeluaran yang diperolehi oleh pengusaha-
pengusaha persendirian. Pengeluaran hasil secara ekonomik bermula dari tahun
kedua selepas menanam. Penetapan harga jualan buah pitaya pada RM3.00
sekilogram adalah 50% lebih rendah daripada purata harga semasa di ladang.

Berdasarkan kepada analisis kewangan yang dijalankan, Nilai Bersih Kini(NPV)


ialah RM223,026.45 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) adalah 1.93 pada kadar
mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) bagi projek ini ialah 40% dan
tempoh pulang modal adalah pada tahun keempat. Keputusan analisis kewangan
menunjukkan projek pitaya adalah menguntungkan kerana Nilai Bersih Kini
adalah positif dan Nisbah Faedah Kos adalah melebihi satu. Ini juga menunjukkan
bahawa setiap RM1.00 yang dilaburkan dalam projek ini boleh membawa
keuntungan sebanyak RM1.93. Kadar Pulangan Dalam bagi projek ini sebanyak
40% adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kos pinjaman modal untuk
mengendalikan projek ini.

7.3 Analisis Kepekaan

Analisis-analisis kepekaan dijalankan bagi projek ini dengan andaian bahawa


harga buah pitaya jatuh sebanyak 20% daripada RM3.00 kepada RM2.40
sekilogram dan pengeluaran hasil buah dikurangkan sebanya 25% bagi tempoh
projek 20 tahun.

Bagi analisis kepekaan kes pertama di mana harga buah pitaya diandaikan jatuh
daripada RM3.00 kepada RM2.40 sekilogram, keputusan analisis kewangan
menunjukkan projek ini masih menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini (NPV)
sebanyak RM130,680.78 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak 1.55 pada
kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 29% dan tempoh
pulang modal ialah pada tahun kelima. Lihat Lampiran 11.

21
Bagi analisis kepekaan kes kedua di mana pengeluaran hasil buah dikurangkan
sebanyak 25% setiap tahun bagi tempoh 20 tahun projek, keputusan analisis
kewangan menunjukkan projek ini juga menguntungkan dengan Nilai Bersih Kini
(NPV) sebanyak RM107,594.36 dan Nisbah Faedah Kos (B/C Ratio) sebanyak
1.45 pada kadar mendiskaun 10%. Kadar Pulangan Dalam (IRR) adalah 26% dan
tempoh pulang modal ialah pada tahun keenam. Lihat Lampiran 111.

Dari analisis di atas penanaman tanaman pitaya didapati boleh memberikan


keuntungan yang baik. Dengan itu penanaman boleh diperluaskan dan pasaran
tanaman ini serta produk hiliran darinya perlu dikembangkan dan menembusi
pasaran antarabangsa.

22
RUJUKAN :

1. Cerise Fruit (Malaysia) Sdn.Bhd. About pitaya.

2. Fuyit Sdn. Bhd.,(2002). Buah naga buah yang paling berkhasiat di abad 21.

3. Greenworld Agrosources,(2004). Kertas kerja cadangan membangunkan industri


perladangan dan pemprosesan tanaman pokok kaktus buah pitaya.

4. Indomedia,(2000). Dragon fruit buah kaktus eksotik.

5. Jabatan Pertanian,(2004). Laporan kemajuan petak pemerhatian tanaman pitaya di


SPK Kg. Awah, Pahang, Pusat Pertanian Pulau Gadong, Melaka dan SPK Ayer
Hitam, Johor.

6. Jabatan Pertanian,(2003). Perangkaan keluasan tanaman.

7. Jabatan Pertanian,(2004). Perangkaan keluasan tanaman.

8. Jabatan Pertanian,(2005). Perangkaan keluasan tanaman.

9. J/K Pasukan Petugas Projek MOA Inc. Buah Pitaya,(2004). Pelan


pembangunan/pelan bisnes projek pengeluaran buah pitaya mukim Durian
Tunggal. Jabatan Pertanian Negeri Melaka.

10. Unit Perlindungan Tanaman Temerloh,(2004). Laporan bancian perosak dan


penyakit tanaman pitaya di daerah Temerloh 2004.

11. USDA. Plant profile for Hylocereus undatus.

12. Wee Yong Geap,(2003). Dragon fruit buah-buahan yang berpotensi tinggi dalam
masa yang akan datang.

23
Lampiran 1
ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)
Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320
Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/ Jumlah Tahun


unit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 449,000.00 0 8,000 16,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000
2 Jualan 3.00 1,347,000.00 0.00 24000.00 48000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00

Pendapatan Kasar 1,347,000.00 0.00 24000.00 48000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00 75000.00

B Aliran Wang Keluar


a) Kos Pembangunan
1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.00
2 Pagar 8000.00 5000.00 3000
3 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.00
4 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 3000
5 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00
Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa


1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.00
2 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
3 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00
4 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00
@RM1040/tan
5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00
@RM450/tan
6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00
7 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00
8 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00
9 Tali rafia 50.00 50.00
10 Pembalut buah @ RM1.20/p 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00
11 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00
Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja


1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00
@RM625/orang/bulan
2 Upah kerja
- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00
- tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00
-membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
-petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00
e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10
f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10
10% luar jangka

g) Baki wang tunai 777856.98 -81956.33 3536.70 33175.30 50138.90 47443.90 49643.900 48543.900 49093.900 49313.900 40843.900 49643.900 48543.900 49093.900 49313.900 47443.90 49643.90 48543.90 49093.90 49313.90 47443.90
h) Wang tunai timbunan 6431927.90 -81956.33 -78419.63 -45244.33 4894.58 52338.48 101982.375 150526.275 199620.175 248934.075 289777.975 339421.875 387965.775 437059.675 486373.575 533817.48 583461.38 632005.28 681099.18 730413.08 777856.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $223,026.45


Kadar Pulangan Dalam (IRR) 40%
Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.93

page 24
Lampiran 11
ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)
(pada harga RM2.40/kg)
Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320
Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/Jumlah Tahun


unit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 449,000.00 0 8,000 16,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000 25,000
2 Jualan 2.40 1,077,600.00 0.00 19200.00 38400.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00

Pendapatan Kasar 1,077,600.00 0.00 19200.00 38400.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00 60000.00

B Aliran Wang Keluar


a) Kos Pembangunan
1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.00
2 Pagar 8000.00 5000.00 3000
3 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.00
4 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 3000
5 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00
Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa


1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.00
2 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
3 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00
4 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00
@RM1040/tan
5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00
@RM450/tan
6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00
7 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00
8 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00
9 Tali rafia 50.00 50.00
10 Pembalut buah @ RM1.20 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00
11 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00
Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja


1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00
@RM625/orang/bulan
2 Upah kerja
- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00
- tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00
-membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
-petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00
e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10
f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10
10% luar jangka

g) Baki wang tunai 508456.98 -81956.33 -1263.30 23575.30 35138.90 32443.90 34643.900 33543.900 34093.900 34313.900 25843.900 34643.900 33543.900 34093.900 34313.900 32443.90 34643.90 33543.90 34093.90 34313.90 32443.90
h) Wang tunai timbunan 3872927.90 -81956.33 -83219.63 -59644.33 -24505.43 7938.48 42582.375 76126.275 110220.175 144534.075 170377.975 205021.875 238565.775 272659.675 306973.575 339417.48 374061.38 407605.28 441699.18 476013.08 508456.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $130,680.78


Kadar Pulangan Dalam (IRR) 29%
Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.55
Tempoh Pulang Modal 5 tahun

page 25
Lampiran 111
ALIRAN WANG TUNAI TANAMAN PITAYA (ISI MERAH)
(pada hasil kurang 25% setiap tahun)
Keluasan : 1.0 ha Bil.pokok/ha : 5320
Jarak Tanaman : 2.5m X 3m Bil. tiang/ha : 1330

Bil Perkara Harga/ Jumlah Tahun


unit 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A Aliran Wang Masuk

1 Hasil (Kg/ha) * 336,750.00 0 6,000 12,000 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750 18,750
2 Jualan 3.00 1,010,250.00 0.00 18000.00 36000.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00

Pendapatan Kasar 1,010,250.00 0.00 18000.00 36000.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00 56250.00

B Aliran Wang Keluar


a) Kos Pembangunan
1 Penyediaan Tanah 2000.00 2000.00
2 Pagar 8000.00 5000.00 3000
3 Tiang dan para konkrik 15.00 19950.00 19950.00
4 Sistem pengairan 8000.00 5000.00 3000
5 Peralatan Ladang 10000.00 2000.00 2000.00 2000.000 2000.00 2000.00
Jumlah kecil (a) 47,950.00 33,950.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 8000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2000.00

b) Kos bahan input/Sewa


1 Benih (+ 10%) 4.00 23408.00 23408.00
2 Sewa Tanah @RM100/ha 2000.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.000 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00
3 Diesel & eletrik 3000.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.000 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00
4 Baja (butiran) 60575.00 1295.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00 3120.00
@RM1040/tan
5 Baja organik (tahi ayam) 68343.75 4218.75 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00 3375.00
@RM450/tan
6 Baja foliar 22.50 6480.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00 324.00
7 Kapor @RM140/tan 7000.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00 350.00
8 Racun rumpai & serangga 10000.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00
9 Tali rafia 50.00 50.00
10 Pembalut buah @ RM1.20/p 2436.00 0.00 84.00 108.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00 132.00
11 Bakul buah 30.00 7200.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00 0.00 1000.00 500.00 300.00 0.00
Jumlah kecil (b) 190492.75 30395.75 9003.00 8527.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00 8051.00 9051.00 8551.00 8351.00 8051.00

c) Kos tenaga kerja


1 1 pekerja tetap 143250.00 7500.00 7500.00 750.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00 7500.00
@RM625/orang/bulan
2 Upah kerja
- tanam tiang 1.00 1330.00 1330.00
- tanam pokok 0.25 1330.00 1330.00
-membalut buah 0.05 66600.00 0.00 1200.00 2400.00 3000.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
-petik buah 0.05 66450.00 0.00 900.00 1800.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00 3750.00
Jumlah kecil ('c) 278960.00 10160.00 9600.00 4950.00 14250.00 15000.00 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.000 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00 15000.00

d) Jumlah Kos Pengeluaran 517402.75 74505.75 18603.00 13477.00 22601.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 31051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00 23051.00 24051.00 23551.00 23351.00 25051.00
e) 10% luar jangka 51740.28 7450.58 1860.30 1347.70 2260.10 2505.10 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 3105.100 2305.100 2405.100 2355.100 2335.100 2505.10 2305.10 2405.10 2355.10 2335.10 2505.10
f) Jumlah kos pengeluaran + 569143.03 81956.33 20463.30 14824.70 24861.10 27556.10 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 34156.100 25356.100 26456.100 25906.100 25686.100 27556.10 25356.10 26456.10 25906.10 25686.10 27556.10
10% luar jangka

g) Baki wang tunai 441106.98 -81956.33 -2463.30 21175.30 31388.90 28693.90 30893.900 29793.900 30343.900 30563.900 22093.900 30893.900 29793.900 30343.900 30563.900 28693.90 30893.90 29793.90 30343.90 30563.90 28693.90
h) Wang tunai timbunan 3233177.90 -81956.33 -84419.63 -63244.33 -31855.43 -3161.52 27732.375 57526.275 87870.175 118434.075 140527.975 171421.875 201215.775 231559.675 262123.575 290817.48 321711.38 351505.28 381849.18 412413.08 441106.98

Nilai Bersih Kini (NPV)@10% RM $107,594.36


Kadar Pulangan Dalam (IRR) 26%
Nisba Faedah Kos (B/C Ratio )@10% 1.45
Tempoh Pulang Modal 6 tahun

page 26
GAMBAR – GAMBAR PITAYA SEMASA LAWATAN KE LADANG PITAYA DI
KERDAU , TEMERLOH PADA 30 APRIL 2003
PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan yang telah menyediakan
pakej ini.

Ahli kumpulan terdiri dari pegawai-pegawai dari Bahagian Buah-Buahan Melaka, Johor
dan Pahang iaitu Pn. Hjh. Kamariah Bt. Hj. Ismail (Ketua), Pn. Abesah Bt. Ali, Tn. Hj.
Esa Bin Kasmore, En. Mhd. Yusof Bin Jurimi, En. Bakhtiar Bin Md. Yusuf dan En. Abd.
Rahim Bin Awang.

Wakil dari Bahagian Pengurusan Tanah dan Pengurusan Perosak ialah Tn. Hj. Zulkifli
Bin Ahmad, En. Rozali Bin Deraman dan En. Khairuddin Bin Ahmad.

Kepada En. Tan Hoe Hing dan wakil-wakil dari Bahagian Teknikal Ibu Pejabat, terima
kasih di atas sumbangan idea dan komen dalam penyediaan pakej teknologi ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada En. Chan Tong Seng yang telah membantu membuat
analisis kewangan bagi pakej ini.

Terima kasih juga kepada pengusaha-pengusaha tanaman pitaya yang telah memberi
maklumat mengenai tanaman pitaya dan berkongsi pengalaman mereka mengenai
tanaman ini.