Anda di halaman 1dari 17

BIOLOGI

BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN FUNGSI BAHAGIAN SEL Bab 1


Biologi Kajian tentang proses berkaitan dengan kehidupan dan hidupan
Berasai dari bios (kehidupan) , logos (pengetahuan)

Sel Unit binaan asas bagi semua organisma


Protoplasma Sitoplasma dan nukleus
Lekapan basah Proses dimana spesimen yang dititis air ditutup dengan kaca penutup
secara perlahan-lahan dengan menggunakan pin
Teknik Proses di mana setitik larutan iodin dititis pada suatu sisi kaca penutup
pengairan dan kertas turas diletakan pada sisi bertentangan untuk menarik titisan
larutan iodin supaya meresap dan mewarnakan specimen
Organel Struktur sel yang melakukan sesuatu fungsi khusus
Larutan iodin Pewarna umum bagi sel tumbuhan
Metilena biru Pewarna umum bagi sel manusia dan haiwan
Tonoplas Lapisan membran yang mengelilingi sap sel
Membran Selaput nipis , kenyal dan separa telap yang dibina daripada protein
plasma dan fosfolipid . ia mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran
luar dan mengawal pergerakan bahan antaranya .
Dinding sel Gentian selulosa yang keras , teguh dan bersifat telap sepenuh kerana
tumbuhan berliang . ia memberi sokongan dan bentuk kepada sel tumbuhan di
samping melindungi sel dari pecah akibat kemasukan air yang
banyak .
Vakuol/vesikel Ruang berisi sap sel untuk memberi kesegahan kepada sel yang
mengandungi air , asid organik , gula , garam mineral , oksigen ,
karbon dioksida , pigmen bahan buangan dan hasil sampingan
metabolisme dan dikelilingi tonoplas . biasanya vesikel haiwan
mengandungi enzim hidrolitik untuk pencernaan bahan organik
kompleks dalam sel .
Sitoplasma Bahan seperti jeli yang mengandungi banyak organel dan bertindak
sebagai medium tindak balas biokimia selain daripada membekalkan
bahan keperluan dari luar untuk organel .
Nukleus Organel sfera berliang yang mengandungi kromosom , nukieolus dan
nukleoplasma , untuk mengawal aktiviti sel , sintesis protein dan
pembawa maklumat genatik .
Kromosom Jalinan bebenang dalam nukleus yang dibina daripada asid nukleik
dan protein untuk membawa maklumat pewarisan .
Mitokondrion Organel berbentuk rod yang terdiri daripada dua lapisan membran luar
dan membran dalam yang berlipat-lipat untuk menjadi tapak penjanaan
tenaga (ATP – adenosina trifosfat )melalui pengoksidaan makanan
semasa respirasi .
Jalinan / Sistem berongga dikenali sisterna yang luas dan saling berhubungan
retikulum dan mungkin berterusan dengan membran nukleus , membran plasma
endoplasma dan jasad golgi untuk memudahkan bahan-bahan seperti protein yang
disintesis ribosom di permukaannya diangkut ke jasad golgi . terdapat
retikulum kasar dan retikulum licin .
Ribosom Granul sfera padat yang terdiri daripada protein dan asid nukleik yang
merupakan tapak sintesis protein .
Jasad golgi Terdiri daripada beberapa kantung pipih untuk memproses dan
mengubahsuaikan bahan kimia seperti protein daripada jalinan
endoplasma kepada hasil seperti glikoprotein dan enzim. hasilnya
seperti enzim diasing dan dibungkus dalam vesikel dan seterusnya
dirembes keluar dari sel .
Kloroplas Organel dua lapisan membran berbentuk ceper yang mengandungi
pigmen klorofil untuk menjalankan fotosintesis dan memberi warna
kehijauan kepada tumbuhan .
Trigliserida Lemak yang terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid
Bab 3 : pergerakan bahan merentas membran plasma

lemak .
Fosfolipid Trigliserda yang salah satu daripada kumpulan asid lemaknya (kepala)
diganti dengan kumpulan fosforus dan nitrogen dan bersifat hidrofilik
kerana bercas dan bakinya (kaki) bersifat hidrofobik .
Hidrofilik Mempunyai afiniti terhadap air .
Hidrofobik Tidak mempunyai afiniti terhadap air .
Protein intrisik Protein globul yang terletak separuh terbenam dan separuh tertonjol
keluar dari permukaan dwilapisan fosfolipid .
Protein Protein globul yang terletak pada permukaan dwilapisan fosfolipid .
ekstrisik
Resapan Pergerakan rawak molekul atau ion daripada satu kawasan yang tinggi
kepekatannya kepada yang rendah kepekatannya tanpa melalui
membran separa telap dan tidak memerlukan tenaga metabolisme .
Osmosis Resapan ringkas yang melibatkan pergerakan molekul pelarut seperti
air dari larutan yang cair ke larutan yang pekat melalui membran
separa telap tanpa memerlukan tenaga metabolisme .
Kadar osmosis Kadarnya bergantung kepada suhu , sifat semula jadi pelarut dan
perbezaan (kecerunan) kepekatan pelarut .
Tekanan Sukatan kecenderungan molekul air memasuki sesuatu larutan secara
osmosis osmosis dengan menggunakan osmometer . apabila pelarut atau air
tidak merentasi membran separa telap ia dikatakan berada dalam
keadaan keseimbangan dinamik dimana tekanan osmosis kedua-dua
belah sama .
Resapan Resapan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan
berbantu rendah yang dipercepatkan oleh protein pembawa yang bergerak
rawak dalam membran sel tanpa melibatkan tenaga metabolisme .
Pengangkutan Proses pergerakan molekul pelarut atau air mengikut kecerunan
pasif kepekatan iaitu dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan
berkepekatan rendah sehingga keseimbangan kepekatan larutan
tercapai dengan tidak melibatkan tenaga metabolisme .
Pengangkutan Proses pergerakan bahan (ion/molekul) seperti air dan garam mineral
aktif menentang kecerunan kepekatan iaitu dari kawasan berkepekatan
rendah ke kawasan berkepekatan tinggi sehingga mengakibatkan
pengumpulan atau penyinkiran bahan daripada sel dengan
menggunakan tenaga metabolisme .
Larutan Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang rendah , tetapi
hipotonik kepekatan pelarut yang tinggi yang menyebabkan sel mengembang
akibat kemasukan air ke dalam sel secara osmosis .
Larutan Larutan berkepekatan zat terlarut yang tinggi tetapi kepekatan pelarut
hipertonik yang rendah yang menyebabkan sel mengecut akibat molekul pelarut
keluar dari sel secara osmosis .
Larutan Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang sama dengan
isotonik kepekatan larutan yang berlainan itu , dimana kadar pergerakan keluar
dan masuk melalui membran adalah sama .
Krenasi Keadaan sel haiwan yang mengecut sehingga berkedut akibat
diletakkan dalam larutan hipertonik .
Hemolisis Keadaan sel haiwan yang mengembang dan akhirnya pecah akibat
diletakkan dalam larutan hipotonik .
Plasmolisis Keadaan sel tumbuhan dimana vakuol dan protoplasma sel mengecut
sehingga membran sel ditarik daripada dinding sel akibat diletakkan
dalam larutan hipertonik .
Keadaan segah Keadaan sel tumbuhan dimana vakuol mengembang dan menekan
sitoplasma dan membran sel ke dinding sel akibat diletakkan dalam
larutan hipotonik .
Flasid Dinding sel tumbuhan berkeadaan lembut akibat diletakkan dalam
larutan hipertonik .
Deplasmolisis Proses mengembalikan keadaan sel tumbuhan daripada keadaan
plasmolisis kepada keadaan asal .
Pendehidratan Proses pengawetan makanan dengan garam , cuka atau gula yang
berkeadaan hipertonik kepadanya supaya air dikeluarkan secara
osmosis untuk menhentikan aktiviti mikroorganisma pereput .
Bab 4 : komposisi kimia dalam sel

Sebatian Sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal dari organisma
organik hidup seperti karbohidrat , protein , lipid dan asid nukleik . sebatian
organik disintesis oleh sel sendiri .
Sebatian tak Sebatian yang tidak dapat disintesis oleh sel sendiri dan perlu didapati
organik dari luar sel seperti air , asid , bes dan garam mineral .
Protein Protein dibina dari asid amino dan berfungsi membentuk bahan binaan
(C,H,O,N,S,F) seperti keratin pada kulit , kalogen pada tulang dan miosin pada tisu
otot untuk pertumbuhan atau membaiki sel yang rosak . diperlukan
untuk sistesis enzim , antibodi , hemoglobin dan hormon .
Lipid (C,H,O) 2 Merupakan pembekal tenaga , penebat haba dan sebahagian struktur
membran sel .
Karbohidrat Sumber tenaga utama sel dan membentuk dinding sel (selulosa)
(C,H,O)
Asid nukleik Mengandungi bahan keturunan yang mengawal sel .
(C,H,O,F,N)
Air (H,O) -juzuk utama hidupan (75-85%) dari sel ialah air .
-memberi sokongan hidrostatik (90% protoplasma ialah air )
-medium tindak balas (hidrolisis lemak kepada asid lemak & gliserol)
-menyediakan permukaan lembap untuk proses respirasi
-pelarut bahan kimia dalam badan untuk pengangkutannya
-juzuk utama dalam mukus dan bendalir sinovia untuk perlinciran
-mengawal suhu badan melalui perpeluhan dan perkhumuhan
-menentukan tekanan osmosis darah dan bendalir tisu
Enzim -merupakan protein yang dihasilkan oleh sel hidup dalam kuantiti yang
sedikit untuk memangkinkan tindak balas pemecahan substrat
kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas atau sebaliknya .
contoh : amilase dalam tindak balas (kanji + air ⇔ maltosa).
Tindakan enzim adalah spesifik seperti manga dan kunci dan tidak
musnah dan boleh guna semula selepas tindakan balas . suhu , nilai
pH , kepekatan enzim dan substrat boleh memengaruhi tindakan enzim
.
Enzim intrasel Enzim yang terdapat dalam bahagian dalam sel seperti sitoplasma ,
nukleus , kloroplas dan membran plasma untuk tujuan kegunaan diri.
Enzim luar sel Enzim yang disintesiskan oleh ribosom pada jalinan endoplasma
dalam sel dan ia dirembeskan keluar dari sel selepas dijadikan tidak
aktif (proenzim) dan dibungkus dalam vesikel oleh jasad golgi . enzim
akan diaktifkan semula pada organ sasaran dimana persekitaran
adalah optimum bagi tindakan enzim itu didapati .
Suhu optimum Suhu dimana enzim bertindak dengan paling cergas . suhu optimum
bagi kebanyakan haiwan berdarah panas adalah ± 37  C − 40  C .
Ternyahasli Suhu dimana struktur protein enzim terurai pada suhu tinggi ± 60  C
dan tdak boleh berfungsi lagi .
pH optimum Nilai dimana tindakan enzim adalah paling cergas dan cekap .
Faktor penghad Faktor penghad tindakan enzim ialah kepekatan enzim dan kepekatan
tindakan enzim substrat dimana tindakan enzim yang terbantut walaupun pada
keadaan optimum akibat satu daripadanya terlalu banyak .
Pembahagian Proses sel induk dibahagi dua untuk menghasilkan dua sel anak .
Bab 5 : pembahagian sel

sel
Mitosis Sel induk dibahagi untuk menghasilkan dua sel anak yang serupa
dengan induknya demi proses penjanaan semula , pertumbuhan ,
pengantian sel atau pembiakan aseks .
Meiosis Pembahagian sel pembiakan/gamet yang melalui dua proses
pembahagian (profasa1,metafasa1,anafasa1,telofasa1-dan-
profasa2,metafasa2,anafasa2,telofasa ) untuk menghasilkan dua sel
anak diploid yang berlainan pada peringkat pembahagian pertama dan
menghasilkan jumlahnya empat sel anak haploid pada akhir peringkat
pembahagian . tujuannya adalah untuk menwujudkan variasi genetik
yang mungkin menghasilkan baka yang lebih baik daripada induknya
selepas persenyawaan .
Kitar sel Kitar hidup bagi sel daripada awal sel itu terbentuk dari induk
sebelumnya sehinggalah sel itu membahagi untuk menghasilkan dua
sel anak .
Interfasa Tempoh selama 90% daripada kitar sel dimana sel menjalankan
aktivitinya dengan normal dan tidak membahagi . dalam tempoh ini sel
mengalami tiga fasa iaitu fasa pertumbuhan pertama , fasa sintesis
dan fasa pertumbuhan kedua .
Fasa Peringkat dimana pertumbuhan sel secara aktif menghasilkan organel
pertumbuhan baru . dalam masa ini penentuan sel untuk memasuki fasa sintesis
pertama ditentukan . jika keadaan sesuai sel itu memasuki fasa sintesis .
Fasa sintesis Sintesis bahan DNA berlaku dimana setiap kromosom mengganda
menjadi dua kromatid yang seiras .
Fasa Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi dimana ia
pertumbuhan melibatkan aktiviti metabolisme .
Profasa Tempoh dimana nukleolus hilang dan kromosom kelihatan menjadi
padat , menebal dan memendek . pada akhir profasa , gentian
gelendong terbentuk .
-Pada akhir profasa 1 bagi meiosis 1 proses sinapsis dan pindah silang
berlaku .
Metafasa Tempoh dimana kromosom beratur pada satah khatulistiwa tengah-
tengah sel dan kedudukannya ditetapkan oleh gentian gelendong
melalui sentrosom yang berada pada kutub sel berlainan .
Anafasa Tempoh dimana kromosom atau kromatid dipisahkan ke kutub masing-
masing akibat pengecutan dan pemendekan gentian gelendong .
-Pada anafasa bagi mitosis dan anafasa 2 bagi meiosis 2 , pasangan
kromatid terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan .
-Pada anafasa 1 bagi meiosis 1 kromosom homolog terpisah dan
bergerak ke kutub bertentangan . pasangan kromatidnya tidak terpisah
tetapi begerak sebagai satu unit .
Telofasa Tempoh dimana kromosom sudah terkumpul di kutub bertentangan
dan sel mula membahagi . pada tempoh ini gelendong menghilang dan
kromosom menjadi kromatin semula . proses ini diikuti oleh proses
sitokinesis untuk menyempurnakan proses pembahagian sel
-Bagi sesetengah spesies yang menjalankan pembahagian sel secara
meiosis akan terus memasuki meiosis 2 selepas lengkap meiosis 1
tanpa melalui interfasa peringkat dua .
Sitokinesis Proses pembahagian sitoplasma untuk menghasilkan dua sel anak .
-Bagi sel haiwan , mikrofilamen yang terbentuk pada tengah-tengah sel
mengecut menyebabkan sel mencerut di tengah-tengah sel menjdi dua
sel anak .
-Bagi sel tumbuhan , plat sel terbentuk di tengah-tengah sel
membahagi sel tumbuhan kepada dua sel anak .
Jalinan Jalinan DNA yang tidak jelas kelihatan , halus , panjang dan terletak
kromatin berselerakan dalam nukleus semasa tempoh interfasa .
Kromatid Satu set lengkap jalinan DNA tunggal yang telah berpintal dan
menebal
Kromosom Satu unit jalinan DNA yang telah menebal yang bergerak bebas tak
kira terdiri daripada satu kromatid atau sepasang kromatid .
Kromosom Satu pasang kromosom yang sama jenis dan bergerak bersama-
homolog sama .
Sentrosom Pasangan sentriol
Sentromer Bahagian dimana pasangan kromatid bersambung dan terikat bersama
untuk menjadi kromosom .
Gentian Gentian halus yang dipancarkan oleh pasangan sentriol untuk
gelendong mengikat kromosom atau kromatid semasa profasa .
Pindah silang Proses penukaran bahan genetik antara kromatid-kromatid kromosom
homolog di kiasma semasa profasa .
Kiasma Tempat persilangan dan pernukaran bahan genetik semasa pindah
silang .
Tetrad Nama bagi empat kromatid yang terdapat dalam kromosom homolog
Haploid Sel anak yang mempunyai separuh bilangan kromosom daripada
induknya (n - bilangan kromosom)
Diploid Sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan
induknya (2n – bilangan kromosom)
Kanser / tumor Sel yang tidak normal , membahagi bebas tanpa terkawal dan bersaing
dengan sel sekitar demi mendapatkan nutrien .
Pembiakan Pembiakan yang melibatkan satu organisma induk secara mitosis
aseks untuk menghasilkan anak yang seiras .
Pembiakan Pembiakan yang melibatkan gamet jantan dan gamet betina .
seks
Organisma Organisma yang terdiri daripada satu sel yang dapat menjalankan
Bab 6 : organisasi sel

unisel hampir semua proses hidup untuk meneruskan kehidupan .


Organisma Organisma yang terdiri daripada pelbagai jenis sel yang menpunyai
multisel fungsinya yang tertentu dan saling berkerjasama sebagai satu unit .
Pseudopodium Merupakan unjuran dari sel melalui pengaliran sitoplasma (siklosis)
untuk mengepung makanan (fagositosis) atau sebagai kaki palsu
Vakuol Ruang dalam organisma unisel yang menjalankan fagositosis yang
makanan berisi zarah makanan dan air selepas bakteria ditelan .
Silium Bulu-bulu yang halus dan panjang yang terdapat pada membran luar
paramesium untuk tujuan pergerakan , struktur deria dan menarik butir
makanan ke alur mulut .
Vakuol Vakuol dalam organisma unisel yang hidup di kawasan air tawar
mengecut (hipotonik) yang bertindak untuk mengawal tekanan osmosis
(pengosmokawalaturan) dan mengecut untuk membuangkan air
berlebihan yang memasuki sel secara osmosis .
Epitelium Tisu haiwan seperti skuma , kuboid dan turus yang mengasingkan dan
sel bawahnya dari medium luar . ia juga boleh merembeskan mukus
dan peluh dan juga menyerap makanan tercerna .
Tisu otot Tisu yang terdapat dengan paling banyak dalam badan dan boleh
mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan .
Tisu saraf Terdiri daripada neuron yang boleh menghantarkan impuls saraf untuk
menyelaras dan mengawal aktiviti badan .
Tisu Tisu haiwan yang terdiri daripada beberapa jenis sel yang terpisah
penghubung antara satu sama lain tetapi terbenam dalam matriks bersama-sama
dengan gentian .contoh : darah , tulang , rawan , tendon dan ligamen
Parenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dan mempunyai vakuol besar untuk
menyimpan makanan dan memberi sokongan kepada tumbuhan .
Kolenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dengan sedikit penebalan selulosa dan
pektin untuk memberi sokongan pada tumbuhan tidak berkayu .
Sklerenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dan mempunyai dinding yang ditebalkan
oleh lignin untuk menyokong tumbuhan .
Endodermis Lapisan sel bagi tumbuhan yang mempunyai penebalan berlignin dan
bersuberin dan ia mengelilingi silinder vaskular .
Tisu meristem Tisu tumbuhan yang giat membahagi demi pertumbuhan . selnya
bernukleus besar , sitoplasma padat dan tiada vakuol
Meristem apeks Tisu meristem yang terdapat pada hujung akar dan hujung pucuk .
Tisu vaskular Tisu tumbuhan yang membentuk tiub untuk membolehkan garam
mineral terlarut , air dan hasil fotosintesis diangkut ke bahagian lain .
Xilem Membolehkan air dan garam mineral diangkut dari akar ke bahagian
yang lain .
Floem Membolehkan hasil fotosintesis diangkut dari daun ke bahagian lain .
Tisu epidermis Tisu berkutikel yang terdapat pada lapisan paling luar tumbuhan .
Organ Sekumpulan tisu yang bergabung untuk melakukan sesuatu fungsi .
Sistem Sekumpulan organ yang berkerjasama untuk melengkapkan sesuatu
fungsi khusus .
Persekitaran Komposisi bendalir luar yang mengelilingi , membasahi dan mengisi
dalam ruang antara sel .
Homeostasis Proses mengekalkan keseimbangan faktor fizikal dan faktor kimia
persekitaran dalam tanpa banyak dipengaruhi persekitaran luar .
contoh : suhu badan tetap pada 37  c walaupun suhu bilik berubah .
Mekanisme Proses dimana sesuatu telah dibuat oleh badan untuk membetulkan
pembetulan perubahan pada persekitaran dalam kepada julat normal .
Mekanisme Proses kawalan homeostasis berdasarkan suap balik untuk
pengawalaturan memastikan setiap faktor yang dikawal berada pada julat normal .
Suap balik Mekanisme pembetulan yang menentang perubahan faktor pada
negatif persekitaran dalam, menyebabkan faktor terpesong kembali normal.
Suap balik Mekanisme pembetulan yang mengikut kecerunan perubahan pada
positif persekitaran dalam menyebabkan pemesongan yang teruk .
Nutrien Zat makanan yang diperlukan untuk nutrisi organisma.
Autotrof Organisma yang mensintesiskan makanannya sendiri daripada bahan
bukan organik . caranya ialah fotosintesis dan kemosintesis
Fotosintesis Proses mensintesis bahan organik (gula) daripada air dan karbon
dioksida dengan mengunakan tenaga cahaya (diperangkap klorofil )
Kemosintesis Proses mensintesis sebatian organik daripada air dan karbon dioksida
dengan mengunakan tenaga yang dibebaskan melalui pengoksidaan
bahan bukan organik seperti sulfur , ferum , hidrogen sulfida dan
ammonia . contoh : bakteria sulfur , bakteria ferum .
Heterotrof Organisma yang memperolehi bahan makanan daripada sumber luar .
Tiga kumpulan heterotrof : holozoik , saprofitisme dan parasitisme .
Holozoik Organisma yang memakan jirim organik atau organisma lain melalui
mulut .
Saprofitisme Organisma yang mendapat makanan dari organisma mati atau reput
Bab 7 : nutrisi

Parasitisme Organisma yang menyerap makanan daripada organisma hidup .


Gula penurun Gula yang menpunyai kuasa penurunan iaitu menyinkirkan oksigen
daripada sebatian lain .
Larutan
fehling& larutan Apabila ia dipanaskan bersama gula penurun , kuprum (  ) sulfat
benedict biru diturunkan kepada kuprum ( Ι ) oksida yang berwarna mera bata
Gula bukan Gula yang tidak mempunyai kuasa penurunan . ia tidak memberi kesan
penurun kepada larutan fehling atau larutan benedict kecuali diuraikan menjadi
(sukrosa) fruktosa dan glukosa dengan mendidihkannya bersama asid cair
(hidrolisis)
Monosakarida Merupakan monomer karbohidrat yang paling ringkas (gula ringkas )
(C 6 H 12 O6 ) dan merupakan gula penurun . Contoh : glukosa (anggur) , fruktosa
(buah-buahan manis) dan galaktosa (gula susu)
Disakarida Gula kompleks yang terbentuk daripada kondensasi dua molekul
(C12 H 22 O11 ) monosakarida dan penyingkiran satu molekul air . melalui hidrolisis
(penambahan air) disakarida akan menjadi monosakarida semula .
maltosa (bijrin) , laktosa (susu) merupakan gula penurun . kecuali
sukrosa (buah-buahan manis , akar simpanan seperti bit gula )
Polisakarida Banyak monosakari yang bercantum melalui kondensasi membentuk
(C 6 H 10 O5 ) n rantai panjang ( polimer ) . polisakarida tidak larut dalam air , tidak
manis dan tidak menghablur .
Contoh : Kanji – khabohidrat simpanan tumbuhan (gandum , beras)
Glikogen - khabohidrat simpanan haiwan (hati,otot haiwan)
Selulosa – sokongan sel tumbuhan (dinding sel , kintin)
Ujian iodin 2 titis larutan iodin ditambahkan ke dalam larutan diuji . kehadiran kanji
menukarkan warna perang iodin menjadi biru hitam ( biru tua )
Asid amino Asid amino yang tidak dapat disintesis oleh badan kita dan perlu
perlu ‘diimport’ dari gizi makanan kita . terdapat 11 jenis dari asid amino
ialah asid amino perlu . contoh : histidin
Asid amino tak Asid amino yang dapat disintesis oleh badan kita untuk membentuk
perlu asid amino baru . terdapat 9 jenis asid amino tak perlu .
Protein kelas Protein yang dapat membekalkan kita dengan semua asid amino
pertama perlu . Contoh : protein dalam daging , ikan , susu dan telur .
Protein kelas Protein yang tidak mempunyai kesemua asid amino perlu .
kedua Contoh : protein tumbuhan .
Struktur protein Primer : turutan linear asid amino dalam satu rantai polipeptida
Sekunder : pintalan(heliks) dan lipatan(kepingan berlisu) polipeptida
Tertier : rantai heliks berlipat membentuk satu protein globul 3D .
Kuarterner : rantai polipeptida membentuk kompleks molekul protein
Ujian millon 2 titis bahan uji millon ditambahkan ke dalam larutan diuji dan
campurannya dipanaskan melalui kukus air . kehadiran protein
menukarkan mendakan putih kepada mendakan merah bata .
Ujian biuret 2 ml larutan natrium hidroksida ditambahkan kepada larutan diuji dan
2 titis larutan kuprum ( Ι Ι) sulfat 1% dititiskan kepada larutan itu .
kehadiran protein akan membentuk larutan ungu .
Ujian Beberapa titis asid nitrik pekat ditambahkan ke dalam larutan diuji dan
xantoprotein dipanaskan . kemudian sedikit larutan ammonia ditambahkan ke dalam
campuran itu selepas disejukkan . jika terdapat kehadiran protein ,
protein akan menggumpal dan menukar warna dari putih kepada
kuning apabila dipanaskan . apabila ammonia ditambahkan gumpalan
itu bertukar warna menjadi warna jingga .
Kumpulan lipid Terdapat tiga kumpulan lipid : lemak/minyak(trigliserida) , fosfolipid dan
steroid .
Steroid Terdiri daripada satu rangka asas (empat gelang atom karbon yang
bercantuman) yang panjangnya berubah-ubah .
Contoh : kolestrol (didapati dalam lemak tepu ) , testosteron
estrogen dan progestron .
Lemak tak tepu Lemak bersifat cair pada suhu bilik yang terdapat pada minyak sayuran
dan mengandungi kurang kolesterol . ia mempunyai sekurang-
kurangnya satu ikatan ganda dua antara dua atom karbon.
Lemak tepu Lemak bersifat pepejal pada suhu bilik yang terdapat pada lemak
haiwan , susu penuh krim dan kek dan mengandungi banyak kolestrol .
ia hanya mempunyai ikatan tunggal antara atom karbon.
Ujian kesan Larutan dititiskan ke atas kertas turas dan dibiarkan kering . kehadiran
gris miyak akan meningalkan kesan lut sinar pada kertas turas
Ujian sudan Ι Ι ΙBeberapa titis larutan sudan Ι Ι ditambahkan
Ι ke dalam campuran
larutan yang diuji dengan 2 ml air . kehadiran minyak akan
membentuk lapisan minyak berwarna merah terapung di atas air .
Vitamin Sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit untuk
metabolisme sel dan tidak boleh disintesiskan (kecuali vitamin D dan
K) . dua kelas vitamin : vitamin larut lemak – vitamin A,D,E dan K.
Vitamin larut air – vitamin B1 , B2 , B3 , B5 , B6 , B12 , C , H , dan asid folik.
Ujian DCPIP 2 titis larutan DCPIP(diklorofenolindolfenol) ditambahkan ke dalam
larutan . Kehadiran vitamin C melunturkan warna larutan DCPIP .
Garam mineral Garam mineral merupakan bahan bukan organik yang diperlukan
dalam kuantiti tertentu untuk memelihara kesihatan badan dan untuk
melancarkan proses fisiologi badan . terdapat 15 jenis unsur mineral
Makromineral Garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak bagi
kesempurnaan hidup seperti kalsium , fosforus , kalium , natrium ,
klorin dan magnesium .
Mikromineral Garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang amat sedikit dan
menjadi toksik jika diambil berlebihan seperti besi , kuprum , kobalt ,
zink , mangan , iodin dan fluorin .
Serabut Selulosa tumbuhan yang bergentian dan tidak mempunyai nilai tenaga
dan nilai nutrisi . ia bertindak sebagai pelawas untuk membantu
peristalisis dan penyahtinjaan . ia mengelakkan sembelit dan
menyerap bahan buangan toksik untuk mengelakan kanser usus
Gizi seimbang Gizi makanan yang mempunyai kesemua tujuh kelas makanan dalam
kadar yang betul dan kuantiti seimbang untuk memperlihara kesihatan
optimum .
Nilai tenaga Nilai tenaga dalam makanan boleh diukur dalam bentuk tenaga haba
dalam unit joule(J) dan kilojoule(kJ)

4.2× j i as (gi)i× mkr e ns u(ta2 − t1h)i Ck()u a n



n it le a mn i a a(J)g= k a a n a n
j i ms i ma d k i au nj i a n
jisim 1 ml air = 1g , oleh itu jisim air = isipadu airnya
Kalori Unit lain bagi tenaga haba . 1 kalori ditarifkan sebagai kuantiti haba
yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah
celsius(  C ) pada tekanan 1 atmosfera .
1kalori = 4.18 joule
1kilojoule = 1000 joule
Keperluan Keperluan tenaga harian dipengaruh oleh faktor umur , saiz atau berat
tenaga harian badan , jenis pekerjaan , jatina dan tahap kesihatan .
Kalorimeter Alat menentukan nilai kalori sesuatu makanan dengan membakar
bom makanan dengan bantuan filamen panas dan oksigen yang disalurkan
melalui tiub ke dalam bekas tertutup berisi air .
Gizi ibu Ibu mengandung memerlukan makanan kaya dengan kalsium dan
mengandung fosforus untuk membina tulang dan gigi fetus , asid folik untuk
pembentukan sistem saraf fetus , ferum untuk pembentukan sel darah
merah ,makanan berprotein dan bijirin .
Gizi kanak- Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan makanan
kanak berprotein , vitamin dan garam mineral seperti kalsium dan fosforus .
Gizi remaja Gizi remaja mestilah berprotein ,vitamin , ferum dan berkhabohidrat .

Gizi orang tua Gizi orang tua mesti berprotein , vitamin (vitamin D , vitamin B 6 ) dan
garam mineral ( kalsium,fosforus ) . garam,lemak,khabohidrat dikurang
Pencernaan Proses pemecahan dan penguraian makanan kompleksyang tidak larut
dalam salur alimenteri kepada molekul ringkas larut yang boleh diserap
oleh lapisan epitelium usus kecil yang bersifat membran separa telap .
Pencernaan Proses pemecahan makanan secara makanikal untuk menghasilkan
fizikal butir yang kecil . contoh : mengunyah makanan dengan gigi .
Pencernaan Proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi molekul
kimia ringkas dan melibatkan proses hidrolisis oleh enzim pencernaan .
Salur alimentari Salur alimentari dilapik oleh sel epitelium dan sel yang menghasilkan
mukus . ia terdiri daripada mulut , farinks , esofagus , perut , usus kecil
(duodenum , jejunum dan ilem) , usus besar (apendiks,sekum,kolon,
dan rektum) dan dubur .
Pencernaan Haiwan ruminan seperti lembu , kambing dan unta mempunyai perut
haiwn Ruminan yang terdiri daripada empat ruang . mulut > rumen (tindakan enzim
selulase) > retikulum (pencernaan selulosa) > mulut > omasum
(penyerapan air) > abomasum (pencernaan protein )
Pencernaan Haiwan rodensia seperti tikus dan tupai mempunyai usus yang panjang
haiwan dan pencernaan selulosa dilakukan dalam sekum oleh bakteria
Rodensia pencerna selulosa anerob . tinja disingkirkan kali pertama adalah
lembut dan separa tercerna,dan ia dimakan semula untuk memperoleh
nutrein dalamnya . tinja disingkirkan kali kedua adalah keras .
Hati Hati memproses glukosa berlebihan dan mengawal atur kepekatan
gula dalam darah melalui hormon insulin yang menukarkan glukosa
berlebihan kepada glikagon , dan hormon glukagon menukar glikagon
kepada glukosa . hati juga dijadikan sebagai tempat simpanan lemak ,
ferum , vitamin A dan vitamin D . asid amino bertoksik berlebihan akan
ditukarkan kepada glikogen . hati juga menghasilkan hempedu dan
mensintesis protein palsma .
Proses Proses penukaran molekul ringkas hasil pencernaan kepada molekul
asimilasi kompleks yang boleh digunakan atau disimpan dalam sel .
contoh : penukaran asid amino menjadi protein protoplasma.
Kolon Bahagian usus besar selepas ileum yang berfungsi untuk menyerap air
, jus hempedu , garam mineral dan menyinkir makanan tidak tercerna.
Rektum Bahagian usus besar selepas kolon yang berfungsi untuk menyimpan
tinja untuk sementara waktu sebelum disingkirkan .
Tinja Bahan buangan yang tidak tercerna oleh sistem pencernaan .
Penyahtinjaan Proses pembuangan tinja daripada rektum melalui dubur .
Anoreksia Anoreksia merupakan penyakit psikologi dimana seseorang kehilangan
nervosa selera untuk makan atau tidak mahu makan kerana bimbang dengan
berat badannya walaupun hakikatnya dia sangat kurus
Kegendutan Penimbunan lemak berlebihan di seluruh badan akibat terlebih makan
dan kurang bersenam .
Bulemia Sejenis penyakit di mana seorang akan makan secara paksa dan
nervosa seterusnya mengaruh atau meluahkan semula makanan yang telah
dimakan dengan sengaja kerana bimbang tentang berat badannya .
Makronutrien Unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak
seperti Kalium(K) , Kalsium (Ca) , magnesium (Mg) , sulfur (S) ,
fosforus (P) , karbon (C) , hidrogen (H) , oksigen (O) dan nitrogen (N) .
Mikronutien Unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit
seperti mangan (Mn) , zink (Zn) , kuprum (Cu) , molibdenum (Mo) ,
ferum (Fe) dan boron (B) .
Larutan kultur Larutan disediakan oleh ahli sains Julius Van Sachs yang mempunyai
sachs unsur kalium nitrat (KNO 3 ) 1 g , kalsium klorida (CaCl) 0.5g , kalsium
sulfat (CaSO 4 ) 0.4g , magnesium sulfat (MgSO 4 ) 0.5g , kalsium
fosfat (Ca 3 (Po 4 ) 2 ) 0.5 g , ferum ( Ι Ι) Ιfosfat (FePO 3 ) surih dalam
1000 cm 3 air suling .
Larutan kultur Larutan disediakan oleh ahli sains Wilhelm Knop yang mempunyai
knop unsur kalsium nitrat (Ca(NO 3 ) 2 ) 0.8g , kalium nitrat (KNO 3 ) 0.2g ,
kalium dihidrogen fosfat (KH 2 PO 4 ) 0.2g , Magnesium sulfat (MgSO 4
) 0.2g dan ferum ( Ι Ι) Ιfosfat (FePO 4 ) surih dalam 1000 cm 3 air
suling.
Epidermis atas Satu lapisan Sel lutsinar yang disaluti kutikel pada bahagian atas daun
daun dan berfungsi untuk menlindung daun dari kecederaan fizikal .
Lapisan mesofil Lapisan sel dalam daun yang terdiri daripada sel mesofil plasid yang
daun menpunyai kloroplas dan mesofil berspan yang disusun longgar .
Epidermis Lapisan sel pelindung di permukaan bawah daun yang mempunyai
bawah daun liang seni stoma yang dikawal oleh sel pengawal .
Corak mozek Susunan daun secara berselang-seli supaya tidak bertindih atau
daun dilindungi daun lain pada pucuk yang sama .
Tindak balas Tindak balas dalam granum kloroplas yang menguraikan air kepada
cahaya ion hidrogen dan ion hidroksida semasa fotosintesis oleh cahaya . ion
hidrogen akan bergabung dengan NADP (nikotinamida adenina
dinukleotida ) membentuk NADPH 2 (sejenis koenzim penurunan ) .
ion hidroksida membebaskan elektron ke klorofil untuk membentuk
kumpulan hidroksida yang akan berpadu dan membentuk air .dan
oksigen . tenaga cahaya juga menukarkan ADP ke ATP.
Tindak balas Tindak balas dalam stroma kloroplas semasa fotosintesis tanpa
gelap memerlukan cahaya di mana ATP digunakan untuk mengikat karbon
dioksida untuk diturunkan oleh NADPH 2 kepada karbohidrat yang
akan berpadu membentuk glukosa .
Granum Satu longgokan tilakoid yang tersisip antara lamela dalam kloroplas.
kloroplas
Lamela Satu sistem membran yang berfungsi sebagai tapak fotosintesis.

Stroma Matriks bendalir tanpa warna dalam kloroplas.


kloroplas
Kadar Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh keamatan cahaya matahari ,
fotosintesis kepekatan karbon dioksida , suhu dan bekalan air .
Peningkatan Cara meningkatkan kualiti makanan ialah dengan pembiakbakaan dan
kualiti dan kejuruteraan genatik . cara meningkatkan kuantiti makanan adalah
kuantiti dengan mempelbagaikan jenis sumber makanan , kaedah aeroponik ,
makanan kaedah hidroponik , kultur tisu , pengurusan tanah dan kawalan biologi.
Kaedah Penanaman tumbuhan dengan hanya menggunakan larutan nutrien
hidroponik beroksigen yang mengandungi semua makronutrien dan mikronutrien
yang diperlukan mengikut nisbah .
Kaedah Kaedah penanaman dengan menyembur larutan nutrien yang tepu
aeroponik dengan oksigen ke atas tanaman yang akarnya tergantung bebas
dalam persekitaran tertutup .
Pembiakbakaan Kaedah menkacukkan jenis tanaman atau ternakan yang mempunyai
sifat yang baik dan terpilih untuk menghasilkan jenis yang berkualiti .
Pemprosesan Memproseskan makanan supaya lebih tahan lama dan berasa lebih
baik . contoh : pempasteuran , pensterilan , penyinaran , penyejukan ,
pendehidratan dan penyemburan kering .
Pempasteuran Kaedah yang diperkenalkan oleh louis pasteur untuk memproses susu
haiwan melalui kaedah pemanasan pada suhu tinggi (72  C)dalam
masa yang singkat (15 saat) .
Pensterilan Melibatkan pemanasan makanan dengan menggunakan stim di bawah
tekanan dan suhu yang tinggi .
Bab 8 respirasi

Respirasi aerob Merupakan proses pengoksidaan makanan dalam sel hidup untuk
menghasilkan tenaga . proses ini melibatkan penguraian lengkap
substrat respirasi (biasanya glukosa) dalam kehadiran oksigen kepada
karbon dioksida , air dan tenaga ( haba ) .
Respirasi Merupakan proses penguraian glukosa (C 3 H 6 O 3 ) separa lengkap di
anaerob bawah bekalan oksigen terhad atau langsung tanpa oksigen
menghasilkan asid latik ( C 3 H 6 O 3 ) dan tenaga (ATP) yang sedikit .
pengoksidaan asid latik manusia berlaku di dalam hati untuk
menghasilkan karbon dioksida , air dan tenaga dengan kehadiran
oksigen atau berpadu menjadi glukosa semula yang akan disimpan
otot sebagai glikogen . respirasi anaerob yis dan tumbuhan
menghasilkan etanol , karbon dioksida dan tenaga daripada glukosa
dan dimankinkan oleh enzim zimase .
Hutang oksigen Keadaan otot yang berada dalam keadaan kekurangan oksigen
semasa aktiviti yang cergas . pada masa ini , sel otot terpaksa
berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang
diperlukan kerana darah tidak sempat membekalkan oksigen yang
cukup .
Spirakel Liang pernafasan (10 pasang) yang terletak pada badan serangga .
Trakea Sistem tiub penghantaran gas respirasi yang diperkuatkan dengan
serangga gelang-gelang kintin .
Trakeol Cabang halus tanpa gelang kintin bagi trakea dan merupakan
serangga permukaan respirasi serangga kerana ia menyambung ke setiap sel
badan dan mempunyai bendalir yang berupaya mengangkut oksigen .
Insang Organ respirasi ikan (4 pasang di kiri dan 4 pasang di kanan )

Filamen Unjuran halus dari lengkung insang yang bertulang .

Lamela insang Unjuran nipis dari tepi filamen dan merupakan tapak respirasi ikan .

Trakea manusia Sistem tiub penghantaran gas respirasi yang disokong oleh gelang
rawan dan di permukaan dalamnya mempunyai sel epitelium bersilium
dan sel perembes mukus untuk menapis udara daripada debu dan
mikroorganisma .
alveolus Pundi respirasi manusia yang mempunyai permukaan yang lembap
dan dikelilingi jalinan kapilari darah .
Otot interkosta Lapisan otot yang terdapat di antara tulang rusuk .

Mekanisme Semasa menarik nafas , otot interkosta luar mengecut dan otot
tarik nafas interkosta dalam mengendur menyebabkan tulang rusuk dinaikan .
diafragma juga mengecut dan mendatar menambahkan isipadu
peparu.
Mekanisme Semasa menhembus nafas , otot interkosta luar mengendur dan otot
hembus nafas interkosta dalam mengecut menyebabkan tulang rusuk digerakan ke
bawah . diafragma juga mengendur dan melengkung ke atas
mengurangkan isipadu peparu .
Hemoglobin Pigmen merah dalam sel eritrosit yang berfungsi untuk mengangkut
oksigen . pada tekanan separa oksigen (PO 2 ) yang tinggi di alveolus ,
hemoglobin (HHb) bergabung dengan oksigen membentuk

oksihemoglobin (HbO 2 ) dengan mudah dengan membebaskan satu
ion hidrogen (H +) . pada tekanan separa oksigen (PO 2 ) yang
rendah di kapilari tisu sel badan , oksihemoglobin melepaskan oksigen
kepada sel dengan menerima satu hidrogen .
Pengangkutan Terdapat tiga cara pengangkutan karbon dioksida dalam darah .
karbon sebahagian besar dalam bentuk ion hidrogen karbonat (HCO 3 )

dioksida
dalam plasma darah , selainnya terlarut dalam darah menjadi asid
karbonik (H 2 CO 3 ) atau berpadu dengan hemoglobin membentuk
karbaminohemoglobin .
Liang lentisel Liang yang terdapat pada batang berkulit tebal di mana terdapat
sekumpulan sel yang tersusun longgar di dalam liang lentisel untuk
tujuan pertukaran gas .
Liang stoma Liang pada permukaan bawah daun untuk tujuan pertukaran gas yang
dibuka pada waktu siang dan dikawal oleh sel pengawal .
Keamatan Keamatan cahaya apabila kadar penghasilan karbon dioksida semasa
cahaya pada respirasi adalah sama dengan kadar penggunaan karbon dioksida
titik pampasan semasa fotosintesis .
Penunjuk Penunjuk hidrogen karbonat pada asalnya adalah berwarna merah .
hidrogen dengan kehadiran karbon dioksida yang tinggi dalam larutan diuji
karbonat menyebabkan keasidan meningkat dan menukarkan penunjuk kepada
warna merah . dengan kehadiran karbon dioksida yang rendah ,
keasidan menurun dan menukarkan warna penunjuk kepada warna
unggu . ujian ini biasanya untuk menguji respirasi organisma hidup .
Larutan kalium Menyerap gas karbon dioksida .
hidroksida
Ekosistem Ekosistem terdiri daripada komponen biosis dan komponen abiosis
yang saling memengaruhi taburan organisma dalam satu ekosistem .
Komponen Komponen abiosis terdiri daripada komponen bukan hidup seperti nilai
abiosis pH medium , keadaan suhu , keamatan cahaya , kelembapan ,
topografi (bentuk muka bumi) dan iklim mikro (iklim setempat di
sesuatu kawasan kecil seperti di bawah sebuah pasu bunga .)
dinamikBab 9 : ekosistem
Komponen Komponen biosis terdiri daripada semua hidupan , iaitu haiwan dan
biosis tumbuhan yang berkaitan serta saling mempengaruhi antara satu
sama lain . ia terbahagi tiga kumpulan iaitu pengeluar , pengguna
(herbivor , karnivor dan omivor ) dan pengurai .
Rantai Rantai makanan diiktiraf sebagai hubungan pemakanan dan
makanan pemindahan tenaga melalui satu urutan di mana satu organisma
memakan organisma yang sebelumnya dan tenaga dialirkan daripada
satu organisma kepada organisma yang lain .
Aras trof Kedudukan atau peringkat sesuatu organisma dalam rantai makanan .

Piramid Piramid nombor menunjukan hierarki hubungan antara organisma


nombor dalam sesuatu komuniti berdasarkan aras trof.
Piramid tenaga Menunjukkan pengurangan tenaga dari satu aras trof ke aras trof yang
berikutnya . hanya 10% tenaga daripada jisim organisma dapat
dipindahkan ke aras trof berikutnya , selainnya 90% hilang melalui
aktiviti harian organisma yang dimakannya .
Piramid Bentuk yang sama dengan piramid tenaga tetapi menunjukkan
biojisim gambaran jisim tisu dalam badan sesuatu organisma .
Jaringan Jaringan makanan terdiri daripada rantai makanan yang organismanya
makanan hidup saling bersandaran antara satu sama lain .
Simbiosis Interaksi antara organisma dari segi pemakanan dan bergantung satu
sama lain dalam sehala atau dua hala . terdapat tiga jenis simbiosis
iaitu komensalisme , parasitisme dan mutualisme atau kesalingan .
Komensalisme Salah satu organisma mendapat keuntungan (komensal) manakala
satu lagi organisma tidak mendapat keuntungan atau kerugian
(perumah) .
Epifit Komensal tumbuhan hijau yang menumpang tumbuhan yang libih
tinggi untuk mendapat cahaya . contoh : pokok duit-duit , orkid .
Epizoit Komensal haiwan yang melekat diri pada permukaan perumah untuk
mendapat pengangkutan percuma. contoh :teritip pada cangkerang
ketam , ikan remora pada bahagian ventral ikan yu .
Parasitisme Salah satu organisma mendapat keuntungan (parasit) daripada
organisma lain yang mengalami kerugian atau keburukan (perumah)
Ektoparasit Parasit yang hidup di permukaan luar badan perumahnya . contoh :
nyamuk , kutu daun (afid) , pacat , bunga rafflesia dan pokok dedalu .
Endoparasit Parasit yang hidup di dalam badan organisma lain perumah . contoh :
cacing pita dan cacing gelang dalam usus perumah .
Mutualisme Kedua –dua organisma mendapat keuntungan dalam interaksi ini dan
atau kesalingan saling bersandaran untuk terus hidup . contoh : rhizobium (bakteria
pengikat nitrogen)pada nodul akar pokok legum , protozoa berflagelum
(menghasilkan enzim pencernaan selulosa) dalam usus anai-anai .
Saprofitisme Cara pemakanan yang diamalkan organisma (saprofit/saprozoit) yang
mendapat makanan daripada organisma seperti tumbuhan yang mati
atau reput .
Saprofit Organisma yang merembeskan enzim untuk mencernakan organisma
lain yang mati atau reput menjadi bahan ringkas sebelum diserap .
contoh : kulat pengurai , bakteria , cendawan dan yis .
Saprozoit Haiwan yang memakan organisma yang mati atau reput .contoh :
cacing tanah , ameba dan paramesium .
Spesies Sekumpulan Organisma yang serupa dan boleh saling membiak antara
satu sama lain untuk melahirkan anak .
Populasi Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama dan hidup di
kawasan yang sama .
Habitat Tempat hidup semula jadi yang memenuhi semua keperluan hidup
sesuatu organisma .
Nic Peranan yang dimainkan oleh sesuatu organisma dalam sesuatu
ekosistem . contoh : tumbuhan membina makanan melalui fotosintesis.
Komuniti Merujuk kepada semua populasi tumbuhan dan haiwan daripada
pelbagai spesies yang hidup dalam sesuatu habitat tertentu .
Pengkolonian Proses dimana organisma hidup menakluki atau menduduki sesuatu
kawasan baru .
Spesies Spesis yang pertama kali berjaya menakluki dan menduduki di sesuatu
Perintis kawasan yang belum pernah diduduki oleh spesies lain . spesies
perintis mempunyai mempunyai sifat penyesuaian khas dan dapat
mengubah struktur persekitaran asal sesuatu kawasan baru itu .
Spesies Spesies dominan yang mengantikan atau menyesarkan spesis perintis
penyesar akibat perubahan persekitaran oleh spesies perintis .
Komuniti Komuniti yang stabil dari selepas proses sesaran yang berterusan
klimaks secara berperingkat berhenti atau mencapai keseimbangan .
Penyesuaian Pokok bakau mempunyai sistem akar yang bercabang yang stabil ,
pokok bakau akar pernafasan (akar pneumatofor) yang berliang (lentisel) , benih
yang bercambah sebelum mengugur dari induk , mempunyai liang
hidatod di permukaan bawah daun untuk menyinkir garam mineral
berlebihan dan daun yang tebal dan sukulen untuk menyimpan air .
Saiz populasi Saiz populasi dan taburan sesuatu spesies boleh ditentukan dengan :
a) kaedah tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula  sesuai untuk
haiwan yang bergerak bebas di kawasan tetentu

b i l da an t lag a nak mpan ep × rka te na d m u a


saiz populasi =

b i l da an t lag a nak mkan e py d a bu nt ea d gr na


b) kaedah persampelan kuadrat  sesuai untuk menguji taburan
tumbuhan atau komuniti yang tidak bergerak . kuadrat digunakan
sebagai sampel atau wakil untuk satu kawasan yang luas .
kepadatan =

ju m la hb ila n g a inn d iv id us e s u a tus p e s


s e m u ak u a d r a t
ju m la hb ila n g a knu a d r ×a lu
t a sku a
peratus liputan =

j u m l il ptaa uhsn p e ds ai els ase mmk u a d r a t


j u m l ul aka hus a d r a t
Kekunci Senarai ciri yang membezakan satu organisma dengan organisma
pengenalan yang lain .
Kekunci Kekunci pengenalan yang terdiri daripada satu urutan pasangan ciri
dikotomi yang bertentangan yang nyata dan mudah dikesan .
Penamaan Penamaan sesuatu organisma mengikut sistem binomial linnaeus.
Nama organisma dimulakan dengan nama genus diikuti nama spesies.
biodiversiti Kepelbagaian biologi atau bilangan spesies yang banyak di alam .
Patogen Mikroorganisma yang membawa penyakit . cara jangkitan patogen
boleh melalui udara , air , makanan , sentuhan dan vektor (melibatkan
serangga) . cara mengawal patogen adalah dengan penggunaan
antibiotik dihasilkan oleh sesetengah mikroorganisma atau bakteria) ,
vaksin ( potogen yang mati atau dilemahkan ) , antiseptik (merencat
pertumbuhan bakteria tetapi tidak membunuhnya seperti iodin) dan
disinfektan (bahan kimia penyahjangkit seperti klorin).
Pencemaran Perubahan sifat fizik , kimia , biologi , terma atau aras radiasi dalam
alam sekitar sehingga mengganggu , membawa kerosakan ,
menjejaskan dan menimbulkan keadaan berbahaya kepada kesihatan ,
keselamatan dan kebajikan manusia serta organisma lain .
Contoh : pencemaran udara , air , bunyi dan terma .

Kesan rumah Fenomena pemanasan global disebabkan penyerapan haba dari


hijau sinaran matahari yang dipantulkan bumi oleh gas karbon dioksida ,
metana , karbon monoksida , wap air , oksida nitrogen dan
kloroflorokarbon (CFC) dalam atmosfera .
Bab 10: ekosistem terancam

Penipisan ozon Penipisan lapisan pelindung bumi dari sinar ultraungu matahari pada
lapisan stratosfera akibat daripada tindak balas berantai klorin (Cl)
yang diuraikan oleh sinaran ultraungu daripada gas kloroflorokarbon
(CF 2 Cl 2 ) . klorin membentuk klorin monoksida (ClO) dan oksigen (O
2 ) apabila bertindak balas dengan gas ozon (O 3 ) . kitaran diteruskan

apabila klorin monoksida bertindak balas dengan ion oksigen (O 2− )


dalam atmosfera membentuk ion klorin bebas .
B.O.D Keperluan oksigen biokimia atau B.O.D ialah jumlah oksigen yang
diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat untuk
menguraikan bahan organik daripada air dalam ukuran (mg/l) nilai
B.O.D yang tinggi menunjukan kualiti air tidak baik dan kandungan
oksigen adalah rendah akibat daripada bilangan bakteria dan kulat
pengurai yang banyak . mikroorganisma ini mengunakan oksigen untuk
menguraikan bahan organik seperti kumbahan dan alga mati .
Eutrofikasi Pengayaan sumber air dengan nutrien terutama dari baja organik
seperti baja nitrat dan fosfat yang membolehkan sumber air tersebut
menyokong populasi tumbuhan hijau seperti alga hijau . kadar
pertambahan alga hijau adalah lebih tinggi daripada kadar
pertambahan populasi haiwan akuatik menyebabkan B.O.D meningkat
dan haiwan akuatik mati akibat kekurangan oksigen .
Bahan Bahan seperti insektisid , fungisid , herbisid , baja kimia dan baja
agrokimia organik . bahan ini dapat dilarutkan oleh air dan boleh membunuh
fitoplankton dan zooplankton .
Biologi tingkatan 4 disediakan oleh kiu dawn chii (5B) - 2003 – hak cipta terpelihara .