Anda di halaman 1dari 32

1

1.0 Pendahuluan

Wawasan 2020 memberi penekanan kepada human capital dalam


pertumbuhan ekonomi. Ketika pendidikan memainkan peranan utama dalam
pembangunan ekonomi, pendidikan teknik dan vokasional menjadi sumber
membekalkan tenaga mahir dalam mencapai pembangunan ini. Hoong (1989)
menyatakan bahawa lulusan institut latihan teknik dan vokasional masih belum dapat
memenuhi keperluan industri. Peranan Institut Latihan Kemahiran lebih tertekan
dengan proses industrialisasi dan perubahan teknologi yang pesat yang
menggandakan lagi keperluan terhadap tenaga mahir.

Antara agensi-agensi kerajaan yang menyediakan Institusi Latihan


Kemahiran ialah:

a) Kementerian Pendidikan – Sekolah Menengah Teknik, Sekolah


Menengah Vokasional dan Politeknik.
b) Kementerian Sumber Manusia – Institut Latihan Perindustrian dan
CIAST.
c) Kementerian Belia dan Sukan – Institut Kemahiran Belia Negara.
d) Majlis Amanah Rakyat – Institut Kemahiran Mara dan Pusat Giat
Mara.
e) Kerajaan Negeri – Pusat Latihan Kemahiran.
f) Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Negara-negara industri di Barat mahupun di Asia Timur semuanya mengatur


strategi untuk ‘membestarikan’ PVLK (Pendidikan Vokasional dan Latihan
Kemahiran) walaupun berlainan bentuk dan cara pendekatannya (Ashton dan Green,
1996). Walau bagaimana pun corak pendekatannya, strategi yang diatur disokong
oleh satu bentuk kerangka analitikal yang serupa iaitu berdasarkan teori human
capital. Pengajaran dan pembelajaran bestari adalah bertujuan menghasilkan output
yang produktif sama ada untuk diri sendiri, masyarakat ataupun negara. Apa yang
2

menyerlah dalam pembaharuan institusi kemahiran vokasional di negara-negara barat


seperti Australia, Jerman, Perancis dan Britain ialah dengan meningkatkan
penglibatan majikan secara terus dalam memformulakan latihan vokasional.
Fenomena PVLK di Asia Timur adalah serupa malah ia adalah refleksi daripada
sistem di Barat. Usaha untuk melahirkan tenaga mahir dilakukan lebih bersungguh-
sungguh kerana Asia Timur mengamalkan saliran kemahiran tinggi (high skills
trajectory). Bentuk latihan kemahiran vokasional di negara-negara seperti Korea,
Hong Kong dan Jepun adalah lebih baik daripada negara-negara di Asia Tenggara
seperti Indonesia, Thailand Filipina dan Malaysia (UNESCO, 1994). Lebih tepat
lagi, PVLK di Asia Timur dikendalikan oleh kerajaan. Guru-guru diberi galakan
menghadiri latihan dalam perkhidmatan dan membuat penyelidikan. Kemudahan
dibengkel selalu disesuaikan dengan keperluan terkini industri.

Kebanyakkan negara yang mencapai taraf negara perindustrian, pelajar aliran


vokasional melebihi 60 peratus sedangkan di Malaysia ia tidak sampai 10 peratus.
Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan pelajar bagi
pendidikan teknik dan vokasional tetapi ianya masih jauh lebih rendah berbanding
dengan negara maju yang lain. Contohnya, nisbah pelajar pendidikan vokasional di
Jerman ialah 60 peratus, Jepun 28 peratus dan Taiwan 70 peratus. (Ishak Yusuf &
Rahmah Ismail 1997, 85)
3

2.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Rusia

Perubahan sistem pemerintahan Rusia daripada totalitarian kepada demokrasi


telah memberi perubahan yang mendalam kepada ekonomi dan sosial Rusia.
Permintaan terhadap keperluan manusia semakin tinggi dan ini menyebabkan
keperluan terhadap sistem pendidikan vokasional semakin mendapat permintaan.
Oleh kerana permintaan terhadap tenaga kerja yang mahir dan separa mahir semakin
bertambah, maka model pendidikan vokasional baru telah dibentuk sebagai sistem
interaksi antara negara, pekerja dan perniagaan. Perlaksanaan model ini memerlukan
kerjasama antara kementerian pendidikan dan sekolah vokasional.

2.1 Program Pendidikan Vokasional

Perubahan dalam pendidikan vokasional adalah kesan daripada perubahan


dalam ekonomi negara Rusia beberapa tahun dahulu. Ini bermakna pendidikan
vokasional merupakan salah satu langkah untuk menampung keperluan pekerja
dalam industri. Pihak kerajaan Rusia telah memainkan peranan yang penting dalam
perlaksanaan pendidikan vokasional ini. Antara peranan yang telah dimainkan
adalah:

1. Penyelidikan dalam pendidikan vokasional.


2. Merangka standard untuk pendidikan vokasional.
3. Mengenalpasti persamaan antara diploma pendidikan vokasional di
negara luar dengan Rusia.

Sistem pendidikan vokasional yang baru telah digubal Rusia. Pendidikan


vokasional di Rusia telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
4

1. Pendidikan vokasional rendah


2. Pendidikan vokasional menengah
3. Pendidikan vokasional tinggi
4. Pendidikan vokasional lepasan ijazah
5. Pendidikan vokasional tambahan/khas

Sistem pendidikan vokasional ini dilaksanakan sama ada dalam bentuk


institusi pendidikan, pendidikan keluarga, pendidikan individu, pendidikan lanjutan
atau gabungan salah satu atau semua bentuk-bentuk ini.

2.2 Pendidikan Vokasional Peringkat Rendah

Tujuannya adalah untuk melatih kemahiran-kemahiran bagi melahirkan


pekerja untuk semua cabang ekonomi dan sosial. Tenaga pengajar terdiri daripada
guru-guru yang terlatih dari Institut Pendidikan Tinggi iaitu dari 48 buah Industrial-
Pedagogical Colleges dan 2 buah Vocational-Pedagogical Colleges.

2.3 Pendidikan Vokasional Peringkat Menengah

Tujuannya adalah untuk menyediakan latihan bagi melahirkan tenaga kerja


separa mahir. Terdapat 2609 kolej yang mana mempunyai kira-kira 2 juta pelajar
dan 16000 guru. Kebanyakan pelajar lepasan pendidikan ini akan menceburi bidang
industri (32.8%), pembinaan (7.9%), pertanian (7.5%) dan perhubungan dan
telekomunikasi (16.5%). Selebihnya memasuki bidang kesihatan, keselamatan,
pendidikan, kebudayaan dan seni dan lain-lain.
5

2.4 Pendidikan Vokasional Peringkat Tinggi

Tujuannya adalah untuk melatih dan memberi kursus lanjutan kepada jurutera
dan kepakaran-kepakaran lain untuk mencapai peringkat/kecekapan yang lebih
tinggi. Terdiri daripada 535 institusi dan universiti dan bilangan pelajar kira-kira 2.6
juta.

2.5 Pendidikan Vokasional Lepasan Ijazah

Tujuannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada graduan


melanjutkan pelajaran mereka dan memperbaiki kelayakan saintifik dan pedagogi
berdasarkan asas daripada pendidikan vokasional peringkat tinggi. Ia mengandungi
kursus seperti yang terdapat dalam pendidikan vokasional peringkat tinggi dan pusat
penyelidikan. Terdapat 2 ijazah akademik yang mana lepasan ijazah ini boleh ambil
iaitu sains dan kedoktoran.

2.6 Pendidikan Vokasional Khas/ Tambahan

Terdiri daripada pelbagai program antaranya:

1. Institusi pendidikan dan vokasional di luar program formal.


2. Memberi sijil kepada kursus khas, pusat vokasional, sekolah muzik
dan seni dan pusat pembangunan kanak-kanak bagi menggalakkan
pemikiran kreatif mereka.
3. Program pedagogi secara individu.
4. Pelbagai institut pendidikan yang melahirkan graduan dengan diploma
yang sepadan dengan taraf pendidikan dan atau kelayakan
6

berdasarkan sijil yang akan dianugerahkan. Ini membuka peluang


untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, sistem pendidikan vokasional di Rusia bergantung


kepada ekonomi Rusia. Namun terdapat juga masalah yang mana terdapat graduan
yang tidak dapat peluang kerja selepas tamat pembelajaran.

Berdasarkan kepada Russian Institute of Development of Vocational


Education, para pekerja mestilah mahir sekurang-kurangnya 3 jenis profesion yang
berlainan untuk mendapat tempat di dalam industri. Menurut menteri pendidikan
Rusia, E.Tkachenko,

“Now, the primary objective is to meet individual’s requirement in


vocational education, taking into consideration that the person in future,
perhaps, will not be engaged in the occupation, corresponding to the
qualification received. But everyone should be able to find a place on
the labour market in line with one’s knowledge.”

Pada 14 Jun 1994, situasi pendidikan di Rusia mengalami krisis yang


mendalam. Puncanya adalah:

1. Sistem pengurusan di dalam pendidikan vokasional tidak mempunyai


undang-undang asas.
2. Kekurangan peruntukan kewangan dalam bidang pendidikan.
3. Kekurangan kakitangan dan pelajar untuk melaksanakan sistem ini.

2.7 Standard Asas Untuk Model Baru Bagi Pendidikan Vokasional

Standard ini adalah untuk menambahkan kemahiran kepada rakyat Rusia


supaya mereka mendapat tempat dalam pasaran kerja dan seterusnya setanding di
7

peringkat kebangsaan dan dunia. Standard ini perlulah sesuai dengan semua agama
dan ia terdiri daripada 3 komponen iaitu:

1. Mempunyai sekurang-kurangnya asas kurikulum.


2. Maksimum beban belajar untuk pelajar.
3. Keperluan latihan untuk graduan.

Pada April 1994, kerajaan Rusia mengeluarkan senarai baru beberapa


profesion. Senarai ini berdasarkan kepada 5 peringkat asas pendidikan vokasional
daripada Sistem Pendidikan Vokasional di Eropah. Profesion pertama tidak termasuk
dalam senarai ini kerana pengajaran dikendalikan oleh pelbagai bentuk pendidikan
yang sedia ada. Adalah memadai dengan adanya peringkat kedua untuk mempelajari
profesion peringkat ke-3 dan ke-4. Peringkat ke-2 dan ke-3 adalah merujuk kepada
pendidikan vokasional menengah dan tinggi.

Sebagai penambahan kepada senarai baru bagi profesion, Federal Model of


Curriculum untuk institut vokasional diperkenalkan. Pendidikan vokasional yang
spesifik tidak dimasukkan standard universal kerana kandungan pendidikan untuk
setiap profesion adalah tindak balas daripada objektif pendidikan vokasional iaitu
melahirkan pekerja untuk ekonomi. Oleh sebab itu, standard vokasional beroperasi
dalam satu rangka kerja dimana setiap profesion berdasarkan kaedah yang asas.
Standard ini mengandungi penerangan tentang profesion dan komponen dalam
pendidikan vokasional.

2.8 Kesimpulan

Kebanyakan institusi latihan vokasional di Rusia telah mencampuradukkan


kemahiran. Rusia telah menunjukkan kreativiti mereka dalam menghadapi perubahan
dalam ekonomi dan sosial. Ia termasuklah integrasi antara subjek jasmani dengan
kurikulum umum sekolah, kerjasama dengan industri bagi menghasilkan subjek yang
8

relevan dengan industri dan mempraktikkan pendidikan teknik dan vokasional dalam
tujuan pendidikan sosial.
3.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Amerika

Pada kurun ke-19, latihan vokasional banyak disediakan di sekolah-sekolah


persendirian. Jenis sekolah-sekolah ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

• sekolah yang menawarkan latihan kemahiran sahaja


• sekolah yang menggabungkan kemahiran dan pendidikan umum
• Sekolah persendirian di bawah syarikat untuk melatih pekerja masing-
masing.

Ada juga ditawarkan kursus pertanian. Pada awal lurun ke-20, pendidikan teknik
dan vokasional diperluaskan ke sekolah-sekolah biasa dan dikenali sebagai latihan
kemahiran, latihan komersial, sains domestik dan agrikultur.

3.1 Pengaruh Eropah Ke Atas Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Pada masa dahulu, pendidikan vokasional dikenali sebagai pendidikan


kemahiran untuk disesuaikan dengan pekerjaan mereka dalam industri dan
perdagangan (Benavot, 1983). Dengan kata lain, pendidikan vokasional hanyalah
untuk mereka yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah berprestij mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor kewangan dan juga faktor kemampuan akademik.
Maka, jadilah pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua. Jerman
menjadi negara utama yang menyediakan latihan kemahiran kepada kelas
pertengahan dan kelas bawahan.

3.2 Model yang digunakan di Amerika


9

Amerika Syarikat menggunakan Model Integrasi Pendidikan Akademik Dan


Vokasional. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati sebanyak lapan
model pendekatan yang telah dilaksanakan dalam usaha integrasi ini. ( Grubb, Davis,
Philal & Morgain, 1995).

3.2.1 MODEL 1 : Memperbanyakan Isi Kandungan Akademik Ke


Dalam Kursus- kursus Vokasional

Model ini dianggap model yang paling ringkas kerana usaha ke arah ini
kadang-kadang berlaku secara tidak formal, di mana guru-guru mungkin memberi
latihan-latihan yang bercorak akademik kepada pelajar mereka. Contohnya membuat
esei merentasi kurikulum, membuat pengiraan matematik asas dalam kerja-kerja
dibengkel dan ini dilakukan kerana asas-asas ini adalah di antara asas yang
diperlukan oleh majikan-majikan. Ini merupakan model yang paling biasa didapati
dimana-mana sekolah vokasional sekarang. Ini juga dilakukan di negara kita
Malaysia.

3.2.2 MODEL 2 : Penyatuan Guru-Guru Vokasional Dan Akademik


Untuk Menigkatkan Kemahiran Akademik Dalam Pendidikan
Vokasional.

Prinsip yang digunakan dalam model ini adalah prinsip team teaching
(pengajaran koloboratif). Prinsip atau konsep ini dijalankan menerusi empat
pendekatan atau alternative iaitu:

a. Guru akademik mengajar matapelajaran akademik kepada pelajar


vokasional dalam kelas subjek vokasional dengan menggunakan modul
atau pengajaran yang lebih menjurus kepada keperluan bidang kerjaya
pelajar. Bidang akademik ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhan
10

topik-topik untuk kelas tersebut. Kadang-kadang ia bertujuan sebagai


pengukuhan sahaja.
b. Guru akademik hanya membantu guru vokasional dalam menyediakan
bahan-bahan untuk pengajaran sahaja. Pengajaran dilakukan oleh guru
vokasional.
c. Guru akademik bertindak sebagai pembimbing kepada sesetengah pelajar
dari kelas vokasional dalam membantu mereka yang bermasalah secara
intensif
d. Guru akademik memberi pengajaran lebih spesifik kepada aplikasi subjek
beliau terhadap mana-mana bidang vokasional. Pendekatan ini
memerlukan guru akademik mengetahui dengan lebih dekat tentang
keperluan subjek akademik beliau dalam bidang-bidang vokasional yang
tertentu.

3.2.3 MODEL 3 : Mengaitkan Kurikulum Akademik Dengan Alam


Vokasional

Ia merupakan balikan kepada model yang pertama. Dalam model ini isi
kandungan akademik digunakan secara nyata untuk menunjukan aplikasinya.
Pegubahsuainan kurikulum akademik dibuat untuk menepati kehendak kerjaya masa
depan pelajar berbanding dengan model pertama dan kedua yang mana merupakan
pengubahsuaian kurikulum vokasional semata-mata. Pendekatan ini melibatkan
banyak aktiviti-aktiviti makmal (hands-on) dan kerja lapangan yang cuba
menghubungkaitkan diantara subjek-subjek akademik yang lain (interdisciplinary
approach).

3.2.4 MODEL 4 : Penyelarasan Kedua-dua Kurikulum

Kedua-dua model iaitu model 1 dan model 3 digabungjalinkan. Sukatan


pelajaran diantara subjek-subjek akademik dan vokasional dirancang bersama guru-
guru dari kedua-dua model untuk supaya apa yang diajar dalam subjek akademik dan
11

vokasional mempunyai “horizontal alignment”. Dalam hal ini mungkin guru- guru
akademik dapat menggunakan masalah dalam subjek vokasional yang dipelajari
ketika ini sebagai contoh penyelesaian kepada konsep yang diajarnya. Penyelarasan
mungkin secara keseluruhan dan formal tetapi ia juga boleh dilakukan secara tidak
formal dan ringkas seperti hanya topik-topik yang tertentu sahaja yang diselaraskan
mengikut isu-isu yang hendak dibincangkan.

3.2.5 MODEL 5 : Integrasi Melalui Projek Tahun Akhir ( Senior Project)

Pelajar-pelajar tahun akhir dikehendaki mebuat projek yang menggabungkan


antara matapelajaran-matapelajaran lain dan penggunaan kemahiran dari bengkel
kerja vokasional. Pembinaan kurikulum untuk pendekatan ini adalah memberi
tumpuan kepada pendekatan penyelesaian masalah sebagai persediaan pelajar untuk
projek akhir. Pelajar-pelajar didedahkan dengan elemen-elemen penyelidikan yang
dapat membantu mereka bekerja secara individu dalam menyiapkan projek tersebut.

3.2.6 Model 6 : Model Akademi

Model ini juga dikenali sebagai sekolah dalam sekolah di mana ia terdiri
daripada guru-guru akademik seperti daripada matapelajaran Bahasa Inggeris,
matematik dan sains bersama-sama guru vokasional seperti elektronik,
keusahawanan atau pertanian. Pelajar dan guru akan berada tetap contohnya dalam
empat matapelajaran ini yang dipanggil akademi selama 2 atau 3 tahun. Struktur ini
merupakan elemen penting dalam pendekatan akademi. Akademi juga mempunyai
hubungan yang rapat dengan firma-firma luar yang berkaitan dengan akedemi
masing-masing. Firma-firma ini bertanggungjawab dalam menyediakan motivasi
tambahan yang diperlukan mentor dan juga tempat untuk latihan amali disamping
menjadi penaung.
12

3.2.7 MODEL 7 : Sekolah Magnet Dan Sekolah Tinggi (occupational High


School)

Kedua-dua mekanisme ini menjurus kepada bidang kerjaya yang akan diikuti
oleh pelajar diperingkat IPT atau apabila di alam pekerjaan. Sekolah-sekolah ini
biasanya mempunyai fokus mereka sendiri seperti keusahawanan, komputer atau
elektronik. Semua guru disekolah ini menjuruskan pengajaran mereka kepada
aplikasi kepada bidang fokus sekolah mereka. Pelajar diberi pendedahan awal
terhadap alam pekerjaan di tahap rendah persekolahan dan penekanan terhadap alam
pekerjaan menjadi bertambah spesifik atau menjurus apabila pelajar menaiki tahap
persekolahan yang lebih tinggi. Penekanan terhadap kedua-dua mekanisme ini
adalah berfokuskan bidang kerjaya yang luas yang merangkumi banyak pekerjaan
dibawah satu bumbung kerjaya. Jika fokus terlalu sempit terhadap sesuatu bidang
maka kesukaran untuk menerapkan konsep integrasi kurikulum akademik secara
nyata akan dihadapi dan ini akan menghasilkan satu sekolah vokasional tradisional
atau berbentuk lama.

3.2.8 MODEL 8: Kelompok Kerjaya (Occupational Cluster)

Sekolah beroperasi seperti institusi pengajian tinggi. Organisasi sekolah


terdiri daripada jabatan-jabatan dari kelompok kerjaya yang tertentu. Jabatan-jabatan
tersebut mungkin terdiri daripada jabatan pertanian, keusahawanan dan industri, dan
perkhidmatan awam. Guru-guru akademik diletakkan di dalam setiap kelompok
akademik yang berasingan. Diperingkat awal, semua pelajar didedahkan kepada
pengenalan kepada kesemua kelompok kerjaya yang ada. Penyatuan guru-guru
akademik dan vokasional merupakan tunggak kepada model integrasi ini.
13

4.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Jerman

4.1 Latarbelakang Pendidikan Di Jerman

Pendidikan di Jerman diberi secara percuma serta menjadi tanggungjawab


Kerajaan Negeri masing-masing dan bukannya Kerajaan Pusat. Semua pengajaran
dan pembelajaran bermula dari kindergarten sehingga peringkat universiti dan
dijalankan di dalam bahasa Jerman atau Deutsch. Model pendidikan yang digunakan
di Jerman adalah Model Fachhochscule. Di dalam sistem persekolahan Jerman , para
pelajar perlu mengikuti pendidikan sekurang-kurangnya selama sembilan tahun tidak
kira sekolah manapun yang dihadiri. Sistem pendidikan tinggi di Jerman juga tidak
menggunakan Sistem Kredit Semester. Ini bermakna, pemilihan mata pelajaran,
aktiviti kuliah, aktiviti praktikal serta perancangan peperiksaan diserahkan
sepenuhnya kepada mahasiswa.

Selain itu, sistem pendidikan Jerman amat menekankan kepada pemahaman


teori dan aplikasi praktikal secara sekaligus. Ini menunjukkan bahawa sistem
pendidikan di Jerman turut mementingkan pelajaran di dalam bidang vokasional dan
teknikal. Ini jelas terbukti di mana remaja di Jerman digalakkan memasuki latihan
vokasional dan lebih lima puluh peratus daripada mereka telah melibatkan diri
dalam latihan vokasional ini. Selain itu, corak pengajaran yang mencabar pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif diajar di Jerman sama ada secara sedar atau tidak
diamalkan sejak di pra-sekolah lagi. Di Jerman, Institut Latihan Kemahiran (ILK)
semakin menyerlah di dalam pengajaran dan pembelajaran teknik dan vokasional
melalui penggabungan pengalaman industri dengan pengajaran di sekolah serta
meningkatkan peluang mendapat pekerjaan menjadi fokus utama.

Di samping adanya Institut Latihan Kemahiran, terdapat juga penubuhan


Universiti-universiti Teknikal (Technische Hochschulen) yang disediakan dan boleh
didapati di setiap negeri. Universiti Teknikal ini lebih menumpukan kepada melatih
14

pelajar untuk kerjaya tertentu dan selalunya mengambil masa selama empat setengah
tahun. Sepanjang tempoh pengajian di Universiti Teknikal ini, pelajar perlu melalui
Latihan Teknikal dan Praktikal selama enam bulan di dalam industri. Secara amnya,
institusi-institusi ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja YANG TERLATIH,
BERKUALITI, MENGUASAI MASALAH DAN MENGUASAI TEKNOLOGI YANG DICEBURI.

Secara keseluruhan terdapat 324 institusi pendidikan tinggi yang tersebar di


seluruh Jerman. Universiti pendidikan tinggi ini termasuklah universiti yang
menawarkan kursus-kursus di dalam bidang teknikal dan vokasional. Gelar standard
yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Jerman adalah DIPLOM atau DIPLOM
(FH) , contohnya DIPLOM-INGINIEUR untuk bidang teknik atau DIPLOM SOZIALPAEDAGOGE
(FH) bagi lulusan bidang pendidikan sosial dan MAGISTER ARTIUM (MA).
STAATSEXAMEN atau Ujian Negara adalah kualifikasi yang diperlukan bagi profesion
tertentu. Antara Institusi Pendidikan Tinggi yang terdapat di Jerman ialah:

a) 118 universiti termasuk Universiti Teknik, Sekolah Tinggi Teologi,


Perguruan Tinggi Komprehensif, Sekolah Tinggi Pedagogi, dengan lebih
dari 1,3 juta mahasiswa
b) 52 Sekolah Tinggi Musik, Seni dan Film, memiliki sekitar 30.000
mahasiswa

4.2 Peringkat Persekolahan Di Jerman

Proses persekolahan di Jerman tidak membezakan antara bidang akademik


dengan bidang teknikal di mana setiap pelajar akan mengikuti kedua-dua bidang
sekaligus. Sistem pendidikan di Jerman adalah berdasarkan kepada gred 1, 2, 3 dan
seterusnya. Sistem penilaian di Jerman tidak menggunakan gred A (cemerlang), B
(baik) dan seterusnya, tetapi menggunakan sistem 1.0-1.5 (cemerlang), 1.6-2.5
(baik), 2.6-3.0 (memuaskan), 3.1-4.0 (kurang memuaskan) dan 4.1-5.0 (gagal)).
15

4.2.1 Peringkat Tadika

Sistem persekolahan di Jerman dimulai dengan kindergarten (tadika) iaitu


bagi kanak-kanak berusia 3-5 tahun. Pendidikan ini dinamakan Vorschulische
Einrichtungen, yang bermaksud persediaan sebelum pendidikan yang sebahagiannya
dibiayai oleh kerajaan dan sebahagiannya lagi dibiayai oleh gereja.

4.2.2 Pendidikan Formal

Kanak-kanak di Jerman akan memulakan pendidikan formal mereka pada


usia 6 tahun. Mereka perlu menghadiri sekolah dasar (Grundschule) dari gred 1
hingga gred 4. Tempoh ini dikenali sebagai orienterungsstuf" yang bermaksud tahap
orientasi. Selepas itu, satu peperiksaan khas akan dijalankan bagi menentukan
keupayaan akademik para pelajar. Selalunya, pelajar yang mendapat keputusan yang
cemerlang (1.0-2.5) akan terpilih mengikuti Gymnasium dan yang lain akan
menyambung pelajaran di Hauptschule atau Realschule. Selepas gred 4 pelajar
dipecahkan menurut kemampuan akademik dan kehendak keluarga masing-masing
sama ada untuk mengikuti salah satu daripada tiga jenis sekolah seperti sekolah
Hauptschule, Realschule atau Gymnasium. Sekolah Hauptschule dan Realschule
lebih ditekankan kepada mereka yang ingin terus bekerja setelah tamat tempoh
persekolahan.

4.2.2.1 Sekolah Hauptschule (Grade 5-9)

Seperti Realschule dan Gymnasium, tetapi pada kadar yang lebih perlahan
dengan tambahan kursus yang berorientasikan vokasional. Seterusnya, para pelajar
ini juga juga perlu menghadiri sekolah vokasional dan latihan perintis secara separa-
masa sehingga berumur 18 tahun.
16

4.2.2.2 Sekolah Realschule (Grade 5-10)

Sekolah ini pula memerlukan pelajar untuk mengikuti sekolah vokasional dan
sekolah tinggi vokasional secara separa-masa. Selain itu, pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang cemerlang di Realschule boleh bertukar ke Gymnasium
apabila bergraduan.

4.2.2.3 Sekolah Gymnasium (Grade 5-13)

Membolehkan pelajar memperolehi ijazah yang dipanggil Abitur dan ianya


menyediakan pelajar untuk belajar di universiti atau untuk mengikuti program tauliah
dual akademik dan vokasional.
17

5.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Brunei

5.1 Sejarah Institusi Teknik Dan Vokasional

Sejarah institusi pendidikan teknik dan vokasional di Brunei bermula dengan


pembinaan dua maktab iaitu Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal dan Maktab
Kejuruteraan Jefri Bolkiah pada tahun 1970 sebagi alternatif kepada pelajaran
menengah pada masa itu. Kemudian diikuti dengan penubuhan beberapa buah lagi
sekolah teknikal dan vokasional pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ini bukan saja
menunjukkan perkembangan yang begitu pesat bagi institusi teknikal dan vokasional
tetapi juga mempamerkan keperluan pendidikan teknikal dan vokasional itu sebagai
satu komponen penting dalam dasar pendidikan negara Brunei bagi perkembangan
sumber manusia yang merupakan faktor utama dalam setiap perancangan kemajuan
negara itu.

Pada mulanya, institusi yang ditubuhkan hanya berupaya menawarkan


beberapa kursus sahaja bagi keperluan sebahagian pelajar pada masa itu. Kini,
institusi pendidikan teknikal dan vokasional di Brunei telah berkembang berpuluh
kali ganda dan menawarkan hampir 100 jenis kursus yang merangkumi pendidikan
dan latihan pada peringkat kejuruan, teknisyen dan peringkat profesional (HND)
bukan sahaja bagi lepasan sekolah- sekolah dari Tingkatan 3 hinggan ke Tingkatan 6,
malah menyediakan program bagi pekerja- pekerja yang memerlukan latihan lanjutan
dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

Penubuhan Majlis Pendidikan Teknik, Vokasional Brunei Darussalam


(MPTVBD) pada tahun 1993 yang mengambil alih pengiktirafan dan pensijilan
kursus-kursus teknikal dan vokasional daripada agensi luar negeri iaitu City &
Guilds, London dan BTEC, United Kingdom berhasil menggubal peraturan dan garis
panduannya sendiri mengenai persijilan dan pengeluaran sijil dan diploma dari
peringkat Sijil Kejuruan Kebangsaan hinggalah Diploma Tertinggi Kebangsaan.
18

Kejayaan tersebut bukan sahaja menunjukkan pengiktirafan yang diberikan oleh


’authority’ luar kepada pendidikan teknikal dan vokasional di Brunei tetapi juga
membuktikan kebolehan pegawai-pegawai pendidikan tempatan dalam pengendalian
hampir sepenuhnya pendidikan teknik dan vokasional tanpa menjejaskan kualiti dan
pengiktirafan dari institusi pengajian dari negara lain.

Sejak kursus MPTVBD diperkenalkan ramai pelajar telah didaftarkan untuk


mengikuti pengajian di institusi-institusi teknikal dan vokasional di mana ada
sebilangannya yang telah berjaya memperoleh sijil-sijil dan diploma-diploma yang
berkemahiran di pelbagai peringkat dalm bidang masing- masing, sebagai tukang-
tukang yang berkemahiran seperti tukang paip, tukang kayu, tukang kimpal, tukang
masak, mekanik kereta, juruteknik elektrik dan elektronik, jurutera – jurutera dan
sebagainya.

Di antara institusi pendidikan teknikal yang ada sekarang di Brunei ialah


Institusi Teknologi Brunei, Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Maktab Kejuruteraan
Jefri Bolkiah,Maktab Jururawat PAP Rashidah Sa’sdatul Bolkiah, Pusat Latihan
Mekanik, Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam dan Sekolah Vokasional Sultan
Bolkiah.

5.2 Struktur Pendidikan Dan Sistem Sekolah

Sistem sekolah formal di Brunei menggunakan pola 7-3-2-2, yang


menggambarkan peringkat rendah, menengah bawah, menengah atas, dan pra-tertier.
Pendidikan dan latihan di peringkat pasca-menengah, baik dalam bidang akademik
mahupun profesional, diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam, Institusi
Teknologi Brunei, Maktab Jururawat Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul
Bolkiah, dan beberapa institusi dan pusat latihan teknikal dan vokasional. Jabatan
sekolah-sekolah berperanan menyelaras pelaksanaan program pendidikan, projek dan
kegiatan Kementerian Pendidikan di peringkat sekolah. Pada masa ini jabatan
19

sekolah-sekolah mengawal selia 123 sekolah rendah, 26 sekolah menengah, dan 70


sekolah bukan kerajaan.

5.2.1 Menengah Bawah

Jumlah jangka masa persekolahan di peringkat menengah adalah tiga tahun.


Pada tahun ketiga, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Bawah
(PMB). Pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di peringkat PMB mempunyai
beberapa pilihan samada melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas yang
membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge General Certificate of Education
(GCE 'O' Level) examination atau GCE 'N'; atau melanjutkan pelajaran dalam bidang
kemahiran pertukangan dan teknikal atau institusi vokasional atau bekerja.

5.2.2 Menengah Atas

Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan PMB, pelajar akan disalurkan ke


dalam aliran sains, sastera atau teknikal. Jangka masa persekolahan pada peringkat
ini adalah sama ada dua atau tiga tahun. Pendidikan di peringkat menengah atas
adalah bersifat umum dengan beberapa peruntukan yang khusus dalam bidang sains,
sastera dan teknikal. Pada akhir tahun kedua, pelajar yang berkelayakan akan
menduduki peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Ordinary level (GCE ‘O’ Level).
Manakala pelajar yang belum layak secara akademik untuk mengambil peperiksaan
GCE ‘O’ Level akan menduduki peperiksaan GCE ‘N’’ Level terlebih dahulu.
Pelajar yang memperoleh kelulusan yang baik pada peringkat ‘N’ akan diberi
peluang untuk menduduki peperiksaan GCE ‘O’ Level selepas mereka tamat satu
tahun akademik.

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ yang


mencukupi dan relevan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat pra-universiti yang
20

akan membawa kepada peperiksaan Brunei-Cambridge Advanced Level Certificate


of Education (GCE 'A' Level). Sementara yang lain sama ada mahu memasuki alam
pekerjaan atau mengikuti program pendidikan dan latihan di Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam, maktab teknik, sekolah
vokasional, maktab jururawat atau meneruskan pelajaran di luar negara.

6.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Jepun

6.1 Perluasan Persekolahan : Rendah, Vokasional dan Pengajian Tinggi

Industri di Jepun maju semasa Perang Jepun-China (1894-1895) dan Perang


Jepun-Rusia (1904-1905). Projek kerajaan untuk mencapai status kuasa imperial
setara dengan kuasa Eropah berjalan lancar. Sambil memperkukuh aspek ideologi
persekolahan melalui Perisytiharan, Kementerian Pendidikan berusaha meningkatkan
keupayaan negara untuk mengurus teknologi tinggi. Ini menyebabkan tempoh
persekolahan wajib dilanjutkan dari empat ke enam tahun (pada 1907), dan peluasan
pendidikan vokasional selepas sekolah rendah dan pendidikan tinggi. Kemakmuran
ekonomi membolehkan rancangan ini dilaksanakan.

Menyedari keperluan mendesak terhadap juruteknik tahap pertengahan dan


rendah dalam industri, kerajaan menyusun semula persekolahan selepas sekolah
rendah untuk golongan bukan elit, melalui Ordinans Sekolah Vokasional
1899(jitsugyō gakkō-rei) dan Ordinans Sekolah Khas 1903 (Senmongakkō-rei).
Kerajaan memberi subsidi untuk memperkenalkan sekolah ini. Persekolahan
pelbagai laluan yang ada (pendidikan akademik yang membawa ke universiti dan
pendidikan vokasional) diperkukuh dengan meluaskan sektor universiti (empat lagi
universiti imperial) dan sekolah tinggi (kōtogakko), yang diperkenal untuk
menawarkan kursus persediaan bagi kemasukan ke universiti imperial.
21

6.2 Organisasi Sistem Persekolahan Di Jepun

6.3 Penyusunan Semula Pendidikan

Pendidikan untuk keperluan industri diperkukuh pada setiap tahap


pendidikan. Mata pelajaran vokasional (contohnya sempoa dan lukisan) dijadikan
mata pelajaran wajib di sekolah rendah peringkat tinggi. Pelajar perempuan
dikehendaki belajar jahitan dan sains rumah tangga. Institusi swasta selepas sekolah
menengah yang ada (lazimnya bersifat profesional dan vokasional) diberikan status
universiti pada 1918. Kerajaan mendirikan sepuluh buah sekolah tinggi, enam buah
sekolah tinggi teknikal, empat buah sekolah tinggi pertanian dan tujuh buah sekolah
tinggi perdagangan. Untuk memenuhi keperluan industri, dan dengan meningkatnya
bilangan lulusan sekolah menengah, laluan pendidikan bagi golongan elit
diperkukuh. Sekolah tinggi, yang menjadi sekolah persediaan yang dirangkaikan
dengan universiti imperial menjadi institusi pendidikan am yang diasingkan.
Sekolah tinggi bukan sekadar menyediakan pelajar lelaki yang terpilih dari segi
akademik, seperti sekolah awam British, malah juga mengajar adab sopan melalui
budaya pelajar yang tersendiri. Sekolah tinggi mula menerima mereka yang
melompat satu tahun di sekolah menengah, dan dengan itu memendekkan tempoh
pengajian untuk lulus universiti; dan sekolah tinggi tujuh tahun diwujudkan. Selaras
22

dengan perkembangan sektor universiti, universiti imperial menuntut kuasa


autonomi.

Struktur pendidikan awam di Jepun adalah berdasarkan kepada model


pendidikan di Amerika yang mana diambil selepas Perang Dunia ke-2. Dasar sistem
pendidikan moden Jepun adalah diwajibkan selama 9 tahun (gimu kyoiku ) termasuk
dengan 6 tahun awal persekolahan (shogakko ) dan 3 tahun sekolah menengah
rendah (chugakko). Perubahan pada teknologi pendidikan di Jepun berikutan dengan
Perang Dunia ke-2 boleh dilihat dalam empat era iaitu:

1. Era Pembangunan Ekonomi


2. Era Pertumbuhan Ekonomi Tinggi
3. Era Ekonomi Stabil
4. Era Ekonomi Antarabangsa

Pada tahun 1899, program pertanian, perikanan, perhutanan dan perindustrian


ditubuhkan pada peringkat menengah rendah. Sehingga tahun 1958, pendidikan
vokasional ditawarkan dalam sekolah menengah rendah. Satu daripada matlamat
utama dalam pendidikan vokasional ini adalah kemajuan dalam pendidikan ke arah
pembelajaran berdasarkan kepada pengalaman.

Di antara sekolah vokasional yang terdapat di Jepun ialah Sekolah


Vokasional Perdagangan Osaka, Sekolah Vokasional Perhutanan dan Pertanian
Kyushu dan Sekolah Vokasional Teknologi Tokyo
23

7.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Indonesia

Pembangunan pendidikan Indonesia memberikan keutamaan dalam


pembangunan negara. Pembangunan ini selaras dengan Perlembagaan 1945
berdasarkan penentuan dalam artikel 31 yangh menyatakan; (1) Setiap warganegara
mempunyai hak memperolehi pendidikan, dan (2) Kerajaan membekalkan keperluan
untuk sistem pendidikan berdasarkan undang-undang yang ditetapkan. Selain itu,
dalam usaha untuk keperluan masa depan adalah mengikut Basic Guidelines of State
Policy (GBHN) dan Undang-undang Pendidikan No.2/1989, di mana melengkapi
hala tuju kerajaan dalam usaha pembangunan kebangsaan dan panduan untuk sistem
pendidikan negara. Tujuan sistem pendidikan ini adalah untuk meningkatkan taraf
hidup dan keselesaan. Sistem Pendidikan Kebangsaan mengandungi tujuh jenis
pendidikan:

1. Pendidikan Umum
• Pengetahuan asas dan mengikut kemahiran pelajar.
2. Pendidikan Vokasional
• Kemahiran tertentu mengikut kehendak majikan.
3. Pendidikan Istimewa
• Pendidikan untuk orang-orang cacat.
4. Pendidikan berkaitan perkhidmatan
• Persediaan untuk berkhidmat di jabatan kerajaan dan bukan
kerajaan.
5. Pendidikan Agama
• Penguasaan dalam pendidikan agama dan subjek berkaitan.
6. Pendidikan Akademik
• Pendidikan yang memfokuskan kepada keutamaan dalam
penguasaan sains.
7. Pendidikan Profesional
• Melahirkan tenaga mahir
24

Pendidikan vokasional dan pendidikan profesional merupakan persediaan


negara ini untuk mencapai tujuan sstem pendidikan Inonesia iaitu untuk
meningkatkan taraf hidup dan keselesaan rakyat.

Di dalam Sistem Pendidikan Indonesia, program pendidikan vokasional


dilaksanakan di peringkat menegah atas. Pada peringkat menegah atas pelajar bebas
menagambil samada jurusan Am atau vokasional. Pelajar-pelajar yang terlibat
adalah dalam lingkungan umur 16 hingga 18 tahun. Program pendidikan voasional
meliputi enam jurusan iaitu:

1. Pertanian dan Perhutanan


2. Industri dan Teknologi
3. Kebajikan Komuniti
4. Perlancongan
5. Pengurusan Perniagaan
6. Senilukis dan Senikraf

Perlaksanaan pendidikan vokasional ini berasaskan Kurikulum Kebangsaan


Indonesia dan perubahan kurikulumnya mengikut keperluan dan keadaan. Program
vokasional ini memberi tumpuan ke arah peningkatan kebolehan untuk membangun
dan menyesuaikan keperluan yang baru selaras dengan pembangunan sains,
teknologi dan budaya
25

7.1 Pendidikan Tinggi

Sistem pendidikan tinggi di Indonesia juga memperuntukan bidang teknik


dan vokasional samada secara menyeluruh atau jurusan-jurusan yang kecil.

1. Akademi memfokuskan kepada satu jurusan sahaja iaitu teknologi atau


senilukis.
2. Politeknik memfokuskan kepada pendidikan sains dan dipecahkan kepada
jurusan yang lebih kecil seperti kimia, fizik biologi dan seumpamanya.
3. Kolej memfokuskan kepada akademik dan bidang profesional dalam satu
jurusan sahaja.
4. Institut terdiri daripada fakulti dalam satu jurusan profesional yang sama.
5. Universiti pula terdiri daripada fakulti dalam pelbagai jurusan.
26

8.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Australia

Australia merupakan persekutuan enam negara iaitu Victoria, New South


Wales, Queensland, Western Australia, South Australia dan Tasmania. Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Australia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran dan dapat menyesuaikan diri dalam alam perkerjaan.
Kemahiran yang tinggi diperlukan akibat daripada perkembangan ekonomi,
mempelbagaikan perdagangan antarabangsa dan permintaan pasaran serta teknologi
yang canggih.

Kerajaan Australia akan membantu menonjolkan sistem pendidikan teknik


dan vokasional antara satu daerah dengan daerah lain bagi membolehkan
penyelarasan sistem pendidikan teknik dan vokasional mereka bagi melahirkan
tenaga kerja yang diperlukan. Penyelarasan yang dilakukan berbeza antara daerah
berdasarkan kepada saiz, taraf ekonomi dan pembangunan sektor industri. Australia
mempunyai rangka kerja yang sistematik dalam melibatkan industri dalam
melahirkan tenaga kerja. Australia telah membangunkan modul asas competency
untuk setiap sektor berdasarkan kepada keperluan setiap daerah. Modul asas
competency adalah berdasarkan kepada Pendidikan Berasaskan Kebolehan
(Competency Based Education, CBE). Ciri-ciri Pendidikan Berasaskan Kemahiran
adalah:

1. Berdasarkan kepada kemahiran


2. Berdasarkan kepada persembahan (boleh buat tugasan)
3. Kecekapan individu
4. Keperluan individu
5. Maklum balas segera
6. Modul atau media
7. Kriteria objektif
8. Belajar mengikut jurusan/bidang
9. Membantu membuat penyelidikan individu
27

10. Objektif yang spesifik


11. Kebolehan pelajar

Lima elemen dalam Pendidikan Berasaskan Kemahiran:

1. Mengenalpasti pencapaian yang telah dicapai melalui pemeriksaan


terhadap pencapaian yang dikuasai dan kemudian barulah digunakan
untuk semua.
2. Kriteria telah dinyatakan/ semua telah mengetahui criteria.
3. Program pembelajaran iaitu apakah perkembangan pelajar dan apa
yang hendak dinilai untuk setiap kemahiran telah dinyatakan dengan
jelas.
4. Penilaian kemahiran pelajar bukan sahaja mengambil kira
pengetahuan pelajar tetapi ia dinilai sebagai bukti sama ada pelajar
mahir dengan sesuatu kemahiran.
5. Kemajuan pelajar adalah mengikut program yang diikuti masing-
masing, bukan ditentukan oleh guru.
28

9.0 Kesimpulan

Perkembagan pesat dalam sektor pendidikan tinggi dalam negara sejak tahun
1990 sudah membuahkan cukup banyak kepelbagaian, baik dari segi institusi,
program, jurusan mahupun kaedah penyampaian.Institusi pengajian tinggi (IPT) kini
bukan sahaja terbahagi kepada awam dan swasta tetapi juga tempatan dan luar
negara serta badan-badan profesional. Bagi kepelbagaian program, para pelajar
boleh memilih sama ada mahu mengambil program tempatan, usahasama atau
berkembar dalam jurusan akademik, vokasional, teknikal mahupun latihan
kemahiran. Kaedah penyampaian pula tidak lagi terhad kepada pengajaran di dalam
kelas tetapi sudah merangkumi e-pembelajaran, rentas sempadan, jarak jauh,
pembelajaran terbuka, pembelajaran fleksibel, pembelajaran teradun dan lain-lain.
Kepelbagaian ini cukup menarik kepada pelajar kerana menawarkan seribu satu jenis
pembelajaran yang pasti dapat memenuhi apa-apa keperluan atau minat.

Namun demikian wujud juga pelbagai kekeliruan dari segi standard


dan kualiti pendidikan tinggi hasil kelebihan itu. Antaranya adalah penamaan
kelayakan tidak seragam serta gejala seperti penipuan oleh pembekal, ejen yang tidak
menepati janji, plagiat, penipuan kehadiran pelajar, ijazah palsu dan badan akreditasi
yang tidak diiktiraf. Kebanyakannya didapati berlaku di dalam pengiktirafan
program latihan berteraskan industri. Dalam hal ini, seiring dengan pelaksanaan
MQF di kebanyakan negara seperti United Kingdom, Australia, New Zealand,
Ireland dan Afrika Selatan maka Malaysia juga akan mengikut jejak yang sama.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi bercadang memperkenalkan Kerangka


Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF) untuk
menjadi titik rujukan yang sahih dan diyakini bagi memberi maklumat mengenai
standard kelayakan dan kualiti suatu program.Ia selaras dengan perkembangan dunia
dan keperluan semasa bagi memacu perkembangan pendidikan tinggi secara teratur
serta menangani masalah-masalah tersebut dalam merealisasikan dasar Malaysia
sebagai pusat
29

kecemerlangan pendidikan. MQF telah diluluskan oleh Majlis Pendidikan Tinggi


Negara setelah penggubalan secara rundingan oleh pelbagai pihak dari sektor awam
dan swasta dari dalam dan luar negara diadakan. Peranan utama MQF ialah
menyatupadu dan menghubungkaitkan semua kelayakan yang dianugerah di
Malaysia. Ia dilakukan atas kesedaran bahawa pengeksportan pendidikan ke negara
luar dan usaha menarik lebih ramai pelajar asing ke dalam negara memerlukan
jaminan kualiti kelayakan yang dapat menjamin integriti kualitinya. Peranan MQF
yang kedua pula adalah menghidupkan dasar pembelajaran sepanjang hayat yang
menjadi asas kepada masyarakat berilmu dan bernilai murni dalam gerakan ke arah
K-ekonomi. Dalam kata lain, ia menyediakan laluan pendidikan yang membolehkan
seseorang meningkatkan kemajuan dan keupayaan diri dari segi kualiti dan
produktiviti secara fleksibel dan bersesuaian.

Semua kelayakan dalam MQF adalah berdasarkan kepada empat keterangan


iaitu hasil pembelajaran, kredit, tujuan dan bidang. Ia dibahagikan kepada lapan
tahap yang dibezakan oleh lapan hasil pembelajaran dan kredit atau beban
pembelajaran, jurusan pendidikan serta latihan.Bagi tahap satu hingga tiga, ia
mengandungi kelayakan sijil dalam jurusan vokasional dan teknikal serta kemahiran,
contohnya sijil kemahiran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan sijil
juruteknik yang dianugerahkan oleh sesebuah politeknik.

Tahap empat mengandungi kelayakan sijil program asas akademik


prauniversiti dan diploma hasil program latihan kemahiran industri, vokasional serta
teknikal. Sementara itu, tahap lima mengandungi kelayakan diploma lanjutan dalam
jurusan kemahiran, vokasional dan teknikal serta ijazah am.

Tahap enam yang merupakan kelayakan pertama mengandungi sarjana muda


dengan kepujian dan terbahagi kepada kelayakan sijil siswazah dan diploma
siswazah. Ia bertujuan menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dan
dibezakan oleh beban kredit yang berbeza. Antara kegunaannya adalah kursus
pendidikan profesional berterusan, kursus peralihan kepada bidang baru, kursus
30

pensijilan untuk industri tertentu dan kursus penghubung kepada kelayakan lebih
tinggi. Tahap tujuh pula adalah kelayakan sarjana, iaitu kelayakan pasca siswazah
pertama, yang juga mengandungi sijil pasca siswazah dan diploma pasca
siswazah.Tahap tertinggi iaitu tahap lapan merupakan melalui pengumpulan dan
pemindahan kredit serta pengiktirafan pengalaman bersama pengetahuan terkumpul.
Sistem tersebut yang diberi nama Akreditasi Pengetahuan Awal dan Pembelajaran
(APEL) merupakan pemberian kredit kepada individu oleh institusi yang diiktiraf
selepas suatu penilaian dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan di mana
mereka disah memiliki kebolehan pada tahap tertentu.
31

RUJUKAN

Abd. Razak Ahmad (1998). “ Sejarah Pembangunan Masyarakat Jepun Dalam


Membentuk Semangat Patriotisme: Satu Penerapan Ke Atas Pengukuhan
Pendidikan Di Malaysia.” Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, 61-
68

Haji Yahya Emat (2005). “Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia.” Kuala
Lumpur: IBS Buku Sdn. Bhd.

Howard R.D. (2006). ”The History and Growth of Vocational Education in


Amerika.”

Imran Bin Idris. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan. Perubahan Dunia


Vokasional - Satu Cabaran Kepada Sistem Pendidikan. (Kuala Lumpur:
Percetakan kerajaan), pp.10.

Kori Okana dan Motonori Tsuchiya penterjemah Faridah Mohamad(2004).


“Pendidikan Moden Jepun Ketaksamaan Dan Kepelbagaian.” Kuala Lumpur:
Maskha Sdn. Bhd.

Mohd Feroz. Berita Harian (Sabtu, 10 Julai 2004). Kejuruteraan:IPTA dikesan


tersasar tujuan penubuhan.

Mortimer J. Adler (1993). “Reformasi Pendidikan Penyingkap Minda Bangsa


Amerika.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
32

Ruhizan Mohd Yasin (1998). “Integrasi Pendidikan Akademik Dan Vokasional Satu
Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad ke 21.” Prosiding Seminar
Isu-isu Pendidikan Negara, 112-121

Wim J . Nijhof, Anja Hekkienen and Loek F.M. Nieuwenhius.(2006).” Shaping


Flexibility in Vocational Education and Training”

Wahid Hashim. Utusan Malaysia (Jumaat,15 Sepember 2006). Ubah Sistem Sekolah.

WWW.HIGHER.EDUCATION_COMPASS.DE

WWW.CIKGUNET.COM.MY

f:\search_jerman\study_tanya jerman.htm.

http://www.moe.gov.bn/departments/dteweb/ProgCer&EntLeReq.htm