Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengajaran Pendidikan Seni Visual pada peringkat awal adalah bertujuan untuk
membentuk murid-murid yang dapat menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Nilai
ini dapat diperolehi semasa proses pembelajaran sama ada di dalam ataupun luar bilik
darjah. Semasa proses pembelajaran, murid-murid akan diterapkan dengan nilai-nilai
murni seperti menjaga alam sekitar dan tidak merosakkan tumbuh-tumbuhan alam
semasa membuat pemerhatian. Penerapan nilai ini akan dapat membentuk murid yang
sedar akan tanggungjawab mereka sebagai manusia yang tinggal di bumi dan peka
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain.
Selain daripada itu, pengenalan Pendidikan Seni Visual pada peringkat awal juga
akan dapat menghasilkan pelajar yang sentiasa ingin melibatkan diri dengan kegiatan
seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan. Penglibatan ini akan dapat
memperkembangkan kebolehan dan kemahiran setiap murid. Sementara kemahiran
yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara
berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan. Pendidikan Seni Visual juga akan memperkembangkan deria penglihatan
yang melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.