Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PERCUMA RAHSIA RESUME KERJA

Disclaimer
Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan
kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana
bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru
sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk anda
menulis resume. E-book in juga sesuai untuk membantu anda supaya penulisan resume
anda lebih tersusun, berinformatif, kemas dan lengkap dengan isi-si penting resume.
E-book ini lebih memfokuskan kepada teknik-teknik memikat bakal majikan anda. Oleh
itu, diharap e-book “Rahsia Resume Kerja” ini akan dapat membantu menceriakan
resume anda dan memenangi hati majikan baru anda.

Amaran!!!
 E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara
http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

 Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book
ini kepada Pihak Lain.

 Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan


undang-undang.

 Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin


http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

 jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web


http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

 Tindakan Anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.


E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari
http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my sahaja.

1
Jika Anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkan ilmu di dalam
e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh
(Syed Faiz)
http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

Mengenai Penulis
Syed Faiz atau nama sebenar Syed Mohd Faiz merupakan seorang
Jurutera di salah sebuah syarikat di Malaysia. Beliau memulakan
penulisan e-book setelah menyedari akan kepentingan ilmu yang dapat
disampaikan kepada pembaca dengan cara yang mudah dan cepat serta
sejajar dengan perkembangan teknologi di Malaysia sekarang. Beliau
dibantu dan dibimbing oleh seorang sifu yang benar-benar
berpengalaman di dunia perniagaan e-book iaitu Jamaludin Bahari atau
lebih dikenali sebagai Sifu Jamal.

Beliau menulis e-book “Rahsia Resume Kerja” ini setelah menyedari


akan permintaan yang tinggi di laman sesawat (website). Kekurangan
bahan rujukan dalam bahasa Melayu tentang bagaimana menulis
resume juga menjadi faktor sokongan beliau menulis e-book “Rahsia
Resume Kerja” ini.

Setelah beliau menilai setiap daripada faktor-faktor ini, beliau berusaha


menulis e-book berkenaan bagaimana menulis resume dengan gaya
tersendiri dan memikat. Informasi yang beliau kongsikan di dalam e-
book ini amat berguna kepada anda yang ingin memperbaiki mutu penulisan resume anda
seterusnya mendapat pekerjaan yang anda idam-idamkan.

Web
http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

Salam Hormat…

Terima Kasih kerana anda yang sudi mendownload Laporan Percuma ini.

2
Baiklah di dalam Laporan Percuma ini apa yang saya ingin kongsikan bersama anda
adalah pengalaman saya semasa menghadiri temuduga buat pertama kali. Ia berkait
rapat juga dengan resume yang anda tulis.

Ok begini ceritanya. Sebelum saya hadir temuduga pada bulan Mei 2008 dah tentulah
saya perlu tuliskan satu resume untuk saya berikan kepada ajen pencarian kerja sewaktu
tu. Jika tak silap saya, saya uploadkan resume saya pada ketika itu di satu website (saya
dah tak ingat dah…maklumlah dah hampir 3 tahun…hehe  ).

Berkemungkinan syarikat tersebut melihat resume saya dan berminat untuk


menemuduga saya pada masa tu. Pihak syarikat tersebut telah menelefon saya untuk
buat temujanji tarikh dan waktu yang sesuai.

Daripada tempat saya tinggal, saya bergerak ke tempat temuduga di sekitar kawasan
Dataran Prima, Petaling Jaya. Untuk makluman syarikat tersebut adalah satu syarikat
yang menyediakan produk dan servis yang berkaitan oil & gas. Apa lagi berminat
sangatlah saya pada masa tu  hehe, mungkin sebelum saya habis belajar mind set saya
hanya nak kerja dengan oil & gas…yelah sebab banyak yang kerja kat situ dapat bayaran
yang agak lumayan kan. Saya pun mind setkan minda saya ni supaya cari kerja yang base
kepada oil & gas.

Saya sampai di syarikat tersebut pada 2.30 petang. Sebelum temuduga, saya diminta
untuk mengisi satu borang butiran diri dan menjawab beberapa soalan. Rasanya IQ test
kot. Selepas isi borang dan jawab soalan saya ke bilik temuduga. Ada 2 orang panel pada
masa tu. Kedua-duanya lelaki.

Soalan ditanya bertubi-tubi. Saya dah lah tak ada pengalaman temuduga. Agak takut
juga masa tu. Dari atas sampai bawah rasa menggigil jer…maklumlah baru 1 st time 
hehe. Sekarang boleh lah saya gelak teringatkan balik pengalaman tu. Dulu…takutnya
yaa amat 

Banyak juga soalan yang panel temuduga bertanya pada masa tu. Antaranya saya
ringkaskan seperti dibawah ni :

 Seperti biasa saya diminta untuk terangkan siapa saya.

 Kemudian apa yang saya tahu tentang syarikat tu contohnya seperti nature of
business syarikat, produk syarikat dan website syarikat (penting untuk anda
mengkaji website syarikat sebelum anda hadir ke temuduga)

 Soalan tentang produk atau servis yang syarikat tu sediakan. Panel temuduga
minta saya terangkan apa yang saya tahu. Bagi produk saya diminta untuk

3
terangkan apakah fungsi produk tersebut, nama produk dan kepada siapa
mereka pasarkan.

 Kemudian siapa pelanggan mereka.

Semua ini penting untuk anda tahu. Nasib baiklah saya sempat lihat ke website syarikat
tersebut. Apa yang saya lakukan, saya printkan misi dan visi syarikat, carta organisasi,
produk dan jenis servis yang syarikat tersebut sediakan. Saya bawa masuk apa yang saya
print tu ke dalam bilik temuduga. Sebelum itu, saya dah hafal sedikit sebanyak info
syarikat.

Jika boleh, tak perlu rujuk apa yang anda print semasa interview. Ia soalah-olah
menampakkan anda kurang bersedia. Walaupun saya bawa bahan rujukan pada masa tu
tapi saya tak rujuk sebab takut mengundang perspektif negatif panel temuduga.

Ada juga soalan yang saya kantoi tak boleh nak jawab. Saya hanya diam jer pada masa
tu. Apabila dah dapat pengalaman sedikit sebanyak barulah saya faham jika tak boleh
jawab soalan lebih sesuai jika berikan jawapan “saya kurang pasti”. Itu lebih baik
daripada berdiam diri 

Kemudian soalan yang agak best sikit, panel bertanya pada saya berapa bayaran yang
saya mahu. Apa lagi saya cakap lah RM2500. Iyerlah kan baru tamat degree ajer...hehe.
Salah seorang panel tersebut turunkan bayaran kepada RM1100. Pada masa tu mind set
saya hanya nak kan gaji yang agak setimpal. Panel menyoal saya lagi sama ada saya
berminat atau tidak. Akhirnya saya jawab kurang minat sebab memikirkan starting gaji
sepatutnya RM2000 ke atas. Lain diharapkan lain yang ditawarkan. Tetapi tak
mengapalah, itu pengalaman pertama saya. Masih banyak lagi yang saya perlu improve
kan pada masa tu.

Banyak juga soalan tentang komunikasi. Syarikat tersebut banyak outstation ke Jepun
untuk lihat teknologi disana sebab jawatan yang saya mohon adalah “Sales Engineer”.
Mungkin komunikasi menjadi satu elemen tersangat penting kat sini. Seorang panel
tersebut soal saya lagi jika saya mahir berbahasa inggeris dan berani berhadapan
dengan customer luar negara. Dengan rasa kurang yakinnya…saya menjawab YA saya
berani…hehe . Bab komunikasi dan hubungan sesama pelanggan memang mereka
titikberatkan. Saya yakin syarikat lain pun sama juga.

Oh ye…banyak soalan ditanya berdasarkan resume yang saya sediakan sebelum tu.
Bermakna panel temuduga melihat resume saya sambil menyoal saya pada masa tu.
Banyak juga soalan yang panel soal tentang resume saya semasa saya ditemuduga.
Sebab itulah penulisan resume yang mantap perlu sebabnya nanti resume anda akan
dijadikan bahan untuk panel menyoal. Saya harap anda bersedialah yer ..hehe
Baiklah daripada cerita saya di atas, banyak perkara penting yang boleh saya rumuskan
dan sesuai untuk anda rujuk nanti. Perkara penting ini melibatkan penulisan resume dan

4
bagaimana nak tackle hati panel temuduga sebab kedua-dua perkara ini berkait rapat
antara satu sama lain. Antara yang saya dapat rumuskan adalah :

Berkaitan Resume
 Mesti memenuhi kriteria bakal majikan.
 Menarik hati bakal majikan.
 Menggunakan teknik penulisan resume yang sebenar.
 Perlu tahu perkara penting perlu ada dalam resume.
 Perlu tahu perkara yang menjadi pemikat majikan.

Berkaitan Temuduga
Anda perlu….
 Faham apakah fungsi setiap soalan yang ditanya.
 Tahu bagaimana beri jawapan yang sesuai.
 Tahu ayat yang sesuai untuk jawap soalan.
 Tahu soalan yang boleh ditanya daripada resume anda.

Dan banyak lagi yang perlu anda siapkan diri anda sebelum menulis resume yang
mantap sehingga terhasil satu resume yang mampu meyakinkan bakal majikan terhadap
kemampuan diri anda.

Untuk memenuhi kemahuan anda saya telah sediakan satu panduan untuk anda
mencipta kejayaan dengan cara anda sendiri. Kejayaan anda….andalah penentunya.
Saya hanya mampu memberi maklumat yang dapat membantu anda. Demi masa depan
anda…

DAPATKAN SEKARANG!
http://www.resumekerja.com/index.php?ref=my

5
MY KERJAYA
http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya

TIPS KERJAYA
http://groups.google.com/group/tipskerjaya

Anda mungkin juga menyukai