Anda di halaman 1dari 2

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

wanita-solehah8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran


tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2
tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita
mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh
wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau
bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr
Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih
mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak
malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas
pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti
keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul
juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga
membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu,
penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila
nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat
kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat
rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini
membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu
berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita
tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal
percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami
bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah
kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok
lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa..
Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih
sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi
sebegini.

Anda mungkin juga menyukai