Anda di halaman 1dari 12

Article I.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU


KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Oleh
BAYREI BIN ASRIN
NORHASLIZAWATI ABDULLAH
NURUSHIDA AZWIN BT SHAHARUDDIN
ROHAYA BTE KAMIS
ROSEIDAYU BTE ELIAS
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
6 OKTOBER 2008

1.0PENGENALAN
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit
cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru
prasekolahperlu
mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang
merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran
pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang
berkaitan
dengan pendidikan prasekolah. Pengetahuan ini dapat membantu guru dalam
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Kanakkanak
prasekolah mempunyai pelbagai latar belakang, karenah serta tabiat yang
telah dibiasakan semasa di rumah. Oleh itu, guru harulah pandai dan kreatif
dalam
mengurus tingkah laku kanak-kanak ini apabila berada dalam bilik darjah.
1.1 Definisi Pengurusan
Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali
‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada
perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis
‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud
2
perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri
daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri
daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan
dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan,
teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk
kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan’.
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa
‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan
mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumbersumber
lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang
ditetapkan’ Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti
perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau
organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturanperaturannya,
juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu
(Mohammad Fauzi, 2008).
Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni
bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan
secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
1.2 Definisi Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku
sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Ianya terbahagi kepada tingkah laku positif
dan tingkah laku negatif.
3
2.0 TINGKAH LAKU
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu,
cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula
terbahagi
kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dab sikap bergantung.
2.1 Tingkah Laku Positif
Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan
tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan
adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin
tahu kanak-kanak akan membantu guru dlam meransang pemikiran
kanakkanak
dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap
ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih
melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka
pada aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang
positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses
pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma perlu fikirkan
aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif
berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif
merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka
bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas
jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus
pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
4
2.2 Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu
memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja
kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang
seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan
tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang
sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan
menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk
dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan
tersebut. Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku
distruktif.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula,
kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka membuat
bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif
merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat
dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang
lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering
mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai
nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung
pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak
yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai
tingkah laku pergantungan.
5
3.0 MODIFIKASI TINGLAH LAKU
Langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi
menghasilkan
perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya
adalah
dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih,
memastikan
matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki,
mengaplikasikan
teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah
tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.
Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah
supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa
apabila
mengambil sebarang tndakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu
cara
mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil
kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila
murid
ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan
berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di
sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak
mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan
diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul
selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah
yang
diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong
murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana
mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai
tingkah laku yang dikehendaki.
Peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu
hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan
yang
tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan
mengemaskan
semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku
yang
dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.
6
3.1 Faktor Persekitaran Yang Menyebabkan Salah Laku
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.
Faktor-faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah seperti kurikulum
terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa tertekan dan
menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid
bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan
bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
(Saayah Abu:2008).
3.2 Penderaan Kanak-Kanak
Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik yang sering
dilaporkan oleh media massa. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa atau
penjaga gagal memberikan kasih sayang yang sepatutnya di samping
penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam, mengutuk
ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini
menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan
fizikal dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat
oleh orang lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan
terdorong untuk bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak
suka didekati oleh orang lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan
dendam terhadap kanak-kanak lain yang dianggap lebih lemah
daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan semula apa yang
dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak lain di
sekelilingnya.
7
Namun begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu
(2008) kanak-kanak yang cerdas berupaya melakukan apa yang baik untuk
dirinya tanpa mengharap orang lain terlibat dengan aktiviti luaran seperti
aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah menerima kesan akibat penderaan
emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak semua kanak-kanak dalam
satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan apabila
emosi mereka didera.
3.3 Persamaan Emosi Yang Diluahkan Dengan Penderaan
Menurut Leff et al., 1985 dalam Saayah Abu (2008), terdapat tiga kategori
tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkah laku mendera emosi
kanak-kanak, penolakan, pengasiangan dan sikap tidak peduli didapati
mempunyai persamaan dengan tingkah laku penjaga ataupun ahli keluarga
pesakit skizofrenia. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku
menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat
menetukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang
menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap
mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap meluahkan emosi yang tinggi.
Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli keluarga yang
menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini sukar
pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.
8
4.0 MODEL-MODEL PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Ada banyak model pengurusan tingkah laku. Antaranya adalah model disiplin
tegas (assertive discipline model). Model ini diperkenalkan oleh Lee Canter
(1976), dimana perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah
dinyatakan, peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan di
dalam bilik darjah. Canter percaya, sistem disiplin tegas membolehkan guru
menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan. Apabila murid melanggar
peraturan, namanya akan dicatat sama ada pada papan hijau, papan klip
ataupun
buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan
dihantar
berjumpa guru besar ataupun ibu bapanya dipanggil berjumpa guru.
Canter juga menegaskan, sistem disiplin bercirikan tanggapan murid
adalah bertujuan mengganggu guru dan mengelak daripada belajar ataupun
supaya guru tidak mengajar. Satu lagi masalah dengan disiplin tegas adalah
guru
menganggap murid dapat melakukan sesuatu mengikut disiplin. Guru yang
berpengalaman menganggap murid dapat mengetahui yang sesetengah
tingkah
laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiaannya tidak. Guru yang percaya
murid mempunyai keinginan kuat hendak belajar menganggap tanggapan ini
tidak
wajar. Mereka tahu belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan dan
ulangan pengalaman. Sistem disiplin tegas menganggap apabila murid
diberitahu
peraturan dan manghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan
perlakuan yang tidak diingini.
Pendekatan ini mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid
tidak tahu mengapa perlakuan itu tidak diterima atau pun adakah mereka
belajar
menyesuaikan diri pada situasi yang lain. Sistem pengurusan tingkah laku
yang
menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak
membantu murid belajar bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sistem
ini
mengajar murid mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang
tegas.
9
Ada masanya ornag dewasa perlu tegas dan menuntut serta-merta contohnya
mengelakkan kecederaan ataupun kecemasan seperti kebakaran.
Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami kenapa
mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian. Walau
bagaimanapun, mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut
kepatuhan serta merta tidak semestinya sebagai cara mengurus tingkah laku.
Gartrell (1987) menegaskan, disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri
murid dan menjadikan guru ‘pengurus teknikal’. Bukan setakat itu sahaja,
malah
ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan
tidak
membina rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku
mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambil kira kurikulum, susun
atur bilik darjah ataupun jadual waktu sedangkan semua sistem disiplin perlu
mengambil kira semua sedangkan semua sistem disiplin perlu mengambi kira
semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran. Jones &
Jones
(1990) melaporkan, sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin
tegas tidak lagi mengamalkannya kerana:
A ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurnag berkait dengan
prosedur itu
A murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib ataupun
bimbang
A guru yang sering melaungkan, ‘Duduk!”, ‘Diam!”, “Keluar!” semasa di
bilik darjah gagal memenuhi keperluan asas akademik murid.
A Guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas bagi mengelakkan tingkah
laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya.
10
4.1 Model Glasser
Model ini menyediakan banyak pilihan yang baik bagi murid dan
menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik. Glasser
percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan
pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku sebaliknya. Tingkah
laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya.
Sekiranya sekolah mempunyai disiplin yang baik, ia menjadi tempat
dimana murid ataupun guru yang kecewa dalam memenuhi keperluan
masing-masing adalah kurang.
Antara keperluan yang dikenalpasti adalah keperluan dimiliki,
kebebasan dan keperluan berjenaka ataupun bergembira. Sekolah yang
muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging)
ataupun tiada peluang membuat pilihan adalah sekolah yang sering
mengalami masalah disiplin. Glasser juga mencadangkan guru
menstruktur pengalaman pembelajaran murid supaya mereka memunyai
motivasi yang tinggi bagi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai
membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yang
pandai memenuhi keperluan memimpin dan yang lemah menyumbang
kepada kumpulannya.
Dalam model Glasser, mesyuarat kelas antara murid akan
membincangkan peraturan dan tingkah laku di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, model ini sering digunakan bagi murid menengah dan
berfokus pada menyelesaikan maslaah, pilihan yang disediakan gruu dan
cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang sesuai.
11
4.2 Model Ginott
Hasil kajian beliau adalah disiplin tingkah laku adalah berdasarkan
pengelolaan iklim. Ini bermaksud, bilik darjah yang kondusif pelru
diwujudkan bagi membina suasana disiplin yang baik. Interaksi melalui
komunikasi berkesan antara guru dengan murid juga penyumbang dalam
perkara ini. Selain itu, beliau percaya disiplin adalah proses berterusan
yang perlu dicapai sepanjang masa. Prinsip model ini adalah sebagai
mesej membaiki kepada murid dalam menangani maslaah. Ginott
menggunaakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) bagi menerangkan
tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid berkenaan sesuatu
situasi atau pun diri mereka. Beliau juga menggalakkan kerjasama dan
bukan memaksa. Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel
murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka bagi membantu
murid menyelesaikan masalah.
12
5.0 CARA MENGURUS TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Seperti di perkenalkan oleh Lee Center (1976) iaitu model disiplin tegar.
Model
ini adalah sistem peraturan tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh
guru.
Apabila kanak-kanak melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada
papan
kenyataan dan guru memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga
mencadangkan supaya nama itu direkod dan dihantar kepada pengetua.
Selain itu,
model ini membantu guru mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang
gangguan. Kebanyakkan dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan
sesuai
untuk mengurus tingkah laku kanak-kanak supaya memahami pentadbiran
sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang berjaya melatih kanak-kanak supaya
bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya adalah tidak menghiraukan
kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik darjah.
5.1 Konsep Menghukum
Objektif bagi menghukum adalah mewujudkan tingkah laku positif yang
membina. Menghukum berkaitan denda yang di lakukan bagi mencegah
tingkah laku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan
rangsangan yang menyakitkan. Contoh-contoh hukuman yang biasa
dijalankan adalah menukar tempat duduk, hilang keistimewaan, pertemuan
perseorangan dengan murid, pertemuan dengan ibu bapa,kawalan yang
mudah, teguran, pembetulan, penggantian, pemencilan murid dan boleh
juga dirujuk kepada guru besar.
5.2 Tingkah Laku Merosakan
Kerap berlaku kepada pelajar berumur 10 hingga 14 tahun. Jenis tingkah
laku merosakkan adalah seperti permusuhan yang nyata, vendalisme,
mengugut guru, meyertai kumpulan liar serta mencalarkan kereta dan
motor guru.
13
5.3 Permusuhan Yang Nyata
Keadaan yang terdapat pada tingkah laku fizikal ataupun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya anda sedang beratur hendak
membeli makanan, tiba-tiba barisan anda di potong oleh pelajar lain.
Mengikut ahli psikologi, tiga pandangan utama berkenaan permusuhan
nyata adalah setiap individu mempunyai desakan agresif bagi
menimbulkan permusuhan yang nyata. Permusuhan ini wujud daripada
pengalaman lampau yang mengecewakan.
Tingkah laku agresif ataupun permusuhan yang nyata adalah
tingkah laku yang dipelajari. Cara membantu mengurangkan permusuhan
yang nyata adalah :-
• Menerapkan nilai-nilai murni
• Kenal pasti pelajar yang agresif
• Mengadakan program pendidikan moral
• Menubuhkan bimbingan rakan sebaya
• Merujuk pelajar bermasalah kepada guru kaunseling
• Menggalakkan perbincangan sihat antara pelajar
• Mengadakan pembentangan teknik menyelesaikan masalah
5.4 Tingkah Laku Bergantung
Ia adalah tingkah laku seseorang yang bergantung pada orang lain sama
ada guru atau rakan bagi melakukan sesuatu. Individu seperti ini tidak
mampu untuk membuat keputusan sendiri. Pendirianya kurang tegas dan
tiada tujuan. Faktor-faktor yang menimbulkan keadaan kurang bergantung
berlebihan adalah ibu bapa yang mengamalkan perlindungan yang
melampau seperti terlalu manjakan anak dan kurang yakin kebolehan
mereka mendidik anak-anak. Selain itu faktor lain adalah konsep kendiri
pelajar yang lemah. Kesannya menjadikan kanak-kanak kurang yakin.
14
Selain itu, pelbagai masalah akan timbul di sebakan mereka sukar
membuat keputusan sendiri dan tidak mampu untuk menyelesaikan
masalah. Ada juga yang terlalu peka pada orang lain seperti pokok semalu.
Akhirnya kehidupan yang dilalui tidak ceria, tertekan dan jiwa tidak
tenteram.
Seterusnya pendekatan pengejaran yang lebih berpusat kepada
guru. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sukar dijalani oleh para
pelajar dan kurang sesuai menyebabkan murid banyak bergantung kepada
guru. Situasi ini menyebabkan tekanan kepada murid. Sebaik-baiknya
guru mengadakan aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar memberi
pandangan atau berhujah. Aktiviti yang dijalankan perlu sejajar dengan
kebolehan pelajar. Beri layanan yang sepatutnya kepada murid-murid
yang lemah seperti mengadakan klinik peningkatan kendiri. Dedahkan
teknik membuat keputusan yang bijak. Wujudkan suasana pembelajaran
mesra dan aman yang dapat mententeramkan kanak-kanak yang aktif.
Secara tidak langsung ia akan menjernihkan suasana tegang dan dapat
memperbaiki banyak perkara.
5.5 Pengunduran Diri
Pengunduran diri da pelbagai situasi dan ada di antaranya adalah helah
bela diri. Ia bermaksud penarikan diri daripada situasi yang kurang
selamat. Contohnya Jazimin merupakan murid yang pemalu, dia dikatakan
mengamalkan pengunduran diri apabila diminta bercerita di hadapan kelas
kerana bimbang dia tidak pandai berinteraksi di khalayak ramai. Kesan
buruk akibat pengunduran diri adalah pembentukan konsep diri yang
rendah. Pelajar sukar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru dan
tidak yakin berinteraksi dengan murid yang lain. Ini mengakibatkan
perkembangan sosial, emosi dan intelek terjejas. Apabila dewasa, pelajar
kurang berkeupaya menghadapi cabaran-cabaran baru. Penguduran diri
15
menjadikan seseorang kurang popular. Lama-kelamaan dia akan merasa
terancam dan kurang selamat di dalam kelas. Individu yang mengamalkan
pengunduran diri kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan kurang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhirnya dia
sentiasa mengalami kebimbangan dan ketakutan.
Peranan guru dalam mengurangkan masalah pengunduran diri
adalah guru perlu memberi tumpuan dan dengar cadangan –cadangan
murid. Perlu bersikap tegas dan adil dalam menjalankan peraturan dan
konsisten. Kenal pasti pelajar yang malu dan menarik diri. Usah kedekut
memberi pujian kepada pelajar yang melakukan kebaikan. Jangan
menengking dan berleter sehingga mewujudkan ketegangan. Sediakan
aktiviti-aktiviti yang menarik serta digemari oleh pelajar. Pastikan aras
pencapaian yang ditetapkan tidak terlalu tinggi. Galakkan penyertaan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi
ganjaran dan pujian bagi mendorong penyertaan pelajar. Beri peluang
kepada mereka meluahkan kehendak ataupun masalah.
Selain itu, guru perlu membantu pelajar yang mengalami kesulitan
semasa menguruskan tugasan (mentoring). Perbanyakkan jenis aktiviti
supaya pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dapat menikmati
kejayaan . Elakkan menghukum pelajar sekiranya beliau kurang berjaya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya perlu, adakan
perancangan dengan ibu bapa yang sentiasa mendenda, mendera,
memukul dan keterlaluan dalam memarahi anaknya.
16
6.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya pendidikan prasekolah penting kerana ia meliputi
aspek
fizikal, mental, bahasa, sosial, moral, pekerti, emosi dan agama walaupun
kepentingan ini sukar ditentukan secara objektif. Implikasi yang besar akan
berlaku sekiranya pendidikan awal kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa.
Keluarga sedemikian dianggap sebagai pendera emosi pesakit skizofrenia dan
tidak kurang bezanya dengan pendera emosi pada kanak-kanak. Ini
menunjukkan
betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layanan
pada
mereka yang sakit dan lemah supaya mereka cepat sembuh.
Jika kanak-kanak hidup dengan galakan
Mereka belajar menjadi lebih berkeyakinan
Jika kanak-kanak hidup dengan pujian
Mereka belajar menghargai kehidupan
Jika kanak-kanak hidup dengan keadilan
Mereka belajar dalam suasana keharmonian
Jika kanak-kanak hidup dengan jaminan
Mereka belajar menaruh kepercayaan
Jika kanak-kanak hidup dengan kerestuan
Mereka belajar menyayangi diri dan penyayang
Jika kanak-kanak hidup dalam persaudaraan
Mereka belajar menemui kasih sayang sesama insan
Tuhan akan mengabulkan permintaan doa daripada hambanya.
17
BIBLIOGRAFI
Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak
Istimewa.Batu
Caves,Selangor : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
Mohammad Fauzi (2008). Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1.
Diperolehi
pada September 26, 2008 daripada
http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07
/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/
Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur : Pustaka Salam
Sdn
Bhd.
Prof Madya Dr.Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad.(2004).
Panduan
Kurikulum Pra Sekolah.Universiti Putra Malaysia : PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.
Rohani Abdullah.(2001).Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara
Portfolio.
Universiti Putra Malaysia : Penerbit UPM.
Saayah Ramli.(2008).Menjadi Guru Tadika.Batu Caves,Selangor : PTS
Publication &
Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai