Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PERKEMBANGAN ILMU AQIDAH

NAMA :NOR ATIKA NATASHA BINTI MAT NOH


NO K/P :910827-07-5530
KELAS :F1M(PA)PPISMP AMBILAN JULAI 2009
PENSYARAH:ENCIK RID
JABATAN :JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
FAHAMAN-FAHAMAN DALAM ILMU AKIDAH

Terdapat berbagai-bagai aliran fahaman yang lahir dalam menyelesaikan permasalahan


akidah.antaranya ialah:

 Fahaman Muktazilah
 Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
 Fahaman Qadariah
 Fahaman Jabariah
 Fahaman Murjiah

FAHAMAN MUKTAZILAH

Fahaman Muktazilah merupakan satu fahaman yang terkenal dengan sifat liberal dan
rasional.Ciri utama yang membezakan fahaman ini dengan fahaman yang lain ialah dari segi
pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil akal sebagai hujah dalam penetapan
hukum.

DEFINISI:Perkataan Muktazilah berasal daripada perkataan Arab ‫ إعتزل‬yang


bermaksud meninggalkan atau menjauhkan diri.

Pengasas kepada fahaman ini ialah Wasil Bin ‘Ata’.Pada mulanya,beliau merupakan
murid kepada Hasan Al-Basri,lalu beliau mengasingkan dirinya daripada gurunya
setelah tidak bersetuju dengan pendapat gurunya mengenai masalah orang yang
melakukan dosa besar.Setelah dia mengasingkan diri dari gurunya,Hasan Al-Basri

berkata”Wasil telah mengasingkan diri( ‫ )إعتزل‬daripada kita.Oleh sebab itu maka


fahaman ini dinamakan Muktazilah.

Wasil Bin Ata’ mempunyai seorang pengikut setia yang turut mengasingkan diri
bersama-samanya iaitu Amru Bin Ubaid.Mereka menggelar diri mereka sebagai
Ahlu Tauhid wal 'Adli (golongan tauhid dan keadilan tuhan).

Wasil Bin Ata’ dilahirkan pada tahun 80 hijrah dan meninggal dunia pada 131 hijrah
di Basrah.
PRINSIP FAHAMAN:Fahaman ini menggunakan logik akal sebagai teras dalam
setiap permasalahan akidah.Muktazilah bergantung kepada aspek pemikiran dari
falsafah Islam,Greek dan Helenistik.

Pada awal kemunculan fahaman ini,mereka tidak mendapat sokongan


daripada umat Islam terutama masyarakat awam kerana kesulitan dalam memahami
fahaman yang di bawa oleh golongan Muktazilah yang sarat dengan falsafah dan
bersifat rasional.Selain itu,pemikiran ini juga dianggap tidak selari dengan ajran
Rasulullah saw dan para sahabat.

Namun begitu,aliran fahaman ini mula berkembang dikalangan golongan


intelek semasa pemerintahan Khalifah Al Makmun pada zaman Umaiyah.Kedudukan
Muktazilah menjadi semakin kukuh setelah Khalifah pada waktu itu mengiktiraf
fahaman tersebut.

ASPEK PENYELEWENGAN:

 Al-quran adalah makhluk


 Pada hari akhirat,tuhan tidak dapat dilihat oleh manusia.Mereka berdalil melalui

firman ALLAH SWT(( ‫ ))قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى‬yang bermaksud
“Makan Nabi Musa berkata,:Wahai tuhanku erlihatkanlah aku zat-MU yang maha
suci supaya aku dapat memandang kepada-MU,lalu ALLAH menjawab,kamu tidak
akan dapat melihat aku.”
 ALLAH tidak mempunyai sifat tetapi hanya mempunyai zat.

 Bagi mereka,hidup adalah ujian tuhan kepada manusia untuk memilih berdasarkan
akal dalam membezakan antara baik dengan buruk.Sekiranya mereka
menyalahgunakan akal yang diberi oleh tuhan,maka mereka akan ditempatkan di
neraka.Hal ini kerana tuhan bersifat adil dalam menjelaskan jalan yang lurus dan
jalan yang sesat dalam kitab sucinya.
 Apa yang baik pada akal,maka baik lah ia,dan jika buruk bagi pada akal,maka
buruklah ia.

 Mereka berpendapat bahawa tuhan tidak akan memungkiri janji iaitu memberi pahala
kepada muslimin yang baik dan memberi azab kepada muslimin yang ingkar.
 Mereka berpendapat bahawa mukmin yang melakukan dosa besar dan tidak
bertaubat,ia bukanlah mukmin dan juga bukan kafir tetapi ia berda di antara dua
tempat(syurga dan neraka)

 Mereka berpendapat bahawa menyuruh kepada makruf dan melarang perkara


mungkar perlulah dimulakan dengan hati terlebuh dahulu,kemudian dengan lidah
dan seterusnya dengan tangan.Jika masih tidak berkesan maka harus menggunakan
pedang.Pendapat ini amat berbeza dengan pendapat Ali Sunnah Wal Jamaah.

 Pada pendapat fahaman ini,manusia bebas melakukan sesuatu tanpa ada hubung
kait dengan ALLAH.

 Dakwaan mereka itu berlandaskan al Quran itu makhluk. Allah yang menurunkan al
Quran dan diberikan kepada Nabi Muhammad SAW
 Menolak ijmak sebagai salah satu daripada sumber hukum Islam
 Berpendapat Allah tidak bersifat berkuasa dalam perkara baik dan jahat.
 Mengatakan Tuhan adalah bohong dan zalim kerana Dia sahaja yang boleh
mengetahui bahawa sesuatu itu bohong atau zalim.
 Mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan al Quran itu qadim adalah kafir.
 Mengatakan bahawa syurga dan neraka belum lagi diwujudkan kerana tiada apa-apa
faedah dijadikan sekarang.
 Allah itu tidak melihat diri sendiri sebaliknya makna melihat itu ialah mengetahui.
 Allah tidak boleh mendengar dan melihat tetapi melihat dan mendengar dengan cara
mengetahui segala apa yang didengar dan dilihat.
PENYELEWENGAN FAHAMAN MUKTAZILAH YANG BERCANGGAHAN DENGAN
PEKSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Fahaman Muktazilah ini bertentangan dengan fahman Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana
sumber akidah mereka hanya berdasarkan logik akal semata-ata sedangkan fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah menjadikan Al Quran, As Sunnah dan ijmak ulama’ sebagai panduan
hidup. Antara penyelewengan yang jelas bertentangan dengan perspektif Ahli Sunnah Wal
Jamaah ialah ;

Muktazilah

1. Mereka mengenepikan sifat azali bagi Allah seperti berkuasa, hidup dan mendengar
yang lain daripada zatnya.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Menurut firman Allah yang bermaksud,

Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui perkara yang
ghaib dan nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

(Surah Al Hasyr, ayat 22 )

Jelas sekali apa yang dibawakan oleh fahaman ini hanya berlandaskan akal fikiran semata-
mata kerana mereka tidak menggunakan dalil Al Quran bagi mendasari prinsip akidah
mereka. Penyelewengan yang tanpa disedari ini sebenarnya menjurus mereka ke arah
pemesongan akidah yang jelas bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Muktazilah

2. Allah bersifat adil di mana itu terbukti dengan Allah menciptakan manusia.
Kemudian, manusia itu pula menciptakan perbuatan mereka, bukannya Allah yang
menciptakan perbuatan itu. Oleh itu, adil dikira apabila menghukum ke atas diri
orang yang mengerjakan amal baik dan jahat.

Ahli Sunnah Wal Jamaah


 Menurut firman Allah yang bermaksud,

Allah mentadbirkan makhluk makhlukNya dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik
ke pengetahuanNya pada satu masa yang banyak bilangan tahunnya menurut
hitungan masa kamu yang biasa. (Surah As Sajdah, ayat 5)

Berdasarkan firman Allah ini, pentadbiran setiap tingkah laku dan perbuatan adalah ciptaan
Allah Taala bukannya datang daripada hamba itu sendiri. Oleh itu, mengatakan bahawa
Allah tidak terlibat untuk menciptakan tingkah laku hambaNya adalah sesuatu yang tidak
benar sama sekali memandangkan Allah yang mentadbir setiap makhlukNya.
FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH

Fahaman ini merupakan fahaman yang dominan di kalangan umat Islam.Ia dikenali
sebagai fahaman yang tepat,benar mengikut ajaran Islam.Ia muncul pada tahun
ketiga hijarah yang menentang fahamn yang menyesatkan seperti
Muktazilah,Qadariah,Jabariah dan lain-lain.
.

DEFINISI:Pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah saw manakala pengertian


jamaah pula ialah kumpulan sahabat dan tabi’in yang bersepakat di atas kebenaran
yang nyata dari kitab ALLAH dan sunnah Rasulullah saw.Pengertian Ahli Sunnah
Wal Jamaah pula ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada Al-Quran,As-
sunnah,dan pendapat para sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata
dari kiatb ALLAH dan sunnah Rasulullah saw.

Fahaman ini diasakan oleh dua orang ulama tauhid iaitu Abu Hassan Al-asy’ari dan
Abu Mansur Al-Maturidi.

PRINSIP FAHAMAN: Fahaman ini berteraskan Al-Quran dan hadis serta


menggunakan hujah akal dalam mematahkan hujah-hujah falsafah
Muktazilah.Fahaman ini bukan sahaja membahaskan secara khusus mengenai ilmu
kalam tetapi turut membahaskan mengenai ilmu tafsir,fekah dan lain-lain.Di dalam
ilmu fekah,kumpulan ini membentuk aliran mazhab yang terkenal seperti
Hanafi,Malik,Syafi’ie dan Hambali.Antara fahaman mereka ialah:

 Pada pendapat mereka,Al-Quran ialah qadim dan buka baharu kerana isi dan
maknanya datang daripada ALLAH.

 Orang mukmin yang melakukan dosa besar dianggap sebagai mukmin dan
sekiranya ia meninggal dunia,ALLAH akan menyiksanya dengan balasan yang
setimpal dengan kesalahannya dan akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga.

 Dalam soal qada dan qadar,mereka berpendapat bahawa ALLAH telah menjadikan
kehendak dan kemahuan kepada manusia tetapi ia bergantung kepada usaha dan
ikhtiar manusia itu sendiri.
FAHAMAN QADARIAH

Fahaman ini adalah fahaman yang menyatakan setiap perbuatan itu datang dari hamba
bukan dari ALLAH.Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis nabi saw yang
berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan soal qada dan qadar sehingga
dipengaruhi oleh syaitan.Selepas nabi saw wafat,sebahagian kecil umat islam masih
membincangkan mengenai perkara tersebut lalu mereka telah dipengaruhi oleh orang bukan
islam.Pemikiran golongan ini turut dipengaruhi campuran pemikiran umat islam dan umat
lain serta galakan penterjemahan buku-buku asing tanpa batasan.

DEFINISI:perkataan qadariah berasal daripada perkataan bahasa arab qadara yang


bermaksud kemampuan dan kekuatan.

Pengasas kepada fahaman ini ialah Ma’abad al- Juhani dan Ghailan Addamsyiqi.Ma’abad
Aljuhani pernah berguru bersama Wasil Bin ‘Ata’ dengan Hasan Al-Basri.Beliau dan
pengikutnya telah dihukum oleh Khalifah Hajaj Assaqafi di Damsyiq pada tahun 80 hijrah
kerana telah menyebarkan ajaran sesat.

Ghailan Addamsyiqi pula telah di hukum oleh Khalifah Hisyam Bin Abdul Malik.Perkara ini
berlaku setelah setelah beliau dan pengikut beliau sekali lagi menyebarkan ajaran sesat
pada zaman tersebut.Lalu beliau telah di panggil oleh Khalifah Hisyam dan telah berlaku
perdebatan antara beliau dengan Imam Al-‘Auza.Namun begitu,beliau kalah perdebatan
tetapi masih berani menyebar fahaman.Oleh sebab itulah beliau telah ditangkap dan
dibunuh.

PRINSIP FAHAMAN: Fahaman ini merupakan fahaman yang mempercayai bahawa setiap
sesuatu itu dilakukan oleh manusia dengan keinginannya sendiri dan ALLAH tiada kaitan
dengan setiap perbuatan manusia.Fahaman ini telah di pecahkan kepada dua iaitu Al-
Khabitiah dan Al-Hamariah.

ASPEK PENYELEWENGAN:
Al-Khabitiah:
 Alam ini ada dua pencipta
 Sependapat dengan Fadlu Al Hadisi yang mengatakan bahawa nabi Isa adalah anak
ALLAH bukan bermaksud beliau diperanakkan.Nabi Isa juga akan menghitung
manusia pada hari kiamat nanti dan kedatangannya diiringi oleh para malaikat.
 Setiap jenis haiwan itu merupakan satu umat dan setiap satu umat itu terdapat rasul
yang tersendiri.
 Menganut fahaman Tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain.

Al-Hamariah:
 Manusia boleh mencipta haiwan
 Mengambil pendapat Al-Ja’d bin Darham yang mengatakan bahawa berfikir itu
mewajibkan makrifah.Mereka memberi alasan bahawa makrifah itu ialah perbuatan
yang tiada pembuatnya.
 Mereka mengambil pendapat Abad bin Sulaiman Al-Damari yang mengatakan
“golongan yang ALLAH laknat menjadi kera dan babi terus kufur seteah berlakunya
kejadian tersebut.
PENYELEWENGAN FAHAMAN QADARIAH YANG BERCANGGAHAN DENGAN
PERSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Qadariah

1. Menyatakan bahawa alam ini ada dua pencipta.pertama ialah qadim iaitu Allah dan
yang kedua ialah makhluk iaitu Nabi Isa. Alasannya ialah kerana Nabi Isa digelar
Kalimatullah.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud,

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan
besertaNya; (kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan menguasai
dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah
setengahnya akan bertindak mengalahkan setengah yang lain. Maha Suci Allah dari
apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu. (Surah Al Mu’minun, ayat 91)

Jelas sekali bertentangan apa yang dipegang oleh fahaman Qadariah kerana sememangnya
Allah sahajalah yang menciptakan seluruh alam ini. Jika ada ramai pencipta, maka sudah
pasti setiap satu daripada pencipta mempunyai rancangan-masing-masing untuk mentadbir
apa yang diciptanya. Maka, sudah pasti pentadbiran alam ini akan kucar kacir. Dalam
pentadbiran negara yang mempunyai ramai pemerintah sekalipun sudah kelihatan kucar-
kacir, inikan pula dalam pentadbiran alam yang luas ini. Justeru itu, dalil al Quran ini telah
menyangkal apa yang dibawa oleh oleh fahaman Qadariah adalah terpesong daripada
akidah yang sebenar.

Qadariah

2. Menyatakan bahawa Nabi Isa adalah anak Allah tetapi bukan dilahirkan oleh Allah
tetapi diciptakan sebagai anak.
Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Berdasarkan dalil Al Quran yang bermaksud,

Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan

(Surah Al Ikhlas, ayat 3)

Allah merupakan Tuhan Yang Esa (satu). Maka, mustahil bagi Allah mempunyai anak.
Hanya orang yahudi yang kufur ingkar mengatakan Allah Taala mempunyai anak kerana
mereka telah terpesong daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Qadariah

3. Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain di mana
ajaran ini berasal daripada agama Hindu.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah ada menyebut dalam Al Quran yang bermaksud,

Katakanlah (wahai Muhammad), “ Nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang
ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Tuhanmu (untuk menerima balasan). (Surah As Sajdah, ayat 11)

Malaikat maut iaitu malaikat Izrail, apabila ia mencabut nyawa manusia, maka roh itu akan
dibawa menghadap Allah Taala untuk disoal akan amalannya.

Qadariah

4. Mengatakan bahawa manusia boleh menciptakan haiwan. Caranya ialah mengambil


seketul daging dan menjemurkan di bawah matahari atau menanamnya dalam
tanah. Apabila ulat keluar daripada daging itu, maka mereka mendakwa
menciptanya.
Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah berfirman yang bermaksud,

Kamukah yang menumbuhkan atau Kami yang menumbuhkannya?


(Surah Al Waaqiah, ayat 64)

Berdasarkan ayat ini, Allah Taala menyuruh manusia berfikir akan kekuasaannya daripada
apa yang telah diciptakanNya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang dapat menumbuhkan
tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini. Bahkan, semua yang ada di muka bumi ini
adalah ciptaan Allah semuanya. Jika mereka mengatakan ulat adalah haiwan yang boleh
diciptakan oleh manusia, maka tanya kembali dari manakah daging yang mereka ambil
untuk dijemur di bawah terik matahari. Jika tidak kerana Allah yang meciptakannya, maka
ulat tersebut tidak akan ada. Oleh itu, kita mestilah memahami dengan kekuasaaan yang
ada pada Allah Taaala sahajalah yang mampu menghidupkan ulat tersebut.
FAHAMAN JABARIAH

DEFINISI:Jabariah berasal daripada perkataan jabar yang bermaksud yang bermaksud


terpaksa.Maksudnya ialah terpakasa melakukan perbuatan yang terhasil daripada
perbuatannya.Hamba itu tidak ada kuasa,tidak berkehendak dan tidak mempunyai
ikhtiar.Yang melakukan perbuatan hamba itu ialah ALLAH.

Pengasas kepada fahaman ini ialah Jaham Bin Safwan.Beliau berasal daripada
Khurasan.Pegangan ini berdasarkan ayat kedua surah Az-Zumar ayat 62.

‫۝ءشي كل خلق اللة‬

(ALLAH juga menjadikan segala sesuatu)

Alasan mereka ALLAH mempunyai pengetahuan yang tinggi yang meliputi segala sesuatu
dan segala kemahuanNya adalah tepat.

PRINSIP FAHAMAN:Benih fahaman ini berasal dari golongan Yahudi dan kemudian
mereka mengajarkannya kepada orang islam.Orang pertama yang yang berjaya
menyebarkan ajaran seat ini ialah Jaad Bin Darham. Dia menerima ilmu yang sesat dan
menyesatkan ini daripada orang-orang Yahudi. Jaad berjaya mendapat seorang murid yang
menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.Seterusnya,fahaman ini
berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu:

1. Al-Jahmiah
 Pengikut Jaham bin Safuan.
 Melahirkan kesesatan di Tarmiz.
 Antara ajarannya adalah ;
 Menyatakan syurga dan neraka itu akan binasa kerana tiada sesuatu
pun yang akan kekal abadi.
 Iman itu makrifah.Kufur itu pula jahil mengenai Allah dan hakikat-
hakikat Islam.Oleh itu,orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi
Muhammad s.a.w dikira beriman.
 Kalam Allah itu baharu dan bukannya qadim.
2. At-Tabriah

 Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam.


 Antara ajarannya adalah ;
 Menafikan sifat ilmu,berkuasa,berkehendak,hidup,mendengar dan
melihat.
 Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
Berdasarkan ayat 103,surah Al-An‘am;
‫وهو االبصر تدركه آل‬ ‫يدرك االبصر۝‬
“Zat Allah tidak boleh dicapai oleh penglihatan-penglihatan
sedangkan Allah boleh mencapai segala penglihatan”.
 Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak,apabila ditulis menjadi
jisim.
 Iman itu ialah membenarkan.Siapa yang melakukan dosa besar akan
mati dalam keadaan tidak bertaubat.Dia dibalas kerana dosa itu dan
wajib dikeluarkan dari neraka.

3. Al-Dirariah

 Pengikut Dirar bin Amru.


 Antara ajarannya adalah ;
 Segala yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w adalah
ijmak sahaja.Segala yang diambil daripada baginda secar ahad
(tunggal) tidak diterima.
 Adanya pancaindera tambahan bagi melihat Allah pada hari kiamat.

ASPEK PENYELEWENGAN:
 Manusia itu digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah.
 Manusia tidak mempunyai apa-apa usaha atau ikhtiar dalam melakukan
perbuatannya.
 Manusia diibaratkan seperti kapas di udara yang boleh ditiup angin ke mana-
mana sahaja.
FAHAMAN JABARIAH YANG BERCANGGAHAN DENGAN PENYELEWENGAN
PERSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Jabariah

1. Kalam Allah itu baru bukannya qadim

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Menurut firman Allah yang bermaksud,

Yang tersimpan dalam kitab yang terpelihara

( Surah Al-Waqiah, ayat 78)

Dalam firman di atas menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW merupakan kitab suci yang mengandungi keterangan-keterangan yang
jelas seterusnya Allah memelihara kitab ini sejak ia diwahyukan kepada Rasulullah. Oleh
sebab itu, apabila fahaman Jabariah yang mengatakan al Quran itu adalah baru, ia adalah
sesuatu yang bercanggahan dengan dalil di atas yang mengatakan bahwa Allah telah
menjaga kitab isi sebagai mana ia telah diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Jabariah

2. Menyatakan syurga dan neraka itu binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal
abadi

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Berdasarkan firman Allah Taala yang bermaksud,

Kekallah mereka di dalamnya. Demikianlah dijanjikan Allah-janji yang tetap benar;


dan Dialah jua yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. (Surah Luqman,
ayat 9 )
Al Quran sendiri telah menyatakan bahawa orang yang menjadi ahli syurga itu akan
sentiasa kekal di dalamnya. Kekal di sini membawa maksud tiada lagi kehidupan dan alam
lain yang akan kita tempuhi selepas itu kerana kehidupan akhirat ialah kehidupan yang kekal
abadi untuk selama-lamanya. Manusia diberi peluang untuk mengumpul segala amal soleh
di dunia untuk dibawa ke akhirat. Maka, jelas di sini bahawa akhirat adalah matlamat atau
tujuan utama kita agar kita dapat hidup di syurga Allah bukannya di neraka. Oleh itu, adakah
tempat lain selain syurga dan neraka untuk kita diami jika fahaman Jabariah ini mengatakan
bahawa syurga dan neraka itu akan binasa?
FAHAMAN MURJIAH

Kumpulan ini berasal daripada golongan politik namun telah menarik diri dalam hal politik
kerana tidak mahu terlibat dalam perselisihan umat mengenai jawatan khalifah antara
Khawarij dan Syiah.

DEFINISI:Perkataan Murjiah di ambil daripada perkataan ‫ ارجاء‬yang bermaksud


menangguhkan.Mereka dinamakan Murjiah kerana menangguhkan pertelingkahan dan
persoalan antara umat islam dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT.

Pada mulanya fahaman ini lahir dikalangan para sahabat seperti Abdullah Bin Umar,Said
Bin Jabir dan lain-lain.Seterusnya fahaman ini diikuti oleh fahaman tabi’ien iaitu Imam Abu
Hanifah dan Imam Yusuf dan lain-lain.

PRINSIP FAHAMAN:
 Iman ertinya merendah diri dan takabbur terhadap ALLAH SWT serta mencintainya.
 Iman manusia bertambah dan tidak mungkin akan berkurang
 Sesetengah tuhan daripada puak ini mengatakan tuhan menyerupai manusia

ASPEK PENYELEWENGAN:
 Segala hukuman yang diwajibkan Allah di atas dunia ini seperti qisas dan hudud
tidak perlu dilaksanakan.
 Menggunakan akal fikiran dan logik akal ketika berhujah.
 Iman hanya melalui hati dan lidah.
 Taat bukan sebahagian daripada iman.
 Qadar baik dan jahat itu datang daripada hamba bukannya daripada Allah
 Meninggalkan sembahyang atau puasa dengan niat qada tidak menjadi kafir.
 Sujud kepada patung dan matahari tidak kafir tetapi kufur.
 Menolak qada’ dan qadar Allah.
 Menafikan rukyah Allah dengan nyata di hari kiamat.
 Kalam Allah baru.
 Menafikan Allah mempunyai sifat kerana jika ada sifat bermakna Allah menyerupai
makhluk.
 Allah dilihat pada hari kiamat dengan rupa yang diciptakan.
 Allah itu berupa manusia.
 Sah iman seseorang jika dia menyembah Allah walaupun tidak beriman kepada
Rasullullah.
 Harus bagi Allah menamakan dirinya dengan lawan nama-namanya.
PENYELEWENGAN FAHAMAN MURJI’AH YANG BERCANGGAHAN DENGAN
PERSPEKTIF AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Murji’ah

1. Segala hukuman yang diwajibkan Allah di atas dunia ini seperti qisas dan hudud
tidak perlu dilaksanakan

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah berfirman,

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Al Quran kepadamu (Muhammad)


membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah
diajarkan Allah kepadamu, dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang
tidak bersalah), kerana membela orang yang berkhianat. (Surah Annisa’, ayat 105)

Berdasarkan ayat ini, jelas sekali menunjukkan bahawa perutusan Nabi Muhammad adalah
untuk mengadili setiap kesilapan manusia dengan hukum Allah. Ini bermaksud bahawa apa
sahaja yang diperintahkan Allah adalah merupakan arahan dan patut dilaksanakan. Maka,
jika fahaman ini mengatakan bahawa hukuman qisas dan hudud tidak perlu dilaksanakan, ia
adalah sesuatu yang bertentangan kerana Allah sendiri yang memerintahkan untuk
dilaksanakan. Pelaksanaan ini bukannya ingin memberi hukuman semata-mata, sebaliknya
memberi faedah kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Sebagai contoh, hukuman
memotong tangan terhadap mereka yang mencuri sebenarnya menimbulkan kegerunan
terhadap orang yang ingin melakukan perbuatan tersebut. Jika diperhatikan, hukuman yang
dicipta oleh manusia untuk mengadili seseorang pencuri itu sebenarnya tidak memberi apa-
apa kesan jangka masa yang lama , malah kejadian kecurian tetap berlaku dan semakin
bertambah. Oleh itu, seseorang yang yakin dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka
mereka seorang yang mempunyai akidah Islam yanbg teguh dan selaras dengan fahaman
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Murji’ah

2. Menggunakan akal fikiran dan logik akal ketika berhujah.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah berfirman yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan


diri terhadapnya, tidak akan dibuka pintu langit bagi mereka dan mereka tidak akan
masuk syurga sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami
memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat. (Surah Al Araf, ayat 40)

Berdasarkan ayat tersebut, Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang mendustakan


ayat-ayat Allah yakni tidak menjadikan Al Quran sebagai dalil ataupun sumber akidah
mereka, maka mereka tergolong dalam golongan yang tidak akan masuk syurga sebagai
mana mustahilnya unta masuk ke dalam lubang jarum. Maka, jika mereka berpegang hanya
kepada logik akal semata-mata, maka apa yang mereka dapati hanya terbatas kerana akal
tidak mampu memikirkan perkara-perkara yang ghaib di luar jangkauan pemikiran. Oleh
yang demikian menjadikan Al Quran sebagai sumber akidah mampu mengelakkan manusia
terpesong seterusnya menjadikan manusia berada di landasan akidah yang sebenar.

Murji’ah

3. Iman hanya melalui hati dan lidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah Taala telah berfirman yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir di sekitar kamu,dan


hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu, dan ketahuilah bahawa Allah
bersama orang-orang yang bertaqwa. (Surah At-Taubah, ayat 123)
Berdasarkan ayat tersebut, memerangi orang kafir merupakan satu perbuatan yang dituntun
oleh Allah Taala. Berperang merupakan perbuatan dan barang siapa yang berperang maka
mereka adalah orang-orang yang beriman. Justeru, iman bukan sahaja melalui hati dan
lidah, tetapi pelaksanaan dengan anggota (gerak kerja) juga perlu selaras dengan apa yang
diikrarkan dalam hati dan dan diucapkan dengan lidah. Jika, seseorang individu itu hanya
berikrar ingin membantu saudara Islam yang ditindas dan berkata-kata mengenainya,
namun tidak ada tindakan yang diambil untuk membantu mereka yang ditindas, maka, ia
sama sahaja dengan tidak berbuat apa-apa. Kesimpulannya, iman itu lahir melalui hati, lidah
dan perlakuan dengan anggota badan yang mana konsep ini selaras dengan fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah.

Murji’ah

4. Taat bukan sebahagian daripada iman

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Allah Taala berfirman yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul, dan janganlah
kamu merosakkan amalan kamu. (Surah Muhammad, ayat 33)

Berdasarkan firman Allah Taala tersebut, Allah menyeru supaya orang-orang yang beriman
taat kepada Allah dan Rasul. Maka, di sini menunjukkan bahawa seseorang yang beriman
itu mestilah taat kepada Allah dan Rasul. Iman itu sebenarnya terbahagi kepada banyak
cabang. Setiap dari cabang itu terdapat cabang-cabang kecil yang lain. Maka, taat
merupakan separuh daripad cabang iman.

Murji’ah

5. Allah itu berupa manusia.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Firman Allah Taala yang bermaksud,


Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah
menciptakanku dan hanya kepadanyalah kamu akan dikembalikan.

(Surah Yaasin, ayat 22)

Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan fahaman ini terpesong dari segi pegangan akidah
mereka. Mereka menyatakan bahawa Allah itu manusia sedangkan Allah yang menciptakan
manusia, maka tidak mungkin Allah juga adalah manusia. Sebagai contoh yang boleh kita
fikirkan, jika sebuah kerusi itu dicipta, maka adakah mungkin yang menciptakannya adalah
kerusi juga? Sudah pasti tidak. Jika yang menciptakannya adalah kerusi maka, ia adalah
sesuatu yang diciptakan juga dari pencipta yang lain. Maka konsep akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah berpegang bahawa Allah yang menciptakan manusia tidak akan sekali-kali
menyerupai makhluk.

Murji’ah

6. Sah iman seseorang jika dia menyembah Allah walaupun tidak beriman kepada
Rasullullah

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Firman Allah Taala yang bermaksud,

Katakanlah (Muhammad), “ Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah
bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir.” (Surah Ali Imran, ayat 32)

Berdasarkan firman Allah, jelas menunjukkan bahawa mentaati Allah dan Rasul adalah dua
perkara yang tidak boleh diasingkan kerana itu merupakan isi kandungan yang terkandung
dalam rukun iman. Apabila seseorang manusia memilih untuk meyembah Allah sahaja,
maka iman mereka tidak sah selagi mana mereka tidak beriman dengan Rasul-Rasul, Kitab-
Kitab, malaikat, qada’ dan qadar serta hari kiamat. Rukun iman tidak bereti kita beriman
dengan satu perkara, maka sah iman kita. Sebaliknya kita perlu percaya kepada kesemua
rukun iman, barulah kita dianggap sebagai orang yang beriman.
Murji’ah

7. Menafikan rukyah Allah dengan nyata di hari kiamat.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Firman Allah Taala yang bermaksud,

Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang kiamat. Katakanlah, “ Ilmu tentang


kiamat itu hanya di sisi Allah’, Dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah
dekat waktunya. (Surah Al Ahzab, ayat 63)

Berdasarkan firman Allah ini, kiamat merupakan sesuatu yang belum berlaku tetapi ia pasti
akan berlaku. Oleh kerana ia belum berlaku, maka ditegaskan bahawa apa sahaja yang
berkaitan dengan hari kiamat yang tidak disebutkan dalam Al Quran adalah di bawah ilmu
Allah sahaja. Maka, manusia tidak berhak membicarakannya kerana ini boleh membawa
kepada terpesongnya akidah umat Islam.

Murji’ah

8. Menolak qada’ dan qadar Allah.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Firman Allah Taala yang bermaksud,

Sesungguhnya urusan Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata
kepadanya,”Jadilah”, maka jadilah ia. (Surah Yaasin, ayat 82)

Maka tidak ada sebab bagi fahaman ini menolak qada’ dan qadar Allah kerana Allah berhak
melakukan sesuatu yang Dia kehendaki. DIa yang mentadbir alam ini maka semua yang
ada di langit dan di bumi ini di bawah penguasaanNya.

Anda mungkin juga menyukai