Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Permainan ‘REBUT TIANG’ boleh dilangsungkan dengan jumlah pemain yang sedikit
atau ramai. Kesemua pemain mesti berkumpul di tengah-tengah permainan iaitu pada
kedudukan sama jauh dengan semua tiang. Masing-masing mencakung dalam satu
bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3 dengan
cara berjalan itik, masing-masing berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan.
Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut
merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Pertukaran tiang yang pelbagai hala ini tentu sahaja membingungkan pemain yang
tidak bertiang itu. Dia tentu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiang yang tidak
bertuan dalam keadaan seperti itu.

Pergerakkan pertukaran "rumah" mesti cepat dan lancar. Persetujuan bertukar tiang
perlu dibuat secara senyap dan bahasa isyarat supaya tidak disedari oleh perebut tiang.
Sekiranya pertukaran tiang dibuat dengan tiang yang agak jauh (supaya lebih hebat)
pemain mestilah lebih pantas. Namun risiko ini jarang diambil oleh pemain kerana
masing-masing tahu pahitnya menjadi perebut tiang. Malang tak berbau. Ada pemain
yang tergesa-gesa dan terlanggar antara satu sama lain lalu terjatuh, tertiarap,
terlentang dan sebagainya. Kecemasan seperti ini adalah peluang keemasan bagi si
perebut tiang kerana ada 1 atau 2 tiang yang kosong untuk diambilnya.

Dalam permainan rebut tiang, pemain, gelaran juara pastinya mencerminkan kehebatan
pemain. Juara ialah pemain yang tidak pernah kehilangan "rumah" iaitu tidak pernah
menjadi perebut tiang. Pemain ini tentu tangkas pergerakkannya untuk berlari merebut
tiang dan tajam penglihatannya untuk mengintai peluang yang sesuai.

Sesungguhnya permainan merebut tiang ini hanya berdasarkan ketangkasan dan tiada
sebarang mata dipungut. Tiada juga denda kecuali kebosanan berlari ke sana ke mari
untuk merebut tiang. Permainan hanya berakhir apabila masing-masing sudah
keletihan.
2.0 SEJARAH PERMAINAN

Ada waktunya permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.
Jadi sementara menunggu hujan reda, kanak-kanak desa suka berkumpul di sawah
rumah (kolong rumah) daripada membuang masa tidak berbuat sesuatu, mereka akan
menjalankan permainan yang sesuai bagi menghilangkan jemu atau memanaskan
badan. Istimewanya rumah tradisional Melayu Kedah ialah tiangnya yang tinggi. Ini
membolehkan tiang dijadikan medan permainan. Malah, dalam permainan "rebut tiang",
tiang-tiang rumah itulah yang menjadi alat utama.

Justeru, permainan rebut tiang tercetus daripada keadaan rumah tradisional melayu
yang mempunyai tiang. Nama permainan ini juga turut diambil bersempena dengan
cara permainan ini yang memerlukan pemain merebut tiang.
3.0 MATLAMAT PERMAINAN

Permainan rebut tiang dilaksanakan dengan harapan agar dapat memberi keseronokan
kepada pemain semasa permaian ini berlangsung. Permainan ini turut dapat
meningkatkan ketangkasan pemain dalam merebut tiang disamping dapat menguji
ketangkasan fizikal. Selain itu, pemain juga dapat meningkatkan kreativiti dalam
mengatur strategi bagi mengekalkan rumah yang dipegang semasa menukar rumah
dengan pemain lain.

Permaian rebut tiang juga bukan saja dapat membina semangat berpasukan malah
dapat meningkatkan interaksi yang berkesan dikalangan pemain kerana semasa
permainan ini berlangsung, pemain yang ingin menukar rumah perlu melakukan isyarat
yang tidak dapat dibaca oleh perebut tiang kerana kuatir rumah yang di pegang akan
dirampat oleh perebut tiang. Justeru, kesefahaman dan interaksi yang berkesan perlu
ada dalam setiap diri pemain. Selain itu, nilai murni juga dapat diterapkan kedalam diri
pemain seberni nilai berani, sabar, bekerjasama, toleransi dan sebagainya dan diharap
nilai-nilai ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
4.0 OBJEKTIF PERMAINAN

4.1 DARI SEGI PSIKOMOTOR

Pemain dapat meningkatkan ketangkasan semasa mereput tiang.

4.2 DARI SEGI KOGNITIF

Pemain dapat mengatur strategi yang berkesan dan menjangka kesan


daripada tindakan yang dilakukan semasa melakukan pertukaran tiang.

4.3 DARI SEGI AFEKTIK

Nilai-nilai murni seperti berani, sabar, kerjasama dan toleransi dan


sebagainya dapat diterapkan kedalam diri pemain.
5.0 KUMPULAN SASARAN

50 orang murid prasekolah.

6.0 TARIKH

8 MAC 2011

7.0 TEMPAT

Padang Hoki, Institut Perguruan Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai