Anda di halaman 1dari 2

Huraikan kepecayaan dan agama yang terdapat dalam masyarakat Cina.

                      

Pengenalan :

 Konsep tamadun dan salah satu ciri tamadun adalah kepercayaan dan agama.
 Konsep kepercayaan dan agama
 Latar belakang tamadun China.
 Menyenaraikan kepercayaan dan agama dalam tamadun China.

Isi-isi Penting :

Kepercayaan Alam Sekitar :

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan
penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti
matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu
keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan
pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas
kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan
nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang
ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat
ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja
semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing,
babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga :

Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is
dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara
bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk
mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

Kepercayaan kepada dewa :

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil
tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa
menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut
menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha :
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama
Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia
dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme :

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau
adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk
menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau
dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang
pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat
dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit
sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada
diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa,
kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga
sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Toisme :

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian
dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya
manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri
daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama
ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia
akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada
peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Kesimpulan :

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai
dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk
agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh
kepada pemerintah.

Anda mungkin juga menyukai