Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.Berdasarkan syor-syor
yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979),
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983.
Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah
menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan
merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 (www.moe.gov.my).
Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah
sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan
Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh itu amat pentinglah kurikulum itu perlu memenuhi
kehendak falsafah, matlamat pendidikan, dan wawasan negara. Disamping itu, persoalan yang perlu dijawab
di sini ialah sejauhmanakah kehendak-kehendak tersebut dilaksanakan di sekolah-sekolah agar mampu
memenuhi tuntutan asalnya.

Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala
ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar
dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang
membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk
keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu  sukatan pelajaran
dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum
seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005:145-146).           

Semua sekolah yang terdapat dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah wajib menggunakan
Kurikulum Kebangsaan tersebut. Bagi sekolah swasta, mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan
handaklah diajar di sekolah tersebut. Kurikulum Kebangsaan meliputi mata pelajaran yang dapat menentukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid selepas menamatkan
persekolahan. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran berhak melakukan penambahan, perubahan atau
pindaan ke atas Kurikulum Kebangsaan dari semasa ke semasa apabila merasakan perlu melakukan demikian.

1|Page
Setiap sekolah dikehendaki menyediakan murid-muridnya untuk menduduki peperiksaan yang telah
ditetapkan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Konsep kurikulum

Menurut The International Encyclopedia of Curriculum, proses pendidikan tidak dapat dijelaskan
sepenuhnya tanpa merujuk kepada komponen kurikulumnya.Secara umum dapatlah dikatakan bahawa
kurikulum adalah sama tua dengan pendidikan itu sendiri,iaitu sejak zaman Socrates lagi. Walau
bagaimanapun buku kurikulum tertua yang dapat dikesan ialah buku yang ditulis oleh Fleury seorang
berbangsa Perancis pada tahun 1686, bertajuk The History of Choice and Method of Study. Konsep kurikulum
terdapat dalam pemikiran dan digunapakai dalam program pendidikan ketika zaman kegemilangan Islam di
sebelah Barat dan ketika zaman kegemilangan beberapa dinasti dalam empayar China.Dari sudut bahasa,
perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Yunan berkaitan dunia olahraga iaitu ‘curere’ yang
bermaksud laluan atau tempat berpacu seseorang pelari olahraga. Pelari olahraga pula ialah ‘curir’. Ada juga
pendapat mengatakan bahawa kurikulum ialah metamorfosis iaitu penjelmaan dari satu peringkat ke satu
peringkat berikutnya. Secara umumnya, daripada maksud awal ini, dapat difahami bahawa kurikulum ialah
sebagai perkara atau tahap-tahap yang perlu dilalui dalam suatu proses pembelajaran.

Kurikulum pada ketika ini ialah satu istilah ataupun perkataan yang tidak lagi asing kepada sesiapa
sahaja terutama dalam kalangan guru atau pendidik. Perkataan kurikulum membawa makna yang pelbagai
atau beberapa penulis mengistilahkan sebagai ‘ill defined’ atau ‘amorphous in nature’. Kepada orang ramai,
kurikulum ialah pelajaran ataupun mata pelajaran yang disediakan oleh sekolah. Ada antara mereka yang lebih
perseptif dengan melihat kurikulum ini sebagai program pendidikan bagi mencapai sesuatu matlamat tertentu.

Daripada penerangan secara ringkas tentang apa yang dimaksudkan sebagai kurikulum ini, maka
jelaslah yang kurikulum membawa maksud yang berlainan kepada orang yang berlainan pendiriannya. Bagi
mengelakkan perselisihan antara pendirian ini, satu definisi yang luas dan mencakupi pelbagai aspek telah
digunakan. Sehubungan itu banyak penulisan tentang kurikulum mahupun pendidikan telah mentafsirkan
kurikulum sebagai pengalaman ataupun satu siri pengalaman yang dirancang bagi mencapai sesuatu matlamat
tertentu.

Implisitnya daripada definisi kurikulum sebagai tersebut di atas, tingkah laku yang tidak dirancang,
tidak akan dijadikan tumpuan utama. Disebabkan dalam sesuatu bentuk kurikulum, tidak semua tingkah laku
itu boleh dimasukkan. Jika boleh dimasukkan pun mungkin tidak mampu difikirkan oleh penggubal sesuatu
program. Kurikulum yang merujuk dan menumpu kepada perkara yang dirancang itu mungkin dapat
meningkatkan keupayaan pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan. Bermakna seharusnya tidak ada
gejala-gejala lain yang menyebabkan penyelewengan daripada tujuan atau matlamat yang asalnya. Walaupun
perkara yang tidak dirancang itu penting tetapi ia sepatutnya diberi perhatian yang khusus. Perkara yang tidak

2|Page
dirancang ini mungkin tidak bersifat akademik tetapi lebih bersifat sosioemosi atau moral yang juga bersifat
penting. Sehubungan itu, perkara ini harus dimasukkan dalam perancangan yang lebih sistematik agar
pelaksanaan dan pencapaian matlamatnya dapat dipastikan. Bukan sekadar terselit sebagai sebahagian
daripada perkara yang difikirkan kemudian atau tidak difikirkan langsung.

3|Page
Cabaran berkaitan kurikulum

Sebagai satu bidang pengajian dan bidang aktiviti profesional, kurikulum ialah sesuatu yang masih
baru. Sehubungan itu terdapat pelbagai perkara yang memerlukan penyelesaian ataupun pemahaman oleh
pihak yang terlibat. Konflik yang timbul itu boleh dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat konsep atau
teoritikal dan peringkat implementasi. Di kedua-dua peringkat ini, konflik yang timbul adalah berkait rapat
dengan tujuan pendidikan. Apabila kurikulum dikonsepsikan, pemikiran tentang tujuan dipengaruhi oleh
beberapa pertimbangan yang dilakukan secara sedar dan juga oleh unsur lain, sama ada yang berbentuk
peribadi ataupun tidak. Prinsip dan teori tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar diambil kira.
Penemuan Piaget, Bruner, Gagne dan Bloom umpamanya, dititikberatkan semasa membuat pilihan tentang
apa yang boleh dan apa pula yang tidak boleh dipelajari di tahap umur tertentu. Pandangan cendekiawan Barat
seperti oleh Dewey, Comenius dan buah fikiran pemikir Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Al-Farabi
tentang apakah pengetahuan yang perlu diajar diambil kira. Pandangan masyarakat dan susur galur tradisi
peninggalan zaman memberi tekanan yang kuat apabila sesuatu program berada dalam proses
penkonseptualan.

Prioriti ilmu dan pengetahuan yang tedapat di sekolah sejak berdekad-dekad lagi pada asasnya tidak
berubah walaupun kurikulum telah menerima perubahan. Pada hakikatnya, pelajaran yang berfungsi dari segi
ekonomi tetap menerima keutamaan kerana masyarakat dari dahulu sehinggalah sekarang tetap berpendapat
bahawa proses persekolahan ialah cara yang berkesan untuk berlaku mobiliti sosial. Unsur tradisi ini akan
tetap bersama dengan kita dan tidak mungkin dapat diatasi. Walaupun kadangkala dirasakan yang tekanan ini
menghindarkan sesuatu perubahan, namun tekanan ini juga membolehkan perkara yang lama yang lebih teruji
itu terus dipakai.

Dalam menentukan tujuan pendidikan dari segi perancangan, sudah banyak perkara yang boleh
menimbulkan konflik. Pemikir dan perancang yang berlatar belakang dan terlatih dalam bidang sains tabii
sudah tentu memandang pendidikan sebagai pembentukan manusia yang boleh berfikir dan mempunyai stail
kerja seperti seorang ahli sains. Bagi perancang yang melihat pendidikan sebagai penyediaan tenaga kerja,
keutamaan dalam perancangan akan ditumpukan kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran yang ada
nilai ekonomi. Sementara perancang yang dalam ilmu keagamaan melihat pendidikan sebagai merealisasikan
ilmu yang diturunkan oleh Tuhan dan semua kecapaian itu ialah manifestasi kebenaran dan kekayaan Pencipta
alam semesta.

Pelaksanaan kurikulum di sekolah

4|Page
Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah
menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak
mampu dilaksanakan  dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada
sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan di sekolah agak sukar untuk
diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop,
mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran,
pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003).

            Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam
program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang
utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai
dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas,
penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran
mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan
penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.

Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata
pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya
diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang
telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan
bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan
peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia
banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masing-masing. Penyeliaan
Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis
perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras  tingkatan. Biodata dan
maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi
sekolah.

            Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi
yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan
kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan
perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu

5|Page
pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga
mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga
penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah
dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar
berinteraksi dengan guru.

Manakala Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan sebuah badan professional yang ditubuhkan
bagi mengetahui dan memahami bidang tugas masing-masing contohnya panitia matapelajaran serta
mempertingkatkan lagi perananya di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui penyeliaan pencerapan.
Peranan utama jawatankuasa kurikulum sekolah adalah merancang perlaksaan program jangka panjang dan
jangka pendek peringkat sekolah yang dirancang bagi menentukan pencapaian kurikulum serta
mengemukakan dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan dan pengelolaan kuriulum dan aktiviti
kurikulum tambahan. Melalui peranan inilah jawatankuasa kurikulum mampu mengalas kehendak-kehendak
kurikulum kebangsaan.

            Menurut Abdullah Sani (2005), KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu yang mencakupi
murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula meliputi murid tahun empat hingga enam. Pada tahap ini
penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan dalam mata pelajaran yang ditawarkan (nilai murni
merentasi kurikulum) juga diperkenalkan dan ia bukan sahaja oleh guru Pendidikan Moral atau Pendidikan
Agama Islam, malah perlu diterapkan dalam matapelajaran yang lain di samping pemupukan budaya ilmu,
sains dan teknologi. Malah  penekanan-penekanan terhadap perpaduan negara, pemupukan budaya
keusahawanan, pendedahan konsep pengantarabangsaan, peningkatan dan pengukuhan Bahasa Melayu,
penumpuan terhadap bidang teknik dan vokasional, serta penekanan dalam pembangunan negara juga perlu
dipraktikkan dalam proses pengajaran dalam mata pelajaran bagi peringkat KBSR dan KBSM. (Ee Ah Meng,
1996:122-124) Sebagai contoh, bagi meningkatkan pengukuhan perpaduan negara, mata pelajaran Sejarah
telah diberi fokus yang baru. Unsur patriotisme dan perasaan kekitaan telah diserapkan ke dalam mata
pelajaran sejarah dan setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran ini. Di peringkat sekolah rendah, pelajar
mengambil matapelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi komponen Sejarah.

  Selain itu, Akta Pelajaran (1961), menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran
yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri
daripada bahasa Cina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagi memupuk
semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

            Berbalik kepada perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah terutamanya membabitkan


matapelajaran-matapelajaran dalam KBSR dan KBSM seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan
sebagainya, guru merupakan individu penting yang melibatkan diri dalam beberapa perkara. Pertama, guru
6|Page
akan mentafsir sukatan pelajaran dan perlu mengetahuai sukatan terbaru melalui buku panduan khas serta
mampu mengaplikasi objektif-objektif yang hendak di sampaikan. Kedua, guru hendaklah meninjau
bagaimana isi pelajaran hendak disampaikan dan seterusnya perlu memikirkan bagaimana aktiviti-aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan. Selepas itu, beliau membuat perancangan pengajaran, menjalankan
pengajaran dan kemudian menilai pengajarannya. (Ee Ah Meng, 2003:140-149)

            Buat masa ini, keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum  amat bergantung pada
pemerolehan kemahiran akademik. Namun agar sukar bagi kita untuk menilai sejauhmanakah kehendak-
kehendak kurikulum kebangsaan ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di
sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi untuk
mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di negara kita. Ditambah lagi dengan pelbagai
masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang
menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di
sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di
sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan perlaksanaan ini akan memberi maklum balas kepada
perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu
akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar.

Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum

i) Kehendak Individu

7|Page
Seseorang pelajar mempunyai kehendak dan keperluan asas. Ini yang melibatkan keselamatan, kasih
sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya
dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu
dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek,
jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi
faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif,
psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu,
kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan
masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

ii) Kehendak Masyarakat

Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat.Masyarakat juga
menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah
mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada
budaya,lagipun dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca,


menulis dan mengira,konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi,serta
teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat.

" It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution
education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are
occuring." (Hilda Taba, 1962 )

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan.Hal ini untuk memastikan matlamat dan kehendak
masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan
harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam
masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

iii) Faktor perubahan sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga
merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara
diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin
meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan
bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah
ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara(FPN,1988) yang
bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan
kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan
arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

iv) Faktor perancang dan pelaksana kurikulum


8|Page
Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu
disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab
menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus
dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara
pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang
banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana
pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan
diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak
semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

v) Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka
menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang
bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat
menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang
itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini
dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi
keperluan zaman.

Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan
taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang
pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan
kurikulum itu sendiri.

vi) Pengaruh psikologi pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle
banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting
ialah psikologi fakulti. Psikologi mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik
perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli mazhab tersebut menganggap pembelajaran sebagai
pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G (Ransangan-Gerakbalas) untuk menghasilkan
tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan strategi pengajaran matematik kepada fakta dan kemahiran
kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap sekolah ialah matematik
diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi. ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).

Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak
awal 60-an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan
pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek
yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.

Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada
penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70-an. Seterusnya
dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan (constructive) dan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik Pa, 1992)

9|Page
Teori Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

i) Strategi Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat
serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia .
Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru
biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang .
Walau bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun
penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran
10 | P a g e
sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli
kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis
pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai
individu.Teori-Teori pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan kepada para guru.

Menurut Arif Sukardi (1987), terdapat beberapa sebab teori-teori pembelajaran ini perlu dikuasai oleh
guru, antaranya ialah seperti berikut:

a) teori pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku di

dalam diri pelajar itu sendiri.

b) guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi, mempercepatkan atau

melambatkan proses pembelajaran seseorang.

c) guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu,terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai
konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan perbezaan sudut pandangan ini maka teori
pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .Salah satu ialah:

a) Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini
memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau
definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble
(1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada
latihan pengukuhan.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behavioral) ,
terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran , iaitu guru perlu menjelaskan mengapa tajuk
ini amat penting untuk dipelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu ,
sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar
untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus
mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan
berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan
contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang
dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari
itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya
pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .

b) Teori Kognitif

Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat
diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu
11 | P a g e
situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar
untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognitif diterapkan dalam dunia pendidikan
khususnya dalam melaksanakan kegiatan perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti
berikut:

a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut

disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.

b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas

yang bersifat lebih sederhana.

c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman.

Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah diketahui pelajar sebelumnya.

d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.

e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses

pembelajaran pelajar.

ii) Teori Pengajaran

Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki
dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar
merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan. Tujuan
menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat
pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif

12 | P a g e
pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada
umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya
ialah:

· Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.

· Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

· Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip

dan teori pembelajaran.

· Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.

· Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.

· Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

Langkah-langkah Melaksanakan Kurikulum

Langkah-langkah yang boleh melaksanakan kurikulum ialah:

A) Kaedah Koperatif

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan
bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya.

Ciri-ciri penting

1. Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

2. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,


13 | P a g e
semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi di kalangan pelajar.

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik.

Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat.

5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak

mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai.

6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk

membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

B) Pendekatan Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang
mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan.

Ciri-ciri Penting

1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data,

berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama.

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif:

a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi.

b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan

membuat refleksi.

c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik.

C) Pendekatan Kumpulan

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik


kumpulan.

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur
pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik.
2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan.
3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan.

14 | P a g e
4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab.
5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk.
6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti,
menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif.

D) Kaedah Pemudahcaraan

Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. Sangat
berkesan dalam sekolah bestari di mana guru memainkan peranan sebagai “guide” dalam proses
pembelajaran.

Ciri-ciri Penting

1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan
dan panduan yang jelas.
2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik
darjah.
3. Guru memberi penekanan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri.
4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi di kalangan murid supaya dapat mencetus
idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah.
6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran
bagi merangsang pembelajaran pelajar.

E) Teknik Perbincangan

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan
membincangkan sesuatu isu/masalah.

Ciri-ciri Penting

1. Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu


topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan.
2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan
dilaksanakan dibawah kawalan guru.
3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik
darjah.
4. Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran
diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah.

F) Kaedah Tunjuk Cara

15 | P a g e
Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut
prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu
aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau
menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada
pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.
7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

G) Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif
dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan
seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu
situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang
rumit.

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik
dan objektif apabila menghadapi masalah.
2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.

Penyelesaian masalah dalam pengajaran

1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan


perbincangan.
2. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah dikemukakan.
3. Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran.
4. Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah.
5. Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru
bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan.

16 | P a g e
6. Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan.
7. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

H) Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau
isu.Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam
keadaan yang terkawal.

Ciri-ciri Penting

1. Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada


kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya.
2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki
memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan
memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan.
3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif,
analisis dan kritis.

I) Kaedah Bercerita

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau
diciptakan.Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber
hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat.

Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar.


2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur).
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi
dan ekspresi/mimik muka.
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian.
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan
berketrampilan.

17 | P a g e
J) Kaedah Strategi Main Sambil Pelajar

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada
pembelajaran.Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat
kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal


dan permainan bahasa.
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam
pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur
bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk
mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan
bermain.
6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan
masalah.

K) Kaedah Projek

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam
situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997).Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh
pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.

2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam


menghasilkan sesuatu projek.

3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan


aktiviti.

4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh.

6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.

7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika

18 | P a g e
dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

L) Kaedah Lawatan

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah
belajar dalam situasi sebenar.Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar
sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman


secara langsung.
2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan
kepada pembelajaran.
3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara
bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah
dengan pembelajaran kandungan disekolah.
5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana
perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini
akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.

M) Kaedah Inkuiri Penemuan

Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan
yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil masa yang
lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain.

Ciri-ciri Penting

1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat,
menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan.
2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu
ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah.
3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan
murid.
4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat
mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran.
5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan
perlu membuat perancangan yang lebih teliti.

19 | P a g e
N) Modul

Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membantu
mencapai objektif pembelajaran.Ia merupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran-
pembelajaran.Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri.Ia dibentuk untuk penggunaan satu-satu
golongan pengguna.

Ciri-ciri Penting

1. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja.


2. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku.
3. Ia boleh menggunakan pelbagai media.
4. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti.
5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan
soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar.
6. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan
disusun secara sistematik.
7. Dalam modul unsur-unsur peneguhan dan jawapan-jawapan betul disediakan.
8. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan
disusun secara sistematik.

Implikasi-implikasi Pelaksanaan Kurikulum

i) Implikasi Terhadap Kurikulum

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :

1) Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan.
Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-kemahiran) dan penyerapan
(penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
2) Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap
matapelajaran yang di ajar di sekolah.
3) Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
4) Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
5) Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional
6) Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
20 | P a g e
7) Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
8) Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
9) Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
10) Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
11) Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

ii) Implikasi Terhadap Pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :

i) Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif

terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii) Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai

untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

iii) Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar
mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :

i) Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,

secara menyeluruh dan seimbang.

ii) Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni

dalam jiwa pelajar.

iii) Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

iv) Implikasi KBSR Terhadap Sistem Pendidikan Negara

Perlaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi
jasmani,emosi,rohani dan intelek.

21 | P a g e
Proses perlaksanaan yang bermula dari Tahun 1(Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat
komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilk
darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik,murid-murid dan ibu bapa berganding
bahu dan komited dalam usaha perlaksanaan KBSR,sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem
pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pembaharuan dan pembentukan kurikulum ialah aktiviti yang serius yang seharusnya
dipertanggungjawabkan kepada pendidik yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang kurikulum dan
bukannya sesiapa sahaja. Keadaan ini lebih menekan apabila kurikulum sebagai satu bidang boleh dikatakan
masih lagi baru. Teori, model dan tatakerja dari aspek penentuan matlamat dan objektif, pemilihan isi
kandungan, penyusunan dan penstrukturan pengalaman dan pengesanan formatif dan penilaian bertaraf
berkembang pesat belum mantap. Keadaan ini tidak mudah difahami oleh pendidik yang tidak menumpu
profesionnya secara khusus dalam kurikulum, lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak secara formal mendekati
bidang ini sepenuh masa.

Minda atau bahasa Inggerisnya mind ialah satu pengurniaan Tuhan yang paling kompleks kerana
daripadanya bergantung segala rupa masalah yang dicari dan diterokai demi untuk meneruskan keagungan
perababan manusia. Usaha ke arah yang dituju hanya mampu dilakukan jika terdapat kesinambungan, daya

22 | P a g e
berfikir dan daya bekerja dari satu generasi ke satu generasi. Tidak ada cara lain yang dapat memastikan
kesinambungan ini melainkan melalui pendidikan yang sempurna. Kesempurnaan pendidikan timbul daripada
kurikulum dan pelaksanaan kurikulum yang bermutu.

Selain itu, kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa
kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian
matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu
melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan
dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang
utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-
kekangan yang timbul, harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.    

23 | P a g e
Bibliografi

1. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (Edisi Kedua)

. Quantum Books.

3. Doll, R. C. (1996). Curriculum improvement: decision making and process. (9th edition). Boston: Allyn &

Bacon.

4 .Ee Ah Meng.(1996). Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidkan, Guru dan Sekolah. Shah Alam:

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5. Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester1). Selangor:

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

6. Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

7. Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1997). Mengkaji Pelaksanaan Dasar. Kuala Lumpur: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

8. Mohamad Daud Hamzah dan Koh Tsu Koon. (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Prakti

s (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Mohd Daud Hamzah. (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

10. S.Howard Nicholls dan Audrey Nicholls. (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis

(Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. http://azizi jaafar jip. blogspot.com/. Diperoleh pada 19 Januari 2010.

24 | P a g e
12. http://www.moe.gov.my.Diperoleh pada 19 Januari 2010.

13. http://mohd.noriszwan sulaiman. blogspot.com/2008/10/inkuiri_penemuan.htm/.Diperoleh pada 20

Januari 2010.

14. http://mohd. noriszwan sulaiman.blogspot.com/2008/10/teori_strategi_dan_perkaedahan. dalam.

html.Diperoleh pada 20 Januari 2010.

15. http://www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab.Diperoleh pada 21 Januari 2010.

16. http://www.scribd.com/doc/20705679/pembentukan_dan_ pelaksanaan_KBSR.Diperoleh pada 21 Januari

2010.

17. Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal. http://mujahid.tripod.com/math 4 .html.Diperoleh pada 23 Januari

2010.

25 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai