P. 1
CERITA RAKYAT

CERITA RAKYAT

|Views: 730|Likes:
Dipublikasikan oleh RosBT

More info:

Published by: RosBT on Feb 20, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/07/2013

pdf

text

original

SASTERA RAKYAT Konsep Sastera Rakyat Sastera rakyat merupakan sastera yang hidup di kalangan rakyat atau sastera

yang menjadi hak milik masyarakat. Disebabkan ia hidup di kalangan rakyat, jadi, ia bolehlah dikatakan sebagai sebahagian daripada kebudayaan sesebuah masyarakat. Ia disampaikan secara lisan ataupun pertuturan oleh si tukang cerita atau orang yang hafal cerita. Si tukang cerita ini boleh berupa golongan professional seperti Tok Selampit di Kelantan, Penglipur Lara di Perak, Awang Belanga di Kedah dan Pendiangdangan di Brunei dan golongan bukan professional seperti rakyat biasa yang terdiri daripada ibu bapa dan nenek (1994:42). Secara ringkasnya, dapatlah dirumuskan bahawa Sastera Rakyat merupakan sastera yang berkembang secara turun temurun, dari satu generasi ke generasi berikutnya dengan mempunyai pelbagai fungsi. Genre Sastera Rakyat Sebagai salah satu dari cabang kebudayaan, sastera rakyat sudah setentunya merupakan satu bidang yang luas dan merangkumi pelbagai genre. Dalam hal ini, terdapat percanggahan pendapat mengenai penggolongan genre. Walau bagaimanapun, dapatlah diambil kesimpulan bahawa sastera rakyat itu boleh dibahagikan kepada tiga genre yang besar berdasarkan pendapat Jan Harold Brunvand (1986:21-22) iaitu sastera rakyat berbentuk lisan, separuh lisan dan bukan lisan. Ketiga-tiga genre ini boleh lagi dibahagikan kepada sub-sub genre yang lebih kecil. Bagi sastera rakyat yang berbentuk lisan, sub-sub genrenya ialah seperti bahasa rakyat, ungkapan tradisional, pertanyaan tradisional, puisi rakyat, prosa rakyat dan nyanyian rakyat. Sastera rakyat separuh lisan pula ialah seperti kepercayaan dan tahyul, permainan dan hiburan rakyat, drama rakyat, tari, adat kebiasaan, upacara-upacara dan pesta-pesta rakyat. Manakala, sastera rakyat bukan lisan pula bersifat material dan bukan material. Materialnya adalah seperti arsitektur rakyat, seni kerajinan tangan, pakaian serta perhiasan, ubat-ubatan rakyat, makanan dan minuman, alat-alat muzik, peralatan dan senjata. Manakala, yang bukan materialnya ialah seperti isyarat dan musik.

CERITA JENAKA Cerita jenaka ialah sebahagian dari sub genre prosa rakyat. Ia merupakan cerita sederhana yang mempunyai struktur yang sederhana disampaikan secara santai dengan menggunakan bahasa pertuturan harian. Ia mempunyai fungsi untuk memberi hiburan, petunjuk dan sindiran. Sebagai cerita jenaka, ia sudah setentunya menimbulkan rasa geli hati bagi sesiapa yang mendengarnya. Rasa geli hati ini timbul apabila adanya unsur-unsur kelucuan yang terdapat pada perilaku watak, isi cerita dan gaya bahasanya. NUJUM PAK BELALANG Seorang lelaki duda bernama Pak Belalang bersama anak lelakinya, Belalang tinggal di negeri Beringin Rendang. Pak Belalang ini pemalas orangnya. Dia asyik tidur saja di pondok buruknya. Kalaulah tidak ada Belalang yang membanting tulang mencari rezeki, tak tahu apalah akan jadi kepada Pak Belalang. Belalang bekerja mengambil upah mencuci periuk belanga, mengambil air, membelah kayu, membasuh perahu, memanjat dan mengambil buah kelapa dan bermacam-macam lagi. Pak Belalang seperti biasa asyik membuta (tidur) saja di pondok usangnya.

Pada suatu hari sewaktu pulang selepas bekerja, Belalang terserempak dengan dua penyamun (Nyawa dan Badan) yang sedang membawa dua ekor lembu dan dua ekor kambing yang baru dicuri oleh mereka. Semasa mereka sedang membahagi-bahagikan binatang tersebut, Belalang menyamar sebagai anak jin yang mahukan darah manusia sehingga menyebabkan mereka itu lari lintang pukang dan meninggalkan hasil yang di rompak itu. Belalang lalu membawa lembu dan kambing itu pulang ke rumah, tetapi kerana kejujurannya Pak Belalang menyuruh Belalang memulangkannya kepada tuan empunya. Disebabkan, mereka tidak tahu siapa tuan empunya lembu dan kambing tersebut, Belalang mencadangkan agar Pak Belalang menjadi ahli nujum. Kalau ada sesiapa datang ke rumah Tok Penghulu mengadu binatang ternakan mereka hilang, Belalang akan mencadangkan agar mereka berjumpa dengan Pak Blalang dan mengatakan yang lembu dan kambing itu ada di tempat yang akan disembunyikan oleh Belalang. Ini telah dipersetujui oleh Pak Blalang walaupun dengan perasaan berat hati. Apabila Buntal dan Jambul mengadu kepada Tok Penghulu tentang kehilangan binatang ternakan mereka, Belalang yang berada di situ mencadangkan mereka supaya berjumpa dengan Pak Belalang yang kononnya seorang ahli nujum yang boleh menilik tentang keberadaan lembu dan kambing yang hilang itu. Tok Penghulu termakan dengan kata-kata Belalang. Dia bersama Buntal dan Jambul serta beberapa orang penduduk kampung pergi ke pondok buruk Pak Blalang. Atas panduan Belalang, lembu dan kambing ditemui semula dan diserahkan semula kepada Buntal dan Jambul. Setelah gagal memperolehi lembu dan kambing, Badan dan Nyawa pergi pula merompak di istana Sultan dengan menggunakan pukau. Sultan begitu murka dengan kehilangan mahkota kebesarannya, kalong pusaka anakandanya dan hartanya. Sultan membuat tawaran kepada sesiapa saja yang mendapatkan semula barang yang dirompak itu akan diberi kurnia. Apabila pemberitahuan tersebut sampai ke pengetahuan Tok Penghulu Hujung Jambatan, dia pun pergi menemui Pak Belalang dan terus membawanya ke istana untuk membuat tilikan dan ramalan. Di istana Pak Belalang mahu menyatakan keadaan dirinya yang sebenar tetapi Tok Penghulu yang terlebih-lebih dan memandai-mandai. Oleh yang demikian Pak Belalang meminta tempoh selama tujuh hari bagi mendapatkan semula harta baginda yang dicuri itu. Sebenarnya dia mahu melarikan diri tetapi Belalang mencadangkan supaya bersembunyi di gua Bukit Tunggal. Kebetulan pula, di dalam gua tersebut dua perompak (Badan dan Nyawa) sedang membahagi-bahagikan harta Sultan yang dirompak. Sedang Pak Belalang merintihrintih tentang nasib malangnya yang ada menyebut badan dan nyawa, Badan dan Nyawa pun ketakutan. Apabila Pak Belalang menyatakan yang dirinya akan dipancung Sultan, dua perompak itu bertambah takut lalu bersuara meminta ampun sehingga diambil kesempatan oleh Pak Belalang untuk menyamar dan menyuruh mereka lari dengan menyatakan Sultan akan mengampunkan mereka. Tidak membuang masa Badan dan Nyawa pun melarikan diri. Kemudian, Pak Belalang pun pergi menemui Sultan bagi meneruskan tilikannya sebagai ahli nujum. Apabila semua harta Sultan yang hilang itu ditemui kembali termasuk mahkota kebesaran, Pak Belalang telah dilantik oleh Sultan Shahrul Nizam sebagai Ahli Nujum Negara. Dengan itu, kehidupan Pak Belalang dan Belalang pun berubah. Mereka hidup mewah. Rumah yang dulunya usang dan buruk kini bertukar menjadi cantik dan kemas. Tuan Puteri Si Bujur Sireh pula dalam diam-diam telah jatuh hati kepada Pak Belalang. Dalam usaha untuk bertemu dengan Pak Belalang Tuan Puteri berpura-pura jatuh gering (sakit). Ketika Pak Belalang datang merawat, Puteri Si Bujur Sireh memberitahu dirinya bukan sakit tetapi ingin menemui Pak Belalang. Tuan Puteri juga menyatakan yang dia tidak dapat melupakan wajah Pak Belalang. Puteri Si Bujur Sireh meminta Pak Belalang mengambilnya sebagai isteri.

Setelah masalah Puteri Si Bujur Sireh selesai, timbul pula masalah baru apabila musuh Sultan (Sultan Masai) datang ke Beringin Rendang. Walaupun bermusuh, Sultan Masai telah disambut dengan penuh hormat oleh Sultan Shahrul Nizam kerana kedatangan mereka bertujuan baik. Ketika pertemuan dengan Sultan Beringin Rendang, Sultan Masai (yang ingin menakluki Negeri Beringin Rendang secara halus di samping mahu menguji sejauh mana kemampuan Ahli Nujum Negara) mencadangkan agar kepandaian Pak Belalang dengan Ahli Nujumnya sendiri diuji. Sultan bersetuju walaupun Negara Beringin Rendang menjadi taruhannya. Perjanjian pun dibuat dan empat soalan dikemukakan oleh Ahli Nujum Sultan Masai kepada Pak Belalang. Keempat-empat soalan berserta huraian (termasuk satu soalan tambahan) dapat dijawab dengan sempurna oleh Pak Belalang atas pertolongan Belalang secara kebetulan. Dengan itu sahlah Negara Masai menjadi hak milik Sultan Shahrul Nizam. Badan dan Nyawa buat hal lagi dengan datang menemui Baginda Masai untuk membantu mendapatkan semula Negara Masai. Mula-mula kedua mereka mengajak Baginda Masai berserta pengikut-pengikutnya ke gua Bukit Tunggal. Dengan menggunakan ilmu pukau, mereka masuk ke istana Sultan Shahrul Nizam lalu menculik Puteri Si Bujur Sireh untuk dijadikan tebusan. Pak Belalang dititahkan oleh Sultan mengembalikan semula puteri baginda dengan selamat. Apabila diketahui di mana tempatnya, Pak Belalang, Sultan, Permaisuri, Datuk Perdana Menteri berserta askar-askar baginda pun berangkat ke gua Bukit Tunggal. Setelah berlaku pertarungan, Baginda Masai dan pengikut-pengikutnya akhirnya ditangkap dan dihukum penjara seumur hidup. Badan dan Nyawa pula dihukum ² kepala mereka di pancung. Pak Belalang dan Puteri Si Bujur Sireh juga terpaksa dihukum (dikehendaki berkahwin) kerana didapati bermesra-mesraan oleh baginda Sultan.

PAK BELALANG Negeri Pak Belalang, Halban Chondong dilanda kemarau. Hasil tanaman tidak menjadi. Pak Belalang berangan-angan mahu hidup senang. Namun, dia tidak mahu bekerja keras atau bersusah payah. Pada suatu hari, dia terlihat seekor kerbau dan dua ekor lembu ditambat di bawah pohon nangka. Pak Belalang pun memanggil anaknya, Belalang. Ia lalu mengarahkan anaknya agar dapat menyembunyikan kerbau dan lembu-lembu yang ada di bawah pohon nangka itu di dalam semak. Apabila tiba pada waktu petang, tuan empunya binatang itu mahu memasukkan kerbau dan lembu mereka ke dalam kandang. Mereka menjadi gempar apabila melihat binatang mereka hilang. Seperti yang sudah dirancang, Belalang segera memberitahu mereka konon ayahnya pandai bertenung dan merupakan seorang ahli nujum. Beramairamailah mereka pergi berjumpa Pak Belalang. Pak Belalang pun melihat ke dalam air di dalam sebuah mangkuk. Sambil mengerut-ngerutkan dahinya, Pak Belalang pun memberitahu bahawa kerbau dan lembu mereka berada dalam semak di belakang rumahnya. Apabila mereka mendapati kata-kata Pak Belalang benar, mereka pun memberi Pak Belalang sagu hati seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Berita tentang Pak Belalang pandai bertenung itu tersebar ke seluruh pelosok negeri Halban Chondong sehinggalah sampai ke pengetahuan Raja. Baginda segera memanggil Pak Belalang ke istana. Baginda menitahkan Pak Belalang untuk melihat siapakah gerangan yang telah mencuri tujuh tempayan wang emas baginda. Jika Pak Belalang berjaya, Pak Belalang akan dikurniakan hadiah oleh baginda, namun, jika sebaliknya, kepala Pak Belalang akan dipenggal. Pak Belalang pun pulang ke rumah. Setibanya di rumah, hari sudah malam. Perutnya berasa lapar. Kebetulan pula Raja telah membekalkannya tepung dan gula. Dia lalu menyuruh isterinya membuat kuih cucur. Setelah siap dibancuh dan dikacau, kuih itupun digoreng. Setiap kali kuih itu masuk ke dalam kuali, ada bunyi ´curµ. Pak Belalang pun mengira jumlah ´curµ sampailah tujuh kali. Kebetulan ketika itu tujuh orang pencuri wang emas baginda

raja lalu di bawah rumahnya. Mereka sangka Pak Belalang tahu mereka ada di situ. Pencuripencuri itu menyerah diri dengan muka yang pucat. Mereka merayu kepada Pak Belalang agar tidak memberitahu kepada raja tentang mereka. Mereka juga memberitahu bahawa tempayantempayan wang emas yang dicuri berada di dalam gua di hutan dan menghendaki agar emasemas itu dipulangkan ke istana. Pak Belalang pun segera memberitahu baginda raja. Baginda raja amat gembira mendapat wang emasnya semula. Pak Belalang dilantik menjadi Ahli Nujum Negara. Pak Belalang pulang ke rumah membawah banyak hadiah. Isteri dan anaknya gembira melihat hadiah yang banyak itu.

CERITA BINATANG SANG KANCIL MENOLONG KERBAU Pada suatu hari, seekor kerbau mencari makanan di tepi sebatang sungai. Sang Kerbau meragut rumput dengan lahapnya. Rumput di muara itu memang lembut dan sedap. Tiba -tiba Sang Kerbau terdengar suara Sang Buaya meminta tolong dari arah yang berhampiran. Sang Kerbau pun berhenti meragut rumput. Kakinya melangkah ke tempat itu. Dia ternampak seekor buaya tersepit di bawah pokok yang tumbang. Sang Buaya meminta Sang Kerbau agar dapat mengangkatkan pokok itu. Sang Kerbau bersetuju lalu menyusupkan tanduknya di bawah pokok itu dan segera mengarahkan Sang Buaya keluar dari tempat itu. Sang Buaya bergerak lalu menangkap kaki kerbau. Sang Kerbau meletakkan semula batang kayu lalu meronta, namun, Sang Buaya tidak mahu melepaskan kakinya. Sang Kerbau berasa hairan lalu bertanya tentang sebab Sang Buaya berbuat demikian kepadanya. Sang Buaya memberitahu bahawa dia kelaparan. Apabila mendengar kata-kata Sang Buaya, Sang Kerbau tiba-tiba menjerit meminta tolong. Pada masa itu, muncullah Sang Kancil. Apabila berada di sana, Sang Kerbau lalu meminta tolong daripada Sang Kancil agar ia dapat dilepaskan. Menurutnya, ia telah menolong Sang Buaya dari pokok yang tumbang itu, namun telah diperdayakan oleh Sang Buaya kerana hendak dijadikan makanan. Namun, Sang Kancil tidak mempercayai Sang Kerbau. Sebaliknya, Sang Kancil telah mengarahkan Sang Kerbau untuk membuktikan kekuatannya menyelamatkan Sang Buaya dengan mengangkat semula pokok kayu yang tumbang itu di atas Sang Buaya. Sang Buaya pula dikehendaki menyusup di bawah pokok itu semula seperti kejadian yang awal. Sang Kerbau dan Sang Buaya mengikut sahaja arahan Sang Kancil. Apabila batang kayu itu dilepaskan di atas Sang Buaya, Sang Kancil segera mengarahkan Sang Kerbau agar segera pergi dari tempat itu dan meninggalkan Sang Buaya. Menurutnya, Sang Buaya memang selayaknya ditinggalkan kerana tidak tahu mengenang jasa.

CERITA ASAL USUL Cerita asal usul merupakan corak cerita lisan yang tertua. Ia juga disebut sebagai mitos bercorak etiologi kerana ia tidak lagi menjadi sebagai satu dokma yang menjadi pegangan sesebuah masyarakat. Bezanya dengan mitos ialah mitos dianggap suci dan kudus, sedangkan, cerita asal usul hanya dianggap sebagai dongeng dan dituturkan dengan tujuan untuk memberi hiburan. Ia menerangkan tentang asal usul kejadian alam seperti bulan dan

bintang, ataupun kejadian guruh, gempa, hujan dan binatang, manusia, nama tempat dan sebagainya.

ASAL NAMA SINGAPURA Ratusan tahun yang lalu hiduplah Sang Nila Utama, Raja Sriwijaya. Pada suatu hari, dia ditemani oleh beberapa orang pengawal setianya, Raja pergi berlayar. Dalam perjalanan, angin taupan pun datang. Para pengawal mengusulkan agar Raja membatalkan niatnya kerana keadaan sungguh berbahaya. Mereka mencadangkan agar mereka singgah dulu di sebuah tempat dan tidak jauh dari tempat itu terdapatnya sebuah pulau yang diberi nama Pulau Tumasik. Baginda bersetuju dengan cadangan mereka lalu merapatkan perahu mereka ke Pulau Tumasik. Setelah mendarat, Raja meninggalkan kapal dan berkeliling melihat-lihat pulau itu. Ketika berkeliling itulah tiba-tiba seekor binatang berkelebat tidak jauh darinya. Raja terkejut dan terpukau. Binatang itu begitu besar, berwarna keemasan, dan tampak gagah. Baginda lalu bertanya tentang nama binatang/makhluk tersebut. Salah seorang pengawal memberitahu bahawa binatang itu ialah ´Singaµ. Raja lalu meminta keterangan dengan lebh jelas lagi tentang biantang yang baru pertama kali dilihatnya itu. Dengan penuh perhatian, Raja mendengar penjelasan pengawalnya. Setelah mendengar penjelasan pengawalnya tersebut, raja pun mencadangkan agar tempat itu diberi nama Singapura yang bererti ´Kota Singapuraµ. Sejak itulah kota itu bernama Singapura.

RUJUKAN Dari ASEAN Folk Literature, diceritakan kembali oleh Prih Suharto Othman Puteh dan Aripin Said, 2003, 366 Cerita Rakyat Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->