Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
20/07/2006
Oleh shay Ipoh
ASSALAMUALAIKUM.......
Aku dah terlalu banyak didedahkan aktiviti penagihan DADAH daripada kawan-kawan, buku,
jurnal, kajian, perbincangan dalam kumpulan dan banyak lagi...
Aku adalah penuntut tahun akhir sarjana muda disebuah universiti di utara tanah air. Aku selalu
berkongsi cerita dengan pensyarah yang memang kerap melakukan kajian mengenai isu
penagihan DADAH nie.
Dulu masa aku kecil, aku ingat DADAH nie satu perkara dan isu yang terpencil dalam negara
yang aku cintai ini tapi bila usia aku dah menjangkau 18 tahun, baru aku tahu bahawa DADAH
adalah musuh negara yang paling terpenting sekali untuk dihapuskan.
Tujuan aku menaip nie kerana aku ingin berkongsi maklumat dengan kengkawan yang dah 'start'
berjinak-jinak dengan DADAH nie. Untuk pengetahuan kengkawan semua, rokok juga adalah
salah satu kategori DADAH kerana tembakau adalah salah satu daripada spesis DADAH kat
dunia nie cuma kadang-kadang pengetahuan yang cetek dan budaya menghisap rokok dikalangan
masyarakat kat negara yang indah ini mengakibatkan kita berfikir bahawa rokok bukan DADAH
yang boleh membunuh kita. Hai kengkawan suma, sebenarnya kita dah silap. Rokok adalah salah
satu daripada jenis DADAH jugak tau.
Aku ada sorang member yang baru masuk 'lockup' disebabkan DADAH nie..Mesti korang suma
nak tahu kan kenapa dia masuk lockup pulak tapi bukan pusat pemulihan. Ha...meh aku citer kat
korang suma.
Karim (bukan nama sebenar) memang budak baik masa aku sesama sekolah ngan dia dulu dan dia
ni memang lagi 'advance' daripada aku. Yela, asyik dapat nombor satu je dalam kelas..kira pelajar
cemerlang dan terbilang la jugak tu kengkawan. Tapi tu citer lama...
Lepas aku balik dari pengajian aku kat utara lebih kurang tiga bulan lepas, aku dapat tau yang si
Karim nie dah lama ambil 'najis' tu tapi aku dah tak rapat lagi dengan dia dah. Yelah, sejak lepas
SPM lagi aku dah tak geng dengan dia sebab dia masuk sekolah Politeknik kat Selatan tanah air
dan aku pulak sambung form 6 kat Ipoh. Lepas form 6, rezeki aku dapat sambung belajar kat
utara..Insya'Allah, aku akan 'grad' dengan agak cemerlang jugak ler..bulan 9 nie aku
konvokesyen..
Aku pernah jugak jumpa Karim tapi muka dia dah lain..Mata lebam, muka cengkung, badan kurus
dan parut bersepah..terkejut jugak aku masa tu tapi aku dah 'budjet' yang mamat sorang nie
memang dah rosak tapi sebagai seorang kawan, aku nak jugak membetulkan keadaan dia tu..
Aku tanya dengan adik dia sebelum terjadinya peristiwa yang memalukan ini, kenapa dia jadi
macam tu.. Adik dia jawab, semuanya akibat tekanan belajar daripada family dia. Aku rasa ler
DADAH ni bukan 'solution' korang nak tenang daripada segala masalah korang tu.. Daripada
ambil najis tu, lebih elok korang tenangkan fikiran korang dengan beribadah kepada ' Yang Maha
Pencipta ' yang telah beri peluang kat korang suma hidup 'sekali sahaja' kat bumi-Nya ini.
Kita sambung citer...Karim dah takde duit untuk beli DADAH lagi. So, pe lagi.. dia mintak duit
kat mak dia. Mak dia tak nak bagi duit kat dia sebab memang mak dia dah tau, Si Karim nie
memang nak beli DADAH.
Aku nak citer kat korang pun..aku naik malu dengan kebodohan Karim akibat DADAH tu. Bila
dia dah tak dapat duit, dia ugut mak dia dengan parang pemotong daging...ish..
Tanpa diduga, mak dia cuba melawan tapi di ni memang dah pening dan kat dahi dia tu memang
dah ada 'cop' sebagai anak yang derhaka..apa lagi, parang yang di acukan kat perut mak dia tadi
tertusuk kat perut mak yang selama ni dah banyak berkorban (mengandungkan dia, melahirkan
dia kat dunia, memberi makan dan pakaian, pendidikan, dan segalanya) tapi....arghhhhhhhh!!!!
Mak dia agak bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh jiran-jiran yang mendengar jeritan
mak dia tadi tu.
Karim tak berjaya melarikan diri kerana telah diberkas dengan pantas oleh abang-abang PEKIDA
kat tempat aku tu. So, selepas dilempang dan diterajang oleh abang-abang tuh yang aku rasa
masih tak cukup dengan kesalahan dia, atas sebab Karim ni pun manusia, abang-abang PEKIDA
tu terus hantar dia ke Balai Polis yang berdekatan.
So...kengkawan suma..aku suka nak ajak korang SUMA berfikir.. SEKALI KORANG
SALAHGUNA DADAH NIE..SEUMUR HIDUP KORANG AKAN MENDERITA...
kayla, sampai sini dulu...cuma satu pesan aku kat korang.. MASALAH KAT DUNIA NIE AMAT
MUDAH DISELESAIKAN TANPA MENGAMBIL DADAH...KETAHUILAH BAHAWA
DADAH BUKANLAH PENYELESAI MASALAH TAPI PEMBUNUH!!!!
ASSALAMUALAIKUM..........
Anak Bangsa Yang Rebah
25/01/2007
Oleh JueBK
Setiap saat dan setiap ketika ada saja berita dan cerita yang keluar di corong radio dan terpapar di
media masa juga media cetak... Sampai bila harus begini dan sampai bila ia harus berakhir??
Persoalan yang sering ditanya... bolehkah mereka ini pulih?? , orang apa yang paling ramai hisab
dadah? dan ada juga yang menyatakan.. biar mampus pi lah kat depa semua!!! Namun, adakah
segala ini akan terjawab segala permasalahan yang wujud?
Anak bangsa kian rebah! Siapa yang harus dipersalahkan? Ibu dan bapa?, keluarga? atau
masyarakat sekeliling? juga kerajaan?.... Sampai bila harus kita asyik hendak mempersalahkan
orang lain sedangkan diri sendiri tidak dijengah terlebih dahulu.
Apakah peranan aku? Adakah aku kurang di ajar? Bila harus aku bertindak dan sampai bila harus
aku hidup dalam kepura-puraan?... Bagi mereka yang rebah.. jadikan ini satu persoalan dalam
diri..
Wahai rakyat Malaysia, marilah bersatu hati menggenggam erat tangan yang mengapai. Bantulah
mereka yang rebah.. Bukalah minda , bukalah jiwa bersatulah hati yang iri, bertentanglah muka
yang berpaling, berilah kepada tangan yang menadah, bertuturlah kata yang baik , dicemuh jangan
sekali kerana mereka telah rebah...
Bantulah setakat yang termampu. Fikirkanlah andai kata ada orang yang kita sayangi turut rebah
seperti mereka, apa yang patut kita katakan dan lakukan??? Kepulihan bukannya proses
sehari,seminggu,sebulan, atau setahun sebaliknya ia adalah proses seumur hidup.
Wahai anak bangsaku... jangan sekali anda rebah kerana bila telah rebah sukar untuk anda bangun
dan berdiri gah seperti kini...
Wahai remaja yang leka... pandanglah kehadapan dan jadikan kisah mereka yang rebah sebagai
panduan demi meniti kejayaan dimasa akan datang... Ingatlah orang yang tersayang... Ingatlah
darah ibu yang mengalir ketika melahirkan mu... Ingatlah keringat ayah yang membesarkan mu...
Pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru kamu dan pengalaman yang mengajar dan mendidik
kamu agar menjadi dewasa dan manusia yang berguna...
Mereka yang rebah... ayuh bangunlah! Carilah tempat untuk berpaut... carilah mereka yang sudi
menghulur tangan... Usahalah agar dapat melihat cahaya yang terang dan jangan terusan berada di
dalam kegelapan...
[13/JUN/2007]
Kisah si penagih
20/07/2007
Oleh maskulin
Aku merupakan seorang kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Negeri Pantai
Timur..... Apa yang nak ku kongsikan ialah mengenai kisah si penagih..... iaitu kisah seorang
penagih yang telah kembali ke pangkal jalan walaupun sudah terlambat....
Kisah ini aku perolehi berdasarkan kepada Program Anti Dadah yang aku laksanakan di
sekolah sebagai satu program pencegahan kepada anak murid ku... Aku telah menjemput
bekas-bekas penagih dari DIC (Drug Intevension Center).. Apa yang diceritakan oleh mereka
amat mengharukan...
Antara cerita tersebut ialah mereka mengaku pernah meragut untuk mendapatkan wang...
bukan sekadar itu sahaja, mangsa tersebut ada yang ditikam, disepak terajang dan dihumban ke
dalam longkang semata- mata untuk memuaskan nafsu mereka menagih syabu melalui
suntikan... apa yang amat mengerunkan mereka juga mengaku bahawa pada tubuh mereka
sudah tiada jalan untuk dicucuk lagi melainkan melalui saluran urat di bahagian kemaluan
mereka sahaja....
Mereka juga pernah mengutip makanan di dalam tong sampah.... parnah di masukkan sebanyak
9 kali ke Pusat Serenti dan pernah dijatuhkan hukuman sebatan...sebanyak lebih 12 kali... apa
yang menyayat hati.... setiap kali dikenakan hukuman sebatan, kawasan punggung yang disebat
tersebut hancur sebesar dan selebar lampu kalimantan...(bayangkan)....bukan setakat itu sahaja
ruas rotan juga menusuk kawasan peha mereka yang menyebabkan terpaksa memakan masa
yang lama untuk sembuh...(Berbulan2 beb)...
Namun sekarang mereka telah insaf pada usia 43 tahun...apa yang pasti sekarang mereka
dihambat oleh kesilapan2 silam...,tubuh dan anggota mereka telah lemah akibat serangan
kuman HIV...ubat-ubatan menjadi teman akrab mereka.., sekiranya terlupa mengambilnya
kuman tersebut akan merebak 2x ganda dari biasa..,Sekarang hanya takdir dan masa yang akan
menentukan hayat mereka....
Maka.., kepada remaja2 ingatlah perjalanan hidupmu masih panjang..., zaman remaja penuh
dengan cubaan dan dugaan.., atasi dengan sebaiknya dan ingatlah JANGAN SEKALI-KALI
TERJEBAK DENGAN GEJALA DADAH YANG MENGHANCURKAN MASA
DEPANMU INI....Jati diri dan berpeganglah dengan prinsip hidup yang rasional.... semoga
keluargamu berbangga dengan kecemerlanganmu bukan bersedih kerana kehancuran yang
engkau cipta.....sekian..,terima kasih.
Dulu Bapaku Sekarang Adikku.... Yang Menanggungnya Deritanya Ibuku....
06/10/2007
Oleh atok
Assalamualaikum...
Tidak tahu dari mana ingin ku mulakan kisah yang terjadi pada keluarga kami. Aku merupakan
anak ketiga dalam keluarga. Arwah bapaku seorang penagih... Entah bila ia bermula, seingat
aku dari aku sekecil kanak-kanak darjah 3, kami lapan beradik sudah mengenal dadah...
Sewaktu kecilku... abah telah bergelar penagih. Dadah dengan kami tidak asing lagi. Abah dan
kawan-kawan secara terang-terangan menyuntik dadah didepan anak-anak. Keluar masuk
penjara dan serenti. Kami dah biasa...
Tinggallah harapan pada ibuku seorang mencari rezeki untuk kami lapan beradik. Pembantu
rumah, mencuci pinggan mangkuk di kedai makan, tukang cuci, jual kuih, semua kerja
dilakukan ibu untuk mencari rezeki menyekolahkan kami adik beradik.
12 tahun dulu, Abah pergi tanpa kembali... Apa puncanya? AIDS!!! Abah pergi meninggalkan
kami dengan cacian dan tohmahan jiran tetangga. Berapa lama ibu dipulau jiran tetangga
kerana itu. Sahabat baik ibu, jiranku... seronok menjaja cerita kami anak beranak sehingga
hanya tuhan yang tahu bagaimana ibu menanggung semua itu...
Aku masih ingat bagaimana aku memujuk abah untuk ke hospital setelah lukanya mula
menjadi kudis-kudis di badan. Abah mengamuk tidak mahu ke hospital. Seminggu di hospital,
Doktor memanggil keluarga kami. Ibu tidak berdaya untuk mendengarnya. Aku dan kakak
yang gagahkan diri untuk mendengarnya. Abah akan meninggalkan kami!! Luka kanser
tulangnya sudah merebak ditambah lagi dengan kurang daya tahan penyakit... Abah pergi
dengan sekelip mata...
Kesibukan abah menagih dadah, kesibukkan ibu mencari rezeki menyebabkan kebajikan anak2
tergadai. Abang, tidak lagi hormat pada abah, bawa diri ke Kuala Lumpur. 3 orang adik
lelakiku mula mengenal ganja seawal 15 tahun. Ya Allah... Hanya tuhan yang tahu bagaimana
perasaan ibuku...
Adik-adik ku... kurang ajar... Silap ibu sedikit, hadiahnya cacian... makian... Kami hidup dalam
kesempitan. Ya Allah... Kini, salah seorang adikku mengikut jejak abah. Dah 8 tahun menagih
dadah entah berapa kali keluar masuk penjara.. Aku pun tidak terkira lagi... Hancur luluh hati
ibuku...
Aku ingin membantunya untuk pulih.. Ya Allah, tunjukkannlah jalan yang benar kepadanya.
Kurniakanlah kekuatan kepadaku untuk memulihkannya. Aku ingin lihat dia seperti belia-belia
muda yang lain, yang dapat berbakti kepada ibuku, yang mendapat semula masa depannya
yang hilang dulu...
Ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu hamba meminta... Amin.