Anda di halaman 1dari 5

iv.

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur


Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah
melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sepertimana teknik,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa
mengajar kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan
beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di
dalam bilik darjah.

a. Perbualan
Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara
dengan menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan
yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam
kehidupan hariannya. Selain daripada itu ianya juga boleh
menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan
bahan yang dikemukakan kepadanya.

Azam: Adik, tolong ambilkan abang buku cerita itu!


Azmi : Baik abang. Nanti adik ambil.
Azam: Emak, boleh saya pergi bermain bola di padang?
Emak : Boleh. Tapi, Azam sudah habiskan kerja
rumahkah?

Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual


yang baik dan santun. Perbualan ini menunjukkan dua cara yang
berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama
diri yang digunakan oleh orang yang berbual. Dengan itu,
untuk memastikan perbualan itu menggunakan pertuturan yang
baik, orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata,
ayat dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang
yang dilawan bertutur itu.

b. Memberi Pendapat
Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan,
menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam
perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan
pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang
kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan.
Pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan
akibat, tujuan atau sebab- musabab.

c. Simulasi
Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau
situasi sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan
keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam
situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan.
Contoh langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik simulasi
ialah;

 Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi


tertentu
 Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara
kumpulan berdasarkan arahan dalam kad peranan
 Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang
telah dimainkan
 Guru memberi aktiviti susulan

Contoh kad arahan

KAD A
Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter
dengan mesra.

KAD B
Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -42. Anda ingin
mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi atau
sudah kehabisan stok, di samping itu anda diminta membantu
seorang tua untuk mengisi borang kiriman wang.

KAD C
Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi
borang kiriman wang, anda meminta bantuan daripada seorang
pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda dikehendaki
menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu.

d. Main Peranan
Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan
gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang
diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip.
Teknik ini mementingkan interaksi pelajar secara individu atau
kumpulan. Langkah-langkah pengajaran;

 Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan


yang dicadangkan
 Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar
 Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi
 Guru dan pelajar membuat rumusan

Contoh:
Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu
masuk ke sekolah anda. Dengan menggunakan teknik main
peranan, lakonkan situasi tersebut.

e. Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk
perbualan. Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar
dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan
pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Langkah-
langkah pengajaran;
 Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan
 Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu
disediakan
 Guru menerangkan prosedur perbincangan
 Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan
memilih ketua serta pencatat bagi setiap kumpulan
 Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil
perbincangan kumpulan
 Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan

v. Pembinaan dan Penggunaan Bahan Sumber


Anda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan
untuk kemahiran mendengar. Sebenarnya, proses pemilihan bahan
untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama
sahaja. Oleh itu, tidak perlulah lagi kita mengulang
memperkatakan proses pemilihan bahan ini. Baik kita teruskan
perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk
kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu
sendiri.

a. Aktiviti Perbualan
Untuk melatih murid-murid supaya dapat berbual dan berbicara
dengan menggunakan kata, intonasi, nada, struktur ayat dan
ungkapan yang betul, alat-alat yang boleh digunakan ialah
pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan
tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

b. Aktiviti Memberi Pendapat


Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas
sebagai sumbangan dalam perbincangan ini selalunya disediakan
oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan
murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu,
sajak, pantun, petikan rencana/isu semasa daripada
akhbar/majalah dan petikan peristiwa dalam cerpen/novel.

c. Aktiviti Bercerita
Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik yang
membolehkan murid-murid menggunakan daya imaginasi yang
tinggi serta kreatif semasa menyampaikan cerita melalui
kemahiran pertuturan. Oleh itu guru perlulah menyediakan
bahan–bahan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada murid.
Contoh arahan;

Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang


terletak di tebing sebuah sungai. Berdasarkan gambar ini guru
boleh meminta murid mereka cerita dengan menggunakan imaginasi
sendiri hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik.

Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang


digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur sebaik-
baiknya terdiri daripada bahan–bahan yang autentik ataupun
bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya,
rencana kesihatan, berita bencana alam (banjir, kebakaran,
tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan
cerpen,forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang
diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan
pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur
ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri
utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-
murid.

iv.Aktiviti Kemahiran Mendengar


Anda telah mengetahui jenis dan peringkat kemahiran mendengar.
Sekarang bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran
mendengar itu? Ataupun, bagaimanakah anda dapat mengajar
pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara
berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, cara itu
dimaksudkan sebagai aktiviti.

Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai


kemahiran mendengar itu? Antara aktiviti-aktivitinya adalah
seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah:

(b)menegenal dan mengecam


 Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.
 Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.
 Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan
serta sikap penutur daripada perbualan, lakonan atau
drama yang diperdengarkan.
 Mendengar rakaman perbualan, wawancara, cerita dan
berita.
 Perbualan melalui telefon.
 Mengenal pasti erti kata-kata.

(c)Membuat inferens
Menerangkan sebab-sebab kejadian sesuatu perkara. Misalnya,
jelaskan sebab-sebab terjadinya tanah runtuh?

(d)Menganalisis maklumat
Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk
kamus.

(e)Membuat rumusan
Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan
maklumat yang telah dianalisis.

(f)Membuat penilaian
Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang
didengar atau dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai