Anda di halaman 1dari 4

SOALAN TUTORIAL 1:EDU 3104

Aktiviti 1: Perbincangan umum tentang ciri-ciri guru yang efektif

Berdasarkan artikel yang diberikan iaitu Teacher Magazine (August 24, 2007) beberapa
aspek mengenai cirri-ciri efektif seorang guru terdapat pada guru tersebut dalam
menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Antara ciri-ciri yang ditunjukkan ialah:

1. Aspek penghayatan dan pengamalan nilai


Di Malaysia, profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika keguruan yang
disediakan dalam bentuk ikrar dan bertujuan meningkatkan mutu profesion
keguruan. Secra ringkasnya kod tersebut menyenaraikan beberapa prinsip
seperti berikut:
a. Tanggungjawab terhadap murid
b. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
c. Tanggungjawab terhadap masyrakat dan negara
d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat.

Di samping itu, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) juga menjadi panduan


mebentuk ciri-ciri guru efektif. FPG mentafsirkan guru sebagai agen perubahan
untuk mendidik dan menghasilkan generasi akan datang yang akan
bertanggungjawab merealisasikan tujuan dan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Wawasan 2020.

Berpandukan artikel, guru tersebut telah menyentuh ciri sebagai guru yang
efektif yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Buktinya;

 Guru tersebut menyedari betapa pentingnya mendekati ibu bapa murid


pada awal tahun dengan memaklumi perkara-perkara positif mengenai
tingkah laku anak mereka di sekolah. Ibu yang menerima panggilan dan
berita tersebut terkejut kerana selama ini beliau belum pernah mendapat
berita mengenai sikap anaknya di sekolah. Guru harus bijak dan kalau
boleh mengelakkan dari hanya memberi komen negatif terhadap murid
kepada ibu bapa. Hal ini akan meningkatkan motivasi dan kepercayaan
ibu bapa bukan sahaja kepada anak mereka tetapi tahap kepercayaan
kepada guru yang mengajar anak mereka.

2. Aspek kualiti peribadi


Kualiti peribadi guru yang efekti adalah suatu senarai yang panjang. Kualiti ini
membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik dalam bilik darjah.
Ada antara kualiti ini sememangnya sudah sedia ada dalam diri sesetengah
orang guru. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang
diperlukan untuk membantunya dalam bilik darjah.

Guru yang bersemangat dan proaktif mampu memotivasikan muridnya kerana


keinginan beliau untuk mengajar dapat diarasakan oleh murid-muridnya. Murid
akan berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadapa seseorang guru yang
menunjukkan keyakinan dan ketabahan.

Selaian itu, guru yang efektif juga sensitif dan peka terhadap perbezaan cvara
belajar dan keperluan murid-murinya. Guru efektif juga menunjukkan sikap
peramah, mesra dan senantiasa berusaha mengenali muridnya. Misalnya guru
memanggil murid dengan namanya, murid akan merasakan dia penting dan
dikenali guru dan secara tidak langsung situasi ini dapat menjalin hubungan baik
antara guru dan murid.

(Heliza Hamzah et. al. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.)
 Dalam artikel Teacher Magazine tersebut, guru menunjukkan ciri sebagai
guru yang efektif dengan mengambil kira kaedah terbaik untuk memberi
motivasi kepada murid untuk memperbaiki tingkah laku dengan cara
mengimbangkan perkara positive dan negatif untuk diberitahu kepada
keluarga murid. Tindakan selalu memaklumkan hal berkaitan tingkah laku
murid di sekolah kepada ibu bapa juga menunjukkan sikap ambil berat
dan menjadi tarikan terbaik kepercayaan ibu bapa kepada guru. Secara
tidak langsung juga murid akan memperbaiki tingkah lakunya.
 Guru tersebut juga cekap dalm mentadbir urus maklumat murid dengan
menyimpan rekod tingkah laku murid sebagai rujukan pejabat dan
keperluan semasa.

3. Aspek kompetensi pengajaran dan pembelajaran


Kompetensi atau kecekapan p&p merangkumi pengetahuan dan kemahiran guru
mendidik murid-muridnya. Antara jenis pengetahuan ialah termasuklah
pengetahuan ikhtisas, kem,ahiran pedagogi serta penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

Sebelum memulakan p&p, mereka perlu memahami objektif-objektif,


pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum tersebut
seterusnya memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang diajar dengan
mendalam.

Disamping itu, guru juga perlu sentiasa mempelajari perkara-perkara baharu


misalnya menghadiri seminar, kursus, membaca dan sebagainya supaya kadah
p&p yang digunakan pakai kekal relevan dan tidak ketinggalan arus perdana.

Kemahiran memilih strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru


mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap
pencapaian di samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid. Guru
yang efektif juga kan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza murid-
muridnya. Selain itu, murid mempunyai tempoh penumpuan yang pendek.
Maka keupayaan mewujudkan pelbagai ransangan akan memberi peluang
kepada murid menggunakan pelbagai deria seperti penglihatan, pendengaran,
kinestetik dan taktil yakni menimbulkan minat dan mengekalkan perhatian.
Bukti guru ini efektif menggunakan kaedah bersesuaian adalah pada frasa ayat
berikut:

Disediakan oleh:

Abdul Sharil Hazri Bin Nordin

Mohamad Firdaus Bin Rashid

Muhammad Hafiz Bin Jamal

Anda mungkin juga menyukai