Anda di halaman 1dari 15

Analisis Teks Novel

Timulak Kapal Perang

karya : Azmah Nordin


Sinopsis
Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan

bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan

pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Penduduk Inanam

tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai. Dalam

pertempuran dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan

pihak Inggeris.

Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta benda orang kampung. Selepas

itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu pula.

Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun, Paduka Mat Salleh

mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun

strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.
Tema
 Perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-
rakannya dengan memberi kerjasama kepada
Paduka Mat Salleh dalam perjuangan
membebaskan bangsa dan tanah air daripada
penjajah Inggeris.
Persoalan
 Penindasan penjajah Inggeris terhadap penduduk tempatan.

 Sikap dan pendirian penduduk tempatan yang bencikan penjajah Inggeris.

 Penduduk tempatan yang bekerja dan menyokong orang Inggeris dianggap sebagai pengkhianat bangsa

dan golongan yang tidak cintakan tanahair.

 Golongan wanita dalam masyarakat Bajau terkenal dengan sifat lemah lembut dan bersopan santun dan

lazimnya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangga.

 Ibu bapa dalam masyarakat Bajau menentukan jodoh anak-anak mereka.

 Darjat dan keturunan menjadi pegangan utama golongan pemimpin.

 Tanggungjawab seorang anak ialah mentaati dan mendengar kata ibu bapa.

 Persoalan cinta terpendam antara dua orang remaja.


Plot
 Permulaan - Andayu dan rakan-rakannya secara sukarela menganggotai pasukan keamanan di
bawah pimpinan Paduka Mat Salleh.
 
 (b) Konflik - Ayah Andayu tidak suka Andayu menyertai pasukan keamanan sebaliknya dia
mahu Andayu memupuk sifat-sifat kewanitaan dalam diri. Pak Cik Tidung mendesak Paduka
Mat Salleh menentang pihak Inggeris secepat mungkin.
 
 (c) Klimaks - Pengikut Paduka Mat Salleh bertempur dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya
untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya yang dipenjarakan. Pihak Inggeris
bertindak balas dengan menyerang daerah Inanam. Kemudiannya pihak Inggeris menyerang
pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu.
 
 (d) Peleraian - Pihak Inggeris mengalami kekalahan ketika bertempur dengan pengikut-
pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu. Walaupun pihak Inggeris berundur,
Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya berpindah ke kawasan yang lebih selamat
untuk bersiap sedia menentang pihak Inggeris kelak.
Watak & Perwatakan
o WATAK UTAMA
 ANDAYU
• Berusia 15 tahun.
• Anak yatim piatu
• Berbadan langsing dan cantik.
• Taat pada perintah Tuhan.
• Berani dan kuat semangat.
• Tetap pendirian.
• Rajin.
• Antipenjajah.
Watak Sampingan
 PADUKA MAT SALLEH

• Penghulu di daerah Inanam.

• Berketurunan bangsawan.

• Handal dalam ilmu persilatan dan ilmu batin.

• Bijak mengatur strategi peperangan.

 HALIPAN

• Anak saudara Paduka Mat Salleh.

• Tubuhnya tegap dan tinggi.

• Handal bersilat dan menggunakan senjata.

• Bersemangat tinggi untuk berjuang.

 DAYANG BANDAN

• Dayang Bandan ialah Puteri Bangsawan Sulu dan ibu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram, Sultan Sulu. Dia juga merupakan

isteri Datu Paduka Mat Salleh. Dia memiliki pelbagai ilmu seperti ilmu kebal, ilmu penunduk dan ilmu penggerun. Selain itu,

Dayang Bandan berkebolehan menguasai orang halus dan orang bunian, malahan segala ilmu itu diturunkan pula kepada

suaminya Datu Paduka Mat Salleh. Puteri bangsawan ini dipantangkan memijak tanah kerana jika dicabuli, keluarganya akan

ditimpa bencana.
 PAK CIK TIDUNG
• Bapa saudara Andayu.
• Peniaga garam di desa.
• Bengis dan panas baran.
• Berani.
• Berjaya membunuh Jones.
• Mati ditembak askar Inggeris.

 MAK CIK MALA


• Emak saudara Andayu.
• Pembantu rumah Paduka Mat Salleh.
• Memelihara Andayu sejak kecil.
• Penyayang.
• Pandai bercerita.
 
 AYAH ANDAYU
• Asalnya nelayan.
• Kemudiannya menjadi penolong pegawai pemungut cukai bagi pihak Inggeris.
• Penyayang.
• Sensitif dan mudah tersinggung.
• Mementingkan diri sendiri.
• Meninggal dunia kerana dipatuk ular senduk.
Latar
 Latar Masa
     - Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu
zaman campur tangan Inggeris di negeri Sabah.
Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya
berlaku dalam masa beberapa hari sahaja tetapi
melalui teknik imbas kembali sama ada secara
penceritaan atau ingatan watak-watak, pengarang
membawa ceritanya ke satu latar masa yang
terdahulu, misalnya sebelum kematian bapa Andayu.
 Latar Tempat
     - Daerah Inanam, Ranau, Sungai Sugut,
Mengkabung, Gunung Kinabalu, Pulau Gaya,
Sandakan.
     - Di rumah Paduka Mat Salleh, rumah Andayu,
kubu di lereng Gunung Kinabalu, kota Pulau
Gaya.
 Latar Masyarakat
     - Latar masyarakat dalam novel ini merujuk kepada
masyarakat Bajau yang diketuai oleh Datu Paduka Mat
Salleh, penghulu di daerah Inanam dan menjadi pejuang
dalam menentang campur tangan Inggeris di Sabah.
Masyarakat ini berpecah menjadi dua kelompok, iaitu yang
menentang pihak Inggeris dan kelompok yang menjadi
penyokong orang-orang Inggeris. Pengarang juga
memaparkan masyarakat orang asli yang menjadi askar
upahan orang-orang Inggeris semasa menentang Datu Paduka
Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya.
Gaya Bahasa
 )   Bahasa Arab (contoh: takdirullah, roh, hidayah,
iradat)
 (b)    Bahasa suku kaum atau daerah (contoh: pidak,
bahar, biabas, rogon, sigup)
 (c)    Simpulan bahasa (contoh: air muka, iri hati)
 (d)    Personifikasi (contoh: peluru senapang kian
rancak meluahkan muntahnya kini)
 (e)    Simile (contoh: pucat bagaikan mayat)
 (f)    Metafora (contoh: mengukir senyuman nakal)
Pengajaran
 Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu padu.
 (b)    Kita tidak boleh menjual maruah bangsa
sendiri.
 (c)    Kita hendaklah mempertahankan hak sendiri
daripada jatuh ke pihak musuh.
 (d)    Kita tidak boleh terburu-buru dalam membuat
sesuatu tindakan.
 (e)    Kita hendaklah patuh kepada arahan pemimpin.
Nilai
 )    Keberanian.
          Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi watak-watak seperti Andayu serta rakan-
rakan seperjuangannya. Keberanian mereka berjuang menentang pihak Inggeris serta konco-konconya
menyerlah. Begitu juga dengan keberanian pejuang-pejuang seperti Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik
Tidung, Pak Cik Ali, Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa berjuang menentang campur tangan orang-orang
Inggeris.
 
 (b)    Kerjasama.
         Pengarang berjaya menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat kerjasama digambarkan
melalui watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam menghadapi sesuatu kesukaran atau
rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang bertempur dan ada pula yang merawat mangsa yang
tercedera.
 
 (c)    Kebijaksanaan.
         Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang menilai kembali
tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan seorang gadis dalam menghadapi
detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat apabila dia berjaya mendapatkan maklumat
tentang penangkapan Pak Cik Tidung.
 )   Kesabaran.
         Kesabaran Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun simpur berhampiran
pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta pengikut-pengikutnya. Kesabaran
mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh mengatur strategi seterusnya.
 
 (e)    Kesetiaan.
         Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang. Menerusi
watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan Haji Utih dapat kita lihat bagaimana
nilai tersebut digambarkan.  Misalnya, Andayu merupakan watak yang banyak membantu Datu Paduka Mat
Salleh kerana semangatnya yang cintakan negara dan tidak mahu orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya. 
Begitu juga dengan Haji Utih, yang bukan sahaja menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan
sumbangan moral dan material kepada pasukan pejuang keamanan secara sukarela.
 
 (f)    Kasih sayang.
         Perasaan kasih sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak. Perasaan kasih dan
sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara kepada anak saudaranya, perasaan kasih
isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang sesama ahli masyarakat, semuanya dapat dilihat dengan jelas
dalam novel ini dan digarap dengan baik serta berkesan.

Anda mungkin juga menyukai