Anda di halaman 1dari 17

MASB 113 Pengajian Malaysia

Persediaan Penyelidikan Isu-isu


berkaitan dengan kemanusiaan dan
Pembangunan Negara
Konsep Penulisan Projek Penyelidikan
• Pemarkahan dibuat hasil laporan penyelidikan yang
lengkap dan memenuhi syarat sahaja.
• Pemarkahan maksimum adalah 20% dan markah
bonus bagi hasil laporan yang baik dan diluar
jangkaan yang dihasilkan oleh pelajar akan diberikan
tambahan 5%.
• Maksudnya, pelajar-pelajar boleh diberikan masa
untuk memperbaiki dan mengubah bahan yang
dibuat secara komprehensif dan bermutu tinggi.
• Justeru itu, bagi bab 1, 2, 3, 4 dan 5 bolehlah dihantar
pada tarikh akhir 21 Febuari 2011 . Sebarang laporan
yang dihantar lewat akan dipotong markah 2% setiap
hari.
Pelajar-pelajar perlu diingatkan, hampir semua penulisan
yang lepas bukan penulisan karya asli pelajar. Ada di
antaranya mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. kajian diciplak dari kajian lain dalam kategori 80%-
100%.
2. Hasil produk kebanyakan tidak kemas dan karya
mempunyai elemen “cut and paste”. Saya tidak ada
masalah dengan isu ini. Tetapi saya akan boleh berikan
markah yang rendah. Justeru itu, mana-mana bahan yang
yang “cut and paste” perlulah diubahkan struktur ayat-
ayat yang digunakan dengan penyataan ayat pelajar
sendiri.
3. Terdapat beberapa kerja adalah hasil kerja yang sama
dalam kuliah lain seperti Pengajian Malaysia, Moral,
Technical Communication dan lain-lain lagi.
Konsep penulisan
• Penulisan hasil kajian perlulah mengikut format yang
sesuai untuk sebuah tesis penyelidikan.
• Penggunaan “font” Arial skala 12 dan “double
spacing”. Setiap muka surat perlu ada nota muka
surat.
• Penghujahan dalam setiap bab perlu mempunyai
pengceritaan yang berkait antara satu sama lain.
Bukan tergantung, saolah-olah macam meniru karya
orang lain.
• Ayat-ayat perlu jelas dan dalam masa yang sama
tidak boleh menggunakan ayat ringkas atau butiran
“point system”.
• Justeru itu, hasil laporan lebih menjurus analisan
yang krittikal dari pemikiran pelajar sendiri.
Peringatan Penting dalam Penulisan
• Setiap bab mempunyai jalan cerita yang berkait
antara satu sama lain. Jika dilihat bab 1 ianya akan
membantu bab 4 dan 5 dengan lebih pemikiran yang
sainstifik.
• Justeru itu, setiap bab itu penting dan mempunyai
elemen untuk membina penulisan yang jelas
pemikiran intelektual pelajar-pelajar. Buat masa ini
kertas kerja yang lepas kebanyakan mempunyai
markah yang rendah sebab hasil analisis tidak kuat
• Data ada tetapi pelajar gagal membuktikan data-data
tersebut mempunyai relevan dengan bab sebelum
atau selepas. Dengan itu, pelajar menyediakan
laporan setakat tangkap muat atau sambil lewa.
Dalam Bab 1
• Dalam bab satu perlu lihat semula tajuk. Dalam bab
ini akan membantu halatuju kajian tetapi banyak
penulisan dalam bab ini tidak jelas sebab tajuk tidak
tepat untuk dikaji, terlalu luas skop yang nak dikaji
atau pelajar tidak dapat mengenal pasti sewajarnya
isu-isu berkaitan yang hendak dikaji.
• Justeru itu, boleh dikecilkan skop penulisan dan
dalam masa yang sama kerja penulisan akan lebih
fokus. Dengan ini latarbelakang memainkan peranan
penting dalam penulisan kajian ini. Setiap tajuk itu
mempunyai hubungan sejarah yang rapat dengan
permasalahan dan perkembangan masa kini.
Apa yang perlu ada dalam bab 1
• Pendahuluan
• Latar belakang
• Pernyataan masalah
• Matlamat umum penyelidikan
• Objektif penyelidikan
• Skop kajian
• Carta gerak kerja kajian termasuklah
menyediakan cadangan, menyediakan soal-
selidik, menganalisa dll.
Dalam Bab 2
• Sorotan Penulisan kajian kebanyakan mengambil
pekara dalam buku teks untuk mendapatkan teori-teori
berkaitan, isu-isu dari artikel dari keratan akhbar. Tidak
salah tetapi perlu diubahsuaikan penulisan dengan
penceritaan gaya sendiri.
• Perlu cari bahan kajian yang dilakukan oleh penyelidik
lain tidak kira dalam negara atau luar negara.
• Apabila menggunakan bahan-bahan tersebut, perlu di
analisa hasil kajian tersebut dan bagaimana relevannya
kajian lepas itu dengan kajian pelajar.
• Justeru itu, dalam bab ini lebih menunjulkan
sejauhmana kemahiran pelajar menganalisis kajian
orang lain untuk membentuk kajian pelajar sendiri.
Apa yang perlu ada dalam bab 2
• Pendahuluan
• Teori-teori berkaitan dari fakta sejarah, ahli-
ahli psikologi dan juga maklumat dari pihak
berkuasa seperti laporan Polis, keratan akhbar,
penyelidik-penyelidik yang lain dan juga
statistik-statistik yang relevan.
• Pelajar perlu menyediakan sekurang-kurang 2
pendapat tokoh-tokoh akademik dan sarjana
berhubung kajian yang relevan.
Bab 3
• Dalam bab ini banyak kelemahan pelajar lakukan.
• Tidak dibuat dengan terperinci khususnya rangka kerja
berdasarkan apa yang hendak diselidik.
• Dalam bab ini perlu dijadikan panduan untuk apa yang
akan dikaji, bukan sahaja kaedah tetapi angkubah-
angkubah (variable) yang sesuai setiap soalan yang akan
dkemukakan.
• Relevan soalan adalah membantu juga halatuju kajian
dan akan memberikan penganalisaan yang lebih tepat.
• Justeru itu, soalan antara satu sama lain mesti ada kaitan
dan menjawab persoalan-persoalan yang dicari.
Apa yang perlu ada dalam bab 3
• Pendahuluan
• Populasi sample berdasarkan kolej, tahun, kursus
dll.
• Peralatan penyelidikan termasuk bahan
temuduga, edaran soalselidik, perisian komputer
untuk penganalisaan jika ada.
• Edaran dan pengumpulan soalselidik,
pengolahan data dan soalan yang boleh
dipercaya dan sesuai dengan jawapan untuk
mengelakkan penipuan responden.
Bab 4
• Penganalisaan adalah masalah penting dikalangan
pelajar. Kebanyakan pelajar membuat analisa secara satu
hala. Maksudnya analisa menceritakan data tetapi tidak
dapat membanding data dari bahagian A dan juga
Bahagian B. Atau sebaliknya antara angkubah dalam data
B seperti perbandingan soalan satu dengan soalan 8.
• Analisa bergantung dengan data yang dihasilkan, justeru
itu data ini boleh dikaitan dengan dapatan dalam
penulisan bab 1 dan 2.
• Apa yang dikatakan data dan analisa yang berbentuk
intelektual, pelajar perlu mengulas dengan lebih lanjut
berdasarkan maklumat luar. Jangan bergantung sahaja
kepada hasil data yang sedia ada.
• Semua analisa perlu digambarkan dalam bentuk carta
yang menarik dan sesuai.
Apa yang perlu ada dalam bab 4
• Analisis maklumat latar belakang melalui
Bahagian A: Demografi
• Analisis maklumat persoalan-persoalan yang
perlu dijawab. Biasanya ada 10 persoalan yang
perlu dicari dalam kajian ini melalui Bahagian B:
Soalan pilihan.
• Analisis maklumat soalan terbuka Bahagian C
dimana soalan ini berbentuk apakah cadangan,
bagaimana mengatasi masalah, berikan
pandangan positif atau negatif dll.
Bab 5: Kesimpulan dan cadangan
• Dalam bab ini sabenarnya hasil keseluruhan kajian pelajar-pelajar.
Gagal memberi rumusan ibarat kajian ini jadi tempang.
• Rumusan mempunyai kaitan dengan latar belakang, sosrotan
penulisan dan analisa data. Gabungan 3 perkara ini barulah boleh
memamtapkan rumusan. Kebanyakan hasil rumusan gagal
membuktikan keberkesanan kajian. Ini berkemungkinan kajian ini ada
elemen penipuan, bukan karya asli, terlalu banyak “cut and paste” dan
malas nak memikirkan yang yang dianggap remeh-temeh.
• Justeru itu, pemarkahan ini tidak akan jadi setimpal dengan
tanggungjawab setiap individu pelajar semasa lapang luar kuliah.
Untuk makluman pelajar 3 jam kredit kuliah ini memerlukan 3 jam
kerja lapangan diluar kuliah dalam kontek pembelajaran yang
disyaratakan oleh MQA.
• Justeru agihan kerja, masa yang diluangkan menyediakan projek ini
dalam tempoh disediakan adalah cukup.Yang penting pengurusan
masa.
Apa yang perlu ada dalam bab 5
• Pendahuluan
• Keputusan dan perbincangan
• Cadangan-cadangan secara terperinci
• Penutup
Pandangan umum: Komen kerja kursus pelajar yang lepas
• Kebanyakan hasil kerja dibuat secara tergesa-gesa. Ada antaranya
siap dalam tempoh satu hari atau beberapa jam sahaja.
• Pelajar sabenarnya tidak faham penyelidikan yang di arahkan.
Dengan itu, pelajar perlu diberi perhatian secara menyuapkan
semua fakta bagaimana nak buat dari A to Z macam sekolah.
• Penulisan kebanyakan tahap intelektual yang rendah. Pelajar gagal
memberi ulasan dengan jelas dan halatuju yang baik.
• Besar kemungkinan pelajar-pelajar tidak membaca buku dan
rencana tambahan sekurang-kurang 10 buah rujukan.
• Kalau dilihat semula semua tugasan tersebut diambil mudah dan
tidak serius. Dengan itu pelajar merasakan mudah mendapat
markah yang baik dalam projek ini.
• Pelajar diingatkan, semua pemarkahan boleh dikaji semula
satelah menghantar semua bab iaitu 1, 2, 3, 4 dan 5 termasuk
semua soal-selidik yang diedarkan untuk tujuan tambah markah.
Lampiran-lampiran akhir dalam laporan
yang wajib disediakan.

• Semua jawapan soal-selidik yang diedarkan antara 30 – 50 set.


• Semua hasil analisa data samada secara manual atau excel atau
perisian komputer SPSS (Statistical Programme for Social
Sciences).
• Semua surat menyurat yang relevan
• Semua bahan temuduga melalui CD yang disediakan.
• Semua bahan rujukan yang digunakan termasukan senarai buku,
website dll.
• Laporan yang disediakan minimum 20 muka surat termasuklah
gambar berkaitan dan graf atau carta.

Anda mungkin juga menyukai