Anda di halaman 1dari 8

Bab 6: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.0 PENGENALAN

Bahagian ini akan merumuskan dapatan-dapatan yang diperolehi dalam


kajian serta mencadangkan langkah-langkah untuk membantu mengatasi masalah
ini pada masa hadapan.

6.1 PROFIL PENGGUNA

Hasil dapatan awal kajian ini memberi maklumat bahawa gejala penyalahgunaan
inhalan ini cenderung terarah kepada golongan muda berusia 20 tahun ke bawah
dan lazimnya mereka ini berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Dapatan kajian ini turut menyangkal pendapat umum yang menyatakan bahawa
pelaku berasal daripada keluarga yang berpecah-belah, apabila 60 peratus
responden menetap dengan kedua-dua ibu bapa. Selain itu, rata-rata pelaku
mempunyai tahap pendidikan yang rendah, di mana kurang 40 peratus responden
mempunyai pendidikan tingkatan 5 dan ke atas. Tinjauan lapangan yang dilakukan
mendapati remaja di kawasan luar Bandar lebih terdedah kepada risiko
penyalahgunaan inhalan berbanding remaja di bandar. Hasil temubual
mencadangkan berlaku tren penurunan umur ketika kali pertama menggunakan
inhalan. Pada hari ini, kanak-kanak seawall 9 tahun telah mula terjebak dalam
kancah ini. Untuk memahami trend an sejauh mana gejala ini merebak, banci
seluruh Negara mengkhususkan kepada penyalahgunaan penyalahgunaan inhalan
seperti National Household Survey on Drug Abuse yang dilaksanakan di Amerika
Syarikat boleh dilaksanakan setiap 5 tahun sekali.

6.2 FAKTOR PENGLIBATAN DALAM PENYALAHGUNAAN INHALAN

Factor yang dikenalpasti mendorong responden untuk terjebak dalam gejalan ini
adalah pengaruh kawan dan sikap ingin mencuba. Pengaruh rakan bertindak
sebagai pembuka pintu kepada gejala ini, di mana aktiviti menggunakan inhalan
kerap berlaku dalam kumpulan. Sikap ego, tidak mahu kalah dan keinginan untuk
diiktiraf oleh rakan-rakan sebaya adalah antara sebab bagaimana responden mula-
mula terjebak walaupun mereka berasa ragu-ragu untuk melakukannnya buat
pertama kali. Hanya 2 atau 3 orang responden sahaja yang meletakkan factor
tekanan sebagai punca pembabitan mereka dalam aktiviti ini. Bermula dengan
hanya untuk seronok, responden akhirnya hanyut lebih jauh dan mula ketagihan
akan bahan inhalan. Tabiat ini mendorong mereka untuk berbelanja antara puluhan
hingga ratusan ringgit untuk menampung tabiat ini. Apabila tidak mendapat bahan,
ada yang bertindak agresif dan membahayakan ahli keluarga.

6.3 SIKAP DAN PERANAN PENIAGA

Sikap pekedai yang mementingkan keuntungan tidak membantu dalam mengawal


gejala ini. Malahan, ada pekedai yang mengambil kesempatan dengan menaikkan
harga bahan apabila melihat responden terdesak untuk menggunakan bahan
tersebut. Pembelian dilakukan dalam tin atau paket kecil (bagi mereka yang tidak
mampu membelinya dalam bentuk tin). Selain golongan ini, terdapat peniaga kecil
gam yang memperdagangkan gam dalam paket kecil di kawasan kejiranan itu
sendiri. Ternyata pihak ini ingin mengaut keuntungan daripada penyakit masyarakat
ini. Namun begitu, alasan pekedai untuk terus menjualkan bahan kepada remaja ini
tidak harus ditolak ke tepi, iaitu mereka tidak tahu bahan tersebut digunakan untuk
tujuan apa memandangkan ia adalah barangan kegunaan domestik. Pekedai tidak
dapat berbuat apa-apa sekiranya pembeli bertindak menyalahgunakan bahan
tersebut.

Keadaan yang berbeza mungkin berlaku sekiranya terdapat akta yang melarang
penjualan bahan dengan sewenang- wenangnya kepada individu yang disyaki akan
menyalahgunakannnya. Dengan ini, para peniaga akan lebih berhati-hati dan
memilih pelanggan apabila menjualkan bahan ini kerana sikap lepas tangan
(menjual bahan sebarangan) hanya akan menyebabkan mereka dikenakan tindakan
undang-undang. Contoh yang baik adalah akta inhalan yang disebutkan dalam
laporan ini dalam Bab 2.

6.4 INISIATIF PELAKU

Apa yang pasti, harga gam yang secara relatifnya lebih murah berbanding bahan
khayal lain, akses yang mudah menyebabkan responden terlibat secara terus
menerus dalam gejala ini. Yang menariknya adalah responden bertindak kreatif dan
inovatif dalam mengubahsuai bahan kegunaan domesetik apabila tidak mendapat
gam (bahan inhalan yang lazim digunakan), malahan sikap “keusahawanan” mereka
terpancar apabila ada mengambil inisiatif menjual barangan seperti tin, besi buruk,
hasil tangkapan seperti ikan dan ketam demi mendapatkan wang untuk menampung
amalan mereka. Tidak kurang pula yang bertindak menjual barangan dari rumah
mereka dengan harga murah, dan sudah pastinya tindakan ini menyemarakkan lagi
konflik dalam keluarga yang sedia wujud akibat penyalahgunaan inhalan.

Keadaan ini menunjukkan pergantungan kepada inhalan oleh sesetengah pelaku


sanggup bertindak jauh untuk mendapatkan bahan demi memuaskan ketagihan
mereka. Tingkahlaku ini menunjukkan withdrawal syndrome yang dipamerkan oleh
sebahagian mereka yang ketagihan bahan yang dklasifikasikan sebagai TIDAK
TERLARANG ini, tidak kurang hebatnya dengan penagih dadah jenis lain.

6.5 KESEDARAN AKAN BAHAYA MENYALAHGUNAKAN INHALAN

Gejala ini membawa impak negative kepada semua pihak, khususnya kepada
responden sendiri dan mereka sedar akan risiko penglibatan dalam kegiatan ini.
Laporan- laporan kajian lepas menjelaskan bagaimana bahan kimia yang
terkandung di dalam inhalan seperti toluene memberi kesan kepada otk manusia.
Pendekatan kepada bahan kimia yang berlebihan menyebabkan kerosakan mental
kerana ia akan terus menyerang central nervous system (CNS). Namun begitu,
kesedaran ini tidak cukup kuat untuk mendorong mereka untuk berhenti. Factor lain
yang membantu mereka untuk meneruskan tabiat ini adalah pengaruh kawan dan
factor yang membantu mereka keluar daripada tabiat ini juga adalah pengaruh
kawan. Telah disebutkan, golongan remaja ini merasakan mereka perlu belong
kepada satu kesatuan dan kesatuan ini menyebabkan mereka bertindak secara
kolektif. Justeru, dalam kebanyakan kes, peranan keluarga jarang memainkan
peranan dalam usaha untuk menghentikan tabiat ini secara voluntary. Mungkin
responden tidak sedar tentang wujudnya sindrom sniffing death yang boleh berlaku
tanpa diduga. Status produk inhalan yang rata-ratanya merupakan bahan kegunaan
domestic memberi gambaran bahawa ia tidak berbahaya untuk disalahgunakan.

Langkah awal mengatasi masalah ini adalah dengan memberi panduan dan
kesedaran kepada golongan yang terdedah kepada risiko penyelahgunaan inhalan.
Program kesedaran perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah seawall peringkat rendah
agar kanak-kanak sedar akan bahaya penyalahgunaan inhalan dan kesannya
terhadap perkembangan fizikal serta minda mereka. Kanak- kanak ini juga perlu
diajar agar memilih rakan-rakan mereka, serta menjauhi mana-mana rakan yang
diketahui terlibat aktif dalam tabiat ini. Kadar kesedaran yang tinggi akan membantu
merencatkan perkembangan gejala negative ini daripada berleluasa.

6.5 KESEDARAN IBU BAPA DAN KELUARGA

Sebahagian besar responden menyatakan perbuatan mereka tidak disedari oleh


ahli keluarga mereka. Jika diketahui, “mati jawabnya.” Respon si gadis dari
sembulan. Bagi ibu bapa yang tahu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk
menghentikan tabiat ini tetapi hampir semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya
mereka hanya membiarkan sahaja perbuatan tersebut dan melihat sejauh mana
tindakan remaja atau individu terbabit.

Hakikatnya, ramai ibu bapa yang tidak sedar anak mereka terlibat dalam gejala
penyalahgunaan inhalan munkin kerana anak mereka tahu menyembunyikan
perbuatan tersebut. Namun begitu, jika ibu bapa sedar apakah symptom-simptom
penggunaan inhalan, mereka dengan mudah boleh mengesan masalah tersebut
dalam anak mereka. Oleh itu, dalam usaha memulihkan si pelaku, ibu bapa perlu
diberi panduan tentang bagaimana mengenalpasti jika anak meeka terlibat dengan
inhalan (partnership for a drug-free, America, 2005). Berikut adalah beberapa
petunjuk yan gboleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengesan tabiat ini (NIDA,
2005):

Terdapat bau kimia dalam nafas dan pakaian mereka

Terdapat bekas cat atau calitan pada muka, tangan dan pakaian

Terdapat bekas bahan yang disembunyikan atau kain yang dicelup ke dalam
bahan kimia

Mabuk dan rupa fizikal yang tidak terurus

Pertuturan yang tidak teratur

Loya dan hilang selera makan serta mudah meradang dan kurang memberi
tumpuan

Mata merah dan berair


Ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka bergaul. Hal ini kerana
majority responden mula terjebak dengan tabiah menggunakan inhalan disebabkan
pengaruh rakan. Salah satu cara untuk mengelakkan anak-anak daripada mula
terjebak dalam kancah ini adalah dengan menjauhkan anak-anak daripada terus
bergaul dengan rakan-rakan yang mempunya kecenderungan ini. Pendapat yang
sama dinyatakan oleh seorang responden, di mana beliau Berjaya berhenti
menyalahgunakan bahan kerana menghadkan pergaulannya dengan rakan-rakan
yang merupakan “kaki gam”.

6.6. AKTA INHALAN PERLU DISEGERAKAN

Selain itu, ketiadaan akta yang melarang kepada salahguna bahan ini menjadikan
responden dan ibu bapa berpendapat bahawa gejala ini tidak serius berbanding
dadah lain. Ketiadaan akta juga menyebabkan guru sekolah tidak mampu berbuat
apa-apa jika mendapati anak muridnya menghidu gam di kawasan buit di belakang
sekolah. Menurut mereka, tanggungjawab menangani masalah ini jatuh ke bahu
pihak berwajib yang lain. Kajian Hazman bin Seli et al. (2003) mendapati salah satu
faktor yang menyebabkan kenapa pelajar di kawasan persisir pantai di Sarawak
lebih suka memilih gam sebagai bahan khayal adalah disebabkan ketiadaan sekatan
undang-undang. Pada masa ini, pihak berwajib hanya boleh menahan seseorang
individu yang menggunakan inhalan jika ia mengganggu ketenteraman awam. Hal ini
bermaksud si pelaku hanya boleh ditahan sekiranya melakukan jenayah lain seperti
kecurian ketika dalam high tetapi individu tersebut tidak bileh ditahan atas sebab
‘high’ semata-mata.

Singapura yang telah mempunyai akta inhalan yang lebih dikenali sebagai
intoxicating substances abuse (INSA) sejak tahun 1985, mempunyai kelebihan untuk
menahan individu yang menyalahgunakan inhalan dan penjual yang membekalkan
bahan jika didapati ia dilakukan dnegan niat. Peniaga yang didapati bersubahat
boleh dipenjarakan atau didenda sebanyak $5000 jika enggan memberikan
kerjasama manakala individu yang didapati menyalahgunakan inhalan boleh
didenda $2000 dan dipenjarakan selama enam bulan selain dddihantaaar ke pusat
pemulihan. Kewujudan akta memudahkan peranan banyak pihak dalam usaha
merangka tindakan konkrit bagi menangani masalah ini. Walaupun terdapat
dakwaan menyatakan akta yang dilaksanakan tidak memberi keputusan seperti
yang diingini (seperti yang berlaku di Scotland), tetapi sekurang-kurangnya
kewujudan akta memberi maklumat kepada umum bahawa perbuatan menyedut
inhalan adalah salah di sisi undang-undang.

6.7 ADVANCE KEPADA BAHAN KHAYAL LAIN

Bagi responden yang berjaya berhenti menggunakan inhalan, mereka sama ada
berhenti terus daripada menyalahgunakan bahan atau beralih kepada bahan lain
yang lebih “canggih”. Salahguna inhalan boleh dilihat sebagai “batu loncatan” atau
gateway kepada dadah, dan pengakuan responden dalam kajian ini turut
menyokong peranan ini apabila mereka menyatakan rasa bosan terhadap kesan
high yang diakibatkan inhalan dan timbul keinginan untuk mencuba bahan lain.
Langkah ini akan mengakibatkan penglibatan dalam kekusutan yang lebih buruk
berbanding ketika mereka menggunakan ingalan kerana ia sudah pasti melibatkan
kos yang lebih tinggi dan seperti yang kita sedia maklum, responden sanggup
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang sekalipun terpaksa
membahayakan diri sendiri dan keluarga.

Atas sebab ini, langkah pengawalan dan pencegahan yang lebih holistik amat
diperlukan sebelum masalah meleret lebih jauh.

6.8 PROGRAM PEMULIHAN YANG KHUSUS

US Department of Health and Human Services, di dalam artikelnya bertajuk


Substance Abuse Treatment Advisory: Inhalants (Mac 2003) menyatakan bahawa
kumpulan yang menyalahgunakan inhalan perlu dipulihkan menggunakan
pendekatan yang berbeza dengan penagih dadah yang lain. Hal ini kerana, mereka
yang terlibat dalam tingkahlaku inhalan mempunyai pelbagai masalah, seperti
polydrug abuse, kehidupan keluarga yang kacau bilau, kurang keyakinan diri,
mengalami masalah jiwa dan mempunyai fungsi kognitif yang lemah akibat
pendedahan kepada inhalan. Atas alas an ini, program pemulihan yang dirangka
untuk golongan ini adalah lebih rumit dan program pemulihan dadah yang biasa
didapati tidak efektif bagi mereka. Program pemulihan melibatkan mengenalpasti
jenis inhalan yang digunakan agar rawatan spesifik dapat diberikan. Tetapi sebelum
itu, program detoxification perlu dilaksanakan sebelum memperkenalkan program
terapi yang boleh mengambil masa sehingga dua tahun (Jumper Thurman et al.
1995; Jumper-Thurman dan Beauvais 1992; dalam Ibid).

Sumber yang sama menyarankan premis pemulihan tidak boleh mempunyai bahan
pelarut organic yang boleh disalahgunakan oleh ahli program, dan digantikan
dengan produk berasaskan bukan pelarut atau aerosol.

Penyalahgunaan inhalan seringkali berlaku dalam kumpulan remaja, oleh itu individu
yang cuba dipulihkan ini perlu mempunyai lingkungan kenalan yang lain yang bebas
daripada gejala ini. Sifat ini juga menyarankan program pemulihan dilakukan dalam
bentuk kumpulan. Risiko relapse adalah tinggi bagi mereka yang terlibat dalam
tingkahlaku inhalan. Bagi menangani risiko ini, program rekreasi perlu
diperkenalkan. Di Singapura, pelatih-pelatih diperkenalkan kepada bentuk ‘high’
yang baru iaitu membina istana pasir yang penuh dengan cirri-ciri artistic. Selain itu,
mereka perlu dilengkapkan dengan kemahiran asas hidup seperti penjagaan
kebersihan, pemakanan, pesekolahan dan kemahiran bekerja.

Memandangkan gejala penyalahgunaan inhalan berlaku pada usia yang muda,


program pencegahan perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak sekolah rendah agar
mereka sedar akan bahayanya dan mampu menahan diri daripada terlibat sama
dalam gejala ini. Pendekatan ini selaras dengan kajian NIDA-MTF (2005) yang
menjelaskan tahap penglibatan dalam gejala ini merosot apabila kesedaran tentang
bahanya meningkat.

6.9 KESIMPULAN

Isu penyalahgunaan inhalan adalah multi-faceted dan memerlukan pendekatan yang


holistik untuk mengekangnya daripada terus berlaku. Program pendidikan untuk
memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan inhalan ini adalah perlu agar
masyarakat sedar akan risiko penggunaan bahan ini yang boleh mendatangkan
sniffing death syndrome pada bila-bila masa. Tedapat banyak kes kematian yang
dikaitkan dengan sindrom ini di Negara Erogah, United Kingdom dan Amerika
Syarikat. Reaksi kimia inhalan terhadap otak manusia yang diperincikan dalam bab
2 memberi idea tentang risiko amalan ini jika pelaki maih ingin meneruskan tabiat ini
demi keseronokan yang sementara. Dalam menangani punca permasalahan ini,
pihak berwajib dan anggota masyarakat perlu memahami sifat, karektor,
persekitaran dan latar belakang pelaku yang menyalahgunakan bahan ini agar
usaha pencegahannya dapat diselaraskan dari peringkat akar umbi. Kajian
mendapati terdapat anggota masyarakat yang sanggup tampil ke hadapan untuk
“membersihkan” kejiranan atau kampung mereka tetapi usaha mereka seringkali
“tidak jauh” kerana ketiadaan akta yang menyokong tindakan mereka.

Dari segi perundangan, akta inhalan adalah satu keperluan yang mendesak agar
orang awam dan pihak berkepentingan dapat memainkan peranan yang jitu untuk
membendung isu ini daripada terus menular dan merosakkan anak-anak yang
merupakan generasi pelapis negara. Negara jiran kita, Singapura telah mewujudkan
akta ini sejak tahun 1985 tetapi kenapa kita tertinggal 24 tahun di belakang mereka?
Adakah hakikat ini menunjukkan mereka lebih proaktif dan lebih serius dalam
menangani masalah inhalan berbanding negara kita? Mungkin ini bukan masanya
untuk membahaskan siapa yang serius dan siapa lebih proaktif, tetapi ini masanya
untuk melaksanakan sesuatu yang negara kita harus lakukan sejak sekian lama,
menyediakan asas yang kukuh untuk menangani gejala ini (ini meliputi peranan
masyarakat dan aspek perundangan) dan usaha ini merupakan tanggungjawab
semua pihak dan tidak seharusnya di bahi satu pihak sahaja.

Anda mungkin juga menyukai