Anda di halaman 1dari 8

Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sarjana Muslim

Untuk menjelaskan tentang erti sejarah mengikut pandangan sarjana muslim, tokoh-tokoh
zaman awal dipilih. Ini kerana tokoh-tokoh inilah yang meng-hasilkan teori tentang
sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Berbeza dengan sarjana muslim zaman
moden, mereka mendefinisikan sejarah dengan merujuk kepada tokoh-tokoh yang lebih
awal dari mereka. Di antaranya ialah:

1) Al-Iji atau nama sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke
8H/14M menyebut tentang teori sejarahnya dalam bukunya, Tuhfat al-Faqir ila Sahib al-
Sarhir. Dalam buku ini, teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas
mengikut perbahasan ilmu falsafah. Antara rujukannya ialah daripada karya-karya Ibn
Al-Jawzi, al-Tabari, Ibn Ishaq, Al-Isfahani. Beliau yang berpendidikan ilmu agama yang
berpengkhususan dalam bidang hadis, telah menyebabkan idea-ideanya tentang sejarah
dipengaruhi oleh disiplin agama dan falsafah. Kerana itulah beliau berpendapat sejarah
ialah suatu kajian tentang alam tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik. Sejarah
juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu atau lebih khususnya
penyebar-penyebar agama.

2) Al-Kafiyaji(Al-Kafiyaji atau nama sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman


adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia) telah menjelaskan erti
‘ta’rikh’ dalam buku-nya, iaitu dari segi bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah
pula ‘ta’rikh’ bermaksud penentuan masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan
datang. Ada juga yang mengatakan ta’rikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa
yang pertama kali terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau
kejadian-kejadian besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di
langit dan di bumi

3) Menurut Ibn Khaldun(Abd Ar-Rahman bin Muammad) tarikh atau sejarah adalah
Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman silam tentang
berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan; keterangan nyata sekitar
kehidupan manusia.

4) Al-Mas’udi (m.956M)
-Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu pengetahuan manusia, sains termulia.

5) Al-Sakhawi (m.1497M)
-Kesenian yang memerihalkan peristiwa
dari sudut masa dan isu perbahasan.
Pengertian Sejarah menurut Sarjana Barat

1) E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-
faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.

2) G. Geff, sejarah yang biasa difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan
menjurus kepada manusia yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. Sejarah bukan
sahaja berkaitan dengan individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan
dengan pelbagai manusia yang hidup dalam pelbagai masyarakat. Sejarah
membincangkan tentang dunia yang dibentuk oleh manusia itu sendiri.

3) Robert V. Daniels, sejarah adalah memori pengalaman sekelompok manusia. Jika ia


dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah kisah tentang manusia. Tanpa sejarah kita tiada
pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini.

4) A. Marwick pula membahagikan pengertian sejarah kepada tiga:

4.1) Sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti sebenarnya berlaku.

4.2) Sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu.

4.3) Sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu untuk suatu displin ilmu.

5) Collingwood menyatakan bahawa sejarah berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan


(research), tindak tanduk masyarakat (human actions), pemikiran (self knowledge) dan
penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji (interpretation of evidence).
Pengertian sejarah dan sirah secara umum ialah:

Pengertian Sirah

Sirah yang dimaksudkan di sini ialah kumpulan berita-berita yang meriwayatkan atau
mengisahkan tentang kehidupan Rasullullah s.a.w yang meliputi nasab(keturunan),
kandungan beliau di perut ibunya, kelahirannya dan keadaan kehidupan yang dilaluinya,
pemeliharaan dan asuhan semasa kecilnya, masa remaja dan kedewasaan beliau,
perlantikan beliau sebagai Nabi, turunnya wahyu kepada beliau dan permulaan
dakwahnya, masa-masa dakwah di Mekah dan juga setelah hijrahnya ke Madinah,
pembentukan Negara Islam pertama di Madinah dan pembelaan beliau terhadap negara
tersebut, jihad beliau melawan musuh-musuh agama di dalam negara dan di luarnya,
pengiriman duta-duta bagi negara tertentu, utusan-utusan dan angkatan bersenjata,
kepemimpinan beliau s.a.w, perang-perang penting yang disertainya, pengembangan
dakwah Islam di Jaziroh Arab(Semenanjung Arab) dan di luarnya, waktu sakit dan
kewafatan beliau dan pengaruhnya terhadap para sahabat s.a.w sehinggalah
penyempurnaan jenazah baginda s.a.w.

Faedah mempelajari sirah Rasulullah s.a.w adalah:

1.Mendapatkan dan menemukan aplikasi konkrit dari hukum-hukum Islam yang


terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi dalam rakam bidang
kehidupan.

2.Mencontohi sifat Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan
keadaan kehidupan beliau s.a.w dalam segala bidang kehidupan kerana beliau adalah suri
teladan yang baik atau seorang ummi yang patut kita contohi.. Sebagaimana firman Allah
s.w.t:

‫ُول هللاِ أُ ْس َوةٌ َح َسنَةٌ لِّ َمن َكانَ يَرْ جُوا هللاَ َو ْاليَوْ َم ْاألَ ِخ َر َو َذ َك َر هللاَ َكثِيرًا‬
ِ ‫لَّقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي َرس‬
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.” (QS Al Ahzab: 21)

3.Mencontohi dan mengikuti Rasulullah s.a.w merupakan tanda kecintaan seseorang


terhadap Allah S.W.T dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan
keampunanNya, sebagaimana firman Allah S.W.t:
ِ ‫قُلْ إِن ُكنتُ ْم تُ ِحبُّونَ هللاَ فَاتَّبِعُونِي يُحْ بِ ْب ُك ُم هللاُ َويَ ْغفِرْ لَ ُك ْم ُذنُوبَ ُك ْم َوهللاُ َغفُو ُُر ر‬
‫َّحي ُم‬
“Katakanlah, Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya
Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (QS Ali Imran: 31)
4. Dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman.

5. Dapat menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah s.a.w
dan memantapkan mereka dalam membela agama dan kebenaran serta memberikan
ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari
sirah Rasulullah s.a.w berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan akidah beliau dalam
menghadapi cubaan dan musuh-musuhnya.

6.Dalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang
boleh diambil oleh semua umatnya bagi membentuk manusia yang baik dengan akhlak
yang baik dan menjadi garis panduan kepada umatnya.

7.Sirah Rasulullah s.a.w merupakan gambaran contoh yang tinggi yang dimiliki oleh
seseorang manusia yang sempurna dari segala sisi.

8.Sirah Rasulullah s.a.w yang banyak mengisi tentang pelajaran-pelajaran yang boleh
digunakan di setiap lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam
menghadapi segala cubaan dan ujian hidup yang mereka hadapi dan amalkan segala
sunnah Rasulullah s.a.w.

9. Ia juga dapat membantu kita memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

10.Selain kita dapat banyak pengetahuan yang benar tentang pelbagai ilmu-ilmu
keislaman contohnya aqidah, syariat, akhlak, tafsir, hadith, politik, pendidikan dan sosial
kemasyarakatan dan lain-lain lagi.

11.Kita dapat mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang
terjadi pada Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimah Allah
serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi.

12. Dapat mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan
Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.

13. Dapat mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadits.

14. Dapat mengetahui mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

15.Menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s.a.w


Pengertian Sejarah

Suatu catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa
yang lalu melalui kajian atau penyelidikan tentang peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah juga boleh dimengertikan melalui beberapa unsur iaitu:
1) Asal-usul (keturunan), silsilah.
2) Peristiwa yang benar berlaku pada waktu lampau.
3) Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa lalu.
4) Laporan atau cerita terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan atau
perkembangan manusia, negara dan institusi.
5) Antara bidang keilmuan yang membicarakan peristiwa silam secara sistematik
dan teratur berlandaskan tarikh dan masa kejadian.

PENGURUSAN GRAFIK
Membanding dan Membeza

PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH

SIRAH SEJARAH
Sirah secara bahasa Masa lalu atau
bererti jalan (At- peristiwa yang telah
Thoriq). berlaku.
SIRAH SEJARAH
Kumpulan berita yang Suatu catatan atau rekod
meriwayatkan kehidupan sesuatu peristiwa yang telah
Rasulullah s.a.w merangkumi berlaku pada suatu masa yang
keturunan,kelahiran dan segala lalu melalui kajian atau
perkara/peristiwa yang dialami penyelidikan tentang peristiwa
sehinggalah kewafatannya dan tersebut.
penyempurnaan jenazah
baginda.

PENGERTIAN SEJARAH
menurut
Pandangan Sejarawan dan Sarjana(Islam dan Barat)

1) Al-Mas’udi (m.956M)
-Catatan terhimpun tntg
SARJANA
keseluruhan ilmu
PANDANGAN SARJANA BARAT
pengetahuan manusia,
ISLAM
sains termulia.
2) Ibn Khaldun (m.1406M)
-Aktiviti menggarap dan
menghidupkan
pengetahuan mengenai 1) Herodotus (m.424SM)
umat zaman Islam - Fakta dan perkara yang
-Berita peperangan serta berkaitan dengan
jatuh bangun sesuatu peristiwa agar tidak
sesebuah kerajaan; diluput
keterangan nyata zaman.
sekitar kehidupan manusia. 2) St. Augustine (m.430SM)
3) Al-Sakhawi (m.1497M) - Suatu proses yang
-Kesenian yang mempunyai tahap
memerihalkan peristiwa permulaan dan tahap
dari sudut masa dan isu pengakhiran.
perbahasan. 3) Thucydides (m.400SM)
- Pemaparan sesuatu peristiwa
secara kronologi.
FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH