Jenis-Jenis Perintang.
Perintang boleh dibahagiakan kepada dua jenis yang utama, iaitu ;-
a.perintang tetap
b.perintang boleh ubah
Rajah Perintang
Simbol Perintang
Dalam rajah litar skematik, perintang ditunjukkan dengan rajah seperti
berikut.
Perintang Tetap
Ada beberapa jenis perintang tetap. Antaranya ialah :-
a.perimtang karbon
- paling banyak digunakan dalam litar
3. Jenis bahan
ρ atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan
ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan
bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.
L
Rα ρ
A
4. Suhu
PERARUH
- Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang
perubahan
pengaliran arus.
- Pearuh menghasilkan kearuhan.
- Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu
medan magnet kecil
terbina mengelilingi pengalir itu.
- Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan
membantu satu sama lain,
menjadikannya lebih kuat.
- Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras
seperti udara, besi dan
bahan ferit.
- Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.
N S
G
Jenis-jenis pearuh
1. Pearuh Tetap
Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai
kearuhan yang tidak
berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras
besi, teras besi serbuk
dan teras ferit.
a. Pearuh teras udara
Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro
henry atau kurang.
Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanya
digunakan pada frekuensi
yang tinggi. Contohnya, pearuh ini digunakan sebagai
pencekik frekuensi
radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi)
daripada
melalui laluan tertentu dalam litar.
b. Pearuh teras besi
Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang
bersalut penebat
nipis. Nilai kearuhan pearuh teras besi adalah daripada
beberapa mili henry
hingga beberapa henry. Pearuh teras besi digunkan
sebagai penapis frekuensi
rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan
sebagai pencekik dalam
litar lampu pendaflour.
2 Pearuh Bolehubah
- Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke
dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan.
-Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk.
-Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh yang
menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri
mempunyai bebenang untuk pelarasan teras.
-Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak.
-Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada
gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.
Logam
Dielektri
k
Contoh : Pemuat
Nilai kemuatan bergantung kepada nilai pemalar dielektrik, luas permukaan plat
dan jarak di antara kedua-dua plat.
C = ∈A
D
Di mana,
C = Kemuatan
∈ = Pemalar dielektrik
A = Luas
D = Jarak kedua-dua plat
Jenis-Jenis Pemuat
Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh
ubah.
1.Pemuat Tetap
b. Pemuat berputar
- Kemuatan pemuat diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas
permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan oleh
dielektrik udara.
- Pemuat berputar yang lebih kecil biasanya menggunakan dielektrik
saput plastik nipis di antara plat.
Cα A
4. Ketebalan dielektrik.
TRANSISTOR
1. Komponen elektronik yang amat penting dalam sesuatu litar.
2. Ia telah dapat menggantikan tiub vakum yang digunakan pada masa
lampau.
3. Transistor berfungsi sebagai :-
a. pengawal arus
b. penguat arus
c. satu suis
4. Transistor juga diperbuat daripada cantuman bahan jenis N dan P
tetapi mengandungi tiga
Lapisan.
5. Lapisan-lapisan itu sama ada NPN atau PNP.
PEMUNGUT PEMUNGUT
N P
P TAPAK N TAPAK
N P
PENGELUAR PENGELUAR
E C E C
N P N P N P
B B
cantuman E - B , voltan pincang depan cantuman C -
B , voltan pincang songsang
N P
- - - - -N -
E
- - - + - - - C
- - - + - - -
+
- - - - - -
B
V1 V2
DIOD
1. Diod ialah komponen yang mempunyai 2 semikonduktor iaitu dari
jenis P dan jenis N.
2. Diod juga dikenalis sebagai rectifier, hanya membenarkan arus
mengalir dalam satu hala
sahaja.
3. Ini bermakna , arus dapat mengalir melaluinya jika hujung P adalah
positif dan hujung N adalah
Negative suatu punca voltan.
4. Semasa arus mengalir, nilai rintangan diod adalah rendah.
5. Struktur Binaan bagi diod adalah sama dengan cantuman P-N.
6. Diod ialah komponen elektronik dua pin yang terdiri dari anod dan
katod.
Anod
P Arah arus
konvensional
N
Katod
Struktur Binaan dan Simbol Skematik Diod
7. Dalam alat-alat elektronik masa kini, diod semikonduktor lebih
banyak digunakan.
8. Ini kerana diod semikonduktor dapat mengalirkan arus dan voltan
yang lebih tinggi.
9. Ia juga lebih kecil, ekonomik dan tahan lama.
10. Pada mulanya dicipta diod germanium kemudian diod silikon.
11. Diod silikon boleh berfungsi walaupun arus setinggi 100A setiap
cm2
12. Voltan yang dikenakan merentasi diod dipanggil Voltan Pincang
13. Apabila anod mendapat voltan lebih positif dari katod atau
katod mendapat voltan lebih
negatif dari anod, diod dikatakan berada dalam keadaan
pincang depan.
14. Apabila anod mendapat voltan lebih negatif dari katod atau
katod mendapat voltan lebih
positif dari anod, diod dikatakan berada dalam keadaan
pincang songsang.
A K A K
+ − − +
Id (mA)
Voltan
pecah tebat
Vs Vd
Voltan
sawar
Is (µ A)
Arus Depan (Id) ialah arus yang mengalir melalui diod semasa
pincang depan. Biasanya Id diukur dalam mA.
Arus Songsang (Is) ialah arus yang sangat kecil iaitu arus bocor yang
mengalir melalui diod semasa pincang songsang. Biasanya Is diukur
dalam µ A.
Anod Katod
Suis Tertutup
Anod Katod
Suis Terbuka
Diod dipincang songsang
Sifat-Sifat Diod
1. Apabila bateri disambungkan kepada punca positif semikonduktor
dan di punca negative semikonduktor, lubang positif didesak mengalir
menerusi simpangan p-n dari P ke N dan electron (-ve) dari N ke P.
2. Dengan ini arus akan diperolehi. Simpang p-n melakukan kerja
pincang ke depan dan apabila beza upaya bertambah, arus juga
bertambah.
3. Apabila punca bateri disongsangkan hanya sedikit sahaja arus
yang mengalir.
4. Dalam hal ini simpang p-n disebut sebagai pincang terbalik.
5. Ketika ini hanya arus yang kecil dibawa. Cas negative di
semikonduktor p dan cas positif di semikonduktor didesak
mengalir menerusi simpang p-n.
6. Semasa arus kecil mengalir, ia menjadi panas. Apabila logam
cukup panas ia akan menghasilkan elektron. Proses ini dikenali
sebagai proses termionik.
7. Magnitud atau pengaliran arus songsang bergantung hanya pada
suhu semikonduktor.
8. Ini dapat diketahui iaitu simpang p-n dibuat seperti rektifier.
9. Ia berintangan rendah dalam satu aliran beza upaya dan
berintangan tinggi dalam aliran yang satu lagi. Inilah yang
dikenali sebagai simpangan diod.
DIOD ZENER
1. Diod Zener sangat penting dalam bekalan kuasa. Ia digunakan
sebagai penstabil voltan.
Katod Anod
Id
Is
Semasa pincang depan, lengkuk cirian tidak banyak beza dengan diod
biasa
Bezanya diod zener berbanding dengan diod biasa ialah diod zener
beroperasi semasa pincang songsang.
c.Diod zener boleh dibuat supaya voltan zener ditentukan pada nilai
yang
terpilih (2.4V - 200V).
PENGUBAH
1. Pengubah mudah mengandungi dua gegelung yang diletakkan berdekatan
tetapi tidak ada sebarang sambungan elektrik di antara satu sama lain.
2. Gegelung di mana A.U dikenakan dinamakan gegelung utama.
3. Ia menjanakan medan magnet yang memotong menerusi belitan-belitan
gegelung yang kedua yang dinamakan gegelung sekunder dan menjanakan
voltan dalamnya.
4. Oleh yang demikian pengubah memindahkan kuasa elektrik daripada satu
gegelung kepada yang lain dengan cara medan magnet yang berulang-alik.
5. Pengubah tersebut tidak disambung secara fizikal langsung diantara satu
sama lain.
6. Walau bagaimanapun gegelung itu adalah terganding (coupled) secara
magnet.
7. Katakan bahawa gegelung utama dan sekunder adalah serupa, dan diletakkan
supaya kesemua garis medan daya magnet dapat menyebabkan satu arus
ulang alik mengalir dalam gegelung utama memotong kesemua belitan dalam
kedua-dua gegelung itu
8. Jika gegelung sekunder tidak disambung kepada sebarang litar luar, d.g.e.
balik yang diaruh dalam gegelung utama akan menjadi hamper serupa dalam
amplitude, fasa A.U. berlawanan dengan voltan yang dikenakan
9. Hanya sedikit arus kecil sahaja yang akan mengalir dalam gegelung utama
kerana perubahan diantara voltan yang dikenakan dengan d.g.e balik.Arus ini
dinamakan arus pemagnetan.
10. Pengubah-pengubah sentiasa digunakan untuk langkah naik dan langkah
turun bagi voltan-voltan a.u
11. Contoh, jika terdapat 1000 belitan dalam gegelung sekunder dan hanya 100
belitan dalam gegelung utama, voltan yang diaruhkan dalam gegelung
sekunder akan menjadi 10 kali voltan yang dikenakan pada gegelung utama,
iaitu 1000/100 = 10,
12. Oleh kerana terdapat lebih banyak belitan dalam gegelung sekunder
daripada gegelung utama, pengubah jenis tersebut dinamakan pengubah
langkah naik.Dengan ringkas, ia ditulis seperti berikut:
Kehilangan teras
1. Apabila sesuatu teras magnet menjadi panas, ini menunjukkan bahawa
sebahagian daripada tenaga yang dibekal kepada gegelung digunakan dalam
teras sebagai haba.
2. Dua kesan yang utama adalah kehilangan arus Pusar dan kehilangan
histeresis.
Jenis-jenis pengubah
1. Pengubah memencil (Isolating transformer)
Kadangkala nisbah lilitan 1:1 digunakan dan voltan-voltan utama dan
sekunder adalah serupa, ini bermakna pengubah tersebut hanya secara
elektrik memencilkan litar sekunder daripada litar utama dan pengubah
tersebut dinamakan pengubah memencil.
Pengubah-pengubah memencil digunakan di dalam bengkel dan makmal bagi
tujuan keselamatan.
2. Autopengubah
Dalam autopengubah bahagian pengubah dari satu hujung ke tap Y berfungsi
sebagai gegelung belitan utama, dan belitan yang lengkap (X dan Z) sebagai
belitan sekunder.Autopengubah boleh digunakan sebagai pengubah langkah
naik atau langkah turun dengan cara menukar kedudukan tap nisbi (relative)
dengan belitan penuh.
3. Pengubah frekuensi pertengahan