Anda di halaman 1dari 6

1.

Resepi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk sambal-

Sedikit minyak masak


20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata
dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup-

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.


Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tahu Goreng-

2 keping tahu – potong dadu


1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad,
tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Selamat mencuba.
2. Bahan-bahan ( 6 orang )

 Untuk Ayam
 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air
rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
 ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
 ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
 1 sudu besar Serbuk Kunyit
 ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
 3 ulas Bawang Putih
 1cm Halia
 Sedikit Air
 1 sudu kecil Garam
 Minyak masak untuk menggoreng.
 Untuk Sambal
 Sedikit minyak masak
 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
 10 biji Cili padi
 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
 3 biji Bawang putih, hiris
 5 biji Tomato, potong 4
 5 cm Belacan
 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
 3 sudu gula merah/secukup rasa
 Untuk Nasi
 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
 3 ulas bawang putih
 satu btg kayu manis
 4 biji buah pelaga
 2 kuntum bunga lawang
 sedikit butter
 garam
 kiub pati ayam/daging
 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

1.

Untuk Ayam Penyet

2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga
halus.
3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2
cenggini best.
4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak
tauhu/tempe. Tak buat.
5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

7.

Untuk Sambal

8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
12. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk
sehingga separa halus.
13. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal
dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
16. Untuk Sup
17. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga
lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
18. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup
semasa disajikan.

19.

Untuk Nasi

20. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
sehingga wangi.
21. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
22. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga
menggelegak sedikit.
23. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
3. TEMPE

Bahan-bahan:

200 g kacang soya


40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif kak Noor guna oven pd suhu
20'C-30'C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.

Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm
oven pd suhu 20-30'C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, 'seal'kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik
sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30'C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.

Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr
ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.
Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 'C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati
microoragnisma trsbt.

Anda mungkin juga menyukai